Skip to main content

fadhilat terawih pada malam tertentu adalah palsu?

salam 2 ramadhan. syukur benor kerana kita dapat lagi menjalani ibadah puasa. kurangkan kemungkaran dan tambahkan kebaikan. (ayat bajet ustaz ni)

entry ni aku cuma nak sentuh pasal fadhilat terawih yang telah banyak diwar - warkan oleh rakan blogger. yang mana setiap malam tu ada fadhilat atau kelebihannya tersendiri. contohnya kalo berterawih pada malam pertama diampunkan semua dosa. suci seperti bayi yang baru lahir. ketahuilah yang fadhilat ni tiada asas dalam agama Islam kita. (baca dengan nada marah yer.)

aku bukan nak bangkang ke apa. mesti ada di antara korang kata.. " ala..bukan apa pom..saja nak galakkan masyarakat kita berterawih". tapi..tu la masalahnya. ia macam mengada - adakan fadhilat tersendiri dan dah macam mereka reka agama. yakni menokok tambah apa yang ada. sila rujuk sumber kat sini. Aku ambik sumber mufti Teregganu tu..hehe

So, kita ada banyak lagi cara nak menggalakkan konuniti kita solat terawih. Jadi, tak yah la dok guna cara ni. Da macam kita mengada-adakan benda baru. Ni pandangan aku je... sama sama beringat...tulis panjang pom tak de guna..hehe

p/s : sila ambik perhatian sumber yang aku bagi tu..baca sampai habis yer..hehe

Comments

  1. seriusly?

    hmm bahaye kan mende2 camnie

    ReplyDelete
  2. em.akoo pon ade dgar gop..

    sbb tu tak caye dah mende2 tu..

    pegi terawih dgn ikhlas je la kann..
    =)

    ReplyDelete
  3. Tu laa kan, kadang kadang sangsi laa nak percaya.. Saye nie ilmu dah ler xbnyak.. Takut terpengaruh benda yang xbaik jer..
    Yang positif kita ambil yer ustaz ubibadok.. buka puasa makan ubi ketok pun sodapp~ Hehehehe

    JOM terbang ke ENTRI TERBARU AdinLaLa !

    1.Tebu Didahulukan, Durian Diketepikan
    2.Fuuuuhhhh ! Sangat Hampir ! Nasib Baik Tak Batal !

    ReplyDelete
  4. ada baca jugak kat jakim mufti terengganu tuh . mula2 mmg nak post pasal fadhilat tuh tapi selamat lah ada bcb artikel pasal nih . buat amalam kerana Allah bukan kerana ganjaran .

    ReplyDelete
  5. nasib baik tak ter post..terbercerita psl fadhilat dlm blog..kalau tak..nampak bebenor jahilnya

    ReplyDelete
  6. betul3..nuru hmpir2 nk post..tbe2 kakak kta tu palsu..nty kalo org duk tksub ikot jd xikhlas huhuh

    ReplyDelete
  7. betul..ia hadis palsu. dalam beribadat kita kena niat buat kerana Allah. Bukan kerana fadilat-fadilatnya.

    macam posa ni, mesti krn Allah. Bukan kerana nak kurus @ krn baik utk kesihatan.

    ReplyDelete
  8. oooo.. baru tau die palsu.. sebelum ni duk dengar jugak pasal fadhilat2 ni.. thx share ek! :)

    ReplyDelete
  9. trm ksh yer info ni.. nk stop dh post kelebihan n fadilat terawih ni.. tkt diorg buat sbb nk pahala, bkn krna ikhlas..

    ReplyDelete
  10. Ika pun ade dengar pasal ni..haihh bahaya tol,HJ kalau Ika ade terpublish entry yg berkaitan ng hadis tp hadis tu palsu tolong bgtau ye >_<

    ReplyDelete
  11. tambahkan pahala utk ramadhan...ikhlas kerana ALLAH...itu sebaiknya

    ReplyDelete
  12. betul tu, yang penting biarlah ikhlas buat :)

    p/s : macam bidaah pon ade :P

    ReplyDelete
  13. iya, yg penting keikhlasan! =)

    ReplyDelete
  14. so, xbetol la eh?? haisshh....sapelah yg sebar2 kan fatwa mcm tuh...

    ReplyDelete
  15. x lawe terawih tikat 3 mel..kodir 2 rakaat baru..sek kito 8 dh..nok2 pok cek tok ime..haha

    ReplyDelete
  16. laksanakan tanpa mengharapkan balasan=dengan keikhlasan..

    ReplyDelete
  17. uish biar betul , bahaya sungguh la benda2 macam nie..

    ReplyDelete
  18. benda2 cam ni kena kaji bebetul.. bahaya gak bila main amik tanpa ada kesahihan dia..

    ReplyDelete
  19. kena ada ilmu..jgn main letak je kt blog..akak dulu ada letak jugak..then terbaca kt laman2 web..

    mmg takde salah kalu letak..tp better tak payah..tak perlu mengharapkan kelebihan2 tertentu bila beribadat..hanya niatkan utk mendapat keredhaan Allah..lillahi Ta'ala

    ReplyDelete
  20. baiklah,aku mengerti.kau jangan nak marah sangat...buruk.keh3

    ReplyDelete
  21. yang mana dah terbuat / terpost entry tu boleh la buat pembetulan semula utk elakkan sebarang kesulitan..

    cik ana mintak izin nk share gak entry ni ye :)

    ReplyDelete
  22. lama dah tau benda ni.. apa pun semua dari diri sendiri utk membanyakkan amal ibadah di bulan barakah in

    Anyway, selamat mengerjakan ibadah puasa

    salam Ramadhan
    ~Gen2Merah~

    ReplyDelete
  23. yg penting biar ikhlas dalam mencari redha Allah kan... =)

    ReplyDelete
  24. aah..setuju..yg penting ikhlas..kalo pg semata mata na tujuk kat org pon tak guna gak kan..:)

    ReplyDelete
  25. ada jgk dgr isu ni...tq2 sbb share sumber tu..

    ReplyDelete
  26. sape nak copy paste aku tak kesah pom..hehe

    ReplyDelete
  27. hmmm hadis pon ada dipalsukan.sabar jelah.rara baru je pos pasal fadilat terawikh,rase nk delete lah,buat tambah dosa je.

    ReplyDelete
  28. bijok me. meme gege pom hadis palsu tu. faadhilat apo tu. huhu

    ReplyDelete
  29. hai blog ubi,

    saya dah follow blog anda.
    errr kejap. saya tak rujuk mana2 blogger yg tulis berkaitan fadhilat tarawih. tp sy baca dlm buku. dia kata berdasarkan hadis rasullullah. tp buku tu kt rumah mak.

    jd tak blh nak terangkan hadis mana.
    hmmm ???

    ReplyDelete
  30. ape-apepun saya mohon share artikel anda. hehehe :)

    ReplyDelete
  31. betul tu..solat biarlah ngn ikhlas..bkn sbb niat nk dpt apa2.. klu hati ikhlas, insyaAllah smua yg baik akn dtg pd kita..

    sy tag awak utk my 1st contest.. hrp dpt join..

    ReplyDelete
  32. For everything english premier league and fantasy football...Malaysian style...
    fantasyonthego.blogspot.com...Join our official league for the extra kick

    ReplyDelete
  33. hurmm org skrg tau nak mengajak org buat kebaikan tpi dgn cara yang salah kot..xfaham la..

    ReplyDelete
  34. ada baca gak kat blog solihin...

    ReplyDelete
  35. laaa.. yeke? huhu. tak tau la pula. thanks for sharing~ :D

    ReplyDelete
  36. dulu masa kecik2 percaya gk..
    hehehe..
    tapi skang dah tak..^^,

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-