Skip to main content

LUCU KE?

sedang aku layan citer supernatural ni, rasa makin lucu pom ada. citer dia stail horror gitu kan. cite yang dua beradik melawan setan. tapi, entah...aku rasa lucu plak..gile ke apa ni.?

part mana yang lucu tu? part bila mana malaikat berpangkat tinggi ni mengatakan yang tuhan dah mati. Lorh..tuhan pom mati. tu yang buat aku tersenyum tu..

tapi, lucu pom lucu la jugak. benda ni tak leh nk buat main-main kan. kalo percaya dan yakin apa dalam citer tu memang failed la akidah kita. ada ke tuhan yang maha kuasa tu boleh mati. tapi, aku tak sure tuhan yang dorang maksudkan kan situ sama macam tuhan penganut islam. yang part tentang setan n angel tu aku tengok dah nak hampir2 sama..

sungguh dalam dakyah mereka nak brainwash orang Islam. Korang yang ada adik kecik ataupun sanak saudara tu, mintak ambik perhatian sangat benda2 macam ni. Kalo yang dah jadi papa dan mama, jangan bagi chance utk anak tengok benda2 macam ni. khurafat!!..

p/s : korang yang akidah rasa dah kuat tu pom, jangan sesekali percaya..tengok tanpa ada perasaan..haha

Comments

  1. org kafir mmg buat mcm2 nak sesatkan kita. nasib baik adik tak minat tengok cite2 cmni. t cepat2 dia alih. kang dia tanya kenapa tuhan dia boleh mati? pfftt. tapi cite kartun pon ade unsur2 tak baik mcm ni. cuma tinggal bdk tu nak caye dgn tak jela.

    ReplyDelete
  2. cter tu mmg bangang. haha

    season ke bape tah. malaikat rmai2 betray tuhan , join lucifer.

    wat mcm tuhan dgn malaikat tu ibarat majikan ngn pekerja je.

    silap2 leh terpesong kita tgk bnda2 tu.

    ReplyDelete
  3. hehehe tuhan dia la tu, Tuhan kita tu xkn mati.. sbb Dia yg mntadbir alam ni..hnya Dia yg satu..

    ReplyDelete
  4. bnyak cerita yg bleh membatalkan akidah seseorang itu..

    ReplyDelete
  5. sama lah..kadang2 nak tergelak jugak kalau tgOk cerita camni..sungguh mengarut..nie lah kot cara depa nak pesongkan akidah kita..

    ReplyDelete
  6. tok gajim tengop crito ni..huhu..

    wahh berubah wajah blog ubi ni, mujo seney jupo komen tu nati kawe kok meng sokmo deh...

    ReplyDelete
  7. mcm2 diorg buat tuk jtuhkn maruah org islam dn rntuhkan akidah org islam,.waspada dlm segala bntuk hburan yg lagha,.,.

    ReplyDelete
  8. citer tu masa season 1 dulu ok je.. tapi makin lama makin ngarut terus tak nak tgk dah..

    ReplyDelete
  9. byk sgt da citer yg macam tu....sbb tu aq malas nak tgk kalau citer yg ada unsur2 mcm tu...huhu~

    ReplyDelete
  10. salam ubi,,,kita sayur labu..rajin2 la dtg blog kita tau...kitakan sama spesis.

    ReplyDelete
  11. rasenye bukan cite ni je kot..byk lg yg kite xtau..ape pun ibubapa perlu bimbing anak2 klu nk tgk cite yg bukan2 tu...cite kartun pun sama boleh buat budak2 percaya je hurmm

    ReplyDelete
  12. Vampire Diaries me. duktggu season baru dh ni. haha

    ReplyDelete
  13. urmmm...betul tu...bahaya cite2 camni ditonton kanak2 kalo tak ditemani orang yang lebih faham...

    ReplyDelete
  14. bila ada crita mcm tu kat tv memang avoid dr tgk..
    sbb tahu, memang bleh wat orang yg tgk terpesona dgn dunia2 khayalan tu.. hoho

    peace

    ReplyDelete
  15. cite tu memang kisah dia sesat sket ..

    ReplyDelete
  16. betol..
    banyak citer nak menyesatkan orang skang ni..huhhh

    ReplyDelete
  17. dalam filem dan drama pun depa boleh sesatkan orang islam ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-