Skip to main content

dalam hujan

Malam ni memang malam yang sadis la. Cuba korang bayangkan, di tengah malam syahdu dalam kol 9. Time tu hujan renyai-renyai selepas hujan yang tak renyai-renyai turun, member ko buat muka seposen ajak teman dia cari char kuew teow kat pasar malam. Turun umah pom kilat masih lagi berkelip2..

Aku nga member aku apa lagi, memang dah bertekad da. Kalo basah , basah la.. Lantak pi la. Yang penting char kuew teow. Aku jadi penumpang motosikal. Member aku jadi driver. Ni memang kerja gile ni. Hujan pon masih nak meredah. Memang sah2  nak sampai pasar malam yang jauhnya  4 5 batu baju yang lepas iron pom basah kan. Tu baru yang kena hujan, tak kira yang kena simbah dengan kereta tepi jalan lg.

Baju dah basah kuyup, dah la pakai kain pelikat...sampai2 je..memang hampes la.. pasar malam dah tutup. Semua dah kosong. Peniaga pom balik awal sebab hujan yang tak renyai tadi. Ambik ko jijiyue.. nak makan char kuew teow sangat.

Tapi tak pe..dia belanja aku makan roti canai sardin nga telor. Haha..dia makan yang kosong je 2 bijik.. takpe ji..bila lagi nak buat keje giler ni..risiko adalah permainan eh?muhaha..

Comments

  1. adehh askar pn oram bukan beruang huhu

    ReplyDelete
  2. ai pon rindu pasar malam =__=

    ReplyDelete
  3. risiko adalah permainan tue terbaiak.haha

    ReplyDelete
  4. ne tetiba lapaq char kueewtiow neh malam2...huawwaw

    ReplyDelete
  5. ayoook abes ieka lapa dah ni ayokk..

    ReplyDelete
  6. ish3.....sampai macam tu sekali korang....

    ReplyDelete
  7. minta jangan tiru keje tak de hasil ni.haha

    ReplyDelete
  8. semangat bukan men semata2 nk mkn char kuew tiow,hujan gerimis sanggup diredahi muahaha

    ReplyDelete
  9. hambik padan muka korang dua... hahaha..

    eh mkn megi panas2 time hujan pown heaven... :D

    ReplyDelete
  10. yup..mkn meggi kari..mmg kaw la..hak3

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-