Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Tsunami di Jepun

Mesti ada di antara korang yang jadi blogger atau pun pengguna internet skang ni tengah bengang dengan line tenet macam siput keletihan kan? Tapi, rata-rata dah tahu yang ini disebabkan oleh Tsunami yang melanda Jepun Jumaat lalu. So, korang tak yah nak merungut sangat la kalo setakat internet je yang semput. Hehe. Korang kena fikir la tentang rakyat Jepun nun di sana, bukan takat tenet je lambat... landasan kereta api diorang pom habis tunggang langgang.. Korang kat Mesia tu...bersabar la sikit. Kalo setakat nak guna internet untuk tengok komen FB tu. Apela sangat jika dibandingkan dengan merungut atau menyumpah seranah kat wall FB. "Damn..line macam sial.." apa sangat korang luah macam tu kat FB. Silap2 boleh dosa ada la... Kena pulak time tu fren FB dia dok tengah bengang pasal loading FB lambat. Tercabar oleh kata-kata seranah itu, dia pom post satu kata-kata yang agak melampau untuk menandinginya. Mana akhlak kita sebagai orang Islam? Kalo setakat FB dah sumpah seran

Tahniah Man U.. Hehe

Kelas hari ni 2 hisoh je..lepas tu rehat dalam sejam lebih.. Hehe..sempat-sempat je aku nak posting. Bukan apa..nk tido utk tggu hisoh selepas ni..takut tak terbangun plak.. Kat sini, first sekali aku nak ucap tahniah kepada fans Man U kerana team diorang berjaya ke pusingan seterusnya dalam piala FA. Yang mana tahu aku sokong Arsenal tu, memang sah la...jumpa aku hari ni lebar je senyuman dia. Bila aku buat tak tahu... siap berdehem lagi tu. Memang nakal giler diorang ni... Aku habis limit cuba senyum je... buat - buat macam tumpang gembira dengan kemenangan diorang. Aku tak tahu nak cakap da... dah lama dah Arsenal tak julang piala ni. Tambah-tambah terlepas pulak satu lagi piala tahun ni. Memang nasib la..tak de rezeki la tu... Tapi, tak pe...aku tunggu match Man U dengan Arsenal yang akan datang ni.. aku harap sangat yang Arsenal dapat membantai Man U kali ni. Bukan apa... rasa nak buat muka senyum sinis jugak kat diorang kan? Mana boleh diorang je yang boleh senyum...Hehe..

Tazkirah Jumaat

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari Jumaat dah kan...betapa cepatnya 7 hari dalam seminggu berlalu. Kalo sesiapa yang berasakan hari - hari yang dilaluinya terasa sangat cepat, itu tandanya dia bukan duduk goyang kaki sambil makan aiskrim. Itu tandanya dia sibuk dengan pelbagai urusan. Cuma di sininya, ingin saya peringatkan buat diri ini yang utamanya dan juga rakan-rakan siber secara keseluruhannya, sama - sama kita nilai, adakah urusan yang kita sibukkan setiap hari itu adalah amalan yang memberi manfaat untuk kehidupan yang kekal abadi kelak? Bukan maksud saya ingin menyuruh semua orang meninggalkan semua urusan-urusan yang berkaitan duniawi; yang  penuh dengan tipu daya dan liku - liku maksiat. Ingin ditekankan adalah fokus kita terhadap urusan yang dapat membantu kita di hadapan Allah s.w.t kelak. Adakah kita terlalu fokus kepada dunia sehingga menjadikan urusan akhirat itu terabai dan lalai dalam menunaikan. Di sinilah pentingnya muhasabah diri. Sama -  sama kita hisabkan

Kisah Sup Telur

Dalam tetibe aku menjenguk blog member aku kat Nesloo tadi, aku tengok dia update pasal laki pandai masak. Aku dah tahu yang dia ni memang terer memasak. Macam bapak dia kot. Cuma kat dalam entry tu dia tak bagitahu sangat yang dia pandai masak. Biasala..awek mesti ramai tertarik kalo dia cakap yang dia memasak tu mmg kaw-kaw. Kalah chef Korea yang pakai kopiah putih ala-ala cite Gourmet tu. Kalo tak tahu citer Gourmet, korang senyum je la.. Tak tahu teman nak terangkannya. Dalam banyak-banyak masakan kat oversea dulu la. Aku rasa-rasa, aku dah boleh agak dah apa jenis makanan yang member aku ni tak suka makan. Kalo chef, biasanya semua jenis makanan dia makan kan? Tapi, aku tengok dia ni pelik sikit je. Anti gile dengan makanan ni. Aku dengar dia anti dengan makanan ni pun daripada roomate-roomate aku time kat oversea dulu. Cuba tanya dia sendiri, dia buat muka masam je. Kahkah... Sup telur. Korang pernah dengar tak masakan sup telur. Kalo tak pernah, korang try la. Kat kedai mama

Arsenal Kalah Lagi dengan Barca

Apa macam semalam geng Barca? Mesti tersenyum je kan? Keke.. tahniah untuk korang kerana Barca mara ke peringkat suku akhir setelah menewaskan Arsenal semalam dengan agregat 4-3. Yang menang mesti suka, yang kalah sudah semestinya sedih. Kepada fan Arsenal yang fanatik sangat tu, jangan terlampau sedih. Sakit badan nanti kan. Biasala...team underdog.. kalo menang tu, terlampau ok la pulak... Bukak je belog aku pagi ni, tengok-tengok kat shoutbox ada sorang member aku yang nama AweDonde shout takziah kerana Arsenal kalah. Mesti tersenyum geng diorang bila tahu team Arsenal yang aku sokong sebelum ni kalah sakan dengan Barca. Nak balas akibat yang game first kot sebab pada game first Arsenal nga Barca kat Emirates. Diorang asyik kena takziah je sebab tewas dengan Arsenal 2-1. Tapi, satu kebanggaan buat Arsenal kerana mampu menang dengan Barcelona. Itu pasal, aku hanya tengok live streaming je kat internet. Tapi, yang kelakarnya, live streaming aku tu boleh je delay 20 minit. Tu pun a

Kesempatan

Rasanya agak lama dah blog aku tidak di update. Hak3. Maklumla..org sibuk dengan pelajaran. Masa untuk blog ni tak difokus sangat. Lain la macam member aku yang minat sangat nesloo tu..dia tu memang dinafikan yang beliau sudah tak fokus sangat dengan belajar, skang ni dok tengah mengajar orang adala... Tapi, kita kena ingat yang hidup ini tidak boleh lari dari belajar. Sampai mati kita akan belajar dan belajar. Jangan sesekali kita merasakan yang ilmu kita sudah cukup dan tak perlu ditambah lagi. Tak kisah la ilmu apa sekalipun. Yang penting belajar dan terus belajar. Dan ingatlah untuk kita sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar ilmu yang kita belajar itu adalah ilmu yang dapat memberi manfaat.. Tak macam tu ke? Itu macam nasihat la sikit. Aku setakat nak nasihat orang sikit - sikit tu boleh la.. Nak nasihat banyak-banyak takut korang pula yang tak leh terima yang aku ni sangat bagus. Kah3.. Hee..di kesempatan ini, aku nak mintak maaf banyak - banyak kat sesape yang telah follo