Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

minta doa kalian semua

Assalamualaikum. tengok tajuk macam ada kes emergency je kan..? tapi, rasa-rasa macam emergency jugak la.. bukan apa..esok final exam untuk sem ni. start esok dan berakhir pada hari Ahad ni. minta maaf jugak kepada sesape yang tinggal komen kerana tidak dapat menjejaki belog - belog kalian. *ayat bajet + poyo so.. sambil - sambil korang yang dok baca entry ni.. doalah sekali untuk aku agar dapat jawab exam dengan terbaik ye. terlintas dalam hati pom tak pa...haha.. mana tau kot kot ada makbul doa dari kalian. islam juga galakkan umat dia supaya sama tolong menolong. tapi tak guna jugak kalo korang dok doa tapi aku dengan selamba je tak membaca ye...? so, skang ni aku dok tengah baca ni..struggle gila2 sampai ada kalimah typo dalam ni pom aku tak tahu...yang entry sebelom ni bertajuk wordless tu, mati2 aku ingat yang ari tu adalah hari rabu.. tu la.dok dalam zon selesa sangat.. last2 minit baru nak baca.. untuk entry wordless tu..ada je gambar aku..kalo perasan aku pakai baju tshirt

wordless

**ps : cuba cari mana satu aku..haha

exam Quran

Alhamdulillah..hari isnin, dengan baiknya aku dapat melalui exam Quran. exam Quran tak de yang bertulis kat sini. Semuanya oral. disebabkan oral la aku rasa cuak sikit time nak masuk dan bersemuka dengan panel penanya soalan. sukatan hafalan adalah surah Ali Imran. Banyak ke...? Tapi, apa - apa pom alhamdulillah. dah lepas kan..? tak de la sampai tak masuk exam di sebabkan tido. Seawal 7.40 pg lagi member aku mesej suh p kelas untuk exam. Setahu aku, exam pukol 8. Jadi..cepat - cepat sarung jubah terus p kelas. macam yang aku jangkakan..sampai awal pom bukan terus start exam. last - last, aku antara orang yang terlast amek exam. hampir pukul 11 baru aku start kena soal. ni pasal malas beratur la.sape nak awal, beratur untuk tunggu giliran. yang bujang macam aku ni..bab beratur dan tunggu menunggu ni memang leceh la. lebih baik dok borak - borak sambil tunggu orang sikit kan..? melangkah masuk dalam kelas utk exam tu.. seram sejuk je rasa..kot - kot tak leh jawab..kot - kot tersan

entry jumaat

paham tak jadual ni..?haha salam jumaat semua. minta maaf banyak banyak sebab sekarang ni macam dah kurang dah aktiviti blogwalking. banyak blog blog yang selalu singgah dulu tak sempat nak singgah. tak sempat nak baca entry baru daripada rakan rakan bloger. tambah-tambah sekarang ni penghujung sem. kalo blogger yang masih study tu tau la time2 macam ni. mesti sibuk study untuk final exam kan...? aku pom sama la. 31/12 ni start exam untuk final. semalam lagi dah start study week. study week pom..bukannya nak belajar pom. main bola, main bola..tu je..haha exam minggu depan tak lama. dalam seminggu lebih je. start hari sabtu. ahad depan tu baru habis. depend kepada subjek yang diambik. kalo yang aku tu, sem ni amek 7 subjek. semuanya bertulis, kecuali subjek Al-Quran. Ujian lisan utk Quran hari senin ni..nak detail jadual aku, tengokla gambar kat atas ni. bajet plak siap letak jadual kan..?haha insyaAllah..habis exam ni aku keluar dari saudi. jalan jalan cari pengalaman kat te

kak LM nak pandangan

salam jumaat. kak LM ada mintak pandangan tentang memakai niqab jika keluar berjalan-jalan dengan suami. aku sebenarnya tak tahu sama ada pandangan aku ni boleh diterima atau atau tak.haha..kalo tak boleh akak bgtau la. kak LM, bagi saya...baiknya dan amat baik jika kak LM memakai niqab jika keluar berjalan - jalan dengan suami. Ini kerana untuk mengelakkan daripada mata - mata liar mat arab qatar memandang wajah akak. memang memakai niqab bukannya wajib, tetapi ada kebaikan besar pada si pemakainya. tersirat mahupun tersurat.  tambah - tambah plak kalau wajah akak ni ala - ala pan asia.hoho kebiasaannya arab-arab ni gersang sikit. pengalaman saya jumpa dengan mat arab buat setakat ni. kat qatar pom macam tu ke kak..? jadi, biasanya diorang suka memandang kaum wanita yang bukan dari kalangan arab. ye lah.. dah jemu dengan muka arab. macam tuan belog la..nk usha gadis2 arab je.haha.. kan takut terlebih pandang, lain pula jadinya..tapi, kalo dengan berniqab..sekurang-kurangnya kurang

wordless

**credit gambar utk saudara _________(tak ingat nama)

yang perlu ada untuk exam - tawakkal

mungkin ada antara korang yang tengah baca entry ni duduk tersengih, sedangkan aku dalam keadaan tengah dok menjawab soalan test untuk midsem..minggu ni sahaja ada 3 test untuk midsem. termasuk sekali dengan test yang aku rasa tak dapat full mark sebelom ni..walaupun tak dapat full mark..kita jangan cepat fedup..kita je rasa tak dapat full mark..mana tau ada percaturan Allah di sebaliknya.(ayat nak sedapkan hati) selasa. test untuk feqh. kitab zakat. merangkumi bab - bab penting zakat dalam kitab bidayatul mujtahid wan nihayatul muktasid karangan ibnu rushd. bermula dari bab siapa yang wajib dikenakan zakat, harta apa yang dikenakan zakat dan sedikit daripada nasab ataupun jumlah yang perlu dikenakan zakat. pukul 8.25 am waktu tempatan aku exam..haha itu adalah separuh daripada kitab zakat. nampak sikit ke banyak? aku yang baru lepas membaca ni rasa banyak yang terlampau2..ada dalam 35 masalah yang kena ingat untuk exam esok. setiap masalah kena ingat pegangan imam mazhab untuk mazha

member punya masalah

hari monday. selamat bekerja dan selamat kembali belajar buat orang belah2 selatan. aku kat sini tak dikategorikan belah2 mana..tapi yang penting aku orang oversea..haha..ada kelainan sikit di situ..kalo korang jadi blurr bila hari monday..aku ni hari saturday lagi dah jadi blurr..sebab tu selalu je kelas hari sabtu jadi miss.. semalaman aku terpikir masalah member aku ni..bukan pikir sangat..membayangkan jika masalah member  ni terkena pada aku.. member aku ni ada kenal dengan sorang perempuan negeri bawah bayu.. ala - ala borneo gitu.. kalo nak sampai negeri ni kena naik flight air asia tu. seposen je kan tiket skang ni? baru lah sampai.. negara tu sama..tapi jauh sikit.. dipendekkan cerita. tanpa diduga..perempuan ni telah jatuh hati kepada dia. dia pom kaget. dia tahu yang perempuan ni cun, pemakaian okey plus dengan tudung labuh lagi. umur pom ngam - ngam je dengan dia. hari - hari si perempuan ni asyik BBM dia, cakap yang dia sayang kat member aku ni.. kalo aku..perempuan cun h

oh,usul feqh

hari ahad. baru je panas - panas lepas test usul feqh. serius..rasa bodoh je dok dalam kelas tadi.. satu soalan pom tak leh nak jawab..so, dah tau kan apa pasal tak leh jawab..tak baca la tu.. aku sebenarnya dah was - was dan syak wasangka sama ada hari ni betul2 ada test atau tak. awal  minggu lepas syeikh aku bgtau yang hari ni memang exam..tapi hari last minggu lepas dia tak datang pula, sedangkan dia bagitau nak bincang dan ulasan tentang soalan hari ni.. aku pom saja buat konklusi sendiri yang hari ni mungkin tak de test..konklusi pom.. buku bukak juga.. yakin 50 percent je yang esok tak de exam.baca pom tak sampai 10 muka surat..terus tido..yang tu memang terbaik..nyenyak tido musim sejuk ni.. masuk kelas hari ni..selamba je syeikh datang, minta student keluarkan kertas dan jawab soalan kat whiteboard. hah..ambik kau..3 soalan je 26 markah..kalo korang kat sini ada amek usul feqh., tolong jawab untuk aku yer : 1.mazhab firqah tersebut dalam berpegang dengan sunnah : a) as

pilih tarikh pilih hari

fajar pagi jumaat hari jumaat..kejap je kan..?kejap atau lama tak jadi masalah..masa mana ada nasa free untuk dia berhenti daripada berlalu..yang penting..hari jumaat ni kita lalui je macam hari biasa, cuma ditambah dengan perbanyakkan lagi amalan amalan sunat..intro terbaik aku setakat ni..haha kalo belah2 pantai timur ni..hari jumaat adalah hari yang terbaik untuk berjumpa sanak saudara..biasanya akan ada la jamuan makan-makan. lepas jumaat blh la melahap dengan sopan kan..?baik tak aktiviti macam ni..?kat pantai timur juga..hari jumaat la selalu orang kerap buat kenduri..ikutla kenduri apa pun..sambut menantu ke..cukur baby ke.. tapi..nak buat kenduri ataupun majlis keramaian ni tak perlu tarikh yang tertentu. cukup hanya dengan melihat hari yang sesuai dan hari yang senang untuk tetamu memenuhi undangan. macam kat belah pantai timur tu. hari jumaat memang sesuai la. jangan pulak nanti ada dalam kalangan kita yang nak buat kenduri nanti pergi meminta khidmat bomoh. katanya

oh malam minggu

nampak gambar kat atas tu..dalam gambar tu ada perkataan CHILIS kan..? kalo orang yang kaki makan mesti tahu la apa benda chilis tu. satu nama kedai makan yang ala ala western gitu. tak pom ala-ala yang fast food. nak jadikan cerita..haha..siap ada cerita lagi kan...?aku rasa ni kedai makan yang last la aku makan kat sini..kedai.pergh..makanan mahal amat..burger biasa aku order pom ada dalam dekat SAR 40. tapi..makan kenyang jugak..tak tahu la kat mana mahal tu..overall semalam habis dekat SAR 800.kejap je. satu malam dah habis 800. cerita sebenarnya..nak masuk kedai ni tak sengaja pom..planing asal adalah nak masuk shopingmall..dalam tu ada foodcourt and harga dia pom biasa biasa je..tapi..pergi semalam..dia tak bagi masuk untuk golongan muda mudi yang belum berkahwin..katanya pak guard,.malam tu adalah malam untuk keluarga bershoping.cehh..memberontak perut.. tapi..kalo satu sorang bawak pasangan yang berjubah hitam dan berniqob tu..konferm2 la dia bagi masuk..asal ada pasangan

bila musim dingin

musim sejuk datang lagi seperti kebiasaannya. bagi yang dok kat benua arab ni..sememangnya musim sejuk ni ditunggu kerana pedih mengharungi musim panas. pedih tu orang yang pernah merasainya sahaja dapat tahu tahap kepedihannya. musim sejuk tahun ni rasa macam lain plak dengan musim sejuk tahun lepas. aku rasa macam tahun ni lebih sejuk je..sampai tak mandi untuk seminggu tu perkara biasa je. cuma kadang kala..sejuk yang melampau ini tak selesa jugak.manusia.selalu je merasa tak cukup.musim panas datang nak musim sejuk.musim sejuk mari nak suam2 plak..tapi..ingat..jangan sesekali kita menghina cuaca., tak kira sejuk mahupun panas kerana Allah lah pentadbirnya. kalo kak LM kita tu..masuk musim, terus je dia demam..harap harap cepat sembuh ye kak.perubahan suhu yang mendadak kot.kata ulama, musim sejuk adalah rahmat yang besar buat orang orang mukmin..tau tak apa pasal ulama cakap macam tu..? kalo kat malaysia..musim sejuk tu macam musim hujan la.hujan pom sejuk jugak.betul tak..?

wordless

**lama dah tak buat wordless ni..

berhati hati dalam bulan muharam

Apa macam masuk bulan Muharam? Bulan pertama dalam kalendar Islam untuk tahun baru hijrah. Mesti ramai je  blogger yang dok update pasal kelebihan bulan Muharam yang mana terdapat didalamnya hari Asyura iaitu jatuh pada 10 haribulan. Mesti ramai je antara kita yang nak share kelebihan dan fadhilat berpuasa di hari Asyura. Mencari rujukan di mana mana dan di antaranya yang share status friend kat wall FB dan dibawa masuk ke entry blog. Bagus..memang satu usaha bagus dalam kalangan blogger yang ingin menyemarakkan dakwah agar reader2 mendapat ilmu dan juga beramal dengannya.. Cuma kadangkala tu..kita terlepas pandang dengan entry kita. Dapat je fadhilat ataupun kelebihan Muharam/Hari Asyura, terus je kita post buat entry. Kebiasaanya fahdilat ini selalu disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w. Seharusnya kita memeriksa sama ada benda yang ingin kita sebarkan tu betul betul sahih ataupun tidak. Antara satu kelebihan ataupun fadhilat yang didustakan atas nama Nabi Muhammad s.a.w un