Hasad menghasad

7 comments
Dalam terbelek satu majalah ni, aku tertarik dengan satu artikel pasal hasad dengki. Memang sudah sifat manusia tidak dapat lari daripada sifat hasad ini. Allah telah ciptakan manusia dengan satu fitrah dalam dirinya punyai hasad dengki, cuma terpulang kepada kita bagaimana utk mengontrolnya. Kalo tak dapat nak mengontrolnya dengan baik..antena pom lintang pukang..alamatnya kurang baik la tu..

Qabil dan Habil berbalah pom sbb seth tan durjana menghasut dan menghembuskan hasutan berbaur hasad sampai ke tahap boleh berbunuhan. Orang yang hasad ni tak ke mana akhirnya sbb nanti, amalannya akan burn gitu je... ibarat daun kayu yang kering dibakar oleh api. Siap berasap lagi utk menghalau nyamuk.. Kat sini aku datangkan istilah2 yang bersamaan dengan hasad, tapi mempunyai makna yang lain2..

HASAD DENGKI : berharap dan b'usaha agar sesuatu nikmat yg dianugerahkan oleh Allah Taala kpd seseorg itu terhapus begitu saje dan hlg dari org t'sebut. HUKUMnya adalah HARAM sepakat ulama'.

GHIBTAh : ini adalah perkataan dlm bahasa arab. Kalo dalam bm lebih kurang iri hati la. Maksudnya, seseorg berharap nikmat yg dimiliki oleh org lain dapat juga menjadi miliknya tanpa berharap nikmat org tersebut luput dah lupus darinya. HUKUMnya HARUS jika berkaitan dengan urusan dunia dan SUNAT jika berkaitan dengan ibadah.

MUNAFASAH : munafasah ni lebih kurang bersaing. Bersaing utk mencapai sesuatu sprtimana yg dimiliki olh org lain. HUKUMnya adalah HARUS selagi mana tidak melampaui batas kemampuan seorang manusia.

P/S : sabda Rasulullah S.A.W : "Janganlah saling hasad dan janganlah mencari kesalahan orang lain dan jangalah bermusuhan serta saling mendiamkan, dan jadilah kamu bersaudara " - ( riwayat Muslim )
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. lamo ubi x update weh. haha. duk msia doh ko loni me?

    ReplyDelete
  2. kemah sek madinah..tazkirah

    ReplyDelete
  3. pengisian di petang hari..terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. saya baru tau perkataan ghibtah dengan munafasah...terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. mknanya kte bleh brasa ghibtah trhdp org yg mlakukan ibdh lebih drp kita? mcm tu ke mksudnye pk ustad,,

    ReplyDelete
  6. kita boleh je utk merasa ghibtah tu,,yg mana dia akan mendorong kita utk lebih beribadah dr orang yg kita jeles tu..tu namanya iri hati yg positif,,dlm masa yg sama kita tak mengharapkan dia akn berhenti dari amalan dia..heee

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia