Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Doa Awal.dan Akhir Tahun

Artikel yang dicopy dan dipaste dari blog saudara AbuUmair Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun. Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selak

tidak beriman ketika melakukan dosa besar

Nabi s.a.w ada bersabda dalam satu hadis yang mana mafhumnya : "Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari). Makna hadis di atas adalah jelas yang mana seseorang itu tidak dalam keadaan beriman ketika mana dia melakukan dosa - dosa di atas. Berzina, mencuri dan meminum arak. Ketiga - tiga dosa di atas adalah antara 3 dosa besar yang disebut oleh Nabi s.a.w. Hadis ini juga menafikan golongan Khawarij yang mengatakan terkeluarnya  dari Islam bagi si pelaku dosa besar.  Jelas menunjukkan disini martabat iman dan juga Islam. Seseorang itu akan bersih dari dosa besar dan juga kecil bilamana dia dalam keadaan beriman. Ketahuilah yang iman itu bertambah dan juga berkurang. Ibarat satu bulatan yang besar yang mana di dalamnya terdapat satu bulatan yang kecil. Bulatan yang kecil adalah iman dan bula

# 2

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku bergegas turun dari tingkat 4 menuju ke pintu belakang universiti. Di situ terdapat satu mesin ATM Ar-Rajhi. Memang kebiasaan agenda PPM ( Persatuan Pelajar Malaysia Madinah ) untuk berkumpul di situ jika ada aktiviti yang dilakukan di luar universiti. Satu lagi program yang disusun oleh PPM pada malam ini. Pakej haji untuk memudahkan pelajar - pelajar Malaysia di Madinah menunaikan ibadah haji. Dari pengangkutan, penginapan hinggalah ibadah haji itu selesai sepenuhnya. Tetapi masih ada mulut - mulut sumbang yang mengutuk persatuan. Entah... aku pun binggung. Terasa beg aku bergetar. Aku terus mengeluarkan handphone. Tertera nama Khairul Amri..Seorang sahabat yang satu batch dengan aku. Walaupun satu batch, ada lebih rasa hormat kepada Amri. Awal dua tahun dia lahir sebelum aku mengenali dunia ini. " Assalamualaikum Amri... macam mana? " terus je aku tanya jika ada apa - apa kecemasan. " Waalaikumussalam..hang kat mana tu? ",

# 1

Madinah di pinggiran musim panas. Suhu makin menurun. Perlahan-lahan panas mula menghilangkan diri. Kadang - kadang, hawa  yang bersisa haba kepanasan masih lagi terasa? Mana mungkin hidup ini tanpa haba..?! Mungkin tahun ini juga adalah satu kelebihan buat jemaah haji yang menunaikan rukun Islam yang kelima. Semuanya adalah rahmah dan rahmat daripada Allah s.w.t. Tidakkah terfikir orang - orang Atheis, bagaimana bumi ini begitu sistematik aturannya? Dalam setahun ada padanya musim sejuk, ada juga musim panas. Diri ini masih lagi termenung. Diri ini adalah salah seorang yang akan menjadi tetamu Allah di bumi Mekah. Bumi yang mana terletaknya kaabah yang merupakan kiblat umat Islam. Kiblat yang satu sampai bumi ini hancur.  Tak dapat nak bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah bagi. Tak semua yang dapat mengecapi nikmat ini. Satu anugerah besar. "Ya Allah... layakkah diriku ini untuk mengecapi nikmat Mu yang besar ini? Aku tahu, diri ini banyak melakukan dosa dan maksiat kep