Skip to main content

makan beralaskan talam

makan dalam talam. blh nampak ke lauk apa?


satu talam untuk satu sesi. mesti menghimpunkan banyak cerita dalam satu sesi tersebut. mana tidaknya.. makan ramai - ramai dalam satu talam memang terbaik dan sangat bahagia ketika menghayati hidangan. serius..memang bahagia

dalam satu talam..lauk yang tak sedap pom, mesti jadi lauk kelas A. entah bagaimana..? yang penting, lastnya mesti habis. licin. makan dalam satu talam tak dapat tidak mesti banyak ragam cara orang menjamah hidangan. yang paling popular, makan dengan rakus dan cepat. bukan apa, kalo lambat, takut tak kenyang.

yang penting dan penting, makan dalam talam confirm dapat mengeratkan ukhuwwah. time makan boleh cite topik2 menarik..silap2 haribulan berulamkan daging saudara sendiri..haha.. bila makan dalam satu talam..mesti je ada yang sengaja makan dengan laju pastu blah...sebab apa? sebab tak nak basuh talam.

bila sepuluh tahun akan datang, kenangan makan dalam talam mesti tersemat. mungkin bukan sepuluh tahun.. seumur hidup akan terkenang saat - saat manis makan dalam talam.. apa pagi.. masih ada yang tak nak try ke...?letih aku promote..haha

**ps : yang penting, jangan pakwe makan dengan makwe plak...

Comments

  1. perghhh.. best.. kenangan masa time iftar tahun lepas..

    lama kut tak makan dalam talam ni..

    mengeratkan ukhuwah tu..


    *ello.. sorry sket.. tu jam tangan perempuan okeh!.. jeles lettew.. nak kata jam tangan lelaki.. :P

    ReplyDelete
  2. pernah makan dalam talam dan suap menyuap kawan yang lain..pengalaman time join program..

    ReplyDelete
  3. pengalaman terbaek zaman blaja kat uni dulu ni..skrg da x jumpa peluang mcm ni lagi..sobs~

    ReplyDelete
  4. bolat tak pernah try.. -___-
    mkn dlm talam ni klangan pmpuan ade tak?

    ReplyDelete
  5. rasanya orang jawa biasa makan macam ni...sebab jiran saya kalau buat kenduri, mmg hidang macam ni...
    Saya rasa semua makan laju sebab takut lauk di sambar orang..hehe

    ReplyDelete
  6. ps tu tak menahan

    aku slalu mkn ngn ayah aku mase kecik3 dlu

    ReplyDelete
  7. fuyoooo... cam best je...
    nk try la...
    tp.... mana nk dpt talam kt hostel ni??? haha...

    ReplyDelete
  8. Yang penting sebelum makan semua kene basuh tgn...hihihiihi

    ReplyDelete
  9. lauk telur pun jd sgt sdp kann..^_^

    *dlm knduri org jawa, mmg mkn dlm dulang ramai2. disebut 'ambeng'. tu skrg ada nasi ambeng.
    tp skrg dah jarang org buat.

    ReplyDelete
  10. apa yang best, sebab semua dapat merasa makanan yang sama... takde bias, takde yang kempunan meleleh tengok lauk membe lain
    memang best, dan takkan dilupakan seumur hidup pengalaman ni :)

    ReplyDelete
  11. yeayhhh nasi ambeng. lama tak praktis makan macam ni. muafakat namanya :)

    ReplyDelete
  12. at kolej at masjid tiap isnn n ahd ad brbuke pose rmai2..mkn at tlm..best :)

    ReplyDelete
  13. besssst sgt kot!
    mase kat sekolah
    kat u dulu salalu wat mkn dulang ni
    hehehee

    ReplyDelete
  14. dkna tak pernah makan nasik talam..

    ReplyDelete
  15. teringat kenangan makan nasi ambeng ....

    ReplyDelete
  16. dk teringat plak kenangan ngan geng2 dulu.bukak puasa kat masjid..makan dalam talam.seronoknya :)

    ReplyDelete
  17. apa yg dikatakan tu memang btl..
    hihihi
    pengalaman mkn dlm talam, memang susah nk ditafsirkan..
    kadang2, kita akan taw peribadi org tu bila kita mkn sama2..

    tetiba teringat time kursus/kem dlu..
    hohoho



    peace

    ReplyDelete
  18. makan dlm talam dengan kengkawan mmg nikmat tak tehingga..hohoho..rendunya zaman dolu-dolu..

    ReplyDelete
  19. kalau makan berebut bertalam begini...sedap sudah jatuh no 2 yg penting makan...hehe

    ReplyDelete
  20. lagi la bkn pagi.. :p

    aku blm pernah terai lg... hihihih

    ReplyDelete
  21. salam HJ,bila mkn dlm talam biasanya time cuti lah..tp akak takmo mkn plg last sbb mls basuh talam.besar lak tu..susah nak cuci kat sink.hehehe


    amalan mkn kat talam patutnya diamalkan , jgn lupa amalan baik ni.

    ReplyDelete
  22. hihi..pernah mkn dl2..lama da..:)

    kalo lelaki mmg diorang mkn laju2 sbb nt habis kan..heee

    ppuan x..lgpon blh tambah je..

    tunggu kahwin je la kalo nk mkn setalam pon y pakwe makwe ;p..makan sepinggan pon boleh bila dah halal nt..heeee

    ReplyDelete
  23. wahhh saya dah pernah buat dalam kem . kena PAKSA.. haha. main suap2 kawan lagi ~

    ReplyDelete
  24. uishh makan macam nielah paling sedap dikk
    selalu sgt nak dpt kan peluang macam nie .. dekat surau selalu buat macam nie kan , kalau ada jamuan lahh ;)

    ReplyDelete
  25. makan dalam talam mmg banyak hikmahnya

    ReplyDelete
  26. makan dalam talam mmg banyak hikmahnya

    ReplyDelete
  27. Pedas betoi baca ni :

    "...time makan boleh cite topik2 menarik..silap2 haribulan berulamkan daging saudara sendiri.. ..."

    Haha...

    Part blah awai2 sebab tak maw basuh talam tu memang sangat betoi...

    Makan jamaah pakai talam memang dapat kenai banyak ragam cara orang dok makan... Menarik...

    ReplyDelete
  28. best makan mcm ni . ada tu kawan dila dia kata geli nak makan sama2 . time ada kem . last2 dia tak makan dua hari . lepastu dah lapar sgt , dia makan jugak . then heboh kata , best pulak . happening . haishhhh -__-'

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum H.J...alhamdullilah baguskan mkn mcm ni sehati sejiwa ngan kekawan....cian nyer sapa yg last tu...:)

    ReplyDelete
  30. kiter pun penah , tapi sekali je . rindu beb :((

    ReplyDelete
  31. rindu laaa nak makan macam ni..

    ReplyDelete
  32. bestnyer makan dalam talam... ms kecik dulu pernah mkn, dh tuo nie x lg... huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-