Skip to main content

kak LM nak pandangan

salam jumaat. kak LM ada mintak pandangan tentang memakai niqab jika keluar berjalan-jalan dengan suami. aku sebenarnya tak tahu sama ada pandangan aku ni boleh diterima atau atau tak.haha..kalo tak boleh akak bgtau la.

kak LM, bagi saya...baiknya dan amat baik jika kak LM memakai niqab jika keluar berjalan - jalan dengan suami. Ini kerana untuk mengelakkan daripada mata - mata liar mat arab qatar memandang wajah akak. memang memakai niqab bukannya wajib, tetapi ada kebaikan besar pada si pemakainya. tersirat mahupun tersurat.  tambah - tambah plak kalau wajah akak ni ala - ala pan asia.hoho

kebiasaannya arab-arab ni gersang sikit. pengalaman saya jumpa dengan mat arab buat setakat ni. kat qatar pom macam tu ke kak..? jadi, biasanya diorang suka memandang kaum wanita yang bukan dari kalangan arab. ye lah.. dah jemu dengan muka arab. macam tuan belog la..nk usha gadis2 arab je.haha.. kan takut terlebih pandang, lain pula jadinya..tapi, kalo dengan berniqab..sekurang-kurangnya kurang sikit pandangan diorang.

mengenai pendapat saya tentang berniqab di dalam rumah dengan kehadiran tetamu, sedangkan ada suami di samping kak LM. bagi saya, kirannya tetamu itu sudah rapat, sudah biasa dengan kita, terpulang kepada akak  nak berniqab atau tak. tetapi sekiranya akak sudah terbiasa dengan niqab, maka pakailah..silap2 boleh jadi ikutan tetamu akak jika dia perempuan.

jikalau tetamu itu adalah sahabat suami akak yang first time datang bertamu ke rumah, dan masih lagi bujang..ada baiknya akak berniqab. darah mudah biasanya bergelora..mata pom boleh tahan ketajaman panahannya. (pengalaman member2) haha..baiknya juga jika akak menanyakan pendapat suami akak. kalo tetamu yang belom rapat sangat..pakai niqab..mungkin kalo tetamu yang dah lama kenal dan mesra, nak bukak niqab pom..terpulangla..

macam mana pandangan saya kak LM? saya tak pandai sangat tentang pandang - pandang ni..usha - usha boleh la..

Comments

  1. Pndngn sorg lelaki
    aku pon stuju

    tp kat mesia bukan takat muka nk tayang
    sume bnde nk tyg

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kalau dah pak arab sana suka pandang2..mmg molek pakai. rasa aman..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum H.J...org Arab ni mmg mcm tu yer...kalau gitu kenalah pakaikan nanti naya plak pak Arab tu pandang2...:)

    ReplyDelete
  6. bukan arab je camtu..melayu pon sama

    ReplyDelete
  7. bukan arab je camtu..melayu pon sama

    ReplyDelete
  8. bolat nk pkai niqab jugak ==" tapi tak pdan la sgt kan.. hehe.. tapi dh psang niat lpas kwin nnt.. *eh? haha

    ReplyDelete
  9. pak arab yg ad kt uum p0n ske pndg2 stdnt2 mlyu..aishhh =_=

    ReplyDelete
  10. tingin nak pakai niqab satu hari nt. Insyaallah. :)

    ReplyDelete
  11. nk jaga pandangan org laen, kene jge diri kita dlu ye dak

    ReplyDelete
  12. lelaki & usha2 mana bleh dipisahkan, kan~ ;p

    ReplyDelete
  13. setuju la...kat sana x sama cam sini..tp sini nak pakai pun blh gak...heee

    ReplyDelete
  14. hohoho..
    bagus2..
    sume pakat bg pandangan..
    banyak ilmu boleh..

    ReplyDelete
  15. takut lelaki arab.
    -.-

    ReplyDelete
  16. dari mata jatuh ke hati ni. eheheh. :D tapi toi la tu. tak igt berapa lama, tapi dari 5 saat pandangan tu leh datangkan SUKA. :D bahaya kan? :D

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas pendapat dan pandangan HJ. amat jelas sekarang...alhamdulillah

    ReplyDelete
  18. better berniqab..buka depan suami ja..;)alhamdulillah..penerangan yang berhemah n jelas..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-