Skip to main content

#10 ENTRY TANPA TAJUK

hari ni hari first aku pegi kelas.. sampai kelas tengok macam tak de orang je. lampu tak bukak. gelap dan suram. aku berkeliaran di luar kelas sambil bertweet mengtweet..haha..

sedang asyik melilau lilau.. dalam hati sudah tekad nak balik. macam tak jadi je kelas ni.. terus melangkah pergi melalui kelas bernombor 205. owh..ternampak ada seseorang duduk di kerusi yang dikhaskan untuk pengajar. nampak muda. berat hatiku seiring dengan beratnya kakiku melangkah masuk kelas 205.

tak sampai 10 orang dalam kelas. aku ambik tempat paling belakang. nampak ganjil. memang, itu adalah syeikh yang akan mengajar aku usul feqh. kelas pertama, borak - borak pasal sukatan dan kitab yang akan digunakan. nampak sporting je syeikh ni.

habis kelas dia. terus aku balik. walhal ada 4 subjek lagi yang berbaki untuk hari in. mungkin, minggu depan akan penuh dengan student. mood nak belajar sedang dibelai manja dengan perlahan. kat bawah ni adalah video aku dan member2 tika haji yang lepas..hehe


**ukhuwah itu amat indah

Comments

  1. Alhamdulillah ukhwah yg indah dan bermakna..ukhwah fillah..=)

    ReplyDelete
  2. haish...mana so HJ nyo...hk kecek banyok tu ko? sama jah tgk blako.. eeeeeeeeeeeeeeeee suka la tim2 belajar + member2 ni... x sama dengan loni... lagi suka dapat duduk tmpt HJ, dekat sangat dengan kiblat kita...

    *** kuih tu tadi kita panggil kuih bengkang @ beke

    ReplyDelete
  3. tak paham sgt lah.. yang aku plg paham,last tu, belia benci dadah. ahhaha

    ReplyDelete
  4. seronoknya pergi haji..lebih2 lagi dengan sahabat2..memory mcm nie msti sukar dilupakan bila berjauhan satu hari nanti..huhu..

    ReplyDelete
  5. salam ukhwah!

    jgn mls2 dik non..hehe

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah haji HJ doh demo semoga ado rezeki kawe pulok...

    ReplyDelete
  7. p0n boleh kan bunyi da mcm malas g kls da ;p

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah .. dah pergi haji !! ..
    tahniahhh , bila impian akak nak terlaksana niee huuh

    ReplyDelete
  9. sedaknyo hj..
    blo la nak sapa turn nk g haji jgop neh.

    ReplyDelete
  10. syok bila dapat syeikh yg sporting :)

    ReplyDelete
  11. syeikh yg sporting tu hensem tak? hoho

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum H.J...wah bestnyakan muda2 dah naik haji...

    ReplyDelete
  13. btw new hre , alang2 dah masok follow terus . hee

    ReplyDelete
  14. cerpen ka? haha...kasi tjuk bryu sweet~

    ReplyDelete
  15. comel n klaka main tolak2 video cam mcm tu~ hehe

    ReplyDelete
  16. kalo org xrmai memg berat j rase nk p clas :P

    ReplyDelete
  17. kahkahkah.. abg botakk !

    mmg takde hrapan betei laaa.. lawak jugak eh.. huu ^^

    ubi ade lesong pipittt

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-