:: Study Week

4 comments
Assalamualaikum…
Pendahuluan memang aku failed la. Serius, memang aku tak tahu nak bukak macam mana. Nampaknya aku memang kena belajar secara khusus dalam bab permbuka kata. Mukadimah sesuatu perbicaraan. Tapi, dalam exam SPM ari tu aku ok je buat pembukaan untuk tajuk esei. Punyalah aku karang pendahuluan tu memang panjang berjela-jela. Serius. Aku pom tak tahu ape benda aku tulis. Yang aku tahu, selepas siap karangan tu, memang aku tak semak langsung. Aku tahu, kalo aku semak memang sah yang aku akan menyalahkan apa yang sudah betul. Boleh faham ke ayat aku kat situ??haha… kalo tak faham, baca sampai faham…

Ni, nampaknya sekali aku failed dalam pendahuluan. Tapi, sekadar ucapan Assalamualikum tu memang ok la tu. Sehabis ok yang aku rasa sebab perkataan salam ni sememangnya diiktiraf oleh Islam sebagai satu lafaz yang mulia. Para sahabat Nabi S.A.W amat mementingkan lafaz salam ini. Sehingga sudah menjadi adab mereka untuk berlumba –lumba siapa yang dapat memberi salam dahulu di kalangan mereka. Jadi, kita semua kena ingat yang salam ini juga penghubung silaturrahin selain mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Fasal bab salam ni memang panjang jika aku nak ulas. Mungkin dalam entry yang lain kot jika aku nak ulas fasal salam ni. Enty ni aku tak nak formal sangat. Ehehe…
Aku skang ni dalam fasa study week. Memang aku suka la dengar study week sebab selama seminggu takde kelas. Choppp… korang jangan ingat yang aku tak suka pergi kelas. Aku gembira fasal cuti je. Yang kelas pom aku suka jugak. Suka dua – dua sekali. Versi 2 in 1. enak gitu.

Study week ni, aku rasa macam aku ni senget sikit. Fasal aku banyak main main daripada study…memang la yang pihak universiti ni bagi satu minggu utk aku study. Tapi, aku buat derk je. Ibarat lembu pak kordi yang kekenyangan.

Kalo korang ada tips untuk aku rajin skit…ok jugak tu..ehe..
Study week ni aku isi nga joging sekitar sempadan madinah ni je…haha..

masjid qiblatain di malam hari





dari arah depan masjid qiblatain

baru ada peluang nak capture gmbar masjid qiblatain,,,
suasana pinggir bandar madinah di malam hari   

sahabat aku yg bercita2 tinggi...
bangunan kuliah yg kesepian,,,

stesen minyak kat saudi...
yang ni mmg poyo...haha


Aku sebenarnya ada lagi gmbar study week aku nak upload. tapi, line macam siput sendut tersedu sedu, hilang mood aku nak 
upload gambar. maklum la,,,yang aku tak leh nak bazirkan masa
dengan begitu saja. membazir beb...sepatah benda tak hafal 
lagi ni. Kalo failed memang mak aku marah la ni...ahaha
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia