Skip to main content

maaf

mula-mula aku nak minta maaf dlu.mesti ramai pompuan panas dengan entry aku sebelom ni kan? okeh.. cuba pompuan-pompuan yang panas ni cool n buat relax je.jgn ambik siyes sgt. bukan aku nak rendah-rendahkan martabat kaum hawa.takde niat pom.. tapi, ada benar jugak yang stail macam ni kan.

kita ambik contoh yang femes iaitu contoh siti khadijah r.a. yang mana pada mulanya dia sangat tertarik dengan seorang pemuda bernama Muhammad s.a.w. So, pada mulanya dia tanya pendapat kawannya iaitu Nafisah r.a tentang keperibadian Muhammad s.a.w ni. Apa lagi, kawannya tentu dapat tahu apa pasal apa tanya macam tu.. mesti ada sesuatu kan??

Jadi, dia terus terang kat kawan dia yang dia tu dah menyukai Muhammad s.a.w. Terus terang dengan Nafisah r.a. Nafisah r.a pom sarankan yang Khadijah r.a ni memberitahu Muhammad s.a.w tentang perasaannya itu. Of kos la Khadijah r.a malukan? Jadi, Nafisah r.a pom jadi perantara antara Khadijah r.a dan Muhammad s.a.w.

Jadi, Nafisah r.a pegi melamar Muhammad s.a.w untuk mewakili Khadijah. Then, Muhammad s.a.w juga bersetuju...lepas tu baru Muhammad s.a.w membawa rombongan bersama Abu Talib untuk bernikah dengan Khadijah r.a.

p/s : entry aku sebelom ni saja je tu..bikin kontroversi sikit.kalo terasa aku minta ampun yer..

Comments

  1. sib baik masih sejuk...tak amik port sangat...lalalala ♫♫♫♫

    ReplyDelete
  2. hehe.. Ye la khadijah menggunakan org tengah, apa slhnya perigi cari timba, xsalah klau nk melamar lelaki yg soleh itu.. :)

    tapi mungkin parah la kot kalo nmpak jer lelaki kt kaki 5, pasar mlm, sogo pastu terus gi luahkan perasaaan cintu, tu mintak pelempang namanya :D

    ReplyDelete
  3. erkkkkk..aku tertinggal bas ke? tak tahu pepon ade yg panas2....

    ReplyDelete
  4. mmg hot la entry sblm ni muehehe...pekejadah nye la nk g usha laki lps tu g luahkn perasaan cmtu je,x psl2 mkn lempeng hoho :p


    ape pun suke entry ni..contohilah saidatina Khadijah :)

    ReplyDelete
  5. haaa...ko jgn buat hal la..lain kali bia sejuk2 je..jgn bikin panas..heee~

    ReplyDelete
  6. awe... tahniah kerna duk bumi madinah... cuba anda jenguk blog kamil ibrahim,

    ReplyDelete
  7. ngee. tea cool ape. amboi amboi. tetapi tu lah kita. bab camni pandai kaitkan dgn contoh nabi dulu2. kehkeh. tp mmg btol pn. siti khadijah yg melamar rasulullah. tp tea xnak lamar bakal laki tea. =.="

    ReplyDelete
  8. entry pe.. entry pe..
    sat nak baca..
    hahaha

    ReplyDelete
  9. hah hah cuak eh.hehehe.tu lah.heee gurau je.hmm ada ke pompuan cm tu skrg?

    ReplyDelete
  10. minta ampun yer...bukan ubi yang gersang ek..wakaka

    ReplyDelete
  11. Tak salah janji dengan cara yang betul..kalau lelaki yang baik, semua orang nak kan hihi

    ReplyDelete
  12. hot..hot..tapi releks jer..kene sporting la =)

    ReplyDelete
  13. haaaa tau tkt

    belajar dr pengalaman

    =_=

    ReplyDelete
  14. hahahhaa...x pe..memahami...sy wanita coooool =p

    ReplyDelete
  15. tak terasa pun la dengan entry sebelum nie tu;)
    heee~

    ReplyDelete
  16. malu perempuan sekarang lebih tebal daRI iman...uh.

    ReplyDelete
  17. pompuan sekarang banyak yang xde malu daa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-