Tazkirah Jumaat

Leave a Comment
Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari Jumaat dah kan...betapa cepatnya 7 hari dalam seminggu berlalu. Kalo sesiapa yang berasakan hari - hari yang dilaluinya terasa sangat cepat, itu tandanya dia bukan duduk goyang kaki sambil makan aiskrim. Itu tandanya dia sibuk dengan pelbagai urusan. Cuma di sininya, ingin saya peringatkan buat diri ini yang utamanya dan juga rakan-rakan siber secara keseluruhannya, sama - sama kita nilai, adakah urusan yang kita sibukkan setiap hari itu adalah amalan yang memberi manfaat untuk kehidupan yang kekal abadi kelak?

Bukan maksud saya ingin menyuruh semua orang meninggalkan semua urusan-urusan yang berkaitan duniawi; yang  penuh dengan tipu daya dan liku - liku maksiat. Ingin ditekankan adalah fokus kita terhadap urusan yang dapat membantu kita di hadapan Allah s.w.t kelak. Adakah kita terlalu fokus kepada dunia sehingga menjadikan urusan akhirat itu terabai dan lalai dalam menunaikan. Di sinilah pentingnya muhasabah diri. Sama -  sama kita hisabkan diri kita. Renung sejenak...

Dunia ibarat tanah rizab yang diberi oleh Allah untuk kita menanam segala tanaman. Tak kira sama ada tanaman itu cepat masak - yang hanya memakan masa sebulan dua untuk mendapatkan hasilnya, ataupun tanaman yang perlu mengambil masa yang amat lama dan begitu lama untuk kita menikmati hasilnya. Rugilah bagi sesiapa yang mendapat tanah tanpa had bayaran ini, tetapi tidak mahu mengusahakannya!! Alangkah ruginya...

Tahukah anda, tanah itu ibarat kehidupan kita di dunia ini, diberinya Allah kepada kita suatu umur dalam jangka masa yang tertentu untuk kita beramal dan mendapatkan keredaannya. Tahukah kita, Allah cipta kita hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya. Ada pun hasil yang kita nikmati di dunia ini adalah seperti tanaman yang kita dapat menuainya dalam masa yang singkat. Sewaktu di dunia lagi kita telah dapat manfaatnya. Itulah hasil di dunia yang kita kecapi. Barangsiapa yang pandai menjaga tanamannya itu, tak mustahil, hasilnya amat memuaskan, manis dan ranum.

Di samping dia menjaga tanaman untuk mendapat hasil yang cepat, dia tidak leka dalam menyiram, dan membajai tanaman untuk hasil yang akan datang, yang belum pasti bila dia akan dapat menuainya. Tapi, yang pastinya, hari untuk menikmatinya akan tiba. Dia tidak berputus asa, dijaga kedua-duanya dengan begitu teliti. Begitulah ibarat orang yang menjadikan dunia ini untuk manfaat di dunia mahu pun di akhirat. Ini lah orang yang bijak. Orang yang genius!!

Tapi, ramai yang terpedaya dengan kesuburan tanah ini. Semuanya ingin menikmati hasil yang cepat, tiada kesabaran dalam menunggu hasil yang jangka masanya lebih panjang. Mereka tidak tahu, buah yang hasilnya lama untuk dinikmati, begitu besar kenikmatannya dan tiada tandingannya sekalipun dengan beribu-ribu hasil daripada tanaman yang sementara ini.

Jadilah kita orang yang mengejar kejayaan di dunia dan akhirat dengan membawa amalan yang dikerjakan di atas dunia ini. Fokuslah kepada kejayaan di akhirat nanti kerana kejayaan di dunia hanyalah fana dan tidak akan kekal. Hasil kejayaan di akhirat sudah tentunya lebih manis dan amat manis daripada kejayaan di dunia ini... 

"Barangsiapa yang ingin berjaya di dunia, hendaklah dengan dunia, barangsiapa yang ingin berjaya di akhirat, hendaklah dengan dunia, barangsiapa yang ingin berjaya kedua-duanya, hendaklah denga dunia..."

Selamat hari Jumaat.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 komen:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia