Skip to main content

pilih tarikh pilih hari

fajar pagi jumaat


hari jumaat..kejap je kan..?kejap atau lama tak jadi masalah..masa mana ada nasa free untuk dia berhenti daripada berlalu..yang penting..hari jumaat ni kita lalui je macam hari biasa, cuma ditambah dengan perbanyakkan lagi amalan amalan sunat..intro terbaik aku setakat ni..haha

kalo belah2 pantai timur ni..hari jumaat adalah hari yang terbaik untuk berjumpa sanak saudara..biasanya akan ada la jamuan makan-makan. lepas jumaat blh la melahap dengan sopan kan..?baik tak aktiviti macam ni..?kat pantai timur juga..hari jumaat la selalu orang kerap buat kenduri..ikutla kenduri apa pun..sambut menantu ke..cukur baby ke..

tapi..nak buat kenduri ataupun majlis keramaian ni tak perlu tarikh yang tertentu. cukup hanya dengan melihat hari yang sesuai dan hari yang senang untuk tetamu memenuhi undangan. macam kat belah pantai timur tu. hari jumaat memang sesuai la. jangan pulak nanti ada dalam kalangan kita yang nak buat kenduri nanti pergi meminta khidmat bomoh. katanya nak minta tarikh keramat dengan tok bomoh. contohnya : tak nak bagi hari majlis tu ada gangguan seperti hujan dan sebagainya

tengok masyarakat kita. tak habis habis lagi kan dengan perkara karut marut tu. sesungguhnya perkara tu boleh membawa kepada syirik. syirik adalah dosa besar yang paling top sekali. mana mungkin tok bomoh mahupun pawang mengetahui hari-hari yang sekian tidak hujan. adakah dia yang mengawal hujan untuk turun menyimbahi bumi..?

itu adalah contoh untuk kenduri.sama juga untuk kerja lain. minta tarikh dengan bomoh untuk kawen la. untuk rasmi syarikat la..sama - sama kita beringat dan memperingatkan kepada orang-orang terdekat..hehe

**mana ada hari - hari Allah yang buruk harinya..

Comments

  1. yup..betul tu.. kalau duk kampung hari jumaat adalah hari yang terbaik dengan family..

    memang terasa nikmat hari jumaat di klate :)

    ReplyDelete
  2. buat ape nk jmpe bmoh bagai nk mntk tarikh..haishh.... akidah xbtol tu... syirik

    ReplyDelete
  3. mmg ada kes gini. nk kawin..org2 tua tak bg tarikh tu..konon tak elok.
    susah nk pahamkan org2 tua yg mcm ni..fenin!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum H.J....betul tu mana ada hari2 yg x elok dlm islam kn cuma manusia jer yg mudah lupa ikutkn ajaran yg x elok lain la jadinya...:)

    ReplyDelete
  5. jauhi benda2 syirik.. oh ye.. tk pnah smpai kelantan n gani lgi

    ReplyDelete
  6. ehhh...awat blog jd besauuuuu ni dik??

    ReplyDelete
  7. Yg p mintak bomoh tu, jenis yg takut rugi mungkin. :)

    ReplyDelete
  8. masyarakat kita mindanya terlalu tertanam dek perkara tahyul yang tidak-tidak. nak2 kalau ia disokong oleh orang sekeliling. parah gitu.

    ReplyDelete
  9. betul2...khurafat tu semua..:)

    selamat berhujung minggu..

    :D

    ReplyDelete
  10. ya, tiada hari yg tak elok.. kita je yg buat hari tu elok ke tak. mcm paaki spek hitam, nampak hitam, pakai spek hijau, nampak hijau =)

    ReplyDelete
  11. ada lagi ke yang percaya bomoh2 ni semua...ish3...

    ReplyDelete
  12. gawat tu nak buat kenduri sampai jumpa bomoh hehe

    ReplyDelete
  13. sampai hati.. :(

    gi baca blk entry tu..huuuu

    ReplyDelete
  14. egtkan ko tgah cari tarikh kawin.haha

    ReplyDelete
  15. ada lagi ke yg buat cenggitu zaman skrg nih...heran

    ReplyDelete
  16. hari Alah semua baik2 kan..

    macam2 la ragam manusia.hehehe

    ReplyDelete
  17. hari jumaat paling bestt.
    penanda cuti.
    huhu
    :)

    ReplyDelete
  18. betol2.. xsgke ade lg org caye kt bnde2 yg ngarot2 tu

    ReplyDelete
  19. kan..hari2 tu semuanya baik.terpulang kpd perancangan kita dan niat

    ReplyDelete
  20. memang tengah nk milih tarikh dan hari ni. jeng jeng jeng...
    hehe..

    ReplyDelete
  21. nti klu ada kenduri kat pulau hari jumaat.. mari deh.. hik3...^^,

    ReplyDelete
  22. weyh cukur baby?

    kdang2 org2 kite nie terlalu taksub dgn tok bomoh pawang mawang nie..hurm

    ReplyDelete
  23. ada lagi ka apply ujan tak turun tu? masyarakatttt.. debishhh.. debishhh

    ReplyDelete
  24. ada lagi ka apply ujan tak turun tu? masyarakatttt.. debishhh.. debishhh

    ReplyDelete
  25. haishhh..tahyul sgguh...xpayah mintak kat bomoh..mintak kat Allah je supaya dipermudahkan urusan utk hari itu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-