Tsunami di Jepun

1 comment
Mesti ada di antara korang yang jadi blogger atau pun pengguna internet skang ni tengah bengang dengan line tenet macam siput keletihan kan? Tapi, rata-rata dah tahu yang ini disebabkan oleh Tsunami yang melanda Jepun Jumaat lalu. So, korang tak yah nak merungut sangat la kalo setakat internet je yang semput. Hehe. Korang kena fikir la tentang rakyat Jepun nun di sana, bukan takat tenet je lambat... landasan kereta api diorang pom habis tunggang langgang..

Korang kat Mesia tu...bersabar la sikit. Kalo setakat nak guna internet untuk tengok komen FB tu. Apela sangat jika dibandingkan dengan merungut atau menyumpah seranah kat wall FB. "Damn..line macam sial.." apa sangat korang luah macam tu kat FB. Silap2 boleh dosa ada la... Kena pulak time tu fren FB dia dok tengah bengang pasal loading FB lambat. Tercabar oleh kata-kata seranah itu, dia pom post satu kata-kata yang agak melampau untuk menandinginya.

Mana akhlak kita sebagai orang Islam? Kalo setakat FB dah sumpah seranah macam tu, tak tahu la kalo kat luar macam mana kan? Time dok tengah lepak-lepak dengan member sekepala dengan dia.. time tu..memang banyak la haiwan melata kat dunia ni yang menjadi mangsa. Hehe..itu teori je.. tak konferm lagi betul atau tak. Tapi, kemungkinan betul tu banyak la kalo berdasarkan pengalaman ni.

So, dalam konteks tsunami di Jepun, kita kena tahu yang tsunami itu adalah daripada Allah Taala. Tapi, ramai orang Islam terpengaruh dengan dakyah saintis Yahudi dan Barat dengan mengatakan ini adalah bencana alam. Sikit - sikit bencana alam, sikit-sikit kata yang alam sekitar tak terjaga. Tapi, umat Islam yang kukuh pegangan akidahnya, tahu yang ini adalah bencana ataupun azab daripada Allah Taala. Dialah yang memiliki alam ini, dan layak bagi Nya untuk menjadikan apa sahaja terhadapa alam ini.

So, jangan sampai di kalangan kita yang menyumpah tsunami disebabkan tsunamilah menyebabkan line internet jadi slow. Jangan sesekali macam tu kerana kita tahu yang mendatangkan tsunami itu adalah Allah Taala. Mencerca tsunami itu ibarat kita mencerca pencipta tsunami itu sendiri. Apakah hukumnya di situ?? Betapa biadapnya seorang hamba mengutuk dan mengata sesuatu yang buruk kepada pencipatanya. Wana'uzubillah min za lik...

Kekuasaan Allah Taala
Read More

Tahniah Man U.. Hehe

Leave a Comment
Kelas hari ni 2 hisoh je..lepas tu rehat dalam sejam lebih.. Hehe..sempat-sempat je aku nak posting. Bukan apa..nk tido utk tggu hisoh selepas ni..takut tak terbangun plak..

Kat sini, first sekali aku nak ucap tahniah kepada fans Man U kerana team diorang berjaya ke pusingan seterusnya dalam piala FA. Yang mana tahu aku sokong Arsenal tu, memang sah la...jumpa aku hari ni lebar je senyuman dia. Bila aku buat tak tahu... siap berdehem lagi tu. Memang nakal giler diorang ni...

Aku habis limit cuba senyum je... buat - buat macam tumpang gembira dengan kemenangan diorang. Aku tak tahu nak cakap da... dah lama dah Arsenal tak julang piala ni. Tambah-tambah terlepas pulak satu lagi piala tahun ni. Memang nasib la..tak de rezeki la tu...

Tapi, tak pe...aku tunggu match Man U dengan Arsenal yang akan datang ni.. aku harap sangat yang Arsenal dapat membantai Man U kali ni. Bukan apa... rasa nak buat muka senyum sinis jugak kat diorang kan? Mana boleh diorang je yang boleh senyum...Hehe..

Tapi, hari ni memang penat skit kelas aku. Sampai zohor tak habis lagi...dia ambik sikit masa lepas zohor untuk satu subjek. Ni pasal rehat lama la ni..kalo tak..memang belom zohor lagi dah setel. Aku tulis ni pom sebagai ubat mengantuk aku je.. Kelas pagi + angin sepoi-sepoi, memang 90% perfect utk mata menjadi kuyu. Ala-ala oppa korea gitu..Kah3..

Ok..chaw dulu.. Assalamualaikum..
Read More

Tazkirah Jumaat

Leave a Comment
Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari Jumaat dah kan...betapa cepatnya 7 hari dalam seminggu berlalu. Kalo sesiapa yang berasakan hari - hari yang dilaluinya terasa sangat cepat, itu tandanya dia bukan duduk goyang kaki sambil makan aiskrim. Itu tandanya dia sibuk dengan pelbagai urusan. Cuma di sininya, ingin saya peringatkan buat diri ini yang utamanya dan juga rakan-rakan siber secara keseluruhannya, sama - sama kita nilai, adakah urusan yang kita sibukkan setiap hari itu adalah amalan yang memberi manfaat untuk kehidupan yang kekal abadi kelak?

Bukan maksud saya ingin menyuruh semua orang meninggalkan semua urusan-urusan yang berkaitan duniawi; yang  penuh dengan tipu daya dan liku - liku maksiat. Ingin ditekankan adalah fokus kita terhadap urusan yang dapat membantu kita di hadapan Allah s.w.t kelak. Adakah kita terlalu fokus kepada dunia sehingga menjadikan urusan akhirat itu terabai dan lalai dalam menunaikan. Di sinilah pentingnya muhasabah diri. Sama -  sama kita hisabkan diri kita. Renung sejenak...

Dunia ibarat tanah rizab yang diberi oleh Allah untuk kita menanam segala tanaman. Tak kira sama ada tanaman itu cepat masak - yang hanya memakan masa sebulan dua untuk mendapatkan hasilnya, ataupun tanaman yang perlu mengambil masa yang amat lama dan begitu lama untuk kita menikmati hasilnya. Rugilah bagi sesiapa yang mendapat tanah tanpa had bayaran ini, tetapi tidak mahu mengusahakannya!! Alangkah ruginya...

Tahukah anda, tanah itu ibarat kehidupan kita di dunia ini, diberinya Allah kepada kita suatu umur dalam jangka masa yang tertentu untuk kita beramal dan mendapatkan keredaannya. Tahukah kita, Allah cipta kita hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya. Ada pun hasil yang kita nikmati di dunia ini adalah seperti tanaman yang kita dapat menuainya dalam masa yang singkat. Sewaktu di dunia lagi kita telah dapat manfaatnya. Itulah hasil di dunia yang kita kecapi. Barangsiapa yang pandai menjaga tanamannya itu, tak mustahil, hasilnya amat memuaskan, manis dan ranum.

Di samping dia menjaga tanaman untuk mendapat hasil yang cepat, dia tidak leka dalam menyiram, dan membajai tanaman untuk hasil yang akan datang, yang belum pasti bila dia akan dapat menuainya. Tapi, yang pastinya, hari untuk menikmatinya akan tiba. Dia tidak berputus asa, dijaga kedua-duanya dengan begitu teliti. Begitulah ibarat orang yang menjadikan dunia ini untuk manfaat di dunia mahu pun di akhirat. Ini lah orang yang bijak. Orang yang genius!!

Tapi, ramai yang terpedaya dengan kesuburan tanah ini. Semuanya ingin menikmati hasil yang cepat, tiada kesabaran dalam menunggu hasil yang jangka masanya lebih panjang. Mereka tidak tahu, buah yang hasilnya lama untuk dinikmati, begitu besar kenikmatannya dan tiada tandingannya sekalipun dengan beribu-ribu hasil daripada tanaman yang sementara ini.

Jadilah kita orang yang mengejar kejayaan di dunia dan akhirat dengan membawa amalan yang dikerjakan di atas dunia ini. Fokuslah kepada kejayaan di akhirat nanti kerana kejayaan di dunia hanyalah fana dan tidak akan kekal. Hasil kejayaan di akhirat sudah tentunya lebih manis dan amat manis daripada kejayaan di dunia ini... 

"Barangsiapa yang ingin berjaya di dunia, hendaklah dengan dunia, barangsiapa yang ingin berjaya di akhirat, hendaklah dengan dunia, barangsiapa yang ingin berjaya kedua-duanya, hendaklah denga dunia..."

Selamat hari Jumaat.
Read More

Kisah Sup Telur

4 comments
Dalam tetibe aku menjenguk blog member aku kat Nesloo tadi, aku tengok dia update pasal laki pandai masak. Aku dah tahu yang dia ni memang terer memasak. Macam bapak dia kot. Cuma kat dalam entry tu dia tak bagitahu sangat yang dia pandai masak. Biasala..awek mesti ramai tertarik kalo dia cakap yang dia memasak tu mmg kaw-kaw. Kalah chef Korea yang pakai kopiah putih ala-ala cite Gourmet tu. Kalo tak tahu citer Gourmet, korang senyum je la.. Tak tahu teman nak terangkannya.

Dalam banyak-banyak masakan kat oversea dulu la. Aku rasa-rasa, aku dah boleh agak dah apa jenis makanan yang member aku ni tak suka makan. Kalo chef, biasanya semua jenis makanan dia makan kan? Tapi, aku tengok dia ni pelik sikit je. Anti gile dengan makanan ni. Aku dengar dia anti dengan makanan ni pun daripada roomate-roomate aku time kat oversea dulu. Cuba tanya dia sendiri, dia buat muka masam je. Kahkah...

Sup telur. Korang pernah dengar tak masakan sup telur. Kalo tak pernah, korang try la. Kat kedai mamak ada satu masakan macam ni. Try la order satu. " Mamak, sup telur hancur satu.." Kalo member aku ni dengar menu apa untuk tengah hari ataupun malam time kat oversea dulu, conferm... akan terpampang jelas muka dia macam tak selesa dengan nama sup telur. Kah3... tengok-tengok, tak sentuh pom sup telur tu. Rela kelaparan. Anti benar dia dengan sup telur. Kalo mood dia terlalu bengang disebakan menu sup telur pada hari tu, ada rezeki untuk roomate-roomate dia makan kat luar la. Kalo tak KFC, melahap McD dengan order BigMac. Hakhak... (Heran jugak, mood bengang, tapi boleh belanja roomate makan sedap lagi..)

Yang aku paham, sup telur yang member aku anti tu sup telur macam ni. Korang bayangkan korang tengah membuat sup, lepas tu, bila sup tu dah nak masak da... macam dah menggelegak gitu kuahnya..korang amek telur dalam 20 biji (roomate aku ramai, tu yang makan banyak tu), lepas tu..korang pecahkan dan masukkan dalam kuah tu. Habis je 20 biji telur tu, korang kacau biar sebati... Haha.. korang boleh imagine tak sup telur yang power tu. Aku rasa, resipi macam ni la yang member aku tak leh makan tu.

Heeee...aku pom tak tahu entah sedap ke atau tidak dengan masakan macam tu. Setibanya aku di sana, tahu-tahu resipi tu dah dihazafkan disebabkan tiada orang yang ingin menjamahnya. Kesian kat Chef yang memasak untuk masakan selepasnya sebab terpaksa basuh periuk yang tersisa dengan makanan yang tak habis. Hakhak...

Tapi, satu je yang aku nak pesan kalo korang tengah menghadapi situasi yang lebih kurang macam ni. Situasi dalam keadaam makanan tak sedap atau pun bukan taste kita berada di hadapan kita dan dalam keadaan ingin bersantap dan melahap dengan lahapnya. Try-try je..pergh.. memang tak sedap. Tak sedap memang tak leh imagine kan. So, korang jangan la terus je kutuk makanan tu. Kutuk pulak memang kaw-kaw la... Habis segala bintanga kuar dari mulut korang tu. Jadi kita macam tu ye sebab Nabi S.A.W larang kita untuk berbuat sedemikian rupa. Termasuk dalam salah satu akhlak yang buruk.

Kalo korang tak suka sekali pun makanan itu, korang jangan makan la. Tak yah la dok kutuk2 plak kan. Kesian kat makanan tu. Ingat, dia pom makhluk Allah jugak. Dia boleh paham la kalo setakat korang kutuk dia tu. Hehe.. makan je satu suap, rasa tak sedap, so korang tinggal la... bagi je kat orang lain. Hehe..

**kalo korang nak tahu, ejaan yang betul bagi telur ayam atau seumpamanya   adalah dengan huruf 'u' iaitu telur, bukan dengan huruf 'o' telor. Telor itu adalah untuk budak-budak atau pun untuk orang yang cakapnya tak berapa nak betul lagi tu.

Ramai sangat yang tak tahu ejaan betul Dalam menulis ni, kena tahu-tahu jugak la Bahasa Melayu yang betul. Ye atau tidak? Korang jawab la...

yang ni telur tak hancur..tak de gambar yang telur hancur...
Read More

Arsenal Kalah Lagi dengan Barca

2 comments
Apa macam semalam geng Barca? Mesti tersenyum je kan? Keke.. tahniah untuk korang kerana Barca mara ke peringkat suku akhir setelah menewaskan Arsenal semalam dengan agregat 4-3. Yang menang mesti suka, yang kalah sudah semestinya sedih. Kepada fan Arsenal yang fanatik sangat tu, jangan terlampau sedih. Sakit badan nanti kan. Biasala...team underdog.. kalo menang tu, terlampau ok la pulak...

Bukak je belog aku pagi ni, tengok-tengok kat shoutbox ada sorang member aku yang nama AweDonde shout takziah kerana Arsenal kalah. Mesti tersenyum geng diorang bila tahu team Arsenal yang aku sokong sebelum ni kalah sakan dengan Barca. Nak balas akibat yang game first kot sebab pada game first Arsenal nga Barca kat Emirates. Diorang asyik kena takziah je sebab tewas dengan Arsenal 2-1. Tapi, satu kebanggaan buat Arsenal kerana mampu menang dengan Barcelona.

Itu pasal, aku hanya tengok live streaming je kat internet. Tapi, yang kelakarnya, live streaming aku tu boleh je delay 20 minit. Tu pun aku perasan time match half time ke 2. Boring-boring tengok game, aku klik la livescore, tengok-tengok Arsenal dah satu sama siap dengan Persie dapat kad merah lagi. Termenung aku sejenak. Aku pergi cek balik kat livestereaming tu, rupa-rupanya yang kat livestreaming aku tu baru minit 47 dan kat livescore da minit berapa da. Jadi, aku buat keputusan yang keputusan di livescore itu adalah lebih tepat berbanding livestreaming aku tu yang asyik-asyik sangkut je.

Tapi, tak mengapa. Untuk memuaskan hati aku yang tengok livestreaming delay, hari ni aku donwload full match game semalam dalam format High Definition. (HD). Gambar ni memang terbaik sekali la. Kalo tak terbaik, takkan skysport ataupun channel-channel sukan kat Astro buat HD kan? Mesti lebih jelas kan. Kalo korang yang tak tahu tu, rajin-rajin la selak pakcik google. Nak explain pun rasa macam tak penting sangat.

HD pom HD jugak. Masalahnya, besar sangat saiz file tu. Ada la dalam 1Gb lebih. Kalo bagi user internet yang amek kelajuan internet 4mbps, itu tak de masalah bagi korang sebab dalam masa sejam lebih dah boleh habiskan. Tu pun kalo maintain 4mbps. Kalau yang aku ni pulak, pakai yang pakej format 1mbps. Dah la pakai 1mbps, nak dapat kelajuan betul-betul 1mbps tu memang kadang-kadang je. Macam dah kena tipu dan dizalimi dengan syarikat internet macam ni.

Aku selaku sahabat nesloo, nak ucapkan takziah jugak kepada beliau kerana Arsenal telah kalah semalam. Kahkah. Sabar je untuk menghadapi hari-hari yang mendatang apabila bertemu dengan muka-muka yang sama je semuanya. Semuanya muka macam bendera Barcelona. Biasala..team kita dah baik dah semalam, sebaik saja Persie dapat kad merah, semuanya telah berubah. Kekeke.. ada hari kita balas pula.. Sekarang ni kita suh anak-anak buah Wenger ni fokus untuk game lawan ManU sebagai liku-liku cabaran untuk menggapai piala FA.

Aku harap, pada mana penyokong bola tu, janganlah sampai kita berbalah-balah dalam menyokong pasukan kita itu. Yang kalah janganlah diejek kerana itu adalah amalan yang amat bertentang dengan ajaran Islam yang murni. Bukan jugak daripada akhlak yang terpuji.


Kalah itu sudah adat permainan. Jika ejek-mengejek itu sudah menjadi tradisi, tak mungkin ejekan itu boleh menyebabkan hati mana-mana pihak tersinggung dan terjadi kejadian bermuka masam dalam sehari dua atau boleh berlarutan sehingga sebulan dua. Yang buruknya adalah berlarutan sehingga bertahun lamanya. So, kita semua dah besar dan dah matang, fikirlah sebaiknya. Takkan kerana bola hubungan keakraban kita dengan sahabat-sahabat boleh jadi renggang. Jangan bagi ruang untuk orang kafir tersenyum dengan kerenah kita kerana sememangya mereka amat suka bila tengok umat Islam berpecah!!
Read More

Kesempatan

Leave a Comment
Rasanya agak lama dah blog aku tidak di update. Hak3. Maklumla..org sibuk dengan pelajaran. Masa untuk blog ni tak difokus sangat. Lain la macam member aku yang minat sangat nesloo tu..dia tu memang dinafikan yang beliau sudah tak fokus sangat dengan belajar, skang ni dok tengah mengajar orang adala...

Tapi, kita kena ingat yang hidup ini tidak boleh lari dari belajar. Sampai mati kita akan belajar dan belajar. Jangan sesekali kita merasakan yang ilmu kita sudah cukup dan tak perlu ditambah lagi. Tak kisah la ilmu apa sekalipun. Yang penting belajar dan terus belajar. Dan ingatlah untuk kita sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar ilmu yang kita belajar itu adalah ilmu yang dapat memberi manfaat.. Tak macam tu ke?

Itu macam nasihat la sikit. Aku setakat nak nasihat orang sikit - sikit tu boleh la.. Nak nasihat banyak-banyak takut korang pula yang tak leh terima yang aku ni sangat bagus. Kah3..

Hee..di kesempatan ini, aku nak mintak maaf banyak - banyak kat sesape yang telah follow belog ubibadok ni. Secara balasannya, mesti korang yang follow aku tu nak aku follow balik kan.? Kat sini aku nak bagitahu yang aku mintak maaf sebab server buat hal. Aku tak tahu la pasal internet kat sini ke, ataupun pasal lappy aku. So, yang mana follow aku, lepas tu tngok follower kat blog dia tu tak bertambah, boleh la pelan-pelan nk unfollower aku..keke..aku tak kisah sebab belog aku pom bukannya ramai follower. Tu pom hajat nak buang je widget follower. Haha..

Di kesempatan ini jugak, aku pom tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Hakhak. Tapi, buat masa skang ni aku dok tengah countdown nk tngok game Arsenal nga Barca. Ada dalam 30 minit lagi. Tapi, yang masalahnya, aku tak de port nak tengok malam ni. Port yang ada jauh sangat..tambah - tambah tak de transport yang laju sikit. Kalo setakat jalan kaki tu sampai je. Tapi, sampai je kat port tu, basah lencun baju aku. Disangka orang aku pulak yang main dengan Barca. Hakhak.

Apa - apa pom, untuk game malam ni, sokongan aku tak berbelah bahagi. Hanya untuk myheart iaitu Arsenal. Hehehe. Korang yang mana sokong Barca tu jangan benci pula kat aku. Kita bersaing secara sihat ye. Kekeke. Angap je Arsenal ni adik kepada Barca. Adik pom, tak mutahil boleh menang dengan abang  kan?

so, aku blah dulu la. Tengah ikhtiar nak tengok macam mana game malam ni. Satu lagi, hajatnya, entry aku tak akan ada bnyak sangat gambar sebab internet kat sini akan slow kalo kita upload something. So, aku malas nak menyeksakan internet dan juga diri aku untuk upload gambar - gambar yang tak seberapa penting. Keke..

Sekian.
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia