Skip to main content

boleh ke nak kecap makanan time pose?

dalam beberapa minit lagi..masuk la waktu berbuka puasa bagi negeri kelantan dan seangkatan dengannya. dalam menaip entry ni..perasaan teruja pom ada.

aku teruja pasal sorang cikgu ni. dia ada berkawan di alam maya dengan 4 orang belogger bertaraf ostad. beruntung blogger ni.orang selalu je panggil dia cikgu ipah..haha

dalam keadaan nak berbukak ni..aku nak citer permasalahan puasa ni. kaum hawa kat dapur mesti tertanya tanya masakan yang diorang masak untuk juadah berbukak nanti sedap ke tak? mesti ada yang reragu boleh tak nak try masakan tu dalam keadaan berpuasa.

Islam tidak sulit dan tidah menyulitkan penganutnya. boleh sekiranya kaum ibu ataupun kaum bapa yang berwatakkan ibu untuk mengetest rasa masakan mereka itu dalam keadaan berpuasa. dalilnya adalah seperti berikut, kekata seorang Sahabat, Ibnu Abbas r,a, “Tidak mengapa seseorang mencicipi cuka atau sesuatu dalam keadaan sedang berpuasa selama tidak masuk ke kerongkongan” (HR Bukhari secara mu’allaq (tanpa sanad), Ibnu Abi Syaibah, dan Al Baihaqi)

p/s : sila tegur sekiranya aku salah. selamat berbukak..cepat2 la test masakan tu.

Comments

  1. cis apesal cikgu ipah lak kene

    sabo jekla

    aah ibu slalu ckp cmtu..ley je test rase ok ke tak

    ReplyDelete
  2. mak umie pun ade cakap camtu gak, boleh je test..tapi jangan telan.

    ReplyDelete
  3. ko pun ostad gak ke.. hahaha.. =P

    kalo aku tak leh nak rasa.. telan terus kang.. tapi takpe.. skang dah masuk waktu berbuka.. sah je kalo telan.. hohoho..

    ReplyDelete
  4. baru tahu, hehe XD

    p/s : selamat berbuka dan pergi terawih :P

    ReplyDelete
  5. kalau aku yg test, compem masuk smpai ke tekak.. hehehhe!!~


    selamat berterawih :)

    ReplyDelete
  6. ika selalu buat..dh lame tau sbb umi bgtau hehe,terima kasih HJ =)

    ReplyDelete
  7. sebelum pose..jangan telan g..pas buka..rasa dan telan lah..haha..masuk ke dalam kerongkong..

    ReplyDelete
  8. kalau ezza rasa , tak sah tak smpai ketekak! hahaha..at least 2 mangkuk..baru rasa! hahahaa

    ReplyDelete
  9. kalo tmsuk ke dlm kerongkong cm ne?? hahahaha..

    ReplyDelete
  10. memang boleh test, tp jangan telan jela...sy pon selalu mcm tu. dh kene lidah, terus kumur.

    ReplyDelete
  11. ohhh boleh try yer...

    tapi hujung lidah je kan?heheh

    ooo kos acct...okeh dah tahu..ehehhe

    ReplyDelete
  12. aiyooo, tak pnh plak terpikir nak try masakan time pose. redho je rasa camne sb kan dah besa masak..musti da tau garam tu banyak mana nak letak, yer dak..

    lainlah klu jns yg tak besa masak, ragu2 tu musti ada..

    ReplyDelete
  13. mak saya pun cakap boleh, cuma jgn telan, berkumur...

    ReplyDelete
  14. test gune jari, jangan test guna sudu...

    ReplyDelete
  15. slm..betul tu merasa boleh tapi x boleh telan kn...

    itu juga yg mama tahu...:)

    ReplyDelete
  16. feyqa pon pernah buat gak :P heheeee

    ReplyDelete
  17. haha bese le tewww buat jgk .. ;p

    ReplyDelete
  18. dulu masa kecik2 ada ustazah demo,
    ha try test sket pastu hangpa ludah balik..hihi

    ReplyDelete
  19. tak berani nk try walaupun dh tau.. sbb takut tertelan.. kekeke..

    ReplyDelete
  20. rasa sikit n lastly bkumur..tapi dh jtuh hukum makruh lah kan..

    ReplyDelete
  21. betul tu.. blh je test.. kalau tak, ntah sedap ke x pn xtau kan..

    ReplyDelete
  22. kecap ??
    bhase klantan ke weh? tak paham..huhu

    mmg bole rase..tapi, riso lah..takot tlebeh pulak smpai abes satu priuk.kakaka

    ReplyDelete
  23. assalam..

    hihii dh thu..

    tp klu msk time posa x pnh test...

    tkoot tertelan kang..

    x pasai2 bkak posa awai2...huhhu

    ReplyDelete
  24. a'aaa..betul laaaa...mak selalu buat camtu...letak kat hujung lidah...tapi dkna kalau masak tak yakin nak buat macam tu..takot terbalak puasa..hikhikhik

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-