Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

wordless wednesday #9

member aku bujang

malam raya ari tu aku kuar nga member aku..kuar lepak lepak minum air..biasala..orang bujang..orang tak bujang tak leh..komitmen kat isteri harus diutamakan.. dalam beborak tu..member aku citer la macam mana aktiviti raya di pagi esok..dia bagitahu..esok conferm adik beradik dia akan beratur dengan sopannya untuk beraya dengan umi dan babanya..tapi, dia cool je..dia tak nak beratur cepat2..dia tahu yang adik beradiknya tu hanya nak angpau raya je.. rupa rupanya..member aku tu sengaja beratur belakang skali..bukan apa..dia malu..dia cakap..kalo time raya mesti kena salam dengan mak ayah..pastu kena peluk la..cium pipi la..ahaha.. " eeii...aku tak leh la macam tu..geli.., kalo takat cium tangan ok je.." walaupun geli..dia terpaksa buat..haha aku pom macam tu jugak..rasa janggal je nak buat macam tu..peluk and cium pipi..sbb tu aku takat cium tangan je..nampak benor aku anak yang tak seberapa sayang..tapi,sayang aku tak tunjuk kat situ la..aku rasa tak salah aku nga member

terhangat!!!

ini adalah entry yang suka suki..saja di post untuk tambah bilangan entry..nampak benor tak de orang nak update hari ni..jadi tulis la apa apa pom..tak de orang marah kan?? kalo aku post entry ni..mesti naik kat bloglist yang aku baru hapdet..tak de la jadi sampai 24 jam tak update..sekadar tu je..jadi entry ni tak bermakna..kalo buat segmen macam ni ada orang join ke?aha tapi..untuk melengkapkan kemerapuan aku ni..aku kena buat 4 perenggan jugak..dah macam wajib dah bagi aku kena buat 4 perenggan..biar satu ayat pom untuk satu perenggan.. jadi..untuk penutupnya..sila abaikan entry ni...selamat hari raya maaf zahir dan batin..ehe..peace. ps : tak de PS untuk kali ni..

awas!!di hari raya

selamat satu syawal..di pagi syawal mesti gemersik je dengar alunan takbir. tanda  berayanya ummat Islam..yang mana pergi Wakaf Che Yeh kat Kelantan semalam..konferm tak bangun lagi ni..bersesak jalan aku tengok semalam..pukol 2 pagi pom orang masih berpusu-pusu masuk.. ramai je orang tahu apa yang sunat perlu dibuat di hari raya..tak tahu baik p terjah blog Nesloo skang ni..beraya jangan lebih - lebih..sekadar ala kadar saja.. aku tahu ramai je yang pikir..raya ni aku nak p melantak menu menu istimewa di rumah awek shawl..untung - untung dapat sampul dari bapak dia..aha..member aku la tu.. dah memang adat masyarakat melayu yang setiap rumah ada menyediakan juadah2 yang spesel di hari raya..satu perkara yang aku pom salute..aku pergi beraya pom sedapkan.??dapat gak merasai juadah eksotik dengan free..kalo di hari raya.mesti mahal je nak dapat..takpom memang takkan jumpa kalo bukan di hari raya..contohnya makanan nasi terapung di teratak..pernah dengar?? satu amalan yang baik den

selamat hari raya

rerasanya esok dah raya kan?mesti tak ramai je yang online ni..sibuk nak buat ketupat la..nak masak untuk pagi raya la.kalo hantu online..sah..memang sah yang diorang ni beraya depan lappy dengan internet je..haha so..kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya dan ingin memohon berjuta kemaafan atas kesalahan yang aku sedari ataupun tak sedari..sama ada melalui komen d entry korang ataupun melalui entry2 aku yang di publishkan..yang mana terasa hati aku amat2 meminta maaf.. aku rasa aku dah nak terminate da broadbang maxis aku..tak leh nak makan jasa..line je 3G tapi tak leh nak bukak site yang berat2 sikit..insyaAllah..di Saudi nanti aku sambung internet...haha tak lupa jugak kepada yang hantar kad raya untuk aku..Cik Bell, Cikgu Fad dan juga sorang lagi..aku lupa lah sape..haha ps : sape nak kontek aku msj la 013..kot2 ada yang terasa hati nga aku ke..ada hutang nak minta ke..sbb skang ni susah je aku nak online..kalo nak wish hari raya pom blh gak..haha

akhir ramadhan

skang dah 27 ramadham dah kan?memang tak terasa sikit pom yang ramadhan smakin berlalu dan meninggalkan kita..yang kita tunggu adalah biskut raya dan juadah untuk satu syawal nanti..betul tak? kalo yang cakap tak betul tu..?aku salute amat la..sebab aku tergolong dalam kumpulan yang dok menanti satu syawal..rosak betui..rasa macam tak sabar je nak melahap sampai kenyang.. tu la..manusia..nafsu makan yang amat kuat..tambah2 ramai je blogger yang jemput beraya umah dia..eheh walaupun kita bergumbira menanti syawal..tak sepatutnya kita juga bergembira melepaskan ramadhan berlalu pergi..jaga dan semailah beberapa hari dalam ramadhan ini sebelom dia berlalu meninggalkan kita..bajailah dia dengan benih2 ibadat agar ia dapat terus bercambah mekar dan membesar dengan kuntum2 bunga di bulan2 yang lain agar lastly kita dapat nikmati hasilnya di akhirat kelak...(ayat sastera aku ni..korang ulang dan hayati betul2) ingat..raya pasti tiba..tapi, hargailah sisa ramadhan yang tak lama lagi akan

stamina pompuan

hari jumaat yang wordless..aku skang dah tak dok nga member aku lagi.. awek dia marah sebab aku asyik je nga member aku sampai awek dia terasa disisihkan..apakan daya..jeles seorang pompuan..betul tak orang pompuan??aha tapi..dalam jeles seorang pompuan tu..satu je yang aku tabik..diorang ni kalo berjalan..memang tak tahu erti letih.. start je berjalan...stamina diorang akan mencanak naik mengalahkan seorang atlit..betul tak wanita sekalian?? pasai apa? cuba suh suami atau boifren atau sesape saja yang bernama laki laki ni lepas perempuan dalam mall atau pun supermarket..pergh..konferm..korang je tahu result stamina diorang..nak nak kat raya ni..stamina memang habis tinggi..kalo aku jadi si laki tadi..aku cari je kusi..terus duduk..stamina kurang nak buat macam mana diorang.. so.apa kata lelaki..?setuju tak kalo aku bagitahu yang stamina kita tak cukup kuat lagi..? ps : tenet siput di hujung bulan..susah nak merangkak2 BW..aha

tak lama da

sori sebab tak sempat nak berblog walking.laptop aku tinggal kat umah. ni pom pakai laptop abang jiji je.. dalam tengah taip entry ni aku tertengok dia dok jeling2... menyampah kot orang dok guna laptop dia..tapi still bersangka baik..dia ada sakit mata kot..aha aku dok pikir sambil bermuhasabah yang aku masih ada masa lebih kurang 2 minggu lagi sebelum fly ke bumi Saudi Arabia. sungguh cepat masa ini berlalu..aha..korang tak de ke yang free nak hantor aku kat epot..? aku sorang2 je kat KLIA tu.. orang lain tak nak hantor aku tak pe sebab ada someone spesel in my deep heart yang nak hantor..dia sanggup habiskan masa terluangnya dengan mengisi masa kosong di epot..nampak?? dia sangat sayang kat aku.. tapi..aku tak sure dia datang tak..tak leh kira kan...biasanya mulut je manis.ahaha so...akhir kalam, dapat laptop aku..aku nak BW seantero blogger malaysia..entah sempat ke tidak kat Saudi nanti.. ps : selamat malam..

wordless wednesday #7

dia rindu

fuh..rasa lega je dapat jumpa nga lappy kesayangan aku.rerasa aku..lappy aku ni pom tengah rindukan aku..maklum la..tinggal terbuka je.on sampai la aku balik..setia betul. aku plak yang buat macam gantung tak bertali.. tu baru lappy..benda bernyala..tapi ada satu lagi yang aku rasa2 dok rindukan aku jugak..benda ni tak leh nak dipanggil benda sangat sebab dia bernyawa..haha..siap ada otak dan akal fikiran lagi.. macam ni, aku on fb..tengok ada noti yang someone post kat wall aku semalam..so, aku reply la..tak sampai seminit pengepost tu reply balik..aha..nampak benor dio tunggu aku..siap tanya.. "apesal lme tak on9?"..haha.baru semalaman dah kata lama da.. cikgu iffah ..jangan runsing sangat yer..saya ada je kat sini..tak yah nak bimbang2..haha..okeh..nak jejak kasih kejap..haha ps : entry ni saje menguji cikgu iffah untuk tahap dia mengatakan yang aku perasan dan annoying..semuanya adalah gurauan..haha

hukum main mercun

ni entry ringkas je..dok kejar masa nak blogwalking.. tambah tambah dan nak berbukak pose ni.. entry pasal mercun..hehe..haramkah main mercun?? main mercun boleh terjerumus kepada haram sekirannya ianya memudaratkan.. tak kira la mercun tu mercun apa.. mercun robot, mercun bola dan seumpamanya..kalo bunga api tak la kan..? asalkan pointnya membahayakan.. asal sesuatu permainan itu harus sehinggalah datang sebab yang boleh mengharamkan sesuatu itu.. sah2 la yang mercun tu bahayakan..? kalo tak..takkan lah dok kuar dalam berita hairan pasal gambar tangan yang tinggal tulang temulang je.. nampak tulang jari dok gerak gerak mintak pemetik api. tangan macam tu pom nak main mercun lg.tu la akibat main mercun.. memang conferm bahaya.. manfaat pom tak de sangat.. ayat pasal memudaratkan diri ni rasanya semua dah arif..bunyi macam ni.."wala tulku biaidikum ila tahlukah.." tu ejaan dalam bahasa melayu..maksudnya : "janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan..&quo

DORORO TASK - blogger idola dan blog kegemaran

asal usul segmen ni klil gambar tu aku sambung lagi nampaknya segmen keroro ni di pagi yang syahdu. aku pom tahu yang keroro sangat sibuk..dia cakap nak uruskan kursus kahwin dia. idola blogger aku ialah nesloo . mesti korang dah tahu kan? nama pena dia jijiyue.. sape tak kenal boleh godek2 bloglist aku.. tuan dia hensem je..sebab tu aku buat dia jadi idola.. tambah2 time dia pakai spek..luruh jantung hatiku tengok dia..nasib baik pipi dia tak pinky..hurm... blog kegemaran plak banyak.. tak larat aku nak sebut satu persatu..tapi, kalo ada yang ternampak aku singgah dan komen kat satu2 blog tu.. tandanya blog kegemaran aku la..aku tak nak sebut plak blog yang mana satu..nanti ada orang cakap aku pilih blog2 cikaro je.. blogger idola tu aku pilih secara rawak je..ikut pilihan mata..aku pejam mata..fokus, pastu aku bukak mata balik..aku tengok blogger nesloo ada kat depan aku..tu pasal la aku pilih dia.. ps : iffah , jangan jeles lagi dengan aku.

info

yang ni entry berbaur info untuk perkongsian. tapi rerasa aku info ni macam dah ramai yang tahu.. laki laki ataupun wanita yang tak minat info sila baca ps kat bawah tu je.. kalo korang rasa info ni korang dah tahu..korang boleh skip baca entry ni dan scroll ke bawah. nampak je butang komen tu..klik lelaju..otomatik dia akan kuar popup windows..korang tulis yang entry aku ni kosong..tak berguna, info dah lapuk..orang nak bagi info, nak tulis info jugak.. kalo korang komen macam tu sekali pom..aku terima seadanya..aku tak ego macam iffah.. aku mengaku aku silap..kekadang je iffah tak ngaku yang dia silap..korang pernah donlod movie atau cerita? korang tahu tak ada yang korang donlod tu gambar dia tak lawa.macam gambar cetak rompak je.. pastu time nak donlod tu korang perasan tak ada kod mcm ni.. TS, CAMRip,PPVRip, DVDRip, DVDSCR, BDRip,R5 dan R6. aku rasa korang semua yang kaki donlod movie orang puteh mesti tahukan?jadi, aku tak nak memanjangkan entry.nanti orang cakap aku nak sh

iffah tak puas hati

post ni relate dengan entry aku yang sebelom ni..tengok dari komen tu nampak macam ada orang tak puas hati je bila aku cakap yang muka aku ni adalah muka babyface...orang yang tak puas hati tu minta belajar terima hakikat yer.. aku tuju soalan ni untuk kaum hawa la..kaum yang akan bergelar ibu suatu hari nanti...? korang rasa korang nak muka yang jenis macam mana untuk bakal suami dan bakal bapa kepada anak anak anda? tapi aku sure sangat yang mesti ramai nak muka meced..tak nak yang babyface macam aku... korang tak rasa ke kalo dapat suami yang mukanya kiut ala ala babyface dan iras iras justin bibir tu boleh membuatkan anak korang yang bakal lahir nanti jadi kiut miut dan cantik molek??kena plak pasangan wanita tu sejak azali lagi peminat KPOP? tak gitu eh?korang jugak yang untung dapat baby macam Kim Tae Hee... tapi seriyes aku cakap..sekali tengok boleh la muka babyface...kalo 2 kali tengok konferm aku tersenyum sambil menahan gelak..jambu dan pinky tu.. ps : muka aku bukan

GIRORO TASK - kelebihan dan kekurangan

sori bro..tak siap2 lagi segmen ni nampaknya aku dah terlupa nak siapkan alien task dari sergeant keroro .. semuanya ada 5. aku baru sudahkan 2 task dan ada 3 lagi..kalo aku siapkan yang ni.maknanya ada 2 lagi..paham? aku tak nak keroro cakap, "nak join segmen...tasks tak nak buat.." kelebihan dan kekurangan. kelebihan aku la tu? seriyes aku bagitau yang aku ni tak de kelebihan kecuali satu iaitu kelebihan menjadi lelaki. lelaki tu satu kelebihan wooo.. sebab apa..? bila aku pegi supermarket, aku tak perlu nak pakai heel. bila nak kuar date, tak perlu pakai mekap..bila nak kuar rumah..tak perlu pakai shawl...nampak tu..satu kelebihan, tetapi berkembang menjadi banyak.haha..banyak lelaki yang tak menyedarinya kekurangan ek?kekurangan mana boleh bagitau sangat nanti tak banyak peluang nak tekel doktor. cikgu iffah bagitau yang kekurangan aku satu jer..muka aku ni muka babyface..tak leh guna untuk pancing orang yang ada tittle syarifah..rugi benor la tu...ehe ps : t

jangan fanatik

entry ni ditaip dikala dalam kebengangan bercampur dengan kefrustan..tapi..yang membaca jangan risau sebab tak de efek apa pom kalo baca entry ni..kebengangan tu takkan berjangkit macam penyakit malas cikgu iffah apa tidak bengangnya..aku dapat tahu yang Arsenal kalah 0-2 dengan liverpool. jiran aku yang baca ni mesti gelak terkekek kekek..ko jangan gelak kuat kuat bobo ..ehe.. atomatik peluang aku nak menang segmen teka bola laman ayah su jugak tiada..tak de rezeki la tu.. kekorang yang pompuan tu..jangan nak menyampah dengan entry aku pasal bola ni..korang kalo dapat laki yang minat bola, baru tahu macam mana..kena yang fanatik kaw kaw tu lagi la susah.. nak2 tegor laki time lepas team dia kalah.. "bang, macam mana bola?menang tak??" kalo yang panas mesti jawab.."bising je ko ni...aku tengah panas ni.." yang ni nasib la kalo pompuan dapat..stok macam ni tak banyak sangat kat luar tu.. kalo dapat yang senyap je time team diorang kalah..ok sikit kan? nak yang

SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?

nak join klik gambar tu dalam pepetang gini, elok gak join segmen.. pada yang malas mandi tu..buangla tabiat tu jauh jauh..menyusahkan orang je..haha segmen ni macam segmen ikhlas untuk kutuk mengutuk blog.. yang paling ditekan kat sini pasal keberatan blog. pasal masa yang diamek untuk loading satu2 belog tu. so, kat sini aku ngaku blog aku memang berat.. aku tak tipu. aku pernah nak view blog aku sendiri..pergh..memang makan masa gak  nak loading.jadi, aku nak tanya pendapat korang yang blog aku ni berat ke tak? ke aku je yang bukak jadi berat..nak komen yang lain pom aku on je..ehee ps: internet broadband + siput tu blh gak nak komen..aha

BLOG PILIHAN SAYA IALAH

nak tahu lebih lanjut dah pukol 3 da..segmen ben kena habiskan jugak yer..jadi aku pilih blog2 ni sebagai pilihan tanganku menaip..bukan pilihan hati yer.haha.. : http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/08/papa-ben-nak-blog-dengan-segera.html aku pilih blog dia ni sebab dia cakap dia nak jadi cikgu yang peramah dan sopan santun.. so, aku nak jejak la kisah hidup dia dalam blog pinky dia tu..tapi..satu je..dia malas nak m.....haha http://soliciousstorynory.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-nak-blog-dengan-segera.html  ni belog cik soly..rajin je cik soly dok mengomen entry merapu aku.. thanks ye cik soly..selalu saya pergi blog awak ada je entry baru..ehe http://ceritasana-sini.blogspot.com/ selalu je singgah sini pergi tengok header kartun dia yang besar tu..aha http://www.sunahsukasakura.com/2011/08/papa-ben-nak-blog-dengan-segera.html selalu je jengok blog kak sunah. background dia menarik je.penah cuba nak godek amek background dia, tak menjadi plak..aha..terpikat

terima kasih awak.. sayang awak ketat ketat

salam sabtu. semalaman laptop aku tak tersentuh. sibuk berqiamullail katakan..haha. okeh..sabtu yang memeningkan..nampak ramai benor rakyat malaysia skang ni yang dok kat bandar..buat apa? cari baju raya la kan? korang dah cari ke belom? aku raya tahun ni tak de baju nak beraya pom. pakai yang mana ada pom.. tapi.. ada someone spesel belanja aku baju raya. haha.untung wei jadi student oversea ni.. dia cakap pakai baju ni buat beraya. tapi, aku tak raya lagi dah pakai. tak yah nak beraya sangat la kalo setakat dok dalam umah time hari rayakan..? tu pasal aku dah pakai tu.. dalam entry ni aku nak ucap thanks sangat sangat.. "thanks yer awak..." awak mmg blogger otai gak.. tak sangka sanggup belanja saya..nanti saya dapat duit nuffnang saya belanja awak plak. jadi, awok2 sekalian..pegi la beli baju raya tu kalo siapa rasa nak beraya dengan awek2.. kalo yang bujang single tu, tak yah dok p cari la..buat semak kedai je..padehal beraya dalam umah je..wakaka saya rela

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

nak join klik gambor segmen di kala hari minggu.. ramai je yang tak online sebab busy beli baju raya..haha

SAYA BLOGGER PRIHATIN

nak join klik gambar aku mengjoinkan diri dalam segmen ben menandakan SAYA SOKONG TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA IRM. rezeki yang tuhan bagi..kalo ada lebih, sama samalah kita share...rezeki kita dapat tak bermakna kita nak guna semuanya sekali untuk kita. mungkin Allah bagi rezeki untuk kita beramal dan memanfaatkannya untuk orang yang memerlukan..ehe pesanan penaja : selamat berbukak pose untuk semua. yang hisap rokok di tengah hari tak termasuk yer..haha 

TEKA SKOR BOLA 20 OGOS

nak join pepandai la klik gambar pasu ni kali ni aku nak join segmen azam di laman ayah su.. nampak macam abang azam ni peminat bola jer.. aku tak minat sangat bola ni sebab ada sesetengah pompuan tu tak suka sangat orang yang aktif bola.. tapi, sesetengah tu suka je bila tengok lelaki ni berpeluh bila bersukan. so, aku dok tengah tengah.. wasotiyah kalo dalam bahasa arab. senang la kan..? mesti kedua dua yang separuh tu suka..aha.. ni yang aku teka : Arsenal 2 - 1 Liverpool Chelsea 2 - 0 West Bromwich A. Everton 1 - 1 Queens Park R. ps : harap bobo tak tersinggung dengan predict aku ni.haha

Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com

nak join klik gambar aku telah ditag oleh abang lan untuk contest ni.jadi, aku tak nak mengecewakan abang lan yang bersusah payah mengetag aku. niat aku nak kasi abg lan menang contest ni..ehe. lagi pom contest ni kena ada kerjasama dari yang kena tag. iaitu penyertaan akan dikira jika 2 daripada orang 3 yang ditag menyertainya. jadi kat sini..aku pom nak tag orang la.. yang kena tag tu aku minta maaf sesangat..aku bukan nak susahkan korang..saja nak tag..nak buat atau tak tu..up 2 u..aku tak paksa..saja nak cukupkan syarat..bolehkan? aku tag kawan laki aku..haha - keroro - imbobo - hazirah ps : kalo yang kena tag dah join.buat entry 2 kali..tak de dalam syarat..haha

dia marah

sungguh penat malam ni..tak sempat nak berBW lagi..segmen yang aku join pom tak sempat lagi nak jejak balik.ehe. ni penangan tengok Arsenal semalam la..nasib baik menang. korang tahu tak, aku paling respect orang yang berdarah panas bila dia dapat menahan marahnya. kalo korang jumpa orang macam ni. korang pom respect la..kalo nak salute pom boleh lagi. sebab apa? sebab Nabi saw ada mengatakan yang orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya. nampak tu... so, kalo kita ada jumpa 2 orang sedang berbantahan ataupun sedang berbalah dengan emosi yang agak kurang stabil, apa korang yang akan buat? nak tengok? nak rekod dengan camera nset? alaa..kamon la..jangan jadi macam budak sekolah menengah. korang pergi kat dia cakap " Auzibillahi mina syaitoni rrajim..". p/s : aku hanya sempat berBW dan tinggalkan komen je.. korang yang ucapkan lafaz tu..jangan korang p suruh orang yang emosi tu plak p ucap.silap2 sekali nga korang kena bantai..haha..insya Allah

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER

nak join klik header - Nama panggilan Blogger   :pompuan panggil aku H.J tu singkatan nama sebenar aku..ehe - Tarikh mula berblog       : AKHIR 2009. time tu ada ramai author..dalam 10 orang kot..pastu aku        ambik alih blog ni dalam bulan Julai 2011 - Rakan blogger terkini     :461. tima kasih yang follow aku..aku appreciate sangat..cuma kekadang tak perasan pom follower..tak ambik cakna pom..ehe - Target tambah rakan blogger  : 1000 orang..yang ni memang angka diluar jangkauan..saje aku taruk yang tak logik..haha p/s : takde sesi p/s kali ni..haha

wordless wednesday #6

p/s : kredit gambar untuk member aku.. saudara Naim .

muhasabah

hari ni full jadual aku..ke hulur ke hilir menghabiskan minyak moto.haha..tak sempat lagi nak berblog walking kepada teman teman yang meninggalkan komen dan jejak. hari ni aku sempat cabut bulu ketiak je. tengok je pasal mesej kawan aku tu.. aku muhasabah balik dah berapa lama dah aku tak cabut bulu ketiak ni.. padehal cabut bulu ketiak adalah sunnah Nabi dan merupakan satu agenda yang dapat membersihkan diri. tahu tak korang yang kalo bulu ketiak panjang melebihi 40 hari, bakteria makin banyak berkumpul. ini fakta yer..bukan auta. kalo bakteria makin banyak..pergh..makin kaw kaw la baunya. aku pom bilang2, dah lebih 40 hari da. so..aku mulakan ekspedisi mencabut.ingat..cabut yer..bukan cukur..cukur tak best..tak nikmat.. lelaki yang ada tabiat simpan bulu ketiak tu..cabut la..nampak serabai je..lagi pom kawan member aku tak suka.. p/s : betul ke pompuan tak suka laki bulu ketiak panjang??

sambungan

maaf kepada semua. tak sempat aku nak merangkak rangkak dengan broadband aku, nak singgah sahur kat blog korang... tambah tambah, hari ni tak sahur pom..nasib baik sempat dengan Subuh. aku ada tinggal persoalan tentang qunut semalam kan? so, macam ni..qunut ni adalah masalah perselisihan antara bila kena baca, kat mana nak baca, dan waktu mana nak baca. kalo belah2 saudi, sah sah korang takkan jumpa qunut dalam solat subuh.( belah saudi ni mazhab Hanbali ).tapi..ingat..jangan korang dok pikir sebarangan kalo diorang tak buat... untuk qunut solat subuh, kita d malaysia berpegang dengan sunat membacanya. bersama sama dengan pendapat syafie adalah imam malik. yang mengatakan qunut ni tidak sunat aka tidak membacanya adalah imam hanafi dan hanbali. haa..nampak kat situ..? semuanya adalah betul sebab diorang ada hujah masing..ada hadis.cuma aku tak nak panjangkan, aku tak sertakan sekali hadis. waktu membaca qunut adalah selepas ruku' sebelum sujud. takde yang baca time sujudkan?

dia dan ketiak

first sekali saya nak mintak maaf banyak banyak kat member saya. mungkin dia ada kecik hati dengan saya. kalo awak terbaca entry ni..maafkan saya ek.. saya bukan apa..saya tak tersengaja tengok henpon sekaligus tertengok inbox awak. saya tak sengaja tau. time tu sedang sedang je inbox dari someone spesel. mungkin awak malu kot saya terbaca sms awak dan dia. sekali lagi saya mintak maaf. saya sempat tengok satu sms je. terus saya tekan butang punat open. then..terpapar satu ayat.."awak tahu tak..saya suka lelaki yang tak de bulu ketiak.." haish..saya terbaca sms awak..tapi saya hanya mampu tersenyum gembira.. nak tergelak pom ada gak..tapi saya tahan je takut awak terasa hati. lepas tu awak muncul depan saya..saya tengok awak senyum je... saya anggap macam biasa sebab saya selalu je buka sms awak..awak pom selalu gak buat macam tu kan?? p/s : saya seriyes ni..tak main main...

TAMAMA TASK

nak join klik gambar kaki bertangkup ni nampak gambar anak buah keroro kat atas tu... sebelom ni aku dah buat yang keroro task. petang ni rasa nak buat yang kedua plak..pasanagan pilihan..tak pe kan keroro buat sikit2?haha.. pasangan pilihan aku simple je. aku anggapkan maksud pasangan di sini adalah pasangan untuk berkahwin la yer..pertama, ada basic agama..sikit pom jadi la..tahu solat tahu pose, kedua, ada cun sikit. kena ada gak cun ni sebab hari hari dok ngadap muka dia kan? kalo yang cun tu..bila tengok dia pom rasa macam satu masalah dah pergi kan?? aku rasa suami yang kuat dok penampar bini tu mesti dia serabut tengok muka pasangan dia. kalo tak cun pom, nak yang pandai berhias untuk suami dia..ehe 2 je ke? ada lagi..ketiga, dia boleh terima aku seadanya..aku ni kan banyak kekurangan..harap si dia boleh terima dan memahami aku seadanya. last sekali, aku nak pasangan aku tu yang tak kedekut. ye la..kita suami, tak de hak untuk harta isteri kita melainkan dengan kered

dia sangat menyampah

dalam mood tengah dengar lagu raya M. Nasir, datang satu sms dari no 25333. no misteri betul..aku tak tahu dah nak save nama apa..last2 tinggal macam tu je.. mesej tu aku rasa dari kolony kot.. benda yang celcom selalu dok war warkan.. aku tak tahu nak cakap menyampah macam mana..aku tak pernah pom fren nga dia..balas ding dia pom tak pernah.. tapi tiap2 hari gak dia dok hantar mesej... kalo dia hantar mms tak pe la jugak kan? ni hantar mesej nak koin..plezz..koin dah low sangat..menyampah betul. aku nak guna benda tu pom tak pandai sangat..funtion pom tak tahu hape.. selalu dapat mesej yang koin aku slalu bertambah je.. nama fren yang slalu guna 25333 tuk hantar sms tu RIVIERA..kalo korang ada kenal dia...bagitahu dia aku nak jumpa face 2 face nga dia..haha p /s : sape nak koin nga aku request la..berlambak ni..hak3

doa qunut

blurp..moreh dengan steamboat semalam tak dapat dihabiskan..bayangkan..satu periuk untuk 2 orang.tak habis dalam 4 ketul gitu.so, steamboat tu dibawa ke masa sahur untuk dilahap dengan sopannya. pasni, korang dah solat subuh ke? takde gunanya pose jika tak solat..so, yang mana liat2 dan cari peluang nak tido lepas subuh tu...lekas amek wudhuk dan ready untuk solat dhuha plak..haha solat subuh 2 rakaat je..takkan tak leh buat kan? tang2 ringan dari dok mengadap laptop 2 3 jam untuk BW dan update entry kan?kalo laki tu..singgah kat blog awek mesti lama sikit.dia akan amek masa untuk pangkah dan pergi ke tab blog seterusnya. pasai apa? sebab kat blog awek tu ada gambar besar gedabak tertonggek kat sidebar. gambar muncung dengan pipi kembung...haha korang tahu tak dalam solat subuh, kebanyakan muslim di negara kita mengamalkan doa qunut dalam subuh..? korang tahu pasai apa?? p/s : dalam solat tu doakan aku dapat jodoh yang baik yer..haha

orang bujang

pernah je aku dengar perkhabaran yang orang bujang ni tak tahu nak berdikari. kalo kat dalam rumah tu, memang dah macam kandang kambing..baju seluar bertebaran sini sana.. bila ditanya kat diorang..jawapan macam biasala..."ala..orang bujang..tak de isteri nak kemaskan.." aku pon sama la..pakai jawapan tu je..lelaki memang malas kan? tapi..skang ni dah berubah da takut tak de orang nak jadikan menantu.. yang ni lagi terbaik...lepas terawih tadi aku p terjah umah member aku..tengok macam mana umah orang bujang..pergh..memang terbaik..ingat nak p melawat je..kot2 diorang mengimarahkan umah tu dengan buat solat terawih..last2 dapat moreh dengan steamboat.. setumbuk haa..nampak kat atas tu..moreh cara orang bujang...susah woo nak cari stok bujang macam ni..biasanya orang bujang lepas habis terawih...p lepak bawah pokok. sesambil tu main bunga api dengan buat gaya tangan diputar2.. p/s : member aku ni korang rasa boleh kawen dah ke??

dia benci

aku tertarik je dengar kesah member aku. member aku ni pengalaman hidup dia memang terbaik la..full of story.. dengar dia bercerita pom best gak walaupun dah tahu cerita tu cerita tipu..haha satu hari, member aku ni luah sesuatu. aku dengan rela menjadi tempat luahan apa yang terpendam dalam kalbu dia tu.nasib baik saiz kalbu dia kecik..kejap je dia guna aku sebagai alat luahan..kali ni dia luah pasal lelaki..ape kena nga dia ni?buang tabiat ke? dia cakap dia tak suka dengan lelaki yang rambut macam.....macam ni.. rambut laki ni dia turunkan sampai tutup dahi..lepas tu dia pom sapu minyak johnson baby ataupun gel yang buat rambut jadi keras..then, dia biarkan rambut tu tertepek kat dahi dan membiarkan separuh dahinya ditutupi oleh rambut..korang boleh imagine tak ni..panjang aku explain ni..kalo rambut kat jatuh depan tapi tak terlekat nga dahi..dia minat je..haha dalam hati aku..fuhh..nasib baik aku tak buat fesyen rambut macam tu..rupanya ada jugak orang yang menyampah...jadi..

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK

nak join klik gambar tengok abang ben buat kuar segmen baru..rerasa nak join je..tapi tak tahu sempat tak nak jejalan ke blogger2 lain yang join sebab hari ni ada outing dengan someone..ehe..someone spesel yang tak seberapa lagi... korang yang nak join klik header ben ashaari kat atas tu..belog aku tak de yang best pom..tak de lagu jiwang menjiwang... takde header kelip2..ehehe..blog kosong je..aku pom cakap blog aku tak best..korang mesti lebih teruk lagi kan??haha p/s : iffah mempunyai hati yang berkuntum kuntum

keroro task

nak join klik si hijau ni ni cara aku support keroro dengan join segmen dia.tanda menghargai yang dia ni rakan blogger kita..ehehe..kalo join satu pom dah ok da kan keroro..? siapa diri anda?aku adalah seorang insan sama seperti manusia yang lain. punyai fizikal macam David Beckham, tapi part rambut tu dia taruk dengan kopiah..aha seorang yang masih lagi dalam alam pembelajaran dan insyaAllah selamanya akan berada dalam alam ini kerana kita tak akan berhenti menimba ilmu sehinggalah ke liang lahad. buat masa skang ni aku belajar di sebuah universiti di Saudi Arabia. ada pihak di Malaysia dah cop orang yang belajar kat sana adalah terorist. suka aku maklumkan..aku bukanlah terorist..begitu jugak dengan rakan2 disana, melainkan sorang dua.. aku adalah orang yang tak suka dengan kontroversi..so cikgu iffah jangan dok kuat kontroversi sangat..aku tak suka..ahaha..satu lagi, aku ni masih single..mana2 yang baca ni bertaraf mama..ingat, bertaraf ibu je dan ada calon nak suggest

Newcastle United vs Arsenal

nampaknya tak kesampaian aku tengok match pertama EPL arsenal semalam. kalah dengan tido. sory wenger.. tak support ko dengan player2 ko semalam. nak buat macam mana, tido datang bersama pakej mimpi yang menarik. so, entry ni berbaur kefanatikan terhadap bola. korang yang tak minat bola ataupun wanita mahupun perempuan yang jengkel, harap maaf. anda boleh klik butang merah atas sebelah kanan. kalo tak silap simbol pangkah tu. full time arsenal seri dengan newcastle 0-0. untung gak tak tengok..kalo tak habis dah hatiku berseranah sebab dok melepaskan binatang binatang buas buat seranah kat player2 arsenal. tengok livescore, nampaknya gervinho kena kad merah, and ramai plak player yang dapat kad kuning. so, terbaik...tengok highlight. aku dapat rasa yang member aku sebelah sana yang juga fanatik man u, chelsea dan liverpool tersengih sakan. jumpa raya pasni mesti tak leh nak melalak kuat kuat.aha. sape nak link download video fullmatch/highlight..bagitahu aku..aku boleh kasi p/s

geng kipas

pasal doa iftitah tadi, statusnya adalah sunat. tak kira sama ada solat tu adalah solat wajib ataupun solat sunat. adapun jika tertinggal ataupun terlupa baca. tak perlu untuk sujud sahwi. tadi, aku pergi merantau lagi mencari masjid untuk bersolat terawih.. dan singgah la di satu masjid..nasib baik..sempat2 je imam rakaat pertama solat isya'. jadi, tak masbuk la solat tu..kiranya kita sempat ruku' dan sempat toma'ninah dengan kadar "subhanrabbiyal azim"..maka kita sempat dengan imam untuk rakaat itu. jika tak..kita tak sempat rakaat tu dengan imam.kena tambah dengan mana yang tertinggal. tapi..sempat lagi aku tengok kat masjid. ada satu geng yang otai otai. diorang ni boleh gak dipanggil geng kipas. pasai apa? sebab sepanjang solat, diorang dah parkir dah di bawah kipas2 yang berada dalam masjid tu. tak berganjak dah walaupun kat depan dia tu ada 2 3 saf yang kosong. yang ni lebih kurang geng sejadah yang aku citer sebelom ni.tak nak ulas pepanjang memalam ni

ayam sedap

punggung terasa hangat lagi.. nak buat macam mana kan? baru sampai umah je ni..maklum la..teman orang p soping..teman pulak artis di alam blog..aha. dalam perjalanan balik tadi, member aku ni sempat gak singgah beli juadah untuk berbukak puasa. pada masa tu jam baru pukul 2.00 petang. orang baru lepas solat zohor je. apa kejadahnya lepas zohor dah belikan? kedai pulak dah bukak da masa tu.. nak buat macam mana.. member aku ni kempunan nak makan ayam dadanya terbelah sambil berpusing2 di atas bara api..ayam pusing eh orang panggil? bantai je nama dia. aku tahu tunjuk dan bayar je.. alang-alang otw, baik singgah beli terus kan. tapi, aku musykil bila tengok makcik yang jual tu nampak sangsi je kat kitorang. lepas zohor dah beli da...tambah2 ayam first untuk jualan dia ari ni, aku nga member aku yang rasmi..haha minta-minta dia jangan pikir aku ni tak berpuasa. dia tak tahu yang member aku tu pak ostad sekaligus merangkap pak imam. tak nampak ke makcik tu dok tenung2? p/s

status

korang tahu tak apa itu hukum doa iftitah dalam solat.? sedang aku tengok tv oasis tadi, ada sorang penginterview meneview sorang yang bertaraf ostad. dia siap buat smile kiut lagi dalam interview dia.. soalan dia mudah je?? apakah status doa iftitah dalam solat. ustaz tu bergoyang goyang nak jawab. mungkin tak yakin kot..so aku tinggalkan persoalan...siapa tahu status doa iftitah.??.tak sempat aku nak tulis and explain panjang2 sebab geng2 ostad nak p shoping baju raya.. diorang ni tak bershoping dalam keadaan ramai orang..so, baik pegi awal sebelom shoping dengan budak2 sekolah pakai tudung pom senget lagi..ahaha p/s : doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik

hidup seorang gay

lepas jumaat tadi terus je tido. nak buat macam mana. bila cuaca itu mendung sebaik sahaja hujan turun..memang nyaman..tak terbayang..alhamdulillah, tidur itu juga suatu nikmat. korang tahu tak yang ada orang ingat aku ni sorang gay. siasat punya siasat, sah..gambar profile pict aku tu yang menimbulkan fitnah.aha...tapi, kalo yang dah fren dengan fb aku..diorang akan faham dengan profile pict aku. sebelom ni sorang guru yang syak wasangka..nasib baik sempat xplain.kalo tak...disimpan dalam hati dia cakap aku gay. kalo kes macam tu ok la..dia tanya. kalo kes yang jenis simpan dan terus je anggap seseorang tu macam kat luaran dia..nanye kita. tapi, tu salah aku gak letak gambar profile pict macam tu kan? tapi, biasala...dikala kebosanan, tambah-tambah someone tu yang lukiskan. aku tunjuk la cara nak appreciate kat  dia... tu je. korang yang nak add aku fb tu, add la..aku bukan gay..aha p/s : fb aku ada link nga CIA amerika.

hari jumaat

sampai juga kita hari ni kepada hari jumaat.alhamdulillah. semakin bertambah usia dan semakin hampir dengan kematian. ni entry berbaur keislamikan.sekian. semalam sibuk jer keje.lappy pom tak berapa dapat nak sentuh utk blogwalking. untuk hari jumaat ni, sesamala kita mandi bersama sama untuk mandi sunat jumaat. maksud aku sesama tu adalah untuk golongan lelaki je.. laki laki yang nak p solat jumaat tu, elok la mandi sunat tu dulu sebab ini adalah dari sunah Nabi saw, sungguh banyak kafiat dan ganjarannya. cara mandi sunat ni boleh jugak buat macam korang mandi wajib. mandi dengan bersungguh - sungguh untuk meratakan air ke seluruh anggota badan, dan yang penting, sabun..baru fresh aroma utk orang dok sebelah kita nanti. lepas mandi tu, pegila ke masjid. setiap perjalanan ke masjid dicatat satu kebaikan dan dihapuskan satu keburukan. lepas tu dengar khutbah and solat. then, korang balik la yer..hehe

doa masuk bazar a.k.a pasar

sebelom ni dah ada member aku yang post pasal dia tak suka pegi bazar ramadhan kat sini . memang patut pom dia tak suka sebab pasar tu salah satu tempat setan dok berkampung..siap ada air terjun, bukit bukau dan ayam berkokok lagi kat kampung dia. sebab tu nabi kita ada mengajar adab - adab untuk memasuki pasar. Rasulullah s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang memasuki pasar lalu membaca doa : necaya ditulis baginya sejuta kebaikan, dihapuskan sejuta keburukan, diangkat sejuta darjat dan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. " HR. Imam Ahmad dan lainnya, dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam kitab shahih al-Jami’, no. 6107  Makna doa : tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, tiada sekutu bagiNya, hanya milikNya segala kerajaan dan puji,  Yang Menghidupkan dan mematikan, Dia Maha Hidup dan tidak mati, di tanganya segala kebaikan dan dia berkuasa atas sesuatu. untuk korang yang nak masuk bazar,pasar atau mall tu, elok benor la baca tu. jangan dok mempersoal

wordless wednesday #5

p/s : pikir guna otak kanan yer

dia dalam dilemma

member aku yang nak hantar sms semalam nampak lesu je ari ni..puasa nampak macam tak bermaya, tu la..penangan cinta blurr.. dia buat keputusan tak nak hantar sms kat awek tu..dia cakap yang korang komen banyak giler..tak tahu nak pilih yang mana..lepas tu..tuttt... dia ada dapat mesej baru dari member seberang. pastu dia luah something kat aku.. dia bagitau aku ada budak pompuan tempat kawan dia belajar tu nak kawen. macam nak cari calon la. tapi, dia masih belajar and nak kawen bila habis belajar. kira macam chop dulu la.. sepanjang hari aku tengok dia menongkat dagu dengan tangannya..lama tak lama, sampai berlekuk lantai tempat siku dia menongkat.. kawan dia cakap yang pompuan tu seriyes gile..bukan nak main-main. orang yang ada agama. cuma muka je tak tengok lagi. kawan dia cakap muka ok je.. cuma member aku yang tak tengok lagi. dia takut nak pilih yang mana..nak pilih yang tu ataupun kawan dia yang tak terantar mesej lagi..? p/s : agak agak korang..aku nak bagi cadangan ma

laki laki itu pandai masak

wanita wanita mesti mendambakan suami dia yang pandai masak kan? kalo dapat tu dah kira macam satu advantage ? apa tidaknya...sesaling share resipi..sesilap boleh buat resipi gabungankan?boring gak kalo isteri masak benda yang sama.. bila kaki ku terjejak atas tanah mesir, baru ku tahu yang rerupanya ramai je laki yang pandai masak. satu pengalaman aku dapat kat mesir. dapat memasak. kekurangnya, boleh gak berdikari. yang penting masak, jadi ke tak tu, suku kira plak. yang aku heran..otai otai mesir yang selaku housemate aku, bukan takat masakan malaysia je diorang pandai..siap dengan western lagi..kalo ari minggu makan eastern punya, pastu arabian.bergilir gilir. patut pom ramai je aku tengok budak medik kat mesir tergedik nak menikah nga pak ostad kat mesir.heeee cakap banyak tak guna kan? aku datangkan gambar gotong meroyong buat nasi ayam..dalam gambar ni, ada gak blogger sorang dua. kalo korang selalu jenguk blog dia..dapat cam la.. cam tak ada blogger dalam ni p/s

ex - UIA

korang nampak tak kat sidebar tu ada logo blogger uia? aku sebenarnya malu nak letak logo tu.nak digelar dengan UIAans memang jauh sekali la. tapi, kalo ikutkan fakta...aku memang ex-uia. serius, nama aku ada di uia sebab aku sempat masuk uia selama 3 minggu je. tak sempat nak gulung ijazah bawak balik. aku tak tahan dok uia sebab dikelilingi dengan awek. so, langkah aku terus je chaw.. 3 minggu jer...seminggu orientasi kat uia PJ dan 2 minggu kat Nilai. Seminggu pertama tu dok main main je sambil tunggu jadual kelas. Minggu kedua dapat jadual. Masuk satu kelas tu...demn, aku sorang je laki..kalo tak silap kelas B.Arab. Kelas kedua, aku masuk..demn jugak..2 orang je laki. then..kelas seterusnya aku tak masuk. lepak lepak tengok tivi sambil pujuk mak nak kuar UIA. seribu alasan aku bagi. habis minggu kedua, aku beli tiket bas..then balik umah..lagi best..haha p/s : layak ke jadi UIAans? sesape rasa aku batch dia time uia dulu tegur la. aku masuk uia tahun 2009.

saya nak sms awak

member aku sorang ni dah lama dah kawan nga sorang kawan dia. kawan dia ni berlainan jantina nga dia. nak kata dia asyik main mesej nga kawan dia tu, tak lah jugak...dalam 2 3 hari 10 keping mesej je.. aku tahu la sebab syok je aku baca inbox orang. then, suatu hari member aku ni bagitau something. dia cakap dia dah mula minat nga kawan berlainan jenis dia. dia minta pendapat aku..dia cakap dia tak berani nak coll..dia cuma nak sms je nak luah perasaan dia. yang peliknya..cara dia nak luah tu comlicated betul..macam ni la sms dia: awak, saya nak cakap sesuatu ni. saya rasa, saya dah sukakan awak n nak buat awak jadi suri saya. saya tahu awak mungkin tak ready dengan benda2 macam ni..tapi, adakah awak setuju untuk jadi wife saya untuk suatu masa nanti..untuk 4 5 tahun lagi?  korang rasakan, kawan dia akan reply macam mana nanti...kawan dia ni aku tak berapa kenal sangat..bukan tak berapa..tak langsung kot.. p/s : cuba korang jadi pompuan tu n balas kat komen

blogger ini jadi imam terawih + audio

aku skang ni dalam mood jejalan merantau masjid untuk berterawih. hajatnya nak menjelajah satu malaysia. sempat tak tahu la tu. dalam jejalan tu...aku terkejut kerana sampai kat satu surau kat Kg. Chap area Pasir Mas. aku macam kenal je dengan pak imam yang mengimami solat tu. hati aku dah rasa tak berapa sedap da. takkan jumpa nga dia kat sini kan?? dia dah la artis di alam maya. so, aku pom memberanikan diri sembahyang di belakang dia. saf pertama pulak tu. bebetul aku parking belakang dia. aku pom ambil tindakan drastik dengan psang voice recorder nset time dia jadi tok imam. semasa dia bagi salam..sah!!memang sah dia..dia la retis tu. sudah je terawih...aku pom tegur dia, beborak macam dah lama kenal.dia pom tak terkejut pom nga aku..steady..cool je..macho giler..dia siap pelawa lagi tido kat umah dia..malu aku..kena tangkap khalwat baru tahu..serius..best giler dia jd tok imam, dah macam kat haramain da.. p/s : ni la tuan belog tu. aku dh modified audio tu, kasi ringan

Man City V Man U

entry ni adalah entry bola game semalam..sesape yang tak minat bola boleh skip and tekan butang pangkah tu. biasanya pompuan punyai hati kuntum je yang tak minat bola ni. tahniah untuk fan Man U kerana diorang pada awal musim dah dapat piala komuniti. game Man U semalam boleh tahan la dan semalam aku nak pilih anderson sebagai man of the match.baru best tengok dia main. yang aku bengang adalah city la..aku bukak tivi nak tengok arguero yang main, tp...hampeh, nampak muka dia kekejap je. aku pom heran apa pasal wanita tak minat bola.? mungkin diorang ada hormon alien kot? horman dia p mengalir kat dalam otak and bagitau yang bola ni entah pape pom..membazirkan masa dan tenaga. betul gak tu..mmg membazir..hehe..wanita mesti ada pikir ikut cara dia. aku pernah dapat satu mesej.. "bang, saya tak suka la abang minat bola sesangat.." p/s : calon isteri kena cari yang minat bola ni

Musuh aku adalah imBobo

klik header misti bobo ni.. akhirnya dapat jugak musuh aku dalam segmen keroro.aku ingat dapat cikaro kiut.muhehe.lama benor aku tunggu..tengok tengok dijodohkan denga imbobo..segan aku dapat musuh yang otai sebegini. dari musuh nak jadi jiran eh.. aku rasa...rerata blogger dah singgah dah blog dia..tengok peminat dia pom dah nak mencecah 4 angka..nanti boleh la belajar nga dia..tunjuk ajarku imbobo..liberpool lain hal..aha..nk jenguk bobo tekan gambar tu yer p/s : aku sebenarnya seorang pemalu..malu nak kapel nga bobo..

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI

nak join klik gambor beboring bulan pose ni best gak menjoinkan diri dengan segmen ni. sesape nak join klik gambar brader ben tu. blog aku tak de pape pom kecuali tulisan warna putih yang berurat urat. belog yang merapu je lebih. sesape nak baca. baca la...sesape tak nak baca..boleh imbas sekali lalu.. aku dapat tahu segmen ni dari dashboard aku..tertengok BA update entry baru then terus bukak..ehehe.. singgah sahur (sedang menyinggah) :   http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/08/papa-ben-ajak-kenal-blog-ini.html - blog pinky lagi jiwang..tuan belog ni slalu je update..tak sempat bg pihak pembaca nak baca entry dia http://ceritasana-sini.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html -blog ni ada header yang besar.cuma gambar header dia tak tahu mana satu hidung mana satu mulut..aha http://cthaslinda.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini.html - tuan belog ni pelajar sains major dalam marin biologi..nanti besar boleh tumpang menyelam dengan

mukabuku

rasa nak menggedik je pepagi ni.. ni mungkin pasal perut terlalu kenyang.. almaklum..sahur dengan kari kepala ikan toman dan ayam kampung rebus. facebook ada prob ke? sebab pagi ni aku nak bukak mukabuku aku tu..dia cakap account temporary unavailable. rasa cuak gak sebab dalam banyak gegurl muka macam kpop.. tu pasal akaun..kalo kat blog, aku tengok butang share dan butang like untuk facebook tu macam ada prob gitu.. dia jadi besar je dengan tulisan facebook yang tak habis.rerasa la, ni problem aku ataupun problem global eh? p/s : kalo sesapa ada prob sama nga aku.share la.

boleh ke nak kecap makanan time pose?

dalam beberapa minit lagi..masuk la waktu berbuka puasa bagi negeri kelantan dan seangkatan dengannya. dalam menaip entry ni..perasaan teruja pom ada. aku teruja pasal sorang cikgu ni. dia ada berkawan di alam maya dengan 4 orang belogger bertaraf ostad. beruntung blogger ni.orang selalu je panggil dia cikgu ipah ..haha dalam keadaan nak berbukak ni..aku nak citer permasalahan puasa ni. kaum hawa kat dapur mesti tertanya tanya masakan yang diorang masak untuk juadah berbukak nanti sedap ke tak? mesti ada yang reragu boleh tak nak try masakan tu dalam keadaan berpuasa. Islam tidak sulit dan tidah menyulitkan penganutnya. boleh sekiranya kaum ibu ataupun kaum bapa yang berwatakkan ibu untuk mengetest rasa masakan mereka itu dalam keadaan berpuasa. dalilnya adalah seperti berikut, kekata seorang Sahabat , Ibnu Abbas r,a, “Tidak mengapa seseorang mencicipi cuka atau sesuatu dalam keadaan sedang berpuasa selama tidak masuk ke kerongkongan” (HR Bukhari secara mu’allaq (tanpa sanad), I

program orientasi

dalam berkeinginan ingin bertadarus ayat ayat suci Quran..sempat lagi tangan aku nak menggeliat...nak menggapai keybod mistik yang usang ni.. orientasi? serius..memang konferm dan wajib yang korang pernah laluinya. dan serius bagi aku..orientasi tu menyampah betul. aku benci tahap cipang prog kat orientasi ni. aku pom tak tahu pasai apa aku boleh anti nga program yang bagus sebegini.. aku pernah masuk UIA..kena orientasi..ada taaruf..pegi Mesir.. ada orientasi jugak..kena taaruf lagi.. pastu terbang ke Madinah..orientasi lagi..terpaksa taaruf lagi..nampak..tu dalam kegemilangan era menuntut ilmu..biasala..kalo taaruf, mesti ada senior fokus nak dengar...nak tahu kita ada adik ataupun kakak pempuan. tu kalo laki yang jadi fesi, kalo pompuan..mesti nak tahu kita ada abang ke tak. yang aku tak suka prog taaruf..setiap kali jumpa fesi lain dalam prog orientasi, mesti kena taaruf. bagitahu biodata.. aku rasa macam nak rekod je sesi taaruf aku tu..pastu, bila kena taaruf plak..just mai

ringtone ramadhan

dalam kesepian jumaat ni..boring datang tanpa diundang. dah la lapar sudah datang tanpa diundang. maka bertambahlah tetamu tak diundang..tetamu datang mana boleh nak tolakkan??ihtiram tetamu tu salah satu adab Islam kan? so, aku tak leh nak buat apa melainkan melayan boring aku ni. tercetus la idea nak buat ringtone yang akan berbunyi secara automatik bila masuk ramadhan. aku tak buat apa pom..cuma potong lagu tu jadi pendek je.. korang yang tengah boring gak tu..cuba dengar sambil hayati...best ke tak ringtone ni..kalo best..boleh buat ringtone kan??haha..zaman skang ni bukan zaman monofonik lg..orang dah buat ringtone dengan format HD lg.. aku nak kasi kredit kat member aku sorang ni, nama dia abang long ..tenet dia ada problem..maxis nak cari pasal nga dia..sian dia..terus tido bila tak dapat connect intenet..haha.. p/s : sila bagitau sedap ke tak ringtone tu.aku tak pandai nak masuk terus ringtone tu dalam entry ni..link download

SEGMEN PROMOSI SESAMA BLOGGER

nak join klik header cik tia ni hari jumaat ni rasa nak join segmen je...dah la tengah hari macam ni kan..mata asyik mengantuk je.. tengok tengok cik tia update entry pasal segmen promosi sesama blogger. promosi kaw kaw dalam bulan pose ni.. kita boleh tengok gaya orang ni buat promosi..orang tu buat promosi. mana tau ada dalam kalangan korang bakat nak jadi promoter dekat supermarket..dapat la buat part time kan??ehe..apa apa pom..sesape nak mengjoinkan dirinya..klik la header tia kat atas tu..huruf i dia siap berangkai lagi..ada maksud tu..nak tahu tanya tia..haha

Jom Cari Musuh

korang nak cari musuh jugak tekan gambar alien jahat tu.. skang ni bulan ramadhan kan..so, kenalah hormat sikit sebab dalam bulan ni Allah telah menyediakan berbagai nikmat untuk ummat akhir zaman ni. kalo tak nak buat kebaikan pom...janganlah pegi buat kejahatan..so..aku rasa macam pelik je dengan keroro ni..ada ke nak cari musuh..aku pom dah terjebak nak cari musuh..jom p serbu keroro..klik gambar alien dia tu.. p/s : jiji yue anak pak mat , selamat hari jumaat.

tima kasih semua

aku nak ucap terima kasih kepada yang join segmen tak seberapa tu.terima kasih bebanyak.. bukan apa.. segmen tu suka sesuka sambil memperingati kembali hadis nabi di bulan ramadhan ni.dalam buat entri..kita tak lupa kepada nabi kita kan?so..sambil buat entry sambil tambah ilmu.."sampaikanlah dari aku (nabi Muhammad saw walaupun satu ayat.. aku tak cari pemenang pom. tak layak aku nak jadi panel nak nilai sape pemenang..sesape yang nak baca tazkirah pendek/panjang..cuba terjah link ni..terjah semua pom tak kesah sebab diorang ni ada ceciri ustazah..hehe http://umealong.blogspot.com/2011/08/hj-segmen-insaf.html http://putributterflypunyablog.blogspot.com/2011/08/hj-segmen-insaf.html http://ceritapen-ungu.blogspot.com/2011/08/hj-segmen-insaf.html   http://cikten10.blogspot.com/2011/08/hj-segmen-insaf.html   http://www.sunahsukasakura.com/2011/08/hj-segmen-insaf.html   http://kittykucingaku.blogspot.com/2011/08/hj-segmen-insaf.html   http://cintakuntumansyurga.blogspot.com/2011/08

segmen H.J

salam 4 ramadhan. aku sebenarnya nak buat segmen untuk hari ni. segmen ni senang jek.harap2 ada je yang join..sorang pom jadi.hehe... syarat syarat : 1. buat tajuk entry : H.J : SEGMEN INSAF 2. taruk header cabuk aku tu..dan linkkan kan entry ni.. 3. entrynya korang kena hurai sikit salah satu hadis kat bawah ni.ingat..salah satu daripada 3 tu jek. 4. hurai @ citer je apa apa pom..janji apa yang korang faham. 2 3 keping ayat je. 5. siap tinggalkan link kat ruangan komen. Hadis Pilihan : 1. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Perbedaan antara puasa kita dengan puasa ahlul kitab terletak pada makan sahur” (HR. Muslim) 2. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Manusia akan senantiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka” (HR. Bukhari-Muslim) 3.Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Barangsiapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengur

pahala umrah di bulan ramadhan

Daripada 'Abdillah Bin 'Abbas r.'Anhuma, bahawasanya Baginda Nabi SAW telah bersabda kepada seorang wanita ansor iaitu Ummu sunaan: » 'Umroh pada bulan ramadhan balasan pahalanya adalah seperti mengerjakan Haji atau seperti mengerjakan Haji bersama-sama denganKU « - Muttafaq 'Alaih - tadi aku terbaca status kawan aku kat fb. tetiba rasa macam rugi plak aku balik awal ni.? bayangkan betapa besarnya pahala umrah sekiranya dibuat di bulan ramadhan.  balasan pahala adalah seperti mengerjakan haji bersama sama dengan Rasulullah s.a.w. aku yang dah stay kat saudi tu, nak pegi umrah sekali sebulan pom susah. time dah sampai kat malaysia ni la baru rasa betapa ruginya..hehe.. manusia o manusia. dah memang macam tu eh perangai ko. kalo yang dah ada kat depan tu...memang susah nak mensyukuri. kalo dah tak de..barula dok mengeluh betapa ruginya. betapa bangangnya sebab tak hargai. okeh..yang bangang pom tuan belog gak..haha p/s : rindukan tanah madinah..hehe

geng sejadah

aku sebenarnya dalam kesenyuman ni ada jugak rasa tak puas hati. rasa geram pom ada gak..hehe.tapi..disebabkan bulan ramadhan ni..aku pendam je..biar sampai bengkak. pasal apa tu? yang ni cuma pasal jemaah kat masjid je. aku tengok ada la seberapa orang yang pergi ke masjid ni bawak sejadah sendiri. sejadah siap dengan sulam sulam warna emas lagi. tersadai megah di atas bahu sambil masuk masjid. masuk je masjid..terus je hampar sejadah peribadi dia tu. apa yang tak puas hati sangat dengan sejadah tu? hee..aku bukan tak puas hati dengan sejadah tu. aku cuma tak puas hati dengan tuan dia je. kalo dah hampar sejadah tu..memang tak bergerak langsung la..dia dah tak kira dah kat depan dia tu ada saf kosong tak..buat derk je..kat tepi dia tu rapat ke tak..dia macam nak dok tetap atas sejadah dia tu..tak nak kongsi dengan orang lain.. bagi aku..memang sangat tak setuju la..kita perlu tahu betapa besarnya pahala memenuhi dan merapatkan saf. sampaikan nabi kita sendiri pom takkan angkat t

fadhilat terawih pada malam tertentu adalah palsu?

salam 2 ramadhan. syukur benor kerana kita dapat lagi menjalani ibadah puasa. kurangkan kemungkaran dan tambahkan kebaikan. (ayat bajet ustaz ni) entry ni aku cuma nak sentuh pasal fadhilat terawih yang telah banyak diwar - warkan oleh rakan blogger. yang mana setiap malam tu ada fadhilat atau kelebihannya tersendiri. contohnya kalo berterawih pada malam pertama diampunkan semua dosa. suci seperti bayi yang baru lahir. ketahuilah yang fadhilat ni tiada asas dalam agama Islam kita. (baca dengan nada marah yer.) aku bukan nak bangkang ke apa. mesti ada di antara korang kata.. " ala..bukan apa pom..saja nak galakkan masyarakat kita berterawih". tapi..tu la masalahnya. ia macam mengada - adakan fadhilat tersendiri dan dah macam mereka reka agama. yakni menokok tambah apa yang ada. sila rujuk sumber kat sini . Aku ambik sumber mufti Teregganu tu..hehe So, kita ada banyak lagi cara nak menggalakkan konuniti kita solat terawih. Jadi, tak yah la dok guna cara ni. Da macam kita

100 Crew Reborn!!

nak jadi crew gak klik gambar alien ni rasa macam nak jadi crew keroro la..tak tahu la boleh ke tak??hehe..

identity card

tadi terperanjat dalam pikiran aku pasal ic aku yang dah lama tak berganti. ic aku yang pada zaman kanak kanak riang dulu rasanya dah perlu tukar. berapa kali dah pegawai pegawai atasan dok komen pasal ic aku. aku tahu, diorang suka tengok muka aku time kanak kanak... tu yang komen tu, maklumla..yang komen tu pegawai perempuan. ic aku dah macam masuk mesin basuh.plastik pom dah cabut kat depan, tambah dengan kuning lagi. sah sah cip dia dah tak leh pakai tadi. terus je aku ambik moto pegi JPN. aku sengaja cari waktu dalam kol 11 pagi. gerenti tak ramai orang sangat sebab semua budak sekolah. tak la sibuk sibuk dengan bebudak kan. sampai kat JPN, ambik no then tunggu. dah agak..aku kena tunggu 3 no je baru giliran aku. tade ape nak cite, kepada korang yang belom tukar ic tu. baik cepat cepat tukar. nak buat urusan nanti mudah. kita pom senang. aku pegi ni sebab time bukak akaun bank ari tu, kak tu kata aku tak leh masuk malaysia kalo ic macam tu...bukan apanya..kebaikan bersama di