Doa Awal.dan Akhir Tahun

19 comments


Artikel yang dicopy dan dipaste dari blog saudara AbuUmair

Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.

Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.
Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.

Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.
Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)

Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.  Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.

Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.

Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).

Oleh itu,  janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.

Abu Umair,
28 Zulhijjah 1429

**fikir dengan akal dan hati yang terbuka**
Read More

tidak beriman ketika melakukan dosa besar

26 comments
Nabi s.a.w ada bersabda dalam satu hadis yang mana mafhumnya :
"Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari).
Makna hadis di atas adalah jelas yang mana seseorang itu tidak dalam keadaan beriman ketika mana dia melakukan dosa - dosa di atas. Berzina, mencuri dan meminum arak. Ketiga - tiga dosa di atas adalah antara 3 dosa besar yang disebut oleh Nabi s.a.w.
Hadis ini juga menafikan golongan Khawarij yang mengatakan terkeluarnya  dari Islam bagi si pelaku dosa besar.  Jelas menunjukkan disini martabat iman dan juga Islam. Seseorang itu akan bersih dari dosa besar dan juga kecil bilamana dia dalam keadaan beriman. Ketahuilah yang iman itu bertambah dan juga berkurang.
Ibarat satu bulatan yang besar yang mana di dalamnya terdapat satu bulatan yang kecil. Bulatan yang kecil adalah iman dan bulatan yang besar di luarnya adalah Islam. Jika seseorang itu melakukan dosa besar, ianya hanya keluar dari sempadan bulatan kecil iaitu iman dan masih lagi berada dalam satu bulatan yang besar, iman.
Tidak dapat lari dari seseorang itu yang ingin mencari keredaan Allah adalah perlu dalam keadaan sentiasa beriman agar dapat mengelakkan daripada melakukan dosa - dosa besar. Dosa - dosa besar adalah tidak lain mengundang kemurkaan Allah taala.
Read More

# 2

26 comments
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku bergegas turun dari tingkat 4 menuju ke pintu belakang universiti. Di situ terdapat satu mesin ATM Ar-Rajhi. Memang kebiasaan agenda PPM ( Persatuan Pelajar Malaysia Madinah ) untuk berkumpul di situ jika ada aktiviti yang dilakukan di luar universiti.

Satu lagi program yang disusun oleh PPM pada malam ini. Pakej haji untuk memudahkan pelajar - pelajar Malaysia di Madinah menunaikan ibadah haji. Dari pengangkutan, penginapan hinggalah ibadah haji itu selesai sepenuhnya. Tetapi masih ada mulut - mulut sumbang yang mengutuk persatuan. Entah... aku pun binggung.

Terasa beg aku bergetar. Aku terus mengeluarkan handphone. Tertera nama Khairul Amri..Seorang sahabat yang satu batch dengan aku. Walaupun satu batch, ada lebih rasa hormat kepada Amri. Awal dua tahun dia lahir sebelum aku mengenali dunia ini.

" Assalamualaikum Amri... macam mana? " terus je aku tanya jika ada apa - apa kecemasan.

" Waalaikumussalam..hang kat mana tu? ", loghat utara keluar dari mulut Amri. Anak kelahiran Perlis ni begitu prihatin.

" Aku on the way ni..jap lagi aku sampai..", terus terang aku bagitahu. Aku tahu semua orang tengah menunggu aku. Bukan apa..satu arahan sudah dikeluarkan untuk berkumpul pada jam 9.30 malam lagi.

"Ooo... ok kalau macam tu.. jumpa kat belakang nanti..", Amri mematikan perbualan.

Makin laju aku berjalan. Tapi tak selaju macam biasa. Tangan kananku membibit sebuah beg. Dalamnya terisi kelengkapan untuk ibadah haji. Sleeping bag, kain ihram dan beberapa helai baju. Semuanya adalah barang asas.

Hatiku sedikit risau. Bimbang malam ini jika terjadi apa - apa yang tak diingini. Aku sudah diberitahu awal - awal yang perjalanan mungkin sedikit membahayakan. Pergi haji tanpa permit!!Satu kesalah di sisi undang - undang Arab Saudi. Insya Allah semuanya baik.

Pelajar di sini menggelarnya Haji Sahara.  Perlu merentasi padang pasir untuk melepaskan diri dari pemeriksaan polis. Langkahku semakin laju. Mengejar masa.
Read More

# 1

28 comments
Madinah di pinggiran musim panas. Suhu makin menurun. Perlahan-lahan panas mula menghilangkan diri. Kadang - kadang, hawa  yang bersisa haba kepanasan masih lagi terasa? Mana mungkin hidup ini tanpa haba..?!

Mungkin tahun ini juga adalah satu kelebihan buat jemaah haji yang menunaikan rukun Islam yang kelima. Semuanya adalah rahmah dan rahmat daripada Allah s.w.t. Tidakkah terfikir orang - orang Atheis, bagaimana bumi ini begitu sistematik aturannya? Dalam setahun ada padanya musim sejuk, ada juga musim panas.

Diri ini masih lagi termenung. Diri ini adalah salah seorang yang akan menjadi tetamu Allah di bumi Mekah. Bumi yang mana terletaknya kaabah yang merupakan kiblat umat Islam. Kiblat yang satu sampai bumi ini hancur.  Tak dapat nak bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah bagi. Tak semua yang dapat mengecapi nikmat ini. Satu anugerah besar.

"Ya Allah... layakkah diriku ini untuk mengecapi nikmat Mu yang besar ini? Aku tahu, diri ini banyak melakukan dosa dan maksiat kepada Mu.." hati ini bersoal sendiria. Malu rasanya dengan Tuhan Yang Satu..tiada yang lain kecuali Allah Taala. Allahuakbar.

Tapi, lupakah aku yang Allah itu Maha Pengampun? Bersangka baiklah kepada Allah dan janganlah berputus asa daripada rahmatnya. Mekah seakan - akan memanggil aku. Tak jemu - jemu tanah berkat ini menyambut tetamu Allah.

*******
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia