Arsenal & Hot Mocha

3 comments
ENTRY ARSENAL

Puas hati bila Arsenal menang. Tak menyesal pula menghabiskan duit untuk secawan hot mocha pada musim dingin. Memang terbaik game Arsenal semalam. Penuh bernafsu diorang main. Untuk musim ni, bagi aku.. game semalam memang the best. Menang besar pula tu.. 7-3 membalun New Castle.

Sebenarnya tak ada niat pun nak pergi tengok match semalam.. Tapi teringat pula dekat mocha. Lama dah tak minum hot mocha. Last minum rasanya tiga minggu lepas. Tapi, tak apa.. after this dapat minum mocha setiap dua hari. Ada orang nak buatkan katanya.

First kena layan game Man Utd sebab pergi cafe tu tumpang fan Man Utd. Lepas tu, fan Man Utd cakap dia nak balik lepas habis game tu sebab dia ada exam esok. Aku cakap tak apa lah.. tinggal je aku, nanti aku balik jalan. Boleh je mana - mana pun. Alang - alang datang, tengok terus la Arsenal. Lagi pun, gap lepas game tu dalam setengah jam je.

Skuad yang Wenger turunkan Arsenal memang the best untuk menjamin kemenangan. Walcott sebagai striker. Chamberlain dengan Podolski sebagai wing dan Cazorla di belakang Walcott yang di apit oleh Chamberlain dan Podolski. Arteta dan Wilshere pula bermain di bahagian Defendsive Midfileder. Memang perfect untuk game yang laju. Defend pula mantap, Mael, Bakar, Koscielny dan Gibbs.

**Walcott hatrick, tak nak stay kat Arsenal lagi tak tahu la
Read More

Oral dan Kalau

12 comments
Alhamdulillah... ku panjatkan setinggi - tinggi kesyukuran terhadap Illahi. Masih diberikan segala nikmat walaupun setiap hari diri ini tidak terlepas dari melakukan dosa dan noda terhadapNya. Alhamdulillah kerana dapat melalui satu exam dengan jayanya. Exam oral Quran. Satu sudah lepas...tinggal lagi 7 paper yang bermula akan sabtu ni. Doakan aku.

Biasanya, exam lisan ataupun oral ni tak susah bila kita dah confident yang kita ingat semua yang akan disoal oleh lecturer nanti. Contoh macam aku, exam Quran, lecturer bagi 10 maqra' kepada student untuk hafal dan ingat. 10 maqra' tu dalam sejuzu' lebih. Jadi, jika aku ingat, yakin and confident dapat jawab jika lecturer soal ayat mana pun, sudah tentu tak menjadi masalah.

Yang menjadi masalahnya bila kita cuak ataupun berdebar. Tak dapat dinafikan yang sudah fitrahnya kita diciptakan ini ada bersamanya rasa cuak. Faham - fahamlah kalau cuak, sah yang kita akan tergagap - gagap nanti. Yang betul - betul ingat confirm jadi lupa.. Jantung berdebar je saat nak tunggu giliran. Kadang - kadang tu akan rasa sejuk, tapak tangan berpeluh. Mulalah syaitan menembak pelbagai andaian negatif dalam fikiran kita. Biasanya andaian ini akan disertai dengan kata 'kalau'. Kalau ini..kalau itu..

'Kalau' ni adalah satu word yang syaitan dan kuncu-kuncunya minat sangat. Hehe. Jadi, aku kalau berdebar biasanya akan cari seorang partner untuk borak dan gelak ketawa. Sah, tak sedar yang giliran kita tu dah tiba. Tapi, saat mengadap lecturer.. tahulah betapa besarnya cuak dia.. tergagap - gagap la nanti..haha. Tapi, tadi tak ada teman melayu. Yang ada muka arab and india je..

selamat menjalani peperiksaan kepada yang menduduki peperiksaan
**terima kasih kepada awak yang jauh di sana kerana sentiasa memberi moral support kepada saya..hehe
Read More

Satu Penyakit Satu Penawar

7 comments
Jauh aku merenung. Merenung kenapa penyakit malas dalam diriku ini begitu besar sekali. Ibarat tumor yang tumbuh di suatu tempat, makin membesar dan merebak ke bahagian lain. Bukan sekadar mengancam tempat asalnya, tetapi turut membahayakan bahagian yang lain. Metastasis. Makin dibiarkan makin parah jadinya.

Tak ada yang lain dapat merajinkan diri kita melainkan diri kita sendiri. Penawar yang paling berharga datang sekali bersama dengan jasad yang sudah parah di makan malas. Satu jasad, satu penyakit, satu penawar. Unik bukan.? Tinggal sahaja tuan punya jasad untuk bertindak. Sama ada jasad itu reput dan busuk dengan malas ataupun kembali sihat dan bersinar dengan penawar rajin.

Sungguh, penawar yang bernama rajin ini kadang-kala memerlukan anasir luar untuk membangkitnya yang lama tidur di dalam diri kita. Sama ada moral support mahupun kata - kata nasihat dan juga peringatan yang dapat diterima dek akal. Tunggu masa untuk dibangkitkan. Ada yang sedia bangkit tanpa memerlukan masa yang tertentu.

Sebab itu Allah jadikan Muslim ini bersaudara satu sama lain. Bersaudara atas dasar Islam. Untuk sama nasihat menasihati, untuk sama - sama memberi peringatan. Syurga Allah itu luas.. bukan untuk kita seorang sahaja. Jangan kedekut untuk berkongsi dengan orang lain. Sama - sama di dunia, biar sama - sama di akhirat nanti.

hentikan merenung. mulakan bertindak!


**kadangkala guruh keperitan kita itu perlu disembunyi untuk menghadirkan pelangi buat orang yang kita sayangi.
Read More

Match Kalah Mati UCL - Arsenal vs Bayern

8 comments
ENTRY ARSENAL



Baru sebentar tadi berakhirnya cabutan penentuan lawan untuk 16 team yang akan berlawan di peringkat kalah mati. Nampaknya boleh tahan juga cabutan kali ini. Ada fight dan agak sengitnya juga.

Arsenal dengan Bayern. Ada fight ke..? Mana - mana yang haters Arsenal, senang je jawapan diorang... " Sah - sah Arsenal jadi lauk lepas ni...haha ". Aku pun macam ragu - ragu juga dengan Arsenal ni, tapi.. kalau sampai jadi lauk tu memang tak la. Aku yakin yang Arsenal paling kurang menang di Emirates.  Setia di belakang Arsenal. 

Bayern merupakan salah satu team yang kuat jugak. Musim lepas dia kalahkan Barcelona untuk ke peringkat akhir dan melawan Chelsea. Kalau Arsenal menang nanti, aku yakin yang player - player arsenal akan lebih confident untuk game - game nanti. Lawan naib juara UCL musim lepas kot.

Sama - sama nanti la. 12/13 February nanti untuk match kalah mati ni. Aku juga tak sabar nak tengok kekalahan Man Utd. Aku akan jadi fan Real Madrid sekejap nanti sehinggalah Man Utd kalah. Haha. Kejam kan..? Aku macam hater Man Utd ke..? 

 FC Barcelona Vs AC Milan

  Galatasaray Vs Schalke 04

Celtic Glasgow Vs Juventus

  Bayern Munich Vs Arsenal

  Real Madrid Vs Manchester United

  Valence Vs PSG

  Shakhtar Donesk Vs Borussia Dortmund

  Malaga Vs Porto
Read More

5 Pemain Harapan Arsenal

1 comment
ENTRY ARSENAL

Nampaknya Wenger mengambil langkah yang bijak untuk menjadikan Arsenal lebih stabil dengan mengikat pemain - pemain muda untuk jangka masa panjang. Terbaru, wenger telah mengikat 5 pemain muda Arsenal yang aku rasa boleh mengemudi Arsenal di kemudian hari. Aku juga rasa ianya satu langkah bijak Wenger untuk mengekalkan karier dia dengan Arsenal. Hehe

 Lima orang adalah Jack Wilshere, Ramsey, Chamberlain, Gibbs dan juga Jenkinson. Sudah pasti leader dalam kalangan 5 orang tu adalah Wilshere. Aku rasa Wilshere ni boleh mengubat hatiku yang lara sebab Fabregas berpindah pergi ke Barcelona tempoh hari. Bakal mengganti posisi Fabregas. Come on, make the Arsenal unbeaten for the next season.

Antara 5 tu, kita boleh tengok yang Walcott nampaknya tidak berminat untuk menandatangani kontrak baru dengan Arsenal. Mungkin dia masih lagi dalam dilema. Rasa macam nak sambung sebab boleh main tempat striker. Jika dia tidak sign kontrak baru juga dalam masa dua minggu ni, nampaknya memang boleh ucap selamat jalan la kepada Walcott. Mungkin agent dia boleh mencari kelab lain yang menginginkan khidmat Walcott. Sudah tiba untuk Walcott menyarung jersey kelab lain.

Nasib baik aku macam tak ada perasaan jika Walcott blah dari Arsenal. Walcott selalu je injured. Buat habis duit bayar gaji je. Hihi. Tak ada effect sangat kot kalau dia cabut dari Arsenal. Sama macam Diaby. Diaby banyak rehat je daripada main. Asyik injured. Heee..
Read More

Adik - adik PMR

3 comments
Tahniah kepada adik - adik yang berjaya mendapat result yang cemerlang dalam PMR. Tahniah juga kepada ibu bapa kerana berjaya membentuk anak - anak yang cemerlang serta bijak pandai dalam pelajaran. Sesungguhnya pelajaran akademik itu akan lebih kukuh dan mantap jika digabungkan dengan pelajaran rohani dan sahsiah. Pelajaran dunia dan akhirat.

Kepada yang kurang berjaya, jangan lah kita menambah pula duka adik - adik mahupun anak - anak kita. Usah lah diejek sekiranya mereka gagal. Bagilah galakan dan semangat untuk mereka terus gagah untuk bangkit meneruskan perjuangan yang belum selesai. Perjuangan mereka yang kemuncak di alam persekolahan adalah SPM. Boleh dikatakan yang SPM adalah kayu ukuran kemana mereka selepas ini. Salah satu antara kayu - kayu ukuran.

Sekiranya ada adik kita mahupun anak yang tidak mengambil PMR, usahlah gusar kerana tuan blog pun tak menduduki PMR. Tuan blog masih dapat meneruskan hidup yang sihat walaupun tidak mengambil PMR, tetapi tuan blog mungkin akan sedikit terpesong jika tidak mengambil SPM. Jadi, yang mana kurang berjaya dalam PMR, usahlah bersedih kerana masih jauh lagi perjalanan di hadapan. Di hadapan sana masih banyak lagi liku, ranjau onak dan duri sepanjang perjalanan kita.

Janganlah sesekali jemu dan berputus asa dalam menjadikan jalan hidup kita ini selamat daripada jurang dan liku. Usahlah takut kepada onak dan duri di sepanjang laluan. Cekal dan tabahkanlah diri untuk menepis segala halangan tersebut. Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan yang penuh segala ujian dan cabaran. Ujian untuk menguji sejauh mana pergantungan kita kepada Allah.

** sesungguhnya kita tidak pernah keseorangan. Allah sentiasa ada bersama dengan kita. Allah juga menghantar seseorang mahupun sesiapa di kalangan hambaNya untuk bersama - sama dengan kita. We never walk alone.
Read More

Study Last Minute

7 comments


Perlahan tangan ini membawa kudrat. Meratah petak – petak keyboard dengan penuh tenang. Cuba mencoret sepatah dua untuk ubibadok. Bersamanya dirangkul janji-janji yang belum dilunaskan. Janji ingin sehidup dan semati. Sungguh, diri ini penuh dengan kelemahan. Harapan dan janji menjadi azimat.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sesal akan diri ini. Sungguh hiba diri ini bila test dipostponekan oleh lecturer. Bertungkus-lumus berjaga malam, menghabiskan sisa – sisa sukatan pembelajaran. Padah study last minit. Mata menanggung seksa. Otak menanggung beban. Tapi, dia sentiasa ada di sana... membuat diri ini mampu tersenyum. Hilang segala bebanan.

Sering kali saja diri ini suka study di minit – minit yang last. Satu tips di sini untuk mereka yang sukakan cabaran study last minit agar tidak mengantuk di kala malam menjelma. Usahlah diisi perut yang serba boleh diisi itu dengan nasi di kala senja berlabuh. Nanti belum sempat malam menjadi tua, kamu sudah lena diulit bidadari kayangan. Sungguh indah dan asyiknya belaian si bidadari.

Sedarnya kamu esok pagi… bidadari hilang entah ke mana. Yang ada cuma penyesalan. Sumpah – seranah di rejam dengan padu ke atas diri sendiri. Terasa sangat bodoh diri ini. 21 tahun di muka bumi. Tidak tahukah yang masa itu tidak boleh diputar dan diundur kembali? Alangkah ruginya orang – orang yang tidak mengambil pengajaran.

** study last minute ada pro and kontranya, rasa sendiri mana yang kena pada diri kita. hehe
**awak, minta maaf jika diri ini laju menutur kata – kata yang boleh merobek perasaan dan jati diri. Sesungguhnya, diri ini amat lemah. jangan jadikan ayat saya tadi sebagai benteng antara kita.
Read More

Jangan Pandang Mudah

16 comments
Jangan mudah mengucapkan lafaz cinta jika diri ini masih belum bersedia untuk mencintai orang itu dengan sepenuh hati. Jangan mudah melafazkan rasa sayang jika diri ini masih belum yakin dapat memberi kasih sayang yang sempurna buat si dia. Sesungguhnya kata cinta itu ada seribu erti buat seseorang. Seribu erti yang amat susah untuk dirungkai.

Jangan dibiarkan bibir ini ringan menyebut kata setia jika diri ini masih lagi galak bermain ayat dengan perempuan lain. Jangan. Jangan dan jangan sesekali. Semua itu seronok pada zahirnya. Ya.. memang seronok. Merasakan diri ini hot dan disayangi oleh ramai orang. Tapi... tahukah kita yang adanya orang yang merana di balik keseronokan kita itu..? Zalim.

Usah diberi pengharapan yang menggunung jika diri ini masih lagi tidak yakin untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah keluarga. Usah bermimpi untuk 'test market' di pasaran Facebook mahu pun Twitter. Sesungguhnya, market kita ini akan sentiasa laku. Sentiasa laku kerana manusia menilai diri kita secara subjektif. Handsome di mata dia. Buruk di mata dia. Cantik di mata dia. Perfect di mata dia.Tapi, lupakah kita siapa kita di sisi Allah..? 

gambar sekadar hiasan sempena ww tadi.:D
 **untuk awak, semoga dapat jawab exam dengan baik.. :)
Read More

wordless wednesday

10 comments



aku suka rabu sebab esok dah cuti.. hehe




**love you too.. haha
Read More

Pemain Pinjaman Arsenal untuk Januari

3 comments
 ENTRY ARSENAL!!

Lama tak dengar cerita pasal Arsenal kan..? Terbaru Arsenal menang 2-0 dalam liga baru-baru ni. Ni yang buat ada semangat sikit nak update pasal Arsenal. Walaupun dua - dua gol sumbangan daripada penalti Arteta. Tapi okay dan layan je. Janji menang.

Aku hanya tengok goal Arteta je. Tak dapat nak download highlight untuk tengok perfomance Wilshere yang dikatakan telah meningkat mendadak sejak sembuh daripada kecederaannya. Aku pun tak tahu sampai mana tahap mendadak tu. Kalau boleh challenge Messi tu memang over mendadak sangat.

Terbaru, Arsenal sudah mengesahkan kehadiran Thiery Henry untuk Januari nanti sebagai pemain pinjaman dan sudah pun dijanjikan yang Henry akan bermain untuk piala FA pada 6 Januari nanti menentang Swansea. Welcome home legend. Haha. Mesti rindu je kan dengan sentuhan Henry memandangkan tak banyak goal yang Arsenal dapat buat musim ni.

Plan asalnya Wenger nak Henry ni kekal sampai akhir musim ni. Tapi, kelab Henry tu macam tak bagi sangat. Rugi katanya kalau tiada Henry. Diorang mahu Henry kembali pulang ke Amerika awal bulan tiga nanti. Okay la tu, dalam 2 bulan juga Henry berada di Arsenal. Kuda tua kembali beraksi di Emirates.

Wenger berharap sangat dua lagi pemain dapat dipinjam untuk menguatkan lagi Arsenal di fasa kedua musim ini. Masing - masing adalah pemain Belanda Klaas - Jan Huntelaar dan pemain muda dari Crystal Palace, Wilfried Zaha. Okay juga kalau dapat bawa masuk pemain pinjaman ni memandangkan Arsenal sedikit tempang dengan kehilangan Van Persie. 

**lagi parah duka ini bila Van Persie menjaringkan gol kemenangan untuk Man Utd menentang Man City semalam..
Read More

Kita

15 comments
Teringat sewaktu zaman remaja. Usia dalam belasan tahun. Hingus baru sahaja mengering. Muka semakin matang. Bulu roma nampak nipis di bahagian antara bibir dan hidung. Penggayaan rambut seringkali diambil berat. Alangkah malangnya, bersekolah di sekolah yang hanya menerima kaum Adam sebagai penuntnya. Tidak mungkin aku ingin bergelar gay. Jauh sesekali.

Jiwa lelaki memberontak. Tak ada lelaki yang bertudung dalam sekolah ini. Amat mustahil. Lagi malang yang ianya wajib menetap di asrama. Sepenuh masa. Mendidik untuk menahan gelora nafsu buas demi sebuah naskhah yang penuh mukjizat. 

Bangun pagi, aku tengok kau.. kau tengok aku.. Kita sama - sama ada misai. Ada janggut. Senyum. Aku senyum sebab engkau ada setompok tumpahan cecair yang sudah mengering berwarna keputih - putihan. Apakah itu..?

"Panggg..." bunyi rotan dihempap di pintu kayu dorm. Bingit telinga. Mata membuntang. Wajah bengis warden terpampang bersama jelingan yang tajam dilemparkan. Tanpa sebarang tutur bicara. Dia berdiri tegap. Memandang setiap penghuni dorm. Seram dan menyeramkan.

 Automatik kaki ini bingkas melangkah.  Semacam sudah sebati dengan rotan dan jelingan warden tadi. Lekas bangun mengadap almari pakaian, dibuat - buat ingin menukar baju. Ada yang buat - buat mengambil tuala. " Hurmmm.. hari - hari taktik lama je... " hati ini bermonolog.

Warden tadi beralih ke bilik sebelah. Sekali lagi kedengaran. "Panggg..." aku tahu, mesti bingit budak yang katilnya dekat pintu. Warden sudah jauh mara ke hadapan. Bunyi rotan menghempap pintu semakin sayu kedengaran. Kau senyum. Aku pun turut tersenyum. Kedua kening diangkat. Badan rebah semula di atas katil. Masing - masing menyambung kembali mimpi yang belum tamat. Mungkin tiada penghujungnya.

Sungguh enak dibuai mimpi nampaknya bakal - bakal imam untuk sesebuah rumah tangga ini. Roh turut melayang entah ke mana. Aku turut terbuai sekali. Sungguh enak bila dinginnya pagi menyapa elus selimut yang sederhana tebal. Nyaman sekali. Nyaman yang bersifat menguji.

"Pappp.. Papp.." bunyi rotan singgah di betis yang gebu. Laju saraf bertindak menghantar impuls kepada otak dan otak diaktifkan dengan serta merta. Roh bergegas kembali kepada jasad. Mata membulat. Badan terus bangkit. Terasa pedihnya kulit betis ini. Nasib baik bulu betis ini lebat.

" Sekali saya datang kejut ni, bangun la.!! Takkan tiap - tiap hari nak makan rotan." tinggi suara warden tadi sambil tangannya laju memainkan peranan, menyebat saki-baki penghuni dorm. Paling kurang akan kena dua sebatan untuk setiap orang. Ada yang dipalunya dekat betis. Ada yang dekat punggung. Yang mana impuls lambat sedikit, mungkin sampai 4 sebatan.

"Tak serik - serik nampaknya penghuni dorm ni!!" warden mengomel sendirian.  Lintang - pukang penghuni dorm tadi mengambil tuala dan terus menuju ke bilik air. Usah dicabar tahap kesabaran orang. Jangan sesekali.

Aku dan kau. Nampaknya kita bertemu lagi di kolah besar. Masing - masing dengan kain basahan. Di tangan sudah memegang baldi yang sederhana besar. Bersedia untuk mencebok air. Otak kata mandi. Tubuh kata sejuk. Otak masih lagi waras.

 Laju air disiram ke tubuh. Sejuk. Menggigil. Terasa pedih tempat dirotan tadi. Mungkin berdarah. Empat hingga lima kali disiram, tubuh sudah dapat membiasakan diri. Sabun sudah tersedia di bucu - bucu ruangan tempat kolah tadi. Sengaja ditinggal untuk kemudahan bersama. Satu sabun untuk satu 'batch'. Bergilir. Terukkah..?

"Allahu akbar...Allahu akbar.." muazin mula kamat. Suara masih lagi lembut. Mungkin junior. Nampaknya semua bergegas. Tidak mahu lagi membiarkan betis gebu ini menjadi mangsa.

**sebatan nampak dasyat sangat kan..?
**macam panjang pula entry kali ni. haha
**untuk FA, buat yang terbaik untuk selasa nanti.
Read More

Desperate Man

13 comments
Salam Jumaat dari bumi Madinah. Cuaca yang agak kedinginan. Angin sipi-sipi memasuki ruang bilik melalui celahan pintu dan tingkap. Alangkah nyaman. Alangkah indah jika dihayati nikmat tuhan ini. " Nikmat Tuhan yang mana lagi ingin kamu dustakan..? "

Alangkah indah bagi orang - orang yang berkelapangan jika pagi Jumaat ini dihiasi dengan membaca surah Kahfi. Besar manfaatnya. Mungkin bukan pada pandangan kasar. Susah bukan jika tidak nampak ganjarannya dengan biji mata kita sendiri..? Susah untuk memotivasikan diri kita sendiri. Itulah hikmahnya. Ingat, janji Allah sentiasa benar dan hakiki.

Lelaki desperate. Susah kan jika wanita dapat lelaki yang macam ni. Lelaki yang sangat sangat dan sangat teruja dengan pasangannya. Mungkin tidak ada erti atau maksud sebenar. Tapi, jelas bagaimana keadaannya. Mungkin juga lelaki jenis ini mudah untuk cemburu tanpa ada sebab yang konkrit. Sentiasa mahu memberikan perhatian buat pasangannya. Sentiasa mahu pasangannya memberi perhatian kepadanya. Setiap text nak kena direplykan..?

Ya.. bunyinya bagus.. tapi, jika every hour nak tahu apa pasangan dia buat semua tu.. aku rasa pasangannya yang belum lagi ada ikatan perkahwinan mesti rasa annoying kan jika diperlaku sebegitu..? Lelaki... cukuplah sekadar bersederhana jika korang belum lagi nikahi orang yang korang sayang tu. Dia pun ada life. Banyak benda yang nak disettlekan. Tanggungjawab dia terhadap kita langsung tiada. Kena faham situasi dan keadaan.

**tak semestinya orang yang kita sayang akan kita miliki...
**untuk awak.. insyaAllah akan saya tunggu awak, pasti tunggu.. dan pastikan penantian saya ni berbaloi ye.. :)
Read More

Tubuh Kuat

14 comments
Teringat... ada satu benda yang orang tersayang bagitau baru-baru ni. Petua untuk menjadi kuat. Dia nak sangat orang yang sayang dia ni menjadi kuat agar orang tu berterusan dapat menyayangi dia. Kemungkinan besar adalah begitu. Tak nak orang tu berhenti daripada menyayangi dia. Ibarat air sungai yang mengalir ke arah muara tanpa henti - henti. Entah bila penghujungnya..

Begitulah kasih sayang yang diperlukan dalam sesebuah perhubungan. Rasa kasih yang dicurah tanpa ada terdetik pun di hati untuk berhenti menyayangi orang yang disayanginya. Rasa sayang yang membuatkan orang itu turut ingin memberi rasa sayang yang lebih dari itu. ( sedikit keling kan.? ) Apa yang petua orang tersayang tu bagitau..? Dia pun cilok petua orang lain juga ni.. Haha

Orang tersayang bagitau yang petua untuk menjadi kuat tu ada empat. First sekali yang ingin difokuskan di sini adalah selalu mandi. Ye... salah satu petua untuk menjadi seorang yang kuat tubuh badan mahu pun akal fikiran adalah dengan selalu mandi. Selalu. Nampak macam setiap sejam kena mandi kan..? Kalau setiap sejam kena mandi.. memang tak terbuat la kerja lain. Aku rasa, selalu tu maybe maximum dia sampai 5 - 6 kali dan minimumnya dalam 3 kali sehari kot.

 Ye, mandi memang dapat membuat tubuh kita jadi fresh. Memberi kesegaran kepada tubuh untuk melakukan kerja dengan lebih efektif dan membuat akal lebih ligat berfikir. Teringin zaman sekolah dulu, kalau stay up  sampai lewat malam yang konon-kononnya nak study padahal main bola secara haram, dan tetiba mata mengantuk.. tak ada cara lain dah.. pergi mandi dan lepas tu makan maggi.. sampailah azan subuh.. haha.. memang betul - betul fresh mandi ni, kena pula dapat terjun kolah dekat hostel tu.. fuhhh..nikmat dunia.

Orang tersayang ni sebenarnya bakal doctor. Aku dapat rasa yang kalau berhujah dengan dia pasal ni memang aku tak akan menang. Lagipun, memang betul yang mandi tu buat tubuh kita jadi kuat. Dia tahu kot yang student lelaki Malaysia kalau stay kat luar negara akan jarang mandi kalau tiba musim sejuk. Aku juga tahu yang dia sengaja highlightkan yang part selalu mandi tu. Ada la tu konspirasi dia nak perli. Haha. Lastly, aku tahu.. dia nak suruh aku jadi orang yang kuat supaya nanti aku tetap kuat untuk terus menyayanginya...

**entry macam entry jiwang kan..? minta maaf kalau macam termual bila baca entry ni. haha
**mesti tertanya - tanya siapa orang tersayang tu.. orang tersayang adalah doctor to be F. Alishya.. awak.. thanks.
Read More

Hujan dan Air Mata

12 comments
Embun pagi jernih kebasahan. Bersinar bila dipantul cahaya mentari. Perlahan - lahan akan hilang. Pagi Khamis. Alhamdulillah, masih lagi dapat bernafas.. masih lagi dapat menghirup udara - udara untuk memenuhi ruang paru - paru. Masih lagi dihidupkan dalam agama Islam. Satu nikmat yang paling agung sekali.. Bergelar seorang Muslim.

Madinah sekali lagi disirami hujan. Rasa - rasanya dah 3x hujan turun sejak masuk musim sejuk ni. Hujan itu sejuk.. Hujan itu juga telah disinonimkan dengan berkat. Kerana itu lah kita digalakkan untuk berdoa bila tiap kali hujan turun. Antara masa mustajabnya doa. Kerana hujun yang turun itu boleh menyuburkan tanah dan seterusnya menumbuhkan benih - benih tumbuhan bersamanya - samanya akan mengeluarkan buah - buahan sebagai hasil. Berkat. Rezeki dari Allah.

Ya Allah... sungguh hebat pentadbiran-Mu ya Allah. Hanya orang yang tertutup pintu hatinya yang tidak nampak kebesaran dan kekuasaan Allah yang Maha tiada tandingan. Mungkin sudah nampak dan jelas, tapi... dibuat-buatnya tidak nampak. Tak lain.. dia lah orang yang bodoh dan dungu akalnya. Ego yang melampau. Sombong bak Firaun bila mana dia tahu yang Allah itu berkuasa memati dan menghidupkan manusia. Dia sombong.. mendakwa yang dia juga berkuasa memati dan menghidupkan manusia.. Dibunuhnya manusia sebagai kuasa dia mematikan manusia.. Dibiarkan manusia hidup sebagai tanda dia berkuasa menghidupkan manusia.

Hujan juga diibaratkan bonus buat student-student kat Arab Saudi. Tiap kali hujan. Tiap kali itulah sistem pembelajaran akan dibatalkan. Pelajar boleh balik rumah. Andainya malam tu hujan.. secara automatik, esok tiada kelas. Cuti. Sampai begitu sekali. Sebenarnya, sebab yang paling ketara diberi cuti adalah disebakan oleh air yang melimpah naik di jalan - jalan dekat arab saudi. Arab Saudi jarang sekali menerima hujan. Jadi, sistem perancangan jalannya tidak menyediakan langsung longkang untuk air - air hujan ni mengalir. Itulah yang menjadi punca banjir di jalan-jalan.

Bila hujan je.. semua mahu balik rumah.. tidak mahu terperangkap di tengah - tengah kesesakan jalan raya. Sebab itulah kelas dibatalkan. Semua pelajar mahu balik. Mak ayah diorang risaukan keselamatan diorang. Tengok... manja sangat kan anak - anak orang Arab ni. Jadi, tak mustahil jika aku pun turut bergembira jika hujan itu turun kerana tidur menjadi lebih enak..

hujan itu tidak boleh lari daripada basah!


**dah macam karangan BM untuk SPM kan..? haha
** kepada awak ( FA ) study betul - betul..dapat dekan lagi untuk sem ni.. :)
Read More

Kita Satu

8 comments
Musim sejuk mula menjenguk bumi Madinah. Angin panas perlahan - lahan bertukar dingin. Nikmat Allah. Tapi, nikmat ini mungkin boleh jadi bencana buat orang yang anti sejuk.. hihi.. Siapa yang anti sejuk tu..? Sudah tentu.. mat - mat black dari benua Africa.. Awas.. ini bukan entry racist..!!

Sejuk dan panas.. Tak habis kalau kita yang dari Asia ni nak bergaduh dengan mat - mat black pasal isu ini. Mat - mat black membawa hujah yang dingin aircond tu boleh menjejaskan tahap kesuburan lelaki. Tapi, saudara kita di Syria sana, di Palestin sana... tidak kira sejuk.. tidak kira panas.. Tempat diorang hanya ada hujan. Dihujani dengan besi - besi yang bertan - tan beratnya. Dihujani dengan mortar dan juga peluru berpandu. Allah..Sungguh.. hanya Allah yang tahu betapa perit dan pedihnya.

Sekarang yang terbaru adalah tentang kerakusan tentera zionis yang buas dan bernafsu menembak dan menyerang saudara - saudara kita di Gaza. Bagaikan menghina umat Islam dengan  melancarkan serangan pada awal Muharram 1434, sedangkan kita masih belum lagi reda dengan kekejaman puak Syiah dan juga pro Basyar yang tidak berhati perut di bumi Syam sana.

Sungguh..mereka - mereka ini tidak akan redha dengan kita, tidak akan berdiam diri dan mereka tidak akan gembira selagi kita ini tidak mengikuti mereka. Tidak mengikuti ajaran mereka. Mereka inginkan kita bersama - sama mereka. Firman Allah s.w.t itu tidak pernah dusta.. Perkara ini sudah lama termaktub melalui mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang teragung iaitu Al - Quran.

 Kita yang jauh ini hanya mampu mengirim doa. Mengadap Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas segalanya.. memohon rahmat dan bantuan kepada saudara - saudara kita di sana. Kita bersatu di bawah panji yang satu. Panji Islam. Panji kebenaran. Umat Islam itu seperti satu binaan. Saling kuat menguat antara satu sama lain. Kita kuat bila kita bersatu, kita goyah bila kita bercerai.

** to FA.. i know you are my best..
Read More

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah

3 comments
ENTRY COPY PASTE. Cuba baca dan faham dan nilaikan.. Tak semua benda boleh dibuat main - main. Dah sesetengah benda perlu tahu asal usulnya.

*****************************************************************************

Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.
Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.

Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.

Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)
Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.  Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.

Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.
Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).

Oleh itu,  janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.

Abu Umair,
28 Zulhijjah 1429

*****************************************************************************

Read More

Hati dan Perempuan

10 comments
Wanita itu lembut. Mempunyai hati yang lembut. ye.. hundred percent aku setuju. Hati seorang  wanita adalah hati yang sangat lembut dan mudah terasa. Bahasa mudahnya mungkin sensitif. Cepat emosi adalah bahasa modennya.

Wanita itu sangat kompleks. Tipu kalau seseorang lelaki itu mengatakan yang dia mampu mengenal seluruh hati budi dan tingkah laku seseorang perempuan itu hanya dalam masa sebulan atau pun beberapa tahun. Hampir mustahil. Semakin seseorang lelaki itu menyelami hati seorang perempuan.. semakin itu dia akan rasa yang dasarnya masih lagi jauh ke bawah.. perlu sabar dalam menyelam.. menyelam dan terus menyelam ke bawah untuk mencari di mana dasarnya. Tujuannya hanya satu, untuk mengenali hati seorang wanita yang kita sayangi.

Sebab itu, bila ditanya seorang suami apakah dia sudah kenal isteri dia dengan sebenar - benar kenal..? Tak ramai yang memegang gelaran  suami ini berani mengaku yang dia sudah mengenali isterinya dengan sebenar - benar kenal.. Betul.. Memang betul sebab tugas menyelam untuk mencari dasar hati perempuan itu masih lagi dilakukan oleh sang suami.. Mungkin perlu mengambil masa yang agak panjang bahkan mungkin sehingga akhir hayat biar pun sudah lama mengikat tali perkahwinan. Biar pun sudah beranak pinak dan beranak cucu.

Sebab itu suami yang baik tidak akan mengalah dalam perkara yang dapat memahamkan dia tentang hati isterinya.. Dia tidak akan mengalah dengan terus naik ke permukaan tanpa mengetahui apa yang terdapat di dasarnya. Tentang apa jua perkara yang melibat hati dan perasaan si isterinya. Lelaki yang baik akan cuba menyelam semampu yang mungkin.. Jika dia berasa tekanan itu semakin tinggi.. Dia akan naik ke permukaan.. Menarik nafas, menghirup udara memenuhi tangki paru - paru dan terus menyelam balik.. Hanya semata - mata untuk mengenal siapa itu isterinya.. Ingin mengenal hati seorang wanita yang bergelar isteri.

Perempuan itu kuat. Nampak dari luar memang kuat.. Kita nampak dia okay.. Tapi, lelaki kena ingat.. Kuatnya juga ada had. Hatinya ibarat dibalut dengan tanah liat. Nampak kuat dan keras.. Tapi, bila lama dipanah mentari, basah disirami hujan, sejuk bertemankan embun.. dia akan rekah...akan retak.. perlahan-lahan serpihannya akan jatuh bersemadi dengan bumi.. akhirnya hanya tinggal hati yang suci dan lembut.. bila tiba saat ini.. percayalah, saat itu wanita boleh menangis.. Tahulah kamu sang lelaki yang air mata wanita itu adalah kelemahan terbesar kamu..

Jadi, lelaki fikir balik.. apa yang like and dislike pasal isteri anda.. cuba peka tentang perkara yang isteri ataupun buah hati anda sensitif dan boleh buat dia emo.. kalau banyak sangat yang dia sensitif.. cuba buat list.. dan bila sudah buat list tu.. kena elakkan buat perkara yang dia sensitif tu..

**untuk awak.. saya minta maaf.
Read More

Kurang Tidur Adalah Punca Kegemukan

13 comments
Kurang tidur boleh menyebabkan kegemukan..? Betul ke..?Ini adalah satu kajian terbaru daripada saintis - saintis yang bertauliah.. Bukannya aku membuat ujikaji sendiri.. Tidur seseorang yang kurang telah menunjuk tidak balas sel terhadap insulin yang boleh memberi kesan kepada berat badan seseorang. Kesan kepada kenaikan berat badan.. Bukannya kepada penurunan. Makin gemuk..bukan makin slim.

Menurut kajian diorang, tidur yang kurang ini memberi kesan yang berlainan mengikut jantina  terhadap penerimaan selera makan. Antara lelaki dan perempuan masing - masing ada tindak balas yang berbeza terhadap selera makan bila waktu tidur diorang tidak mencukupi.

Lelaki menunjukkan keberangsangan hormon selera makan yang membuak - buak apabila dibiarkan 4 hari tanpa tidur yang cukup, manakala perempuan pula menunjukkan penurunan hormon yang mencetuskan kekenyangan apabila mereka makan. Ini menyebabkan lelaki akan makan sebanyak mungkin disebabkan nafsu makan yang tinggi, dan wanita pula akan makan tanpa nafsu seperti nafsu makan lelaki tetapi akan makan lebih lama dan banyak disebabkan lambatnya rangsangan perut dan otaknya untuk mengatakan yang dia telah kenyang.

Jadi, ini adalah berita baik buat sesiapa yang menaikkan berat badan. Diorang boleh stay malam... main game, layan korea, layan running man, makan donut tengah - tengah malam manakala bagi orang yang berasa dia gemuk especially orang Dublin tu, boleh la belajar untuk tidur dengan cukup walaupun sibuk..nanti gemuk dan chubby..haha

**nanti yang mana doctor tu mesti kaji balik sama ada ye ke tak fakta kajian aku bagi kat atas tu.. aku tak bagitau pun kat mana sumber aku dapat.. entah - entah reka sendiri kan..? haha
Read More

Manchester United 2 - 1 Arsenal

2 comments
Nampaknya sangkaan aku yang Arsenal akan menang dengan Man Utd dengan jaringan 4 berbalas 2 ternyata meleset sekali. Jauh sekali meleset. Arsenal nampaknya hilang 3 mata di Old Trafford apabila kalah 1-2. Tak perlu melatah dan tak perlu meroyan apabila team kita kalah. Refree nampak okay je malam ni. Tak nampak sangat macam Man Utd beli.. hehe

Gol Man Utd masing - masing dijaringkan oleh bekas kapten Arsenal, RVP seawal minit ketiga lagi dan satu lagi gol daripada Evra pada separuh masa kedua. Kita hanya sempat membalas balik dengan satu jaringan melalui Santi Cazorla. Tu pun dah last - last minit. Tapi terbaik. Banyak benda lagi yang Wenger perlu perbaiki untuk skuad musim ni.

Giroud
Podolski - Cazorla - Ramsey
Arteta - Wilshere
Santos - Vermaelan - Metesacker - Sagna
Mannone

Subs : Martinez - Koscielny - Chamakh - Chamberlain - Arshavin - Jenkinson - Walcott

Gambaran ringkas first eleven kita menentang Man Utd. Nampak macam ada sedikit kesilapan bagi aku apabila Wenger meletakkan Ramsey sebagai pemain sayap kanan. Game malam ni nampak sayap tu tak berkembang sangat. Macam sayap patah. Mungkin Walcott ataupun Arshavin patut dimasukkan terlebih awal untuk menyeimbangkan sayap kiri dengan sayap kanan.

Kita tetap berbangga yang Arsenal bermain dengan baik walaupun selepas Wilshere dilayangkan kad kuning kedua pada separuh masa kedua dan hanya bermain dengan 10 orang di atas padang. Tidak bolos walaupun dengan 10 orang malahan sempat lagi menjaringkan satu gol sagu hati. Mungkin boleh dikatakan yang Vermaelan melakukan kesilapan untuk first goal daripada Persie. Tapi, itu adalah defender terbaik yang kita ada dalam skuad Arsenal. Bagi aku, Santos masih lagi tidak menjadi malam ni. Banyak peluang untuk Man Utd menyerang datangnya dari arah defend kiri.

Apa - apa pun.. game dah habis.. kita tengok je la. Nak bagitau Wenger pun bukan dia dengar pun buah fikiran kita. Kerja dia... tau la dia nak settle macam mana skuad dia. Orang bayar dia gaji.. dia buat kerja la.. kita, kerja kita tengok game je.. pastu bila kalah sumpah seranah kan..? haha.. bila menang boleh booo fans team lain..

**aku paling geram tengok Giroud main tadi.. tak tahu la Giroud ni.. kita masih kurang power di bahagian serangan dan Giroud semacam tidak menjadi cabaran langsung buat semua defender pasukan di liga EPL. haha
Read More

Preview Match Man Utd vs Arsenal

3 comments
Esok petang ikut waktu sini Man Utd vs Arsenal adalah pada pukul 3.45 petang. Sedang - sedang je lepas asar. Memang ada chance nak tengok walaupun kenangan 'manis' Arsenal dibelasah dengan Man Utd  8-2 masih lagi fresh. Malu dengan fans Man Utd kalau diorang ungkit balik match tu..

Esok Arsenal akan bertandang ke tempat lawan dengan beberapa player yang masih lagi injured. Diaby, Szczesny, Gibbs, Chamberlain dan juga Gervinho. Chamberlain masih lagi 50-50. Antara injured ataupun tak, tunggu pakar kesihatan Arsenal sahkan dulu. Gervinho dijangka akan berehat selama 3 hari lagi. Nampaknya wing kanan esok akan diisi tempatnya oleh Ramsey atau pun Walcott memandangkan Wilshere sudah kembali beraksi. Aku rasa kemungkinan besar adalah Walcott disebabkan persembahan dia yang menarik pada match menentang Reading tempoh hari.

Man Utd sebenarnya aku tak kisah sangat. Tapi, kehadiran Persie ni mungkin akan rasa sedikit sangsi dengan barisan penyerang diorang untuk menjaringkan gol. Wenger dari awal - awal lagi dah pesan kat fans supaya tunjuk hormat sikit kepada bekas kapten diorang. Suruh hormat keputusan Persie untuk berhijrah ke Man Utd.  Kalau aku, degil... tak nak dengar apa yang Wenger cakap, nak je booo kat Persie tu. Mentang - mentang je Man Utd offer gaji tinggi sikit.. terus je blah dari Arsenal.

Game kita esok mungkin susah sedikit kalau diikut penilaian dengan persembahan 2 atau 3 game Arsenal sebelum ni. Game yang tak menjadi, banyak kesilapan hantaran dan juga striker yang susah untuk melakukan jaringan. Beza mata dengan Man Utd adalah 6 mata dan sudah tentu team kita yang bertandang ke Old Trafford esok ingin menang. So, team kita sudah inginkan kemenangan... kita apatah lagi sebagai fans, perlu berdiri teguh di belakang team kita dan menaruh harapan setinggi boleh supaya Arsenal menang. So, tak banyak aku predict untuk game esok.. kita menang dengan 4-2. Haha.. Besar kan jangkaan aku.?

Dibawah adalah gambar jangkaan skuad yang akan beraksi esok. Santos akan menggantikan tempat Gibbs. Aku nampak yang Santos ni banyak masalah. Mungkin masih lagi tak serasi dengan teammates. Bagi aku, Gibbs jauh lebih baik walaupun body Santos lebih tough. Apa - apa pun kita tengok game esok macam mana..

pemain jangkaan mengikut website footbaltalk.




Read More

Kenapa dinamakan taufan Sandy

11 comments
Daging korban masih belum habis. Tersimpan rapi di dalam fridge. Tapi, bagi orang yang bekerja.. tak dapat tidak terpaksa pergi menjalankan kerjanya, pelajar terpaksa menghadiri kuliahnya, budak medic yang sibuk dengan work project pula terpaksa pergi hospital. Tiada alasan untuk menghabiskan daging - daging korban yang belum lagi terusik di dalam peti sejuk. Cuti amat singkat kan..?

Pelbagai menu masakan berasaskan daging masih segar berlegar dalam kotak minda ibu - ibu yang caring, tapi kita dikejutkan dengan ribut taufan Sandy yang melanda negara Amerika Syarikat. Ada yang langsung tidak ambil peduli kerana katanya Amerika ini adalah satu negara yang jahat dan patut diboikot walhal dia adalah pengguna setia produk Apple.

Aku sebenarnya tiba - tiba terlintas kenapa taufan ini dinamakan dengan Sandy. Adakah ianya satu ribut yang membawa pasir bertan - tan yang mengakibatkan satu New York ditutupi pasir? Tidak!! Sangkaan aku jauh sekali. Ribut ni hanya membawa angin yang laju dan bersamanya ada awan-awan tebal dan bergulung yang menurunkan hujan. Tidak ada kaitan dengan pasir pun walau sedikit.

Rupanya Sandy ini adalah nama orang, bukannya nama benda seperti pasir. Pihak ajk meteorologi di sana akan menamakan ribut taufan yang melanda negara diorang  ni dengan satu nama orang mengikut abjad daripada huruf A-Z. Ribut kali ni adalah giliran huruf S sebab tu dinamakan Sandy. Sebelum ribut Sandy ni ada satu ribut yang dinamakan dengan Rafael dan ribut yang akan datang ni sudah ada namanya iaitu ribut Tony dan ribut selepas Tony juga sudah ada nama iaitu Valerie.

Manakala, huruf Q, U, X, Y, dan Z pula tidak digunakan kerana ada masalah sebutan nama atau pun kurangnya nama yang bermula dengan huruf tersebut. Nama - nama ribut yang sudah lepas ini juga tidak akan berulang. Hanya sekali untuk untuk seumur hidup. Aku pun tak tahu kenapa diorang suka melabelkan ribut ni dengan nama orang dan kebanyakannya adalah nama perempuan. Katanya, kesan sesuatu negara selepas dilanda ribut ni sama dengan kesan yang diakibatkan oleh perempuan yang baru lepas mengamuk. Nampak macam betul kan..? Haha..

rujukan : yahoo news

*kalau salah fakta ni minta diperbetulkan especially 'awak' yang gemuk.
Read More

Hari Arafah

9 comments
Selamat menunaikan haji buat jemaah haji Malaysia yang berada di mekah. Tak lupa juga kepada bakal mertua yang berada di mekah sana. hehe.. Moga semuanya selamat dan dapat menjalankan ibadah haji dengan baik dan sempurna. Moga kesihatan terjaga. Kesihatan adalah yang paling utama untuk membuat ibadah haji. Untuk mendapat ketenangan dan keselesaan dalam ibadah.

Kita yang diberi kesihatan ni mungkin berasa cemburu untuk turut sama dalam mengerjakan ibadah haji kan.. ? Tapi, kesihatan sahaja tak cukup.. harta pun perlu juga. Sebab tu Islam tak mewajibkan bagi sesiapa yang tidak mempunyai harta ataupun wang yang cukup untuk pergi menunaikan haji. Yang tak mampu nak buat macam mana kan? Ada rezeki sampai la tu.

Kita yang tak pergi untuk ibadah haji ni ada kelebihannya yang lain. Kelebihan pada Hari Arafah. Hari Arafah ni selalunya jatuh pada 9 dzulhijjah. Tak de tarikah lain dah. Bagi jemaah haji, Hari Arafah ni adalah di mana mereka berada di suatu tempat bernama Arafah untuk wukuf. Sebab tu dipanggil juga hari wukuf untuk nama pendek. Kalau nama panjang hari wukuf di Arafah. Hehe. Mereka disarankan untuk berdoa dan berzikir kerana doa pada hari Arafah adalah sebaik - baik doa.

Nabi s.a.w menggalakan umatnya untuk berpuasa pada Hari Arafah bagi sesiapa yang tidak mengerjakan haji. Allah menjanjikan ganjaran kepada sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut dengan ganjaran diampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. Tengok. Betapa kasihnya Nabi s.a.w kepada umatnya dan betapa Allah itu melebihkan umat Nabi s.a.w

Bagi sesiapa yang sihat tubuh badannya... sama - samalah kita berpuasa. Hanya sekali dalam setahun. Peluang sudah ada. Rugi sesiapa yang tak merebutnya. Perlu diingatkan di sini yang dosa diampunkan disini adalah dosa - dosa yang kecil bukannnya dosa yang besar. Dosa besar tak dapat tidak kena bertaubat dahulu sebelum diampunkan oleh Tuhan.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ  - الترمذي
  
PS : semoga mertua sentiasa sihat... :D 
Read More

Norwich City ( 1 ) v Arsenal ( 0 )

3 comments
 ENTRY ARSENAL!!!

Tak perlu cakap banyakkan bila Arsenal kalah kan.? Predict aku yang Arsenal akan menang dengan jaringan gol 3 biji tanpa sebarang bolos ternyata meleset sekali. Kita hanya merancang. Hanya Tuhan yang menentukan. Kita hamba nak buat apa lagi kan.? Hanya pasrah dengan segala suratan.. Hehe. Nampak dah macam emosi dah...

Skuad adalah seperti biasa. Giroud sebagai penyerang,penyerang yang masih belum menunjuk bisa. Podolski dan Gervinho sebagai wing yang tak berapa lebar sayapnya, Arteta dan Ramsey sebagai Defensive Midfield dan juga Santi Cazorla sebagai arkitek di padang Norwich City. Mungkin ianya nampak sebagai skuad yang cukup ampuh untuk menumbangkan Norwich. Tetapi, itu semua adalah syok sendiri.

Giroud

Podolski - Cazorla - Gervinho

Arteta - Ramsey

Santos - Vermaelan - Mertesacker - Jenkinson

Mannone

Dah la kalah, lepastu ada berita buruk pula apabila Oxlade Chamberlain yang hanya masuk beberapa minit terpaksa keluar kerana kecederaan yang dialaminya. Ox dilaporkan akan missed perlawanan menentang Schalke untuk UCL nanti. Kesian Ox. Masuk beberapa minit dah kena keluar.

Bagi aku, game semalam adalah tak best. Langsung tak best. Aku tengok pun bosan. Mungkin corak permainan yang membosankan. Banyak passing yang tak menjadi. Paling ketara bagi aku adalah Santos. Walaupun defendnya baik, bodynya tegap... passingnya malam ni kurang memuaskan. 

Secara purata kita pegang bola dengan nisbah 72 peratus berbanding Norwich. Tapi tu la.. Norwich bermain seakan bertahan. Susah pemain kita nak menembusi kubu diorang.Berlapis - lapis layer yang diorang cuba buat. Dah macam style permainan Chelsea da.. haha. 

Nak tahu lebih lanjut. Korang download la highlight and tengok sendiri. Buat analisis Aku memang tak puas hati dengan game Arsenal semalam. Kesian kat Ox aku... injured. hehe..
Read More

Preview : Norwich v Arsenal

2 comments
ENTRY ARSENAL !!!

Malam ni adalah match Arsenal selepas international break. Menjadi tetamu kepada stadium Norwich City. Katanya Wenger, dia nak menjadikan Oktober adalah Oktober yang paling bermakna untuk Arsenal. Kita sama - sama tengok tahap mana kesungguhan Arsene Wenger dalam mengendalikan Arsenal.

News yang baik setakat ni adalah dengan kehadiran Jack Wilshere dalam skuad utama Arsenal. Selama 15 bulan dia berehat. Mengambil masa untuk pulih dari kecederaannya. Paling tidak pun Wenger akan letak dia dalam pemain simpanan untuk malam ni. Untuk main first tu memang tak la aku rasa.

Kehadiran Wilshere ni adalah pengganti dengan kecederaan Walcott yang cedera paru - paru pada perlawanan England menentang San Marino baru ni. Dengar khabar mengatakan yang paru - parunya lebam. Pelik betul kan istilah perubatan ni. Aku pun tak tahu macam mana kalau paru paru tu lebam. Boleh batuk darah katanya. 2 minggu untuk lebam itu surut mengikut pakar perubatan Arsenal. Kesian Walcott kena tahan batuk.

Koscielny kita pula injured belakang dan tak lain tak bukan yang Per Metesacker akan menggantikan tempatnya untuk berganding dengan Vermaelan. Kieran Gibbs pun sama. Sakit peha katanya. Jadi, peratus untuk Santos bermain lebih tinggi malam ni. Boleh tengok Santos gergasi ni main full. Haha

Berita kecederaan lain. Kedua - dua keeper utama kita masih lagi injured. Szczesny dan Fabianski. Masing - masing dijangka akan kembali training dalam masa 2 minggu lagi. Bagi aku Szczesny ni lebih mantap sikit berbanding Mannone dan Mannone pula adalah choice aku berbanding Fabianski. Jadi, Fabianski kalau nak injured lama - lama pun boleh. Haha..

Pemain tengah jangan bimbang. Kita ramai stock pemain tengah. Setakat Abou Diaby dan Rosicky yang masih lagi injured, tak jadi masalah katanya sorang fans Arsenal ni. Lagipun lawan kita adalah Norwich. Apa la sangat. Haha. Apa - apa pun kita tengok malam ni macam mana nanti. Ini semua adalah preview semata - mata. Aku predict kita menang 4 - 0 malam ni.. 


* Aku lebih suka Ramsey diganti dengan Ox Chamberlain. Tapi, aku rasa Wenger letak tu sekadar nak jaga hati Ramsey. Haha
Read More

"Let Us Capture Ur Beautifull Memories"

10 comments
Seminggu untuk satu entry mungkin sesuai untuk student sepenuh masa macam aku kan..? Jadi, tak de la orang cakap aku mengkhianati amanah ibu bapa. Ibu bapa ingat kita pergi belajar jauh-jauh memang study kaw - kaw tiap hari. Tapi, rupa - rupanya tiap - tiap hari dok mengadap blog je.. Padehal dok layan anime je. Haha

Dari jauh aku nak mengucap tahniah buat sahabat aku yang dulunya slim tapi sekarang sedikit chubby sebab sudah berjaya dalam bidang yang dia impikan. Dari zero kepada hero. Tagline nampak familiar je kan..? Tahniah kepada Azizi Azahazuhari kerana sudah berjaya dalam bidang photography nya. Sekarang mesti dia sibuk dengan job sini dan sana.. Tambah - tambah musim cuti sekolah.

Kalau dulu, dia femes je dengan blog NESLOO. Tapi sekarang mungkin dia sedikit busy dengan job - job sebagai jurufoto. Terpaksa bergegas ke hulur ke hilir. Tak cukup lagi dengan hulu dan hilir dia ke utara dan ke selatan. Semuanya adalah demi sebutir beras untuk mengalas perut bagi meneruskan kehidupan. Hidup biar mudah, tapi tak menyusahkan orang lain.

Jadi, sesiapa yang nak mendapatkan perkhidmatan dia, sila hubungi beliau di facebooknya yang bernama Mohamad Azizi Azahazuhari. Semua gambar dia boleh ambil. Gambar konvo la, gambar wedding la, gambar berkhatan la, gambar makanan la dan gambar - gambar yang dikategorikan sebagai baik dan sejuk mata memandang. Gambar duck face aku tak sure pula dia ambil ke tak. Yang tu kena tanya bigboss sendiri.

Aku bukan nak promote apa sebab blog aku bukannya ada traffic yang tinggi. Sekadar tempat melepaskan gian je. Cuma ini adalah basic tactical untuk mendapatkan perkhidmatan yang luar biasa daripada abang azizi. Mungkin dia boleh bagi diskaun yang 'luar biasa' bila tiba masa untuk ikatan jodoh aku dengan si dia. Nak tahu lebih lanjut tengok je gambar yang abang zi dah buat kat bawah ni.


**semoga flight si dia ( FA ) selamat sampai ke Malaysia untuk meneruskan work projectnya.
**minta abang zi jangan terkesima dengan ayat - ayat saya kat atas tu.. :D
Read More

Sahabat itu bukanlah seperti chewing-gum

11 comments
Sudah lama blog hitam ni tidak menyerikan wajahnya dengan entry - entry terbaru. Andaikan blog ini ada perasaan, sudah pasti ianya akan menangis hiba kerana terlalu lama ditinggalkan oleh tuannya. Tinggal tanpa khabar berita. Ibarat memberikan seribu pengharapan... tetapi ditinggalkan tanpa sebarang kata.. Alangkah zalimnya..

Mungkin sudah tidak sempat untuk seperti masa dahulu. Kalau sempat pun setakat 2 3 jam sehari hanya untuk twitter. Minta maaf rakan - rakan blogger. Nak singgah menyinggah pun tak sempat. Sekarang ini aku hanya menulis bila ada masa dan ada idea.

Ada someone yang aku kenal melontarkan persoalan :
 " what have we do if we trust to somebody. Tapi somebody tu tak appericiate?"
Kalau aku, serius aku bagitau yang aku akan rasa geram, marah, tak puas hati.. Senangnya semua benda-benda negatif mesti ada.. Contoh mudah la... kita ada seorang kawan.. keluar sama - sama, stay sama - sama, makan sama - sama.. kita percaya yang dia adalah seorang sahabat yang baik. Tiba - tiba kita dapat tahu yang bila dia bersama kawan - kawan dia yang lain, kita selalu menjadi mangsa umpatan. Kita menjadi bahan ejekan. Seolah - olah kita ni amat jijik di matanya.

Apakah perasaan di saat kita tahu kita diperlakukan sedemikian rupa..? Kita mungkin bermonolog sendirian.. " kenapalah aku kenal dengan dia ni..? " "kenapalah perbuatan dia selama ini  Allah bongkarkan, pedih aku nak menerima semua ini." Mungkin lebih banyak lagi monolog - monolog yang akan tercipta. Yang penting, kita rasa macam dikhianati kan? Selama ni kita percaya yang dia adalah seorang sahabat dunia dan akhirat, tetapi, kepercayaan kita itu dengan senangnya dicarik - carikkan. Koyak dan rabak. Semuanya adalah palsu. Hanya indah di mata. Busuk di belakang.

Setakat ni aku masih lagi bersyukur kerana belum lagi ditemukan dengan orang yang sebegitu. Mungkin ada. Mungkin tiada. Kalau ada, mungkin Allah belum tunjukkan lagi. Tapi, syukur itu perlu kerana Allah belum lagi tunjukkan. Mungkin Dia tahu yang sabar aku buat masa sekarang ni masih lagi cetek.

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan banyak banyak terima kasih buat sahabat dan teman aku selama ini. Especially semua member member kat Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Tak kira senior atau junior. Kita adalah sahabat dunia akhirat. Korang memang tidak menghampakan. Sememangnya yang terbaik. 
Dan untuk si dia. Harap bersabar. Kerenah manusia, tidak ada penghujung jika dilayannya. Jangan ambil serius dan jangan dilayan sangat.

*sahabat itu bukanlah macam chewing-gum, bila habis manisnya, bila jemu dikunyahnya...kita buang di pinggiran jalan, perlahan-lahan ianya ditutup oleh debu jalanan.
Read More

Semuanya nak Perfect

25 comments
Lelaki biasanya ada aim dia tersendiri dalam mencari calon isterinya. Ada piawaian yang perlu dipatuhi dan kriteria yang perlu diambil kira. Biasanya lelaki - lelaki awam ni akan memandang rupa sebagai piawaian yang terpenting sekali. Lelaki - lelaki kat luar sana sudah sedia maklum tentang tuntutan Islam dalam mencari teman hidup iaitu agama, keturunan, harta dan paras rupa.

Cuba tanya mat rempit  kalau tak percaya. Cuba tanya nak wanita jenis macam mana untuk dibuat isteri. Paling cincau pun diorang mesti nak yang pakai tudung. Tudung separuh macam artis pun jadi la kalau tak dapat yang berlitup sepenuhnya. Ini sudah fitrah manusia. Inginkan kepada kebaikan. Sudah lazimnya wanita yang bertudung dan penuh dengan ilmu agama itu adalah wanita yang baik.

Itulah lelaki. Demand sangat. Nak yang perfect. Kalau nak yang perfect tu boleh, tapi kena pastikan yang kita itu adalah betul - betul perfect. Perfect zahir dan batin. Itu semestinya mustahil kerana manusia sendiri bersifat dengan lemah. Mana mungkin dan mana padan sekiranya pasangan kita adalah perfect dan kita pula adalah serba kekurangan. Formulanya mudah sangat. Kita mensyukuri apa kelebihan dan perfectnya pasangan kita itu dan kita redha dengan apa yang kurang dan cacatnya teman kita.

Bak kata Ustaz Hasrizal, erti hidup adalah memberi. Satunya kita cuba untuk memberi yang terbaik kepada teman kita. Bila kita dapat memberi sesuatu yang terbaik atau dalam kata lainnya adalah dapat berjasa dan berusaha dalam mengelokkan hubungan kita, secara sendirinya kita akan merasa bahagia dan puas dalam hidup. Akan sampai suatu tahap yang kita sendiri akan merasakan puas hati dengan diri sendiri.

**harap - harap si dia selamat sampai ke Ireland.. haha
Read More

Raya ke Tujuh

22 comments
Hari raya ketujuh bersamaan dengan 7 syawal. Hari raya mungkin sudah habis buat mahasiswa dan mahasiswi kerana ada antara mereka sudah berangkat menuju ke kampus masing - masing. Mungkin cuti mereka pendek dan aku yakin, mereka dapat manfaatkan cuti mereka yang pendek tu dengan benda yang berkualiti. Moment yang dapat disimpan dalam memori untuk terus tersenyum di hari yang mendatang.

Aku masih menghitung hari untuk berangkat ke Madinah. Rabu nanti. 29 Ogos. Doakan moga aku sampai dengan selamatnya. Cuti aku yang singkat membuat hari - hari aku memang padat. Keluar pagi balik malam. Tapi, tak kemana sangat pun.. lepak - lepak dengan member sambil kongsi - kongsi cerita kehidupan. Imbas kembali kenangan zaman budak remaja. Masa untuk bergelak ketawa. Tak nak fikir lagi masalah pelajaran.

Memang kehadiran Syawal amat bermakna di bumi Malaysia kerana tradisi orang Melayu menjadikan Aidilfitri masa untuk ziarah menziarahi sanak saudara. Kalau bukan Aidilfitri, entah... aku rasa saudara aku yang dekat tu pun belum  tentu lagi aku dapat jumpa. Saudara yang muda tak pe la.. kita beranggapan yang kita dan dia masing - masing ada masa yang panjang lagi untuk bersua muka. Mungkin Aidilfitri akan datang. Tapi, yang tua ni.. bila - bila masa dia boleh pergi.



**orang Ireland dengar - dengar sampai Malaysia hari ni.. minta - minta bawa balik buah tangan sekali..haha

Read More

Alex Song sudah menjadi warga Barcelona

6 comments
WARNING : ENTRY ARSENAL

Luka minggu lepas belum lagi hilang bila RVP berpindah ke kelab Manchester United dan hari ni Alex Song bagai menambah luka baru dengan secara rasminya dia sudah menjadi pemain Barcelona!!! Alex Song... pemain Barcelona. Ku sangkakan diriku bermimpi... bangun pagi ni pun cek berita memang betul. Betul dan betul...

Alex Song dilaporkan sudah selesai menandatangani perjanjian untuk berkhidmat dengan Barcelona dengan satu kontrak yang dirahsiakan. Mungkin bukan dirahsiakan.. Tetapi tidak mendapat capaian media.. Tidak dihebohkan sangat. Mungkin juga perpindahan secara tiba-tiba. Jadi, yuran perpindahannya tidak dapat dipastikan jumlahnya. Undisclosed fee.

Aku berasa yakin dengan perpindahan Song bila buka laman web rasmi Arsenal dan terus ke pautan News. Berita perpindahan Song adalah betul - betul realiti walaupun hakikatnya minda waras aku menafikannya. Penafiaannya menandakan aku sangat - sangat menyokong Song sebagai tulang belakang Arsenal. Bagi aku, perpindahan Song dari Arsenal lebih berat daripada perpindahan RVP ke Man Utd. Entah..tak tahu aku nak explain macam mana..sayu sangat..haha

Fabregas nampaknya antara insan yang paling gembira dengan kehadiran Alex Song sebagai rakan sepermainan. Alex Song dan Fabregas sama - sama diasuh dan dididik oleh papa Wenger daripada kecil lagi. Daripada batu di jalanan menjadi permata yang paling bersinar. Menempah nama dan prestasi mereka meningkat naik di Arsenal. Tetapi apakan daya, Song tidak bertahan lama untuk menjulang piala bersama - sama Arsenal pada musim ini..haha.

Welcome to Barcelona Songito. Wish u the best of luck mate! Bienvenido Songito, te deseo lo mejor! Benvingut Songito! - tweet Fabregas di laman Twitter.

KLIK SINI untuk pautan ke laman web Arsenal tentang perpindahan Alexander Song. Mungkin musim lepas lagi Song sudah ada komplot untuk tinggalkan Arsenal dengan Fabregas untuk ke Barcelona. Haha. Selamat tinggal Alex Song!!

**terkini : yuran perpindahan sebanyak 15 juta pound dengan kontrak selama 5 tahun.




Read More

Syawal Melayu

12 comments
Selamat hari raya eidulfitri kepada semua blogger ataupun tidak. Pada kesempatan ini aku nak mengucapkan berjuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini secara live mahupun secara alam maya. Mungkin ada tulisan aku yang menggores hati dan masih lagi berbekas sehingga kini...mungkin ada yang jadi parut yang bisa bernanah kembali.

 Aku tahu yang suasana beraya di Malaysia memang berlainan dengan suasana beraya di negara negara Arab. Setakat aku berada di Mesir dan Saudi, Arab beraya memang aku respect la. Siap saja solat raya. Diorang terus je balik rumah.. masuk bilik and then..tidur. Best kan..? Takde la nak sibuk bejalan sini sana. Ziarah sana sini. Gosip menggosip dan bergelak ketawa.

Tapi, aku cuma pelik dengan sambutan orang Melayu dengan kehadiran Syawal. Sedikit kesal pun ada. Habis je menjamu juadah berbuka puasa terakhir... cepat je bunyi mercun kedengaran. Memang satu pembaziran aku nampak di situ. Mungkin bagi sesetengah orang ianya macam hiburan yang jarang jarang sekali. Tapi, kalau dah terlampau sampai satu kampung berasap dengan asap mercun.. memang lain dah tu.

Syaitan pun mungkin ikut tumpang bergembira sebab ramai anak anak Melayu yang selalu dicanangkan ketuanan Melayu di Malaysia mengikuti jejak langkah dan tabiat mereka (syaitan). Membazir. Lupakah kita yang antara perangai buruk syaitan adalah suka membazir...?! Mungkin tak lupa.. tetapi sekadar beranggapan yang ianya tidak menjadi satu masalah yang besar. Takpe.. sekali setahun..bila lagi kan.??

**amat letih bila pengguna celcom kena mesej dengan orang hotlink kan..? tapi, nasib baik orang celcom pakai upax. dapat juga 6sen satu mesej. yang hotlink mesej orang celcom tak tahu pula berapa sen... :D
**minta maaf juga kepada blogger yang tak sempat aku nak blogwalking..kekangan masa memang amat terhad sekarang ni.
Read More

Jiji dan Unjai di KFC

6 comments
28 Ramadhan. Ramadhan semakin berada di penghujungnya untuk tahun 1433 Hijrah. Bulan yang mana padanya terdapat satu malam yang dinamai malam seribu bulan. Entah sempat atau tidak untuk kita merasai Ramadhan yang akan datang di tahun 1434 Hijrah. Sama - sama kita mendoakan agar sempat dengan Ramadhan yang akan datang.

Malam yang ke 28 aku plan nak jumpa dengan 2 orang member. Member sepanjang zaman. Aku pun tak tahu kenapa member member aku yang lain menggelarkan 2 orang ni adalah Artis. Istilah ni digunapakai kepada orang - orang yang susah nak buat date dan diajak keluar. Asyik sibuk dengan temujanji. Haha. Tapi, bagi aku... nak jumpa diorang ni tak de la susah sangat.

First, aku mesej diorang. Tanya diorang malam ni moreh kat mana, terawih kat mana. Terus, sorang yang bernama Azizi Ayob tu reply bagitau yang malam ni jumpa kat KFC berdekatan dengan stadium. Sorang lagi tu tak reply mesej. Aku dah syak yang dia kehabisan kredit. Diorang berdua tu siap nak belanja lagi. Mula - mula tu aku rasa was was juga nak keluar. Bukan apa, malas nak bawa moto.

Takdirnya, dapat juga aku jumpa 2 orang artis tu sekaligus selepas terawih. Jiji dan Unjai. Terawih dekat surau di stadium je. Express.. 9.30 malam dah siap sekali dengan witir. Lepas tu lepak KFC. Aku bukan nak citer apa pun. Cuma aku baru dapat tahu yang air kat KFC tak dapat refill balik bila dah habis. Kalau kat Saudi, rata - rata kedai fastfood menawarkan perkhidmatan refill air bila dah habis. Terpaksa pula beli air tambahan kat kaunter. Siap dengan saiz besar lagi untuk bekal borakborak sampai lebam.

**kalau balik Malaysia memang jarang benor aku nak pergi kedai fastfoof macam ni..haish..tak padan..duit ciput je ada dalam poket..haha
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia