Apa Itu TAKUT

2 comments
Salam semua. Alhamdulillah. Dapat lagi kita menghirup udara segar sambil2 mengadap laptop dan survey internet kan? Kalo tak survey internet, sah2 dah tak masuk site ni kan? Aku pom dah lama tak update... jarang-jarang update untuk isi masa boring... bukan tak de keje..tapi malas a.k.a M.A.L.A.S.

So, kali ni aku just nak share sedikit tentang bab takut kepada Allah Taala. Macam perkongsian ilmiah la. Aku sampaikan secara santai je apa yg aku dapat dengan masuk kelas kat sini. Mana yang baik, aku share. Huk2. And up to korang la sama ada nak baca atau tak. Aku tulis ni sekadar nak hangatkan balik apa yang aku baca.

So... terus kepada topik kita. Syeikh aku kata yang bab takut kepada Allah ni ada 4 pembahagian atau pun 4 bahagaian semuanya. Aku senaraikan yang 4 itu dahulu :

1. Takut Wajib
2. Takut Syirik
3. Takut Haram
4. Takut Harus (Jaiz)

Selama kita hidup ni, kita perasan sangat yang perasaan takut sentiasa je ada mengikuti kita. Takut kena saman sbb tak de lesen, takut bapak marah sebab hisap rokok, takut mati sebab merempit, dan takut-takut yang korang rasa sendiri.. Aku nak senaraikan contoh takut ni pom banyak sangat.

So, semua takut yang korang alami tu, tak lari daripada 4 takut yang aku senaraikan kat atas tu. Insya Allah, pasni korang akan dapat mengenal pasti, kategori mana kah yang korang ada perasaan takut tu.Dan haruslah ingat untuk kita menjauhi takut yang no 2, dan no 3 itu..(takut syirik dan takut haram).

Pertama, takut wahib. Takut ni tak dapat tidak kena ada  juga dalam diri kita yang beriman dengan Allah dan NAbi Muhammad S.A.W. Takut wajib, iaitu takut kepada Allah Taala yang mana makna secara jelasnya adalah dengan takutnya kita kepada Allah Taala membawa kita mentaati semua suruhannya dan meninggalkan segala larangaNya. Takut jenis inilah takut yang dinamakan dengan wajib. Wajib ada dalam diri kita. Kita secara jelas dapat tahu yang orang-orang membuat maksiat kepada Allah, adalah orang yang kurang rasa takutnya kepada Allah. Sudah hilang takut mereka terhadap Allah disebabkan tebalnya maksiat diorang kepada Allah. Memang tak dinafikan tak ada manusia sekarang yang bebas daripada dosa.( Dulu pun tak de jugak kan selain daripada Nabi S.A.W). So, sebaik2 orang yang buat dosa adalah orang yang cepat taubatnya. Kita tak nak dengan banyak dosa kita kepada Allah menyebabkan sukar untuk kita mendapat hidayah daripadaNya.

Kedua, takut Syirik. Takut ini adalah takut yang ada pada orang musyrik yang mana takutnya adalah takut kepada benda-benda sembahannya. Takut ini menafikan takut mutlak kepada Allah. Menggantikan takut kepada Allah dengan takut kepada bahan sembahannya. Jauhilah takut jenis ini kerana ia dengan jelas boleh membawa kepada seseorang itu keluar dari Islam. Contoh : Syiah Rafidhah takut kepada imam2 dakwaan mereka. Diorang mengagungkan imam-imam ini pada peringkat teratas sekali.

Ketiga, takut Haram. Mesti ada yang keliru dengan takut jenis kedua ini. Takut jenis kedua ini adalah yang haram juga, sama je dengan takut jenis yang ketiga. Bezanya kat sini, takut ketiga ni tak sampai kepada tahap yang menyebabkan seseorang itu keluar dari Islam. Walaupun begitu, berhati-hatilah dengan takut jenis ini walaupun dia nampak ringan berbanding jenis kedua tadi.

Makna yang boleh diterangkan kat sini adalah; takut jenis adalah dengan takutnya kita kepada sesuatu makhluk itu menyebabkan kita meninggalkan sesuatu yang disuruh oleh Allah Taala dan melakukan apa yang dilarangNya. Inilah takut yang diharamkan. Aku datangkan satu contoh. Seorang pekerja yang takut kepada majikannya meninggalkan solat 5 waktu kerana takut bosnya akan marah. Sudah jelas, takutnya pekerja tadi kepada bosnya membawa dia meninggalkan apa yang disyariatkan oleh Allah. Mungkin dengan contoh ini korang dah jelas apa maksud takut yang ketiga ni.

Keempat, takut harus ataupun takut mubah. Dipanggil juga takut ini adalah takut tobi'e. Takut yang sememangnya ada selari dengan penciptaan manusia. Semacam fitrah. Sudah ada bersama semasa Allah jadikan manusia itu. Takut yang ada sejak kecil lagi. Contohnya, semasa  kecil korang semua takutkan mak  bapak korang akan marah kalo tak tinggalkan solat. Ini adalah jenis takut tobi'e. Seorang anak takutkan kedua ibu bapanya. Semaca kecil jugak, korang selalu je takut bila melalui tempat gelap sorang-sorang. Time tu korang terpengaruh dengan cite-cite misitk daripada datuk korang. Tapi, bila besar, takut tu secara beransur-ansur akan lenyap. Tapi, tak lah hilang 100 peratus. Itu lah takut yang tobi'e.

Cukuplah 4 pembahagian takut. Harap-harap korang sudah dapat mengkelaskan perasaan takut yang ada dalam diri korang tu. Sudah lumrah yang takut korang bukan satu je. Huk2..so, korang pandai2 lah elakkan takut yang Syirik dan takut yang haram.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia