Skip to main content

# 1

Madinah di pinggiran musim panas. Suhu makin menurun. Perlahan-lahan panas mula menghilangkan diri. Kadang - kadang, hawa  yang bersisa haba kepanasan masih lagi terasa? Mana mungkin hidup ini tanpa haba..?!

Mungkin tahun ini juga adalah satu kelebihan buat jemaah haji yang menunaikan rukun Islam yang kelima. Semuanya adalah rahmah dan rahmat daripada Allah s.w.t. Tidakkah terfikir orang - orang Atheis, bagaimana bumi ini begitu sistematik aturannya? Dalam setahun ada padanya musim sejuk, ada juga musim panas.

Diri ini masih lagi termenung. Diri ini adalah salah seorang yang akan menjadi tetamu Allah di bumi Mekah. Bumi yang mana terletaknya kaabah yang merupakan kiblat umat Islam. Kiblat yang satu sampai bumi ini hancur.  Tak dapat nak bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah bagi. Tak semua yang dapat mengecapi nikmat ini. Satu anugerah besar.

"Ya Allah... layakkah diriku ini untuk mengecapi nikmat Mu yang besar ini? Aku tahu, diri ini banyak melakukan dosa dan maksiat kepada Mu.." hati ini bersoal sendiria. Malu rasanya dengan Tuhan Yang Satu..tiada yang lain kecuali Allah Taala. Allahuakbar.

Tapi, lupakah aku yang Allah itu Maha Pengampun? Bersangka baiklah kepada Allah dan janganlah berputus asa daripada rahmatnya. Mekah seakan - akan memanggil aku. Tak jemu - jemu tanah berkat ini menyambut tetamu Allah.

*******

Comments

  1. untunglah depa yg pergi haji taun ni..

    ReplyDelete
  2. sedangkan ko yg berada di tanah suci pun berasa berdosa.. aku yg duk di perlis ni, lagi la bro.. banyak dosa yg nk mintak pengampunan.. harap2 dapat la dihapuskan semua dosa ni

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah HJ dok denu...kirim2 doa cheq sue atek...sokmo dok tgk dale Salam Baitullah.... mmmmmmm nak gi sgt serow

    ReplyDelete
  4. oih ko update?
    unbelieve! adekah cerpen bersiri?

    ReplyDelete
  5. Semoga ada peluang untuk aku juga nanti.. tapi bilakah?

    doakan untuk aku skali..

    ReplyDelete
  6. hala bro..ni satu agi blog aku tengok nuff tengah2 alam ni..gile babeng semak bro..aku jadi mls nk bace blog ko bro..hee...jgn mara aa..nway..lme x nmpak

    ReplyDelete
  7. rindu sana...nnt akak nak ke sana akak bg tau.tlg bw akak ziarah kat sana ye

    ReplyDelete
  8. seronoknya.....

    nanti doakan utk saya boleh, berikan kesihatan utk isteri saya. :)
    Insyaallah berkatnya, xsalah usahakan??

    ReplyDelete
  9. alhamdullilah...sentiasa muhasabah diri..=)

    ReplyDelete
  10. semoga dimurahkan rezeki untuk ke sana...bertuah ubi badok berada di sana....

    ReplyDelete
  11. syahdu baca entri hj kali ni..
    syukur..jd tetamu Allah thn ni.

    ReplyDelete
  12. teringin nak pergi
    tapi xtaw bile

    ReplyDelete
  13. niat di hati ingin pergi ke sana...

    ReplyDelete
  14. hj..
    sedaknyooo..
    tlg doa tuk ambo etepp..huhuhu

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah

    wallah..x sabo asenye menunggu cito lag nihhh =]

    ReplyDelete
  16. bestnye duk Mekah kan..hmm..bile kat sana ada jugak perasaan nak tinggal terus kat sana..tapi entahla..tak tahu bila akan tercapai

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum H.....alhamdullilah syukur atas limpah kurnianya seronok dpt melakukn ibadah haji di sana...:)

    ReplyDelete
  18. serious gua pun teringin nak pergi sana -__-

    ReplyDelete
  19. semoga aku pn salah sorg yg menjadi tetamu Allah nanti... amin

    ReplyDelete
  20. doakan saya dapat pergi ke sana.. untung awak belajar kat sana.. alhamdulillah :)


    typo di situ.."bersoal sendiria"? bersoal sendirian mungkin.. :)

    ReplyDelete
  21. aku tgh kumpul duit lah ni . baru ada 70 hengget.

    ReplyDelete
  22. selalu dengar pengalaman orang kat Mekah. teringin nak rasa sendiri pulak.

    ReplyDelete
  23. mudah mudahan dimurahkan rezeki aku utk ke sana. amin.

    ReplyDelete
  24. dari mana dpt line tenet? hairan sebentar~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-