Skip to main content

jerawat 2

ini adalah rentetan daripada entry sebelom ni pasal member aku yang kena satu penyakit benjol atas kepala. dan kemungkinan yang paling besar adalah kena simptom jerawat.haha.

hari ni dah masuk hari kelima dah. aku tengok dia makin kurus dan cengkung. apa tidaknya.. nasik pom tak lalu nak makan. ari2 dia minum air twister tropicana perisa oren je. muka pom dah naik oren. kesian jugak aku tengok dia tu.

aku makin tak paham dengan jerawat atas dahi dia tu. mungkin bapa jerawat kot. tak surut-surut lagi.memang tekanan giler bagi dia. aku tengok dia, sekali dengan aku jadi tension. jangan naik jerawat macam dia sudah.

hari ni aku ajak dia p kbmall. jalan-jalan tengok awek sekolah. tapi, dengan sedihnya dia menggeleng kepala. sungguh sadis dan pilu. aku rasa aku dah silap ajak dia. mana mungkin dia nak keluar dengan jerawat tahap cipang atas dahikan. silap2 budak sekolah plak yang kutuk dia.

p/s : sambil aku tulis entry ni..air mataku mengalir dan aku dalam keadaan teresak-esak.sekian.

Comments

  1. dan2 je sambil tulis entry air mata mengalir haha..

    ReplyDelete
  2. hahaha prihatin betul.. ehhh, bisul kottt

    ReplyDelete
  3. yo yo ooo je nanges teresak2.hehehe hmm knp eh,ce bwk g doktor.

    ReplyDelete
  4. xdewasa lah xde jerawat ~ lalalla

    ReplyDelete
  5. hehhehehe biar betul sampai camtu kesiankan kawan tuhh.hehe

    ReplyDelete
  6. sungguh kesian kawan tu..yg sadisnya sampai menangis teresak-esak hahaha

    ReplyDelete
  7. @afikah : siyes ni..mengalir air mata..hehe

    @niena : saya mmg seorang prihatin..

    @rara : dia takut nak jumpa doktor

    @cik zety : dia memang perangai budak2 lg..

    @fasihah : mmg kesian sangat kat kawan tu..haha

    @elih : ko pom kena tumpang kesian..haha

    ReplyDelete
  8. aduhai.. kes teruk tu..
    dang ada petua tentang jerawat, jadi myb boleh kongsikan dengan kawan H.J..

    baca ni..petua jerawat.,. :)

    http://didazmanje.blogspot.com/2011/07/air-kelapa-sedap-dan-berkhasiat-tahu.html

    peace

    ReplyDelete
  9. alolo caringnye dia kat kwn dia tu..sampai tulis entri pon nangis kan?huhu

    ReplyDelete
  10. kesian dia brooo..jerawat blh buat org hilang keyakinan diri oooo....;)

    ReplyDelete
  11. huhu, dia pon caring jgk eh :P
    suruh kwn pegi klinik jee .
    habis citer . hihi :D

    ReplyDelete
  12. ayat last tu nampak beno nipunye...
    hahahha

    ReplyDelete
  13. entah2 bisul tak bkan jerawat hoho

    ReplyDelete
  14. kena dapatkan pakar kulit macam tuh..takpun check dulu kalau ia berpunca dari resdung yang teruk.

    ReplyDelete
  15. hop aloh... x surut lagi kow jerawatnyo? jerawat tino kali tow...

    ReplyDelete
  16. cukup tak tisu nak wat lap air mata tu? kalau tak , nak bagi sekotak ni. haha :p

    ReplyDelete
  17. wohh besar sgt ke jerawat tu ehh? huhuu. tea pn ade jerawat ni. berkat baca entry ni. =.="

    ReplyDelete
  18. bunyi mcm serius je jerawat tu.. jerawat spesis apakah itu??

    ReplyDelete
  19. abg eq pun dah naik jerawat! stress dengan reseach PhD ni..hehe

    ReplyDelete
  20. sy pon hampir menangis mengenangkan situasi yg sama kami hadapi...
    menci jerawat!! da la saket muke...

    ReplyDelete
  21. jerawat oh! jerawat..kenapa ko muncul...g la klinik..kalau da melarat kang susah..

    p/s: ayat yang last tu betul ke? haha~

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-