Skip to main content

menantu

salam pagi sabtu wei..aku dengar kuliah aku dah start dah hari ni..eehe...tapi rasa malas nak pergi lagi ..seminggu dok bersahaja dan bersahaja..hantar member je kan suh p risik..??ada satu kisah la..

ada 2 orang lelaki yang nak pergi merisik seorang perempuan dara. yang sorang ni adalah kaki masjid, penggemar menuntut ilmu..tapi, time dia datang merisik tu..dia datang naik moto honda cup je..tu pom dah jauh dah laki tu parkir moto..dekat dengan pagar rumah..

yang sorang lagi ni datang merisik jugak...tapi naik merc beb..dikisahkan yang merc dia ni siap ada bumbung blh buka tutup lg kat atas tu.nak start pom dia kena detect suara baru hidup..tuannya pakai siap-siap dengan kot dan kasut hitam..tambah plak dengan spek rayban..pergh tergugat spek jijiyue..haha

mak dia tanya.."anak o anak...kamu yang berkenan yang mana ni..?yang datang naik merc tu ke..? atau yang datang dengan honda cup diparkir kat pagar tu...?" si anak menjawab, "ikut mak la..mak pilih la yang mana sesuai untuk anak ni.."hehe..tersengih mak dengar jawapan tu.."

ps : rerasa korang ada sambungan ke tak ni..?

Comments

  1. ada..ada.. cepatlah smbung weh.. haha

    ReplyDelete
  2. mesti ada sambung ni..cerita tergantung..haha~

    ReplyDelete
  3. salam H.J...mesti ada sambungannya H.J kalau x ada, citenya jadi x best la....:)

    cecite cecite...:)

    ReplyDelete
  4. la.. nape tak der? sambunglah.. takpe2.. aku setia menunggu sambungannya.. haha

    ReplyDelete
  5. adoiaa..kalo nuru kne smyg istikarah dulu ahhh...biar Allah bagi petunjuk agar dpt buat plhan tepat kann :)

    ReplyDelete
  6. mesti lah ada sambungan kan? mak dia pilih yang naik merc tu :p

    ReplyDelete
  7. ciss sakit perut baca cerita tergantung .

    cepat la sambung -__''

    ReplyDelete
  8. apa kaitan aku ni..aku beli spek baru doh..wahhaa

    ReplyDelete
  9. kna sambung la...t'gantung citer ni.
    aish!

    ReplyDelete
  10. ikot la nak sambung ke tak,,hahahahhaha

    ReplyDelete
  11. ade kan. kalo x de nak tembak blog nih. haha

    ReplyDelete
  12. samo mace tazkirah ustaz azhar idrus jah ni..
    heheheehe..

    ReplyDelete
  13. Harusla ade. Lau aku aku plih dedue haha

    ReplyDelete
  14. nak pilih hok mano la horrr..
    heheh.
    ambo naik moto honda cup c70.
    heheh.

    pilih la ambo ni.

    sambung bos.

    ReplyDelete
  15. surely ada sambungannya..takkan la ceritanya tergantung??

    klo si ibu and si anak bersikap matre, pasti mereka choose lelaki yg naik merc kot ;)

    ReplyDelete
  16. kalau saya, saya akan jawab : You don't have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an imam in prayers. That's how I define gorgeous. You don't have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem. That's how i would melt. You don't have to be rich for me to love you. Please have a kind heart. That's more than enough for me and my parents too. Nobody's perfect.

    ReplyDelete
  17. mana tau an..hehe..kot2 lah nak wat kawan baik ker..

    ReplyDelete
  18. hah..aku dh tau dh ko punya plan..ko cri bini keje eng petronas, then dia tggl ko buln2 sbb keje kt laut, ko leh r pasang sorg lagi.alasannya...

    btol an?hik3

    ReplyDelete
  19. mak : nak, ambillah yg naik honda cup tu, dia ada iman. nah yg be mercy tu buat Mak saja, 5 tahun abah kamu dah pergi, mak rasa sepi. :D

    ReplyDelete
  20. setia jgk ko eh..hehe

    nak aku tolong promote ker?hehe

    ReplyDelete
  21. hmm sama la, seminggu dok umah je.. tp mgu dpn bru stat kelas..huhu

    blogging je la whole week

    ReplyDelete
  22. law cmtu bak gmbr yang pling jelas sekeping..hehe

    ReplyDelete
  23. lor..ko malu, cnner aku nk tolong..

    aah lah..mtk gmbr..snang sikit aku nk tolong promote..leh tampal kt stesen minyak petronas skali..ekekeke

    ReplyDelete
  24. aku agak takde sambungan . dan aku syak kau nak soh aku tka dia pilih yang mana betul dak ?

    ReplyDelete
  25. cet..sampai ati ckp aku nak khianat ko..aku ikhlas nk tolong nih..bak kata jiji, kalo xikhlas jgn buat..hehehe

    ReplyDelete
  26. kalo bg gmbr blur..diorg pon akan blur jgk..ngehehe

    ReplyDelete
  27. kalo ko smbung maka adelah sambungannye :p

    ReplyDelete
  28. cepat2 sambung.. tak syok la citer tergantung gini.. ngee..

    ReplyDelete
  29. ada lah sambung,cerita tak abih g tu pok mat diooo,hahaha

    ReplyDelete
  30. nok sambungeee laaa...cepat2 sambung! tok sabar nak tau..hek3

    ReplyDelete
  31. dh tergantung...

    sah la ade smbungan ,,
    kang x psl2 blog ini kena boommm..
    hehehe

    ReplyDelete
  32. ada sambungan! cepatlah sambunggg! mak die pilih mana 1 ni.

    ReplyDelete
  33. sambung la cepat,.hehe,..xsabar nak tgk mane satu menantu plihan,hui,.hehe

    ReplyDelete
  34. ape nie men sambung2 cite.. huhu..

    ReplyDelete
  35. sambung cerita..mesti mak tu pilih si bawa moto kan?

    ReplyDelete
  36. klu mak pilih dua2 boleh??haha..bapak tamak mak nih..huhu

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Amboi! kalo ikutkan mau yg nampak kaya wang tu haha...tapi yg kaya dgn ilmu agama lagi sesuai..

    ReplyDelete
  39. xpyh sambung.. aku akan pilih yg naik moto honda cup cup cake tu.. hehehe.. ^^

    ReplyDelete
  40. kalau nak yg pilihan sendiri buleh? hahaha

    ReplyDelete
  41. la.. apa kes bersambung..?buat suspen je?

    ReplyDelete
  42. ne mesti ada sambungan neh..

    macam best n menarik ja neh cita ne...ehhehe

    ReplyDelete
  43. memang mak dia pilih yang merc tu ah. hahahahah..tak pun mak dia yang kawen ngan merc tu.

    New Entry : Tak Payah Jadi Blogger Kalau Kerja Asyik Nak Menipu Je

    ReplyDelete
  44. TQ kerana singgah blog usang sy..komen anda tlh sy jwb..terima kasih...
    cerite ni mesti ade kaitan ngan mimpi kn..x sabar nk taw nih..

    ReplyDelete
  45. bile dh buat cm ni opkosla ade smbg kn.hahaha

    ReplyDelete
  46. kne ad smbungan ni..... lau tak, jd tergntung.. =.='

    ReplyDelete
  47. Ala tmiss bc entry ni. Wp td dah tbc entry yg latest, still nak tau smbgn cite ni ke ko nak aku buatkan hihihi

    Chop, ni cite betul2 ke tipu2 hihi

    ReplyDelete
  48. cite ni tipu ke betul. tak dapat nak teka sebab trens sekarang yang dah jauh berubah dari zaman dulu.

    kalau dulu ibu bapa pilih yang beriman dan cukup ilmu agama.

    tapi sekrang ibu bapa nak kira bajet untuk kenduri. tak tau la.

    ReplyDelete
  49. merc tue satu bonus.. tpi kekayaan tak bole bawak smpai mati.. hihiii

    ReplyDelete
  50. ohhhh, cam ni ke.


    urm, yang merc tu, takkan agama dye zero kan? even nampak dye kaya, mana tahu setanding juga dengan yang kapcai tu, cumanya dia tak pakai lah kopiah.



    yang kapcai tu pulak, mana tahu, kot3 ada merc kat rumah tapi sebab dye humble, dye tak bawak la~


    aku tahu takde sambungan sebab aku dah baca entry lepas entry ni! :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-