minta doa kalian semua

21 comments
Assalamualaikum. tengok tajuk macam ada kes emergency je kan..? tapi, rasa-rasa macam emergency jugak la.. bukan apa..esok final exam untuk sem ni. start esok dan berakhir pada hari Ahad ni. minta maaf jugak kepada sesape yang tinggal komen kerana tidak dapat menjejaki belog - belog kalian. *ayat bajet + poyo

so.. sambil - sambil korang yang dok baca entry ni.. doalah sekali untuk aku agar dapat jawab exam dengan terbaik ye. terlintas dalam hati pom tak pa...haha.. mana tau kot kot ada makbul doa dari kalian. islam juga galakkan umat dia supaya sama tolong menolong.

tapi tak guna jugak kalo korang dok doa tapi aku dengan selamba je tak membaca ye...? so, skang ni aku dok tengah baca ni..struggle gila2 sampai ada kalimah typo dalam ni pom aku tak tahu...yang entry sebelom ni bertajuk wordless tu, mati2 aku ingat yang ari tu adalah hari rabu.. tu la.dok dalam zon selesa sangat.. last2 minit baru nak baca..

untuk entry wordless tu..ada je gambar aku..kalo perasan aku pakai baju tshirt biru gelap and biru cerah.. baju orientasi time kat UIA tu.. kenangan time aku dok sana untuk 3 minggu je... akhir kalam selamat hari Sabtu untuk warga blogger semua. ada jodoh kita jumpa kat ruangan komen kamu semua..hahaha
Read More

wordless

32 comments

**ps : cuba cari mana satu aku..haha
Read More

exam Quran

30 comments
Alhamdulillah..hari isnin, dengan baiknya aku dapat melalui exam Quran. exam Quran tak de yang bertulis kat sini. Semuanya oral. disebabkan oral la aku rasa cuak sikit time nak masuk dan bersemuka dengan panel penanya soalan. sukatan hafalan adalah surah Ali Imran. Banyak ke...?

Tapi, apa - apa pom alhamdulillah. dah lepas kan..? tak de la sampai tak masuk exam di sebabkan tido. Seawal 7.40 pg lagi member aku mesej suh p kelas untuk exam. Setahu aku, exam pukol 8. Jadi..cepat - cepat sarung jubah terus p kelas.

macam yang aku jangkakan..sampai awal pom bukan terus start exam. last - last, aku antara orang yang terlast amek exam. hampir pukul 11 baru aku start kena soal. ni pasal malas beratur la.sape nak awal, beratur untuk tunggu giliran. yang bujang macam aku ni..bab beratur dan tunggu menunggu ni memang leceh la. lebih baik dok borak - borak sambil tunggu orang sikit kan..?

melangkah masuk dalam kelas utk exam tu.. seram sejuk je rasa..kot - kot tak leh jawab..kot - kot tersangkut ke.. tak dapat skor markah full 100 kan..? haha.. target seratus tu..hampeh. tapi, macam dijangka.. seram sejuk ni confirm la ada sangkut kan..? nasib baik satu je yang sangkut.. harap - harap panel kasi jugak markah seratus..

**ayat takleh blah kan kat atas tu...?aha
Read More

entry jumaat

30 comments
paham tak jadual ni..?haha


salam jumaat semua. minta maaf banyak banyak sebab sekarang ni macam dah kurang dah aktiviti blogwalking. banyak blog blog yang selalu singgah dulu tak sempat nak singgah. tak sempat nak baca entry baru daripada rakan rakan bloger.

tambah-tambah sekarang ni penghujung sem. kalo blogger yang masih study tu tau la time2 macam ni. mesti sibuk study untuk final exam kan...? aku pom sama la. 31/12 ni start exam untuk final. semalam lagi dah start study week. study week pom..bukannya nak belajar pom. main bola, main bola..tu je..haha

exam minggu depan tak lama. dalam seminggu lebih je. start hari sabtu. ahad depan tu baru habis. depend kepada subjek yang diambik. kalo yang aku tu, sem ni amek 7 subjek. semuanya bertulis, kecuali subjek Al-Quran. Ujian lisan utk Quran hari senin ni..nak detail jadual aku, tengokla gambar kat atas ni. bajet plak siap letak jadual kan..?haha

insyaAllah..habis exam ni aku keluar dari saudi. jalan jalan cari pengalaman kat tempat lain. plannya nak p Jordan. melawat member2 kat sana. kot2 tersangkut dengan student medic kat sana pom, mana tau kan..?jodoh tak kenal tempat..ye dak? kalo ada rezeki lebih..blh ke Turki lepas tu. maklum la..cuti 2 minggu lepas exam..hehe..

**ada sesape nak oley-oley ke??haha
Read More

kak LM nak pandangan

25 comments
salam jumaat. kak LM ada mintak pandangan tentang memakai niqab jika keluar berjalan-jalan dengan suami. aku sebenarnya tak tahu sama ada pandangan aku ni boleh diterima atau atau tak.haha..kalo tak boleh akak bgtau la.

kak LM, bagi saya...baiknya dan amat baik jika kak LM memakai niqab jika keluar berjalan - jalan dengan suami. Ini kerana untuk mengelakkan daripada mata - mata liar mat arab qatar memandang wajah akak. memang memakai niqab bukannya wajib, tetapi ada kebaikan besar pada si pemakainya. tersirat mahupun tersurat.  tambah - tambah plak kalau wajah akak ni ala - ala pan asia.hoho

kebiasaannya arab-arab ni gersang sikit. pengalaman saya jumpa dengan mat arab buat setakat ni. kat qatar pom macam tu ke kak..? jadi, biasanya diorang suka memandang kaum wanita yang bukan dari kalangan arab. ye lah.. dah jemu dengan muka arab. macam tuan belog la..nk usha gadis2 arab je.haha.. kan takut terlebih pandang, lain pula jadinya..tapi, kalo dengan berniqab..sekurang-kurangnya kurang sikit pandangan diorang.

mengenai pendapat saya tentang berniqab di dalam rumah dengan kehadiran tetamu, sedangkan ada suami di samping kak LM. bagi saya, kirannya tetamu itu sudah rapat, sudah biasa dengan kita, terpulang kepada akak  nak berniqab atau tak. tetapi sekiranya akak sudah terbiasa dengan niqab, maka pakailah..silap2 boleh jadi ikutan tetamu akak jika dia perempuan.

jikalau tetamu itu adalah sahabat suami akak yang first time datang bertamu ke rumah, dan masih lagi bujang..ada baiknya akak berniqab. darah mudah biasanya bergelora..mata pom boleh tahan ketajaman panahannya. (pengalaman member2) haha..baiknya juga jika akak menanyakan pendapat suami akak. kalo tetamu yang belom rapat sangat..pakai niqab..mungkin kalo tetamu yang dah lama kenal dan mesra, nak bukak niqab pom..terpulangla..

macam mana pandangan saya kak LM? saya tak pandai sangat tentang pandang - pandang ni..usha - usha boleh la..
Read More

wordless

29 comments

**credit gambar utk saudara _________(tak ingat nama)
Read More

yang perlu ada untuk exam - tawakkal

24 comments
mungkin ada antara korang yang tengah baca entry ni duduk tersengih, sedangkan aku dalam keadaan tengah dok menjawab soalan test untuk midsem..minggu ni sahaja ada 3 test untuk midsem. termasuk sekali dengan test yang aku rasa tak dapat full mark sebelom ni..walaupun tak dapat full mark..kita jangan cepat fedup..kita je rasa tak dapat full mark..mana tau ada percaturan Allah di sebaliknya.(ayat nak sedapkan hati)

selasa. test untuk feqh. kitab zakat. merangkumi bab - bab penting zakat dalam kitab bidayatul mujtahid wan nihayatul muktasid karangan ibnu rushd. bermula dari bab siapa yang wajib dikenakan zakat, harta apa yang dikenakan zakat dan sedikit daripada nasab ataupun jumlah yang perlu dikenakan zakat. pukul 8.25 am waktu tempatan aku exam..haha

itu adalah separuh daripada kitab zakat. nampak sikit ke banyak? aku yang baru lepas membaca ni rasa banyak yang terlampau2..ada dalam 35 masalah yang kena ingat untuk exam esok. setiap masalah kena ingat pegangan imam mazhab untuk mazhab diorang. teruk sangat sem ni..MALAS.. tak tahu la final exam ni macam mana. kitab zakat, puasa dan haji. tu baru untuk subjek feqh.. haha

tapi..yang penting..usaha perlu ada. bukan setakat usaha.. kita kena berserah sepenuhnya kepada Allah Taala. selalu je dengar di corong - corong radio yang tawakkal tu last sekali. iaitu selepas usaha dan doa. sebenarnya, tawakkal tu mesti selalu je dengan kita. tawakkal di awal hingga akhir. takkan kita tak tawakkal kepada Allah agar apa yang kita baca tu betul - betul kita paham dan ingat?

**rabu ni exam hadis plak..tapi hidup kena relax je kan??haha
Read More

member punya masalah

25 comments
hari monday. selamat bekerja dan selamat kembali belajar buat orang belah2 selatan. aku kat sini tak dikategorikan belah2 mana..tapi yang penting aku orang oversea..haha..ada kelainan sikit di situ..kalo korang jadi blurr bila hari monday..aku ni hari saturday lagi dah jadi blurr..sebab tu selalu je kelas hari sabtu jadi miss..

semalaman aku terpikir masalah member aku ni..bukan pikir sangat..membayangkan jika masalah member  ni terkena pada aku.. member aku ni ada kenal dengan sorang perempuan negeri bawah bayu.. ala - ala borneo gitu.. kalo nak sampai negeri ni kena naik flight air asia tu. seposen je kan tiket skang ni? baru lah sampai.. negara tu sama..tapi jauh sikit..

dipendekkan cerita. tanpa diduga..perempuan ni telah jatuh hati kepada dia. dia pom kaget. dia tahu yang perempuan ni cun, pemakaian okey plus dengan tudung labuh lagi. umur pom ngam - ngam je dengan dia. hari - hari si perempuan ni asyik BBM dia, cakap yang dia sayang kat member aku ni.. kalo aku..perempuan cun hantar BBM macam ni hari2..blh jatuh demam jugak..

so..aku suggest je kat dia supaya accept je perempuan tu..tapi, dia tersengih2 plak..dia cakap jauh..susah jugak tu..ada benar jugak..tapi, dia ni baik hati..nak tolak tak sampai hati..jadi, sekarang ni dia asyik tersengih je..tak tahu nak buat apa..kalau lah aku tu adalah member aku..haha

**aku nak suh dia tolak kat aku..segan plak..haha
Read More

oh,usul feqh

14 comments
hari ahad. baru je panas - panas lepas test usul feqh. serius..rasa bodoh je dok dalam kelas tadi.. satu soalan pom tak leh nak jawab..so, dah tau kan apa pasal tak leh jawab..tak baca la tu..

aku sebenarnya dah was - was dan syak wasangka sama ada hari ni betul2 ada test atau tak. awal  minggu lepas syeikh aku bgtau yang hari ni memang exam..tapi hari last minggu lepas dia tak datang pula, sedangkan dia bagitau nak bincang dan ulasan tentang soalan hari ni..

aku pom saja buat konklusi sendiri yang hari ni mungkin tak de test..konklusi pom.. buku bukak juga.. yakin 50 percent je yang esok tak de exam.baca pom tak sampai 10 muka surat..terus tido..yang tu memang terbaik..nyenyak tido musim sejuk ni..

masuk kelas hari ni..selamba je syeikh datang, minta student keluarkan kertas dan jawab soalan kat whiteboard. hah..ambik kau..3 soalan je 26 markah..kalo korang kat sini ada amek usul feqh., tolong jawab untuk aku yer :

1.mazhab firqah tersebut dalam berpegang dengan sunnah : a) as-sumuniah b) as-suuqistooiah c) al-mu'tazilah

satu soalaan je aku letak..haha
Read More

pilih tarikh pilih hari

28 comments
fajar pagi jumaat


hari jumaat..kejap je kan..?kejap atau lama tak jadi masalah..masa mana ada nasa free untuk dia berhenti daripada berlalu..yang penting..hari jumaat ni kita lalui je macam hari biasa, cuma ditambah dengan perbanyakkan lagi amalan amalan sunat..intro terbaik aku setakat ni..haha

kalo belah2 pantai timur ni..hari jumaat adalah hari yang terbaik untuk berjumpa sanak saudara..biasanya akan ada la jamuan makan-makan. lepas jumaat blh la melahap dengan sopan kan..?baik tak aktiviti macam ni..?kat pantai timur juga..hari jumaat la selalu orang kerap buat kenduri..ikutla kenduri apa pun..sambut menantu ke..cukur baby ke..

tapi..nak buat kenduri ataupun majlis keramaian ni tak perlu tarikh yang tertentu. cukup hanya dengan melihat hari yang sesuai dan hari yang senang untuk tetamu memenuhi undangan. macam kat belah pantai timur tu. hari jumaat memang sesuai la. jangan pulak nanti ada dalam kalangan kita yang nak buat kenduri nanti pergi meminta khidmat bomoh. katanya nak minta tarikh keramat dengan tok bomoh. contohnya : tak nak bagi hari majlis tu ada gangguan seperti hujan dan sebagainya

tengok masyarakat kita. tak habis habis lagi kan dengan perkara karut marut tu. sesungguhnya perkara tu boleh membawa kepada syirik. syirik adalah dosa besar yang paling top sekali. mana mungkin tok bomoh mahupun pawang mengetahui hari-hari yang sekian tidak hujan. adakah dia yang mengawal hujan untuk turun menyimbahi bumi..?

itu adalah contoh untuk kenduri.sama juga untuk kerja lain. minta tarikh dengan bomoh untuk kawen la. untuk rasmi syarikat la..sama - sama kita beringat dan memperingatkan kepada orang-orang terdekat..hehe

**mana ada hari - hari Allah yang buruk harinya..
Read More

oh malam minggu

17 comments


nampak gambar kat atas tu..dalam gambar tu ada perkataan CHILIS kan..? kalo orang yang kaki makan mesti tahu la apa benda chilis tu. satu nama kedai makan yang ala ala western gitu. tak pom ala-ala yang fast food.

nak jadikan cerita..haha..siap ada cerita lagi kan...?aku rasa ni kedai makan yang last la aku makan kat sini..kedai.pergh..makanan mahal amat..burger biasa aku order pom ada dalam dekat SAR 40. tapi..makan kenyang jugak..tak tahu la kat mana mahal tu..overall semalam habis dekat SAR 800.kejap je. satu malam dah habis 800.

cerita sebenarnya..nak masuk kedai ni tak sengaja pom..planing asal adalah nak masuk shopingmall..dalam tu ada foodcourt and harga dia pom biasa biasa je..tapi..pergi semalam..dia tak bagi masuk untuk golongan muda mudi yang belum berkahwin..katanya pak guard,.malam tu adalah malam untuk keluarga bershoping.cehh..memberontak perut..

tapi..kalo satu sorang bawak pasangan yang berjubah hitam dan berniqob tu..konferm2 la dia bagi masuk..asal ada pasangan yang berlainan jantina je..tapi..tu la..kat sini tak nampak plak macam ada orang kapel..rasanya mungkin semua yang masuk tu adalah orang-orang yang berkahwin..

**orang nak kawen tak leh makan kat luar acap kali..save budget katakan
Read More

spontan khamis

16 comments

six pack saya tak kuar lagi la...
Read More

bila musim dingin

28 comments


musim sejuk datang lagi seperti kebiasaannya. bagi yang dok kat benua arab ni..sememangnya musim sejuk ni ditunggu kerana pedih mengharungi musim panas. pedih tu orang yang pernah merasainya sahaja dapat tahu tahap kepedihannya.

musim sejuk tahun ni rasa macam lain plak dengan musim sejuk tahun lepas. aku rasa macam tahun ni lebih sejuk je..sampai tak mandi untuk seminggu tu perkara biasa je. cuma kadang kala..sejuk yang melampau ini tak selesa jugak.manusia.selalu je merasa tak cukup.musim panas datang nak musim sejuk.musim sejuk mari nak suam2 plak..tapi..ingat..jangan sesekali kita menghina cuaca., tak kira sejuk mahupun panas kerana Allah lah pentadbirnya.

kalo kak LM kita tu..masuk musim, terus je dia demam..harap harap cepat sembuh ye kak.perubahan suhu yang mendadak kot.kata ulama, musim sejuk adalah rahmat yang besar buat orang orang mukmin..tau tak apa pasal ulama cakap macam tu..? kalo kat malaysia..musim sejuk tu macam musim hujan la.hujan pom sejuk jugak.betul tak..?

musim sejuk adalah rahmat dan diibarat seperti taman yang indah buat orang beriman. musim sejuk adalah hari yang terbaik untuk puasa. ye la..sejuk kan..?dahaga pom kurang..yang mana amalkan puasa hari isnin khamis tu memang tabik la. kalo kat sini..musim sejuk malamnya panjang dan siangnya singkat. dalam pukul 5.30 dah subuh dan dalam pukul 5.30 dah maghrib.

malam yang panjang ini digunakan oleh orangorang yang kuat imannya untuk bangun dan bermunajat di penghujung malam. senangla kan..?dalam pukul 10 tu dah boleh masuk tido..cuma aku..pukul 10 tu tengah mencari aktiviti untuk dilakukan..hoho.iman tak terlampau kuat..
Read More

wordless

23 comments



**lama dah tak buat wordless ni..
Read More

berhati hati dalam bulan muharam

17 comments
Apa macam masuk bulan Muharam? Bulan pertama dalam kalendar Islam untuk tahun baru hijrah. Mesti ramai je  blogger yang dok update pasal kelebihan bulan Muharam yang mana terdapat didalamnya hari Asyura iaitu jatuh pada 10 haribulan.

Mesti ramai je antara kita yang nak share kelebihan dan fadhilat berpuasa di hari Asyura. Mencari rujukan di mana mana dan di antaranya yang share status friend kat wall FB dan dibawa masuk ke entry blog. Bagus..memang satu usaha bagus dalam kalangan blogger yang ingin menyemarakkan dakwah agar reader2 mendapat ilmu dan juga beramal dengannya..

Cuma kadangkala tu..kita terlepas pandang dengan entry kita. Dapat je fadhilat ataupun kelebihan Muharam/Hari Asyura, terus je kita post buat entry. Kebiasaanya fahdilat ini selalu disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w. Seharusnya kita memeriksa sama ada benda yang ingin kita sebarkan tu betul betul sahih ataupun tidak.

Antara satu kelebihan ataupun fadhilat yang didustakan atas nama Nabi Muhammad s.a.w untuk sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura : " sesiapa yang berpuasa di hari Asyura, Allah menulis baginya ibadah selama 2 tahun ". Ini merupakan salah satu hadis maudu' yang sangat popular kat wall fb aku. So, selamat berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. Wassalam.

**entry nampak meced ke..?
Read More

Doa Awal.dan Akhir Tahun

19 comments


Artikel yang dicopy dan dipaste dari blog saudara AbuUmair

Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.

Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.
Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.

Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.
Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)

Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.  Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.

Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.

Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).

Oleh itu,  janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.

Abu Umair,
28 Zulhijjah 1429

**fikir dengan akal dan hati yang terbuka**
Read More

tidak beriman ketika melakukan dosa besar

26 comments
Nabi s.a.w ada bersabda dalam satu hadis yang mana mafhumnya :
"Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari).
Makna hadis di atas adalah jelas yang mana seseorang itu tidak dalam keadaan beriman ketika mana dia melakukan dosa - dosa di atas. Berzina, mencuri dan meminum arak. Ketiga - tiga dosa di atas adalah antara 3 dosa besar yang disebut oleh Nabi s.a.w.
Hadis ini juga menafikan golongan Khawarij yang mengatakan terkeluarnya  dari Islam bagi si pelaku dosa besar.  Jelas menunjukkan disini martabat iman dan juga Islam. Seseorang itu akan bersih dari dosa besar dan juga kecil bilamana dia dalam keadaan beriman. Ketahuilah yang iman itu bertambah dan juga berkurang.
Ibarat satu bulatan yang besar yang mana di dalamnya terdapat satu bulatan yang kecil. Bulatan yang kecil adalah iman dan bulatan yang besar di luarnya adalah Islam. Jika seseorang itu melakukan dosa besar, ianya hanya keluar dari sempadan bulatan kecil iaitu iman dan masih lagi berada dalam satu bulatan yang besar, iman.
Tidak dapat lari dari seseorang itu yang ingin mencari keredaan Allah adalah perlu dalam keadaan sentiasa beriman agar dapat mengelakkan daripada melakukan dosa - dosa besar. Dosa - dosa besar adalah tidak lain mengundang kemurkaan Allah taala.
Read More

# 2

26 comments
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku bergegas turun dari tingkat 4 menuju ke pintu belakang universiti. Di situ terdapat satu mesin ATM Ar-Rajhi. Memang kebiasaan agenda PPM ( Persatuan Pelajar Malaysia Madinah ) untuk berkumpul di situ jika ada aktiviti yang dilakukan di luar universiti.

Satu lagi program yang disusun oleh PPM pada malam ini. Pakej haji untuk memudahkan pelajar - pelajar Malaysia di Madinah menunaikan ibadah haji. Dari pengangkutan, penginapan hinggalah ibadah haji itu selesai sepenuhnya. Tetapi masih ada mulut - mulut sumbang yang mengutuk persatuan. Entah... aku pun binggung.

Terasa beg aku bergetar. Aku terus mengeluarkan handphone. Tertera nama Khairul Amri..Seorang sahabat yang satu batch dengan aku. Walaupun satu batch, ada lebih rasa hormat kepada Amri. Awal dua tahun dia lahir sebelum aku mengenali dunia ini.

" Assalamualaikum Amri... macam mana? " terus je aku tanya jika ada apa - apa kecemasan.

" Waalaikumussalam..hang kat mana tu? ", loghat utara keluar dari mulut Amri. Anak kelahiran Perlis ni begitu prihatin.

" Aku on the way ni..jap lagi aku sampai..", terus terang aku bagitahu. Aku tahu semua orang tengah menunggu aku. Bukan apa..satu arahan sudah dikeluarkan untuk berkumpul pada jam 9.30 malam lagi.

"Ooo... ok kalau macam tu.. jumpa kat belakang nanti..", Amri mematikan perbualan.

Makin laju aku berjalan. Tapi tak selaju macam biasa. Tangan kananku membibit sebuah beg. Dalamnya terisi kelengkapan untuk ibadah haji. Sleeping bag, kain ihram dan beberapa helai baju. Semuanya adalah barang asas.

Hatiku sedikit risau. Bimbang malam ini jika terjadi apa - apa yang tak diingini. Aku sudah diberitahu awal - awal yang perjalanan mungkin sedikit membahayakan. Pergi haji tanpa permit!!Satu kesalah di sisi undang - undang Arab Saudi. Insya Allah semuanya baik.

Pelajar di sini menggelarnya Haji Sahara.  Perlu merentasi padang pasir untuk melepaskan diri dari pemeriksaan polis. Langkahku semakin laju. Mengejar masa.
Read More

# 1

28 comments
Madinah di pinggiran musim panas. Suhu makin menurun. Perlahan-lahan panas mula menghilangkan diri. Kadang - kadang, hawa  yang bersisa haba kepanasan masih lagi terasa? Mana mungkin hidup ini tanpa haba..?!

Mungkin tahun ini juga adalah satu kelebihan buat jemaah haji yang menunaikan rukun Islam yang kelima. Semuanya adalah rahmah dan rahmat daripada Allah s.w.t. Tidakkah terfikir orang - orang Atheis, bagaimana bumi ini begitu sistematik aturannya? Dalam setahun ada padanya musim sejuk, ada juga musim panas.

Diri ini masih lagi termenung. Diri ini adalah salah seorang yang akan menjadi tetamu Allah di bumi Mekah. Bumi yang mana terletaknya kaabah yang merupakan kiblat umat Islam. Kiblat yang satu sampai bumi ini hancur.  Tak dapat nak bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah bagi. Tak semua yang dapat mengecapi nikmat ini. Satu anugerah besar.

"Ya Allah... layakkah diriku ini untuk mengecapi nikmat Mu yang besar ini? Aku tahu, diri ini banyak melakukan dosa dan maksiat kepada Mu.." hati ini bersoal sendiria. Malu rasanya dengan Tuhan Yang Satu..tiada yang lain kecuali Allah Taala. Allahuakbar.

Tapi, lupakah aku yang Allah itu Maha Pengampun? Bersangka baiklah kepada Allah dan janganlah berputus asa daripada rahmatnya. Mekah seakan - akan memanggil aku. Tak jemu - jemu tanah berkat ini menyambut tetamu Allah.

*******
Read More

wordless wednesday

43 comments
Read More

FILE YOUR CLAIM

27 comments
MicroSoft Sweepstakes Promotion,
Customer Service.
Your Batch No: 2011/19803/CMT
Your Reference No: SHK/SMO/0829

OFFICIAL WINNING NOTIFICATION.

We are pleased to inform you of the release of the long awaited results of Sweepstakes Promotion organized by MicroSoft  Corporations, in conjunctionwith the FOUNDATION FOR THE PROMOTION OF SOFTWARE products, (F.P.S.) heldthis October 2011, in London. Where in your email address emerged as one of the online Winning emails in the 2nd category.

Your e-mail address attached to ticket number:16474620545188 with Serial number 5268/02 drew the lucky numbers:4-7-9-11-15-30 (bonus no.25) and therefore attracted acash award of £1,000,000.00 Pounds (One Million British Pounds Sterling) and a Toshiba laptop. To begin your claim, do file for the releaseof your winning by contacting our Foreign Transfer Manager immediately.

For claims send the above reference number and batch number and fill the form below for verification and release of winning prize.

YOUR FULL NAME:
RESIDENT ADDRESS:
OCCUPATION:
AGE:
SEX:
POST CODE:
CITY:
STATE:
COUNTRY:
MOBILE-TELEPHONE:
FAX NUMBER:
WINNER EMAIL ADDRESS:
REFERENCE NUMBER:
AMOUNT WON:

Agent Name: Mr. Parry Cole
Tel: +44 704-571-0545
Email: msp.payout@yahoo.cn

The Micro-Soft Sweepstakes Internet E-mail Promotion Awards is sponsored by former CEO/Chairman, Bill Gates and a consortium of software promotion companies.The Intel Group, Toshiba, Dell Computers and other International Companies. The Microsoft internet E-mail draw is held periodically and is organized to encourage the use of the Internet and promote computer literacy worldwide.

Congratulations!!
Sincerely,
Mrs. Anna Williams
Co-ordinator Microsoft Promotion


********************************************************************************

ada sesape yang dapat email macam kat atas tak..?hoho..kalo dapat korang jangan lupa tau kat rakan2 blogger ni..kaya korang..tengok berapa riban duit dia nak kasi tu...

jangan ada diantara korang yang betul betul amek serius dengan benda ni..email ni adalah email yang palsu..entah..kebelakangan ni kerap je email yang macam ni..hari tu siap dapat dengan email menang loteri..

taktik diorang macam biasala..isi semua maklumat kita dan hantar kat diorang..pergh..zaman sekarang..semua orang bila nampak duit..dah tak pikir panjang da..pandai jugak diorang buat umpan..mungkin dalam berjuta2 orang dia send..dapat sorang dua pom dah jadikan..

korang yang dapat email macam ni..terus delete yer..tak yah baca sampai habis..rugi masa rugi mata sebab kena sinaran dari skrin laptop tu..makin hari makin rosak je kan..last2 pakai contact lens kaler biru..
Read More

Quba' 2

19 comments
sambungan pasal masjid Quba'.. ada orang tanya, kena ambil wudhuk kat umah / hotel dulu baru dapat pahala umrah. Kalo ikut zahir hadis...memang macam tu la..Nabi kita berwudhuk di umah dan terus pergi bersolat ke sana..

 وقوله صلي الله عليه وسلم: "من تطهَّر في بيته، ثم أتى مسجد قباء، فصلى فيه صلاةً، كان له كأجر عمرة" رواه ابن ماجه

Sabda Nabi Muhammad s.a.w : "Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, dah datang ke masjid Quba' kemudian dia bersolat di dalamnya, baginya adalah pahala umrah" - riwayat ibnu majah.

Masjid Quba' ni adalah masjid yang patut kita ziarah selepas 3 masjid yang suci dalam Islam..iaitu masjidil haram kat mekkah, masjid nabawi kat madinah dan masjid baitul maqdis kat palestin..ketiga tiga masjid itu masing masing ada ganjaran yang besar jika bersolat di dalamnya. solat kat masjidil haram adalah yang paling besar gandaan pahalanya..

tiap tiap minggu, pasti nabi kita akan datang ke Quba' untuk bersolat di sini. sama ada dengan berjalan ataupun dengan menaiki unta. ada yang mengatakan nabi datang ke Quba' adalah setiap hari Sabtu. Wallau 'alam..

ps : entry serius ke tak ni?
Read More

Quba'

19 comments
sesiapa yang datang madinah..mesti je diorang kena pergi ke masjid Quba'. wajib pergi..sangat sangat la rugi jika dia dah datang madinah..tetapi tidak jugak datang ke masjid Quba'.

Tabung Haji Malaysia pom sudah menetapkan yang jemaah haji datang ke madinah wajib pergi ke masjid Quba' dalam program ziarahnya. mana tidak wajibnya kan..?masjid yang paling bersejarah dalam Islam kan..? masjid yang pertama di bina dalam sejarah Islam..

mesti semua orang dah tahu cerita macam ni kan..? cerita di mana nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari kota mekah ke madinah..sebelom nabi masuk ke kota madinah tu..Nabi singgah sebentar di sebuah Quba' dan membina sebuah masjid yang bertunjangkan takwa kepada Allah disitu..

dikatakan..masjid itu bernama Quba' kerana di kampung itu terdapat satu telaga atau pun wadi yang bernama Quba'..jadilah nama dia masjid Quba'. sesiapa yang pergi..jangan takat pergi je..solat la walaupun sebanyak 2 rakaat kerana pahala orang yang bersolat dalam masjid Quba' adalah seperti pahala umrah...

ps : entry ringkas sebelom ke kelas..kalo ado typo cuba tegur yer..hehe
Read More

musim haji, musim sibuk

24 comments
dah dekat 2 minggu dah jemaah haji datang ke madinah. ada jugak yang sampai sudah ke mekah..hampir masuk minggu ketiga..tak pom skang ni memang minggu ketiga untuk diorang...itu pom kalo yang datang first sekali..dengan penerbangan pertama..(KT 1)

tiba je musim haji,,automatik student madinah pom jadi busy...mengalahkan jemaah haji plak yang busy..biasanya, diorang ini akan berkhidmat dengan tabung haji sebagai muzaawir untuk jemaah haji bagi ziarah kawasan bersejahran di Madinah..sebagai pemandu pelancong la kalo kat oversea lain..

sem satu aku sampai sini.tak nampak sangat kesibukan diorang sebab batch aku sibuk dengan urusan penempatan kat asrama..jadi, sem ni aku mencuri peluang dengan mengambil pengalaman sebagai pembantu muzaawir..mula mula pembantu dulu kan...?lagi pom aku tak register kat Tabung Haji nak jadi muzaawir.

setakat ni..2 kali aku menjadi pembantu..serius...nampak senang je..tapi penat..cuba bayangkan betapa beratnya kita nak menjaga jemaah seramai satu bas...satu amanah yang besar..nampak je bas jemaah haji yang bakal dibawa..sudah nampak amanah yang besar..amanah menjaga jemaah dan amanah menyampaikan ilmu...
muzaawir merangkap ketua untuk pembantu

ps : sesape ada sedara mara yang pergi haji musim ni.tanyala kenal ke tak dengan muzaawir kat atas ni..
Read More

Spontan Khamis

42 comments


hari-hari makan nasi dengan ayam golek pada pukul 12 malam..
Read More

aku bukan lelaki jambu

30 comments
merujuk kepada entry wordless tadi..ramai je pengomen pengomen yang kata gambar tu adalah gambar aku..bila gambar aku..mesti ada blogger kata aku nak promote diri..

ingin aku ucapkan yang gambar tu bukannya gambar aku..itu adalah gambar member aku..nama dia azfar..kalo korang tak caya..klik la link ni untuk terus ke facebook dia..tak sanggup aku nak mengkhianati yang tersayang dengan mengatakan aku sekarang ni masih lagi single..

tapi..nama lagi wordless kan..?masing masing ada tanggapan dan andaian masing masing kan..?sape suh letak gambar macam tu kan?..gambar tu aku yang snap..tuan dia pom tak tahu bila masa aku snap gambar dia..tapi..dia dah tahu aku buat gambar dia macam tu...siap ucap thank you lg..

so..jangan kata aku nak promote diri lagi..dan gambar tu bukan gambar aku..haha..aku tak jambu..dan aku jugak tak kacak nak letak gambar kat sidebar and tepek besar besar..malu la aku kalo buat macam tu kan..?bajet artis korea nak tepek gambar besar besar kat sidebar..hehe
Read More

wordless wednesday

34 comments

ps : nampak macam kamera DSLR tak..?haha
Read More

angan - angan # 1

34 comments
teringat time kat alam sekolah menengah dulu..cikgu kat sekolah aku selalu je mendiskriminasi pelajar dia..mungkin betul gak macam tu..budak budak yang nakal ni buat derk je..suh diaorang berubah untuk mendapatkan attention dari cikgu..

tapi..budak budak nakal kat sekolah boleh je nak cam dia..diaorang ni selalu je dok tempat paling belakang dalam kelas..pergi kelas plak tak pakai stokin..paling cool pakai selipar je pegi sekolah..jubah plak tak iron..sekolah aku dulu la tu...

jadi, bila macam tu..guru guru automatik akan cop yang budak budak yang macam ni tak mungkin akan berjaya kan..?sebab guru guru telah ditanamkan dalam benak kepala dia yang disiplin adalah asas kejayaan..tak caya?? tanya la mana-mana guru yang jadi blogger..

tapi..aku tak..aku nak buktikan kat guru aku yang budak nakal boleh gak berjaya..selalu je aku pergi ke kelas tak pakai stokin..aku suka tak pakai sebab kalo pakai memang panas..jubah tu memang langsung tak iron..dalam kelas plak amek tempat paling belakang..ape macam korang rasa..?agak-agak tercapai tak angan angan aku..?

ps : aku nak try buat khidmat penghantaran air zam zam la..ada blogger yang berminat tak..? haha.
Read More

header orang bagi jer

31 comments
korang ada terperasan dengan header baru ke..?itu bukan header aku yang buat..ada orang kasi..dia kata header aku yang sebelom ni buruk je..

sampai hati dia kata header aku buruk dan tak de penyeri..nak masuk blog pom malas sebab tengok header buruk semacam ni..so, aku mintak satu header dengan dia..dengan baik hatinya dia bagi header ni yang cool gini..

bila festime tengok tu..rasa macam was was je nak letak sebab takut nanti ada orang kata header baru ni lagi buruk and dull dari header sebelom ni.tapi disebabkan orang yang dah bagi header ni dah berumur..aku tak nak dia kecik hati..letak je la kan...hati orang tua dari kita kena jaga kan..?

aku tengok ok je header ni..sebab aku tak tengok pom blog aku..komen pom aku tengok kat dashboard je..jarang sekali kat view blog ataupun klik link blog sendiri..segan rasanya dengan blog sendiri..haha..terima kasih ye kak jue bagi header ni..haha..

ps : kak jue jangan amek hati dengan entry ni yer..
Read More

mama maszull tanya

26 comments
entry kosong baru ni mama telah komen...komen yang mengandungi soalan..baiklah mama Maszull ni..selalu je jenguk blog anak dia ni..ehehe..nanti nak jawab soalan mama..

soalan mama : umur berapa?

tuan blog baru berumur 20 tahun mama..masih lagi di alam remaja..biasanya umur macam ni masih kuat berangan angan..ehe

soalan mama : belajar apa kat sana?

kat sini belajar dalam bidang Syariah Islamiah mama..baru tahun 2..kat sini, bidang syariah adalah bidang yang paling ramai pelajar..antara course yang dipandang rendah kat sini..pelajar dia sering je buat masalah..ehe

soalan mama : bila habis belajar?

insyaAllah dalam 2 3 tahun lg mama..paling lama pom 3 tahun lg..sama sama doakan mama..

soalan mama : suka makan apa?

semua suka je mama..asalkan ada nasi..tak jumpa nasi dalam sehari..gelisah je jadinya..

soalan mama : dah ada calon isteri?

calon tu ada je mama..ramai sangat..tapi, calon je..calon yang kita nak tu, dia tak senaraikan plak kita dalam calon dia..macam mana tu mama..paham ke..?haha
Read More

segan rasanya

44 comments
salam semua..blog dah tak update dalam 2 3 hari..segan rasanya nak menaip balik..dalam tak update..dalam tu jugak tak pegi jenguk member2 blogger sekalian..segan rasanya..

musim haji. makin ramai jemaah haji yang datang malaysia..ada saudara mara yang kenal tu nak jumpa..nak minta temankan beli barang..nak postkan barang..tak sedap jugak kan dia datang tempat kita, kita buat derk je kan..tolong la selagi yang termampu..

baru semalam baru teman sorang tok penghulu pergi shoping..nasib baik lelaki..senang je nak beli..masuk satu kedai cakap nak jubah yang saiz macam ni..nak berapa helai semua..tapi ada sedikit bantahan daripada isteri dia..nak pilih patern la..nak tengok dulu la..tapi, dia tak endahkan..haha..

tengok..kan senang beli macam tu..tak cerewet sangat..nak yang penting je..saiz and bilangan..kerja membeli pom sebentar..nak buat ibadah lain pom senangkan...?

ps : segan rasanya bila tak update..
Read More

wordless wednesday

43 comments
Read More

soalan kak KalamHati

36 comments
kak Kalamhati ada tanya kat komen semalam..pasal hukum tanam gigi...tanam yang dah besar and matang..bukan tanam dengan benih lagi..nak tahu soalan asal cuba la tengok dalam kotak komen..

nak printscreen..tengok tak muat plak ruangan entry..memanjang sampai ke luar..jadi tak letak lah printscreen tu...minta maaf kak Kalam Hati sebab tak letak..takpe kan..?

jadi, hukumnya adalah tak mengapa melakukan implan gigi ni..implan gigi ni adalah dia akan masukkan sesuatu ke dalam gusi sebagai akar..tak main la luaran macam gigi palsu ni..mudah goyangkan..?so, dia tanam terus..mungkin versi upgrade..

ia bukannya termasuk mengubah ciptaan Allah kerana kita implan tu adalah untuk kegunaan harian kita kan??gigi tiap2 hari kita gunakan untuk makan....?so, ustaz saya dulu kata boleh..kalo kak nak implan gigi tu..share la kat mana tempat murah2..heee

ps : minta maaf tak sempat singgah blog korang..fit sgt skang ni.. :)
Read More

entry kosong

32 comments
rasa macam tak tahu nak tulis pape je kat sini..sapa ada soalan atau apa - apa nak tanya aku..blh la tanya..nanti nak buat entry satu satu sapa yang tanya soalan tu..haha..

okeh..nak p kelas dulu..minggu yang sibuk dan sibuk...
Read More

entry tanpa tajuk # 5

36 comments
sibuk...hari ni mungkin sibuk..nak buat sedikit urusan haji..tahun ni kena p jugak haji sebab tahun lepas dah terlepas da..minta sama-sama doakan...

first aku kena ambik tasrih haji kat idarah safar (pejabat permusafiran) hehe...time nak ambik ni kena bagi dia sekeping gambar and lepas dapat tasrih haji tu..kena p cop dengan bos bahagian dia..biasanya arab kalo orang ramai2 yang buat urusan..dia main lepas je..tak nak cop..

second aku kena p spital..kena injection..sakit ke..?tak yah nak sakit la kalo bergelar jantan kan..?pastu kasi fotostat kad pelajar dan ic kad sini..lepas tu hantar kat sorang guru kat sini..pergi dengan guru kat sini best skit..kemudahan tu banyak...

sesape yang ada pergi haji tahun ni bagitahu la..blh kita pergi sama-sama ke mekah..sape yang datang madinah pom..bagitau la..nak suh aku belanja ke...ehehe

ps : tengah sibuk ni #
Read More

impian # 1

19 comments
hoho..kalo di kesempatan umur aku..aku sempat kawin and sempat menimang anak..aku rasa aku nak didik anak aku tu arah kegamaan sikit..tak nak jadi nakal macam aku..

tak nak bagi ayah aku pening jaga cucu dia macam dia pening jaga aku dulu..time budak budak lagi asyik tak duduk rumah je..mak nak tengok anak dia pom susah..itu pasal ayah hantar asrama..kasi jadi orang..jangan jadi macam lembu..

jangan ada plak blogger kata aku ni otak sempit nak hantar anak sekolah agama..nanti anak nak kerja apa la..nak sara kita nanti dengan apa la..jangan pikir macam tu ok..jangan sempitkan pemikiran korang sama dengan orang orang kata time aku aku masuk sekolah agama dulu..

imam As-Syaukani ada mengatakan rahimahullah.." Tak pernah aku lihat ulama' yang telanjang tanpa pakaian, merempat tiada tempat tinggal, mati kebuluran tiada makanan ". yang penting hak kita untuk memberi didikan agama kepada anak dah terlepas kan..?


ps : aku nak anak lelaki..#
Read More

entry tanpa tajuk # 4

24 comments
kali ni dah tak yah sedar da..sebab memang terjaga terus..tak perlu nak buat ayat tersedar la kan..?terima kasih yang tolong sedarkan aku dengan komen2 dari kalian semua..sesungguhnya aku takkan tersedar jika asyik dibuai buaian..

disebabkan tersedar pagi ni..semangat sangat nak ke kelas..sampai boleh terlupa nak mandi..nasib baik jubah dah iron kan..?pakai jubah pom susah gak..nak iron malas, nak basuh susah kalo yang putih..terpikir nak je pakai seluar3suku dengan tshirt ke kelas..stail student benua afrika buat..

tapi..tak berani lagi nak buat macam tu..takut tertukar dengan diorang...kang tetiba student benua afrika tanya aku datang belah negara mana..haha..jenuh nak menjawab..nak bagi asalan tak leh plak..bak kata sorang blogger tu hidup jangan penuh dengan alasan...(aku tak ingat blogger mana..ada dalam entry dia baru ni)

3 kelas pagi ni..kelas feqh je paling menarik..bincang pasal bab haji..adakah orang mati ini wajib ditunaikan hak hajinya jika dia mempunyai harta yang cukup..?haha..kalo korang ada pengetahuan..share la sekali yer..

ps : aku rasa aku kena masak hari ni sebab aku paling awal habis kelas..haha
Read More

baru ku sedari # 2

25 comments
baru tersedar dari tido..entah ke berapa kali tersedar..sedar je teringat entry seorang blogger...mulakan dengan sedar dari tido itu dengan syukur alhamdulillah sambil cuba mengukirkan senyuman..

cuma senyum mampu merawat hati yang rawan..hati yang sengsara dengan pelbagai tomahan dan cacian..body je nampak fit dan lincah di luar..tetapi, hati ini sudah layu..tiba masa untuk gugur..

aku tersedar lagi..tersedar dan tersedar..entah..kebelakangan ini asyik je tersedar..tersedar yang entry blog ini cuma merapu...merapu dan mengarut dan membosankan..iye, aku berani menerima kritikan..

tersedar dan tersedar..eh, tersedar lagi!!!aku sedar yang aku patut minta maaf dengan korang semua kerana entry - entry yang di postkan telah banyak membazirkan masa korang..nasib baik aku tak ping kat fb..kalo tak makin banyak sumpahan seranahan yang aku dapat..aku sedar siapa diri aku..

ps : aku sedar yang aku kena bersiap untuk ke kelas.. #
Read More

baru ku sedari

24 comments
tersedar dari lamunan...baru aku sedar..nak kawin itu bukannya susah and bukannya senang..tapi memerlukan disiplin yang kuat bersama gaya yang simple dan meced..fikiran kena matang...bukan macam budak - budak..

tersedar kali kedua..baru aku tahu yang nak kawin itu memerlukan sekurang-kurangnya seorang calon isteri yang betul - betul sepadan dengan kita..yang betul - betul ngam dengan kita..bahasa kelasnnya adalah sekufu...

tersedar lagi dari lamunan..baru aku tahu yang nak kawin tu memerlukan ekonomi yang kukuh dan stabil...kewangan yang boleh menjamin masa depan rumah tangga yang ceria meria..

last sekali aku tersedar..baru aku tahu yang nak kawin ni kena rancang perjalanan masa depan perkahwinan kita..masa depan anak - anak yang bakal kita corak nanti..baru aku sedar yang aku ni tak layak lagi untuk kawin..

ps : aku nak cadi meced ala ala sempoi...
Read More

entry tanpa tajuk #3

37 comments
entry ini adalah entry merapu yang mana tidak ada kaitan antara yang hidup dan yang mati..entry yang kosong dan mungkin juga entry tanpa tajuk sebab aku belom letak title time taip entry ni..

makin hari makin malas kan..?kalo dok depan lappy plak..memang makin malas la..nak gerak punggung dari kerusi pom susah..macam melekat da..tu pom kalo internet ok..kalo internet tak k.o, confirm aku blah p cari member main game Dota..haha

tambah tambah bila aku beli keyboard wayarless..lagi la senang..boleh bawak naik atas tilam lagi..sambil baring - baring pom boleh lagi kan reply komen awek kat fb..haha..maklum la..keyboard jenama logitech, siap free dgn mouse wireless.makin cepat and smooth je taip..tu pom kalo awek reply komen la..kalo tak...hurm..sampai hati dia tak reply

tengok..entry merapu je kan...ni kira ayat last dah ni..tak tahu nak taip apa da..kat bawah ni aku tunjuk meja dalam bilik aku..haha

bersepah ke meja aku..?
haruslah highlightkan logitech tu kan..nama cikai kita kasi eksyen lebih lebih..
ps : sori yang menyampah dengan entry ni...
Read More

entry tanpa tajuk #2

28 comments
mesti ada antara korang yang tengah menghitung hari...sedar tak sedar hari ni dah hari jumaat kan..?esok sabtu..orang yang berpacaran mesti ada date esok..?betul ke..?

rilek la dulu sabtu tu..kita habiskan dulu dengan hari jumaat ni..jangan sia-siakan waktu yang berkat dalam hari jumaat..kalo korang ada adik sekolah asrama kat kelantan..mesti mak bapak datang melawat anaknya pada hari ni..ini adalah mengikut pengalama..bukan main reka mereka..

hari jumaat atau hari minggu memang ada je parents yang datang melawat anaknya.confirm..mesti ada sorang dua.aku plak...confirm..mak bapak tak datang..hoho.family aku orang susah je..nak datang minggu2 melawat anak dia tu..memang tak dapat la..last-last anak dia yang balik jumpa diorang bila cuti bulanan..anak mithali kena paham masalah mak bapak kan..?ehe

tapi...tu la..dah biasa..parents tak datang cool sikit..tak perlu nak rindu rindu..tak perlu nak tunggu diorang datang..nak kuar secara haram pom tak perlu bimbang takut kantoi kan...?nak tido lepas jumaat pom tenang je..hoho..

# ps : (ayat bajet cool sebab mak tak datang melawat kat sekolah...).
Read More

entry tanpa tajuk

22 comments
ramai yang setuju dan ramai je yang tak setuju bila aku buat spontan khamis pasal penampilan tu..penampilan tak penting..tapi yang penting otak genius dan poket penuh duit..?

haha..aku tabik la sape yang setuju tu...dah tahu da.yang setuju tu confirm2 lelaki..lelaki ni memang memahami sikit.ada gak blogger pompuan yg memahami..sweetnye...haha..kalo perempuan..macam biasala kan..pemikiran yang complicated..di luar kawalan dan di luar jangkauan...haha..

maksud aku di situ adalah apabila lelaki macam aku ni keluar outing la..penampilan tu tak penting sangat..setakat selipar jepun kawin dengan rambut macam bangun tido..tapi pakai perfume playboy..tak pe la kan kalo macam tu..?tapi sebenarnya ada duit sampai tak leh nak tutup dompet..selalu dapat anugerah dekan kat universiti..?ape macam..?haha

respon wanita plak..tak leh macam tu..macam mana nak jumpa bakal mertua nanti..macam mana nak interview kerja nanti..macam mana nak kawin nanti..tengok complicated sangat..haha..baik lelaki macam pilow syazwan tu..simpe je..blh mandi kolam lagi..haha..

ps : aku nak  g mandi kolam jugak la...
Read More

khamis spontan

31 comments
penampilan tak penting..yang penting otak genius, dalam poket ada duit..


ps : member aku bagitau #
Read More

Spontan Khamis

27 comments
sape masih single??
Read More

tak tahu nak letak tajuk

24 comments
ini entry wordless..aku tak nak cakap banyak..memandangkan malam ni team feveret aku nak beraksi..aku saja nak wish kat player - player supaya diorang bermain dengan bersungguh - sungguh..

kalo tak nak bermain bersungguh - sungguh..buat apa orang bayar gaji ko kan..?lebih baik suh pemilik kelab tu bayar gaji kat aku je..aku teringin je nak bermain bola secara profesional..tapi..tak pe la..tak pandai main..sape nak amek main kan..?

tapi serius..memang cite2 aku dulu nak bermain dekat emirates..tapi..masalahnya,,time tu hidup aku dikontrol oleh ayah dan ibu aku..diorang yang menentukan hala tuju aku..time tu baru masuk alam sekolah menengahkan..?tak leh nak memberontak sangat..tengok2 diorang hantar aku kat sekolah agama..

hancur luluh hatiku..tak tercapai cita cita aku nak jadi pemain bola sepak yang profesional..haha..tapi..terima kasih mak dan ayah sebab hantar kat sekolah agama dulu..tahfiz plak tu...nampak alim sikit..kalo tak memang susah nak jadi orang sekarang ni...mungkin jadi gangster kot..

ps : ayah dan ibu aku tahu yang aku bakal menjadi gangster kalo tak dididik dengan baik..haha
Read More

wordless wednesday

31 comments

ps : wordless la sangat!!
Read More

doktor cinta

36 comments
ada sorang member aku..luah pada aku masalah cintanya..dia betul2 ingat aku ni adalah DR.CINTA setelah terbaca satu post dari kawan aku kat wall FB."hai DR.CINTA.."

haha..tergelak pom ada jugak bila aku tahu macam tu..tapi, aku still buat cool...ok..citalah apa dia masalah cinta yang dia alami tu...lebih kurang macam ni la masalah dia..dia ni adalah pompuan..ada sorang lelaki yang pada pandangan dia adalah seorang yang mmg sesuai sangat dijadikan suami..market pom tinggi..dan, lelaki ini sudah terpikat terhadapnya...

ala..terpikat tu..apa lagi..?grab je la..? ye..memang dia udah grab..tapi..dia baru sedar yang dia tak setanding dengan lelaki itu..lelaki yang mana dambaan ramai perempuan di luar sana..perempuan yang mungkin lebih elok darinya..perempuan yang mengenakan hijab bersama purdah..perempuan yang ada kemahiran memasak yang tinggi..perempuan itu perempuan ini..

sedangkan dia hanya berbaju kurung bersama tudung bawal yang besar sedikit..cukup - cukup untuk menutupi bahagian dada dan bahunya sahaja...hanya pandai masak nasi dan goreng telor sahaja..yang spesel skit buat meggi tomyam udang...tu je..dan tercalit sedikit keimanan sebagai wanita muslim..hoho..

ps : aku nak tido..kelas petang menantiku..hoho
Read More

kisah aku

31 comments
hari ini aku hanya mampu tersenyum.melihat gelagat anak-anak muda saudi memasuki kelas. lebih dikenali dengan nama 'syabab' di saudi..mana tidaknya...diorang selalu je datang lewat..

kelas bermula pukul 7.30 pagi..syeikh awal - awal lagi sudah masuk...membuka lembaran kertas dari beg bimbitnya...satu persatu nama pelajar yang tercatat di laungnya..bukan laung..cakap biasa pom suara dia dah kuat da..nampak je berumur..tetapi suara still lagi orang muda..

nama yang bermula dengan huruf alif ataupun A dalam bahasa rumi disebutnya.. tiada bunyi yang menyahut ..syeikh menukar rentak...bermula dari huruf last sekali dia panggil.lembaran kertas yang paling last..ada la 2 3 orang yang menyahut dengan kata "hadir"..manakan tidak, nama arab ramai je bermula dengan huruf A..

jam pukul 8 pagi.syeikh memulakan pengajian..masih ada lagi syabab yang terkedek2 masuk..ada yang melalui pintu depan..ada juga yang melalui pintu belakang..sungguh..tiada adab penuntut ilmu di situ..terus je syeikh menyoal..apa pasal diorang ni lewat.?selamba badak je diorang jawab.."jalan jammed syeikh..." tidak kurang juga yang menjawab.."kelas pertama saya syeikh.."..aku hanya mampu tersenyum..

bukan sekali..bukan juga dua kali aku mendengar alasan sebegini...dah berkali-kali da..syeikh aku pom lebih lg la kan.?diorang tak tahu kah yang seorang guru sudah arif benar dengan alasan sebegini..?aku terus fokus dalam kelas sambil tersenyum...
Read More

Sahih Muslim

20 comments
jadual kelas hari ni sangat padat...hoho..dalam 5 hari kelas..aku rasa yang ni paling fit sekali...sampai nak update belog pom susah...haha..ni pom masih mencuri ruang masa yang sedikit..kalo tak singgah blog korang tu jangan kecik hati plak..

masa kelas hadis tadi..aku tertarik dengan biodata imam Muslim r.a yang mengarang kita hadis Sahih Muslim. tak terlintas di fikiran kita pasai apa imam Muslim rahimahullah mengarang kitab tu kan..? guru aku bagitahu ada 2 sebab..pertama, ianya adalah permintaan anak muridnya yang bernama Ahmad Bin Salamah An Naisaburi merangkap sahabat imam Muslim juga..

sebab kedua adalah imam Muslim r,a itu sendiri yang mahu mengarang sebuah kitab yang mana dapat menjadi panduan umat manusia..yang mana imam Muslim r.a tidak mahu manusia terkapai kapai dalam menentukan hadis..ingin memudahkan umat Islam khasnya dalam mencari hadis yang sahih..sekaligus mengelakkan manusia daripada mengambil hadis hadis yang bertaraf maudu' dan mungkar..

tempoh imam Muslim r.a ingin menyiapkan kitabnya itu adalah 15 tahun..pergh..betapa cekalnya seorang yang bergelar ulama'. hidupnya dihabiskan dengan menyiapkan buku sehingga sekarang masih lagi menjadi panduan umat Islam..sori kalo entry ni panjang..

ps : jangan pula ada yang tak kenal siapa itu imam Muslim dan apa itu kitab sahih imam Muslim..ehe
Read More

kek lapis sampai di Saudi

42 comments
salam sabtu..harap kekorang semua sihat je di hari minggu ni..hari minggu korang kena sentiasa hayati..baru tak cepat rasanya bila hari senin nanti..dlm kepala tu set.."hari ni adalah hari sabtu.."

hehe..merapu je tu..mintak maaf semua sebab bilik aku tak habis kemas lagi..nak jejalan pom tak sempat..maklumla..orang laki + bujang kemas bilik macam mana..?nasib baik hari ni saudi cuti..hari negara katanya..

entry ni aku nak ucap terima kasih kat senior aku sebab bawa kek lapis dan perkenalkan kek lapis kat aku yang jakun ni..serius, sebelom ni aku main makan je kek tu..tak tahu pom apa jenis kek yang kaler2 gitu..rasa pom sama je kan..?

then, bila aku jejalan blog blog di alam maya..baru aku tahu apa itu kek lapis sarawak..bila try, terus rasa lain.rasa sedap je...padehal sebelom ni tak de plak rasa macam tu..hoho..terima kasih yer senior.terima kasih abang Yazid..

kek lapis sarawak yang berjaya sampai saudi

abang yazid..terima kasih yer..ehe

ps : kek atau biskut raya baru bermakna apabila makan di perantauan..haha
Read More

erti penyesalan

31 comments
salam jumaat..minta maaf bebanyak ada blog yang tak sempat aku kunjung walaupun nak kunjungi..blogger wanita cun datang singgah pom aku buat derk je..liyana zahim datang komen blog aku la..aku pom tak caya..haha

minggu ni aku buat urusan pindah asrama..dari blok ke  blok yang lain..tak tahan der dengan blok sebelom ni..tandas sering aja problem..kalo tandas sering problem..aku mmg down la nak mengaji..haha

blok yang lama aku dok tingkat 2 je..tapi,bila pindah ke blok baru ni..tingkat 4 wei..tinggi..kalo dok kat beranda tu..boleh nampak menara masjid nabawi..fuhh..sangat indah bila dihadiri dengan malam..

tapi, hari ni member aku gembira sangat..dia dapat jumpa dengan ajib wei..dia pom tak caya..terpegun seketika..korang yang tengok KL Gangster tau la ajib tu rupa dia macam mana..nampak otai wei..sebagai bukti..member aku kasi aku tengok gambar ajib yang dia snap...terus je aku upload.

ajib versi red sea ke ni..?
ps : banyak lagi barang tak kemas ni..fuh...letih
Read More

tabiat saudi

34 comments
hoho..korang tahu tak..warga arab saudi ni ramai je yang suka membazir..maklum la..negara yang kaya raya..duit tak tahu nak letak kat mana da..bank pom sampai surrender bila tak de tempat nak simpan duit.

tapi, yang jahil je yang suka membazir tu..para alim tak de la macam tu..nama lagi orang alim..tapi, jahil sejahil diorang pom..takkan tak tahu membazir tu amalan yang buruk..

diorang tahu je walaupun negara diorang kaya raya, masih ada lagi yang hidup susah kan..masih ada lagi yang memerlukan wang..mungkin jumlahnya adalah minoriti..tapi, yang minoriti la patut diberi perhatian kan..?

gambar kat bawah ni adalah gambar kat kedai makan.aku nak masuk makan, and tengok makanan yang warga arab tinggal..pergh..order ikut main sedap je.tapi..makan..?mengalahkan budak kecik..


ps : stail makan tak habis ni dah jadi amalan da..bukan kat Saudi je..!!
Read More

Spontan Khamis

29 comments
cinta dua benua

ps : ........
Read More

bawa Hammer ke sekolah

43 comments
salam rabu. entry ni ditaip sementara menunggu kelas dalam sejam lebih lagi. eleh..kelas pom nak kecoh kecoh..confirm..mesti ada yang bisik bisik dalam hati macam tu..betul tak DKNA..?

tapi tak pe..tak yah baca la perenggan pertama tu..baca perenggan kedua terus..tapi.entry ni ditulis kerana aku terkejut dan terpegun..terpana pom ada seketika..lama dah aku dok terpana..sejak datang sini tahun lepas lagi..

tahu tak yang student kat sini kaya raya..??semuanya datang dengan kereta..(sebab moto tak dibenarkan kat sini )..tak de la naik moto ego, moto nouvo tu..wave 100 apa lah lagi..moto modenas JIJIYUE sah-sah tak de..diorang datang bawak kereta besar - besar woo...yang bawak keta besar tu, umo tak sampai 20 tahun lagi..maklum la..budak sekolah menengah..

korang pikirla..macam mana budak sekolah menengah bawak keta besar..confirm dan sah yang diorang akan besar kepala..tadi..baru je aku snap gambar keta hammer..tak tahu student mana yang bawak..hoho..

hammer kuning ni..korang ada ke.?

ps : nanti aku bawak balik satu guna AP..haha
Read More

wordless wednesday

42 comments

ps : tengok yang tersirat jer
Read More

harta ?

52 comments
hari isnin..selamat bekerja dan selamat belajar kepada warga malaysia..ehehe..dan kepada sesiapa yang belom lagi menghabiskan puasa 6 di bulan syawal tu..cepat cepat la..hari ni dah 21 syawal da..ehe

kepada siapa yang nak kawin tu..cepat la segerakan..benda yang baik tak elok tangguh tangguhkan ni..korang juga yang gersang nanti..ye tak..?berbalik kepada cite pasal menantu tu..aku rasa korang ada jawapan memasing..memasing punya pendapat..

ada yang kata si mak tu akan pilih yang pakai kopiah naik kapcai tu sebab seorang yang beriman dan mampu mendidik anaknya..ada plak kata si mak akan pilih yang kaya naik merc..macam macam pilihan..yer..manusia berhak membuat pilihan..apa orang lain nak susah kan..?

sekarang ni..ramai je mak bapak pilih menantu yang kaya raya dan berduit..bukan semua..tapi ramai..semuanya mementingkan materialistik..fikir logik, betul la kan..nak hidup zaman sekarang tanpa harta adalah susah.merana anak diorang nanti..tapi..sanggupkah kita memilih harta semata2..?

ps : susah la aku nak kawin macam ni..duit tak berapa nak ada ni utk pakai merc..
Read More

kelas pertama

50 comments
hari ni hari ahad wei...hari pertama aku masuk kelas a.k.a kuliah sejak aku sampai sini..kena plak hari ni semua member malaysia yang sekelas dengan aku tak nak p..dia suh aku yang sevey kelas hari ni pasal semalam aku menghaibkan diri..

kelas aku bernombor 313..maknanya tingkat 3 la..kalo start dengan no.1 tu..tandanya kelas tu tingkat 1. sementara aku tulis entry ni..kelas aku kosong..tak de kelas..rehat sejam..so, baik aku blah balik asrama kan..boleh gak komen2 fb..

kelas pertama tadi ada 2 subjek..semua syeikh masuk..subjek usul feqh dan hadis..pkol 10.30 pasni ada 2 lagi..subjek feqh dan tauhid..pukul 3.00 ptg nanti ada lagi, mustolah hadis..hoooo..tak sempat aku nak tido ni..dah la kelas last tu 2 jam..maknanya habis dalam pkol 5.00 ptg.

syeikh hadis aku ada sebut tadi..perbaharui balik niat sebenar kita untuk menuntut ilmu..bukan kerana dunia yakni bukan kerana harta, pangkat ataupun kerana nama..niat sebenar menuntut ilmu adalah kerana Allah agar dengan ilmu itu dapat kita mendekatkan diri lagi kepada Allah..

ps : entry ni panjang dan boring eh??
Read More

akhirnya

35 comments
selamat petang sabtu..macam mana sabtu..?isi bebaik yer..nanti ada yang bocor..rugi hari minggu tu..kalo aku jadi ezad skytech tu..sah2 aku tido sampai malam..hobi tu..kena manfaat di hari minggu ni..ahaha

haha..entry sebelom ni adalah pasal citer menantu tu kan..?ramai yang meminta sambungannya.. tapi, maafla.. memang tak de sambungan..memang macam tu je citer aku dapat..haha..nampak benor aku menipu...

tapi..seriyes..hujung entry aku tu la penamat ceritanya..itu pasal sumber cerita aku habis sampai situ je..takkan aku nak pandai2 tambah..ehe..time tu aku dapat sms, aku tak dapat fokus apa yang penyumber cerita itu sampaikan..last2..tak tahu jugak macam mana pengakhirannya..

kalo sape2 rasa dia tu ada bakat dalam penceritaan ataupun ada pengalaman seperti di atas..korang tulis la..buat kat entry korang..nanti aku p baca macam mana penyudahan kisah ini..haha

ps : esok kena pergi kelas da..seminggu dok bersantai
Read More

menantu

62 comments
salam pagi sabtu wei..aku dengar kuliah aku dah start dah hari ni..eehe...tapi rasa malas nak pergi lagi ..seminggu dok bersahaja dan bersahaja..hantar member je kan suh p risik..??ada satu kisah la..

ada 2 orang lelaki yang nak pergi merisik seorang perempuan dara. yang sorang ni adalah kaki masjid, penggemar menuntut ilmu..tapi, time dia datang merisik tu..dia datang naik moto honda cup je..tu pom dah jauh dah laki tu parkir moto..dekat dengan pagar rumah..

yang sorang lagi ni datang merisik jugak...tapi naik merc beb..dikisahkan yang merc dia ni siap ada bumbung blh buka tutup lg kat atas tu.nak start pom dia kena detect suara baru hidup..tuannya pakai siap-siap dengan kot dan kasut hitam..tambah plak dengan spek rayban..pergh tergugat spek jijiyue..haha

mak dia tanya.."anak o anak...kamu yang berkenan yang mana ni..?yang datang naik merc tu ke..? atau yang datang dengan honda cup diparkir kat pagar tu...?" si anak menjawab, "ikut mak la..mak pilih la yang mana sesuai untuk anak ni.."hehe..tersengih mak dengar jawapan tu.."

ps : rerasa korang ada sambungan ke tak ni..?
Read More

Mesir dan Israel

35 comments
ustaz aku ada cakap, perang yang paling susah untuk menang adalah perang dengan askar yang tak takut mati. askar yang mana pergi keluar berperang adalah untuk mencari syahid..betul tak..?

betul la..memang susah. diorang berani buat apa saja untuk mencari kemenangan..biasanya tentera macam ni adalah tentera Islam. sebab diorang memperjuangkan islam untuk mendapatkan syahid..tentera kafir..?diorang dapat apa kalo mati..?

satu kisah yang mana ikhwan muslimin berada di saf pertama dalam angkatan tentera mesir untuk melawan Israel pada tahun 1973. pada masa itu, israel terpaksa mengaku kekuatan tentera mesir dan berundur dari bumi mesir. perang yang mana pada masa itu terjadi pergolakan di timur tengah antara negara Arab dengan Israel.

tapi..malangnya..sebahagian tentera ikhwan ini dibunuh oleh pemimpin Mesir pada masa itu, Anwar Sadat. diorang dihukum setelah pulang dari medan perang "Kalaulah ikhwan muslimin dapat mengalahkan Israel, nescaya aku begitu senang dijatuhkan oleh mereka.." - Anwar Sadat

ps : ringkas sangat ke cerita ni..?
Read More

spontan khamis

30 comments
ooo..selamat pagi dunia..

ps : letih amat
Read More

Spontan Khamis

43 comments
Saudi cuti khamis & jumaat


ps : baru nak tido..haddoi..
Read More

wordless gedabak

42 comments

ps : credit to tukang gambar
Read More

syukur

50 comments
embun pagi hilang bersama cahaya mentari. peraturan alam..semua akan hilang, akan hancur. hanya Allah yang Maha Esa akan kekal. namun..masih ramai manusia yang hidup ibarat raja yang tidak akan mati-mati di dunia fana ini..Manusia...sebaik-baik makhluk ciptaanNya.

ceewah..awak yang berbaju kurung satin hari ni..intro ini untuk awak..report kat ayah awak a.k.a tauke alaf 21 yer..haha..kat sini dah pukol 8 pagi lebih sikit..tak kuar bilik lagi..tengok dari luar nampak macam panas je..dah dekat seminggu dah dok lepak dalam bilik senior..

bilik senior ni best woo..econ ada 2 bijik..kipas ada 2 juga..bilik aku, kipas satu..econ satu..tapi..bila aku sampai hari tu.kipas je yang jadi..econ rosak.syukurla dari dua dua tak jadi..panas..tido malam2 pom peluh berjujuran macam main bola..so, alternatif lain aku blah pegi menetap sementara dalam bilik senior..

manusia...semuanya nak senang..nak sedap je..econ rosak dah jadi masalah besar..aku la tu..tapi aku bukan macam tu..tujuan lain nak erat erat kan hubungan dengan senior je..ada je member aku kat bangunan yang sama sanggup tahan dengan panas..

dari jendela bilik aku
 ps : jangan kufur nikmat tau..kalo nikmat tu ada tempat lain..try la usaha untuk mendapatnya..
Read More

wordless wednesday

47 comments
Read More

upgrade android gingerbread

24 comments
hari selasa dah nak habis wei..esok hari rabu plak..panjang umor dapat la jumpa hari rabu esok..sesape yang ada date dgn kekasih hati tu.jangan konfirm sangat korang confirm akan jumpa esok..dalam sms last tu taip la.."insya Allah yang, esok kita jumpa yer..."

cakap macam orang ada pengalaman jek..anak tokey alaf 21 tak guna sms la..dia guna aplikasi whatsapp yang heboh dalam kalangan pengguna smartfon. aku..?bulan Mac lepas angkat smartfon yang paling low dalam kelasnya..samsung galaxy ace..tak leh lawan samsung galaxy tab iffah tu..haha

kekorang yang ada smartfon menggunakan aplikasi android tu..aku cadangkan supaya korang upgrade je bila ada updatenya..time beli bulan tiga hari tu..nset aku pakai android versi 2.2 Froyo..bila dapat tahu android ada kuar update versi official..terus je update ke versi 2.3.4 Gingerbread.

update tu pandai2 korang la search gugel macam mana nak buat..bila update tu..korang akan rasa nset korang akan rasa smooth sikit..lag pom korang..bateri pom tahan lama..

ps : best woo guna whatsapp..ada smiley yang unik.ehe
Read More

beza waktu Saudi dan Malaysia

32 comments
hari ni dah hari selasa wei..maksudnya pagi nanti di waktu malaysia mesti ada kipas susah mati bola sepak berjaga malam..ada match Champion League malam ni..arsenal pom malam ni..blh la try streaming test power internet aku ni..

tapi tak pe..kat sini tak perlu berjaga macam tu sekali nak tengok match bola.. kat sini malam masih muda lagi..kira sendiri la..Saudi lewat 5 jam dengan Malaysia..kalo korang kat sana kol 12 pagi..kat sini baru je pkol 7 malam..

itu pasal la aku susah nak hapdate belog..nak publish tu kena selaras dengan waktu malaysia..kena pilih time yang spesifik..kot2 aku publish entry...time tu korang tengah syok tido lagi..rugi wei..mungkin terlepas peluang anak tokey alaf 21 nak nilai ayat sastera aku..

itu pasal la kes sebelom ni bangun kol 4 pagi terus je update belog..time tu anak tauke alaf 21 yang dok mesia baru je nak kuar pegi kelas.siap pakai baju kurung hijau muda lg.so, sempatla dia tengok belog cikai ni...hoho

ps : anak tokey alaf 21, jangan sengih yer baca entry ni..haha
Read More

resipi nasi air

44 comments
entry ini ditaip dengan mata baru je bangun tido..pukol 4 a.m. bukak mata tengok ada orang tak tido lagi..dia cakap nak tunggu waktu sahur..? haha..terbaik la.

sebab apa terbaik..?aku tahu plan dia...ni mesti time siang ni dia nak tido habisan..baru terasa hari hari yang berlalu macam tu je..bangun bangun rasa macam dah separuh hari da untuk solat zohor..pusing pusing bilik lepas solat, pastu nampak tilam..mesti tido lagi..terasa dunia aman je..

tapi..yang terbaiknya ada makanan sahur wei..diorang siap tolong masakkan lagi..tapi sebelom nak tido diorang dah backup da.kol 12 a.m.kot2 tak terbangun..makan nasik air wei..patut la body2 diorang ni kembong semacam je..jadual makan main bedal je..

nasi air yg dimasak akibat lebihan masak berbukak..ehe

haha..yang pentingnya ..itu pasal aku lepak bilik senior...senior aku best woo..caring secaringnya...ni best lepak kat bilik diorang ni..teriima kasih yer senior..selamat berpuasa mana yang berpuasa hari ni..

ps : entry dengan tahi mata..jangan nak marah sangat..
Read More

live dari madinah

42 comments
bumi madinah masih lagi dalam musim panas..agaknya di pengakhiran..tiupan angin menyapa muka...masih terasa bahang bahang yang tinggi suhunya..apakan daya..seorang yang berdarah Asia dari bumi Malaysia hanya mampu untuk menyesuaikan diri..

haha..ayat bajet cerpen tu..ape macam..?boleh jadi penulis alaf 21 tak kalo ayat macam tu..? kalo ada yang baca ni anak tokey alaf 21..tolong rekemenkan saya kat ayah awak yer..hehe..kalo anak tokey tu pompuan..lagi masyuk..haha

kat sini masih lagi musim panas..pengakhiran dah kot..tapi still dalam 40 darjah celcius suhunya..waktu subuh awal..dalam pukul 4.50 dah subuh..maghrib plak dalam pukul 6.30 gitu..tapi, kalo pose tu mmg terasa lamanya..dahaga beb..siang awal je..pukol 6pg dah macam pkol 9 pg da..mencanak matahari atas kepala

korang yang dok mesia dan yang tak pernah datang ke timur tengah ni mesti tak dapat nak bayangkan macam mana rasa musim panas ni..musim panas kat sini tak sama dengan panas teriknya kat mesia tu..hehe..

ps : anak tokey alaf 21 tu..jangan buat2 tak tahu dah la yer..hehe
Read More

ganti dahulu ke baru boleh puasa enam?

33 comments
macam mana syawal.?tak habis lagi ke raya..? dah2 la raya..pose enam la plak..hehe..memana pompuan yang nak pose enam mesti nak tahu sama ada boleh tak nak pose enam jika belom lagi menggantikan pose diorang di bulan ramadhan baru ni.

ada dua pendapat ulama tentang keadaan ini. PERTAMA adalah BOLEH. dalilnya adalah Aisyah r.a pernah mengakhirkan pose gantinya hingga ke bulan syaaban. Mafhum hadis “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.] hujah ulama', sebagai isteri Nabi s.a.w tak mungkin Aisyah tidak berpuasa enam. jadi dia sudah berpuasa enam di bulan syawal dan pose gantinya diganti di bulan syaaban nanti.

KEDUA adalah TIDAK BOLEH. Hujahnya adalah hadis daripada Nabi s.a.w sendiri. “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” Nabi mengatakan "berpuasa Ramadhan"...so, sesape yang nak pose enam tu kena lengkapkan pose ramadhan dia yang mana tertinggal tu baru boleh disusuli dengan pose enam.

kalo ikutkan dengan teliti..pendapat kedua adalah lebih kuat..dahulukan amalan wajib baru disusuli dengan amalan sunat..betul tak..?aku tulis ringkas ringkas gini je.. sesape yang tak paham.pergi tanya la mana2 ustaz pilihan..tapi, kedua dua adalah betul..ikut kita je nak buat macam mana.

ps : puasa enam ni dapat membahagiakan perut korang
Read More

virus ym

38 comments
bila aku bukak ym..selalu je member aku yang sorang ni dok tegor aku...dalam bahasa inggeris plak tu...aku tau la yang memang dia terer english..tapi, jarang je tegor aku macam tu...

dah banyak kali da..first  mesej popup yang  kuar "hey..u around..?"..haha, ayat english tu..kalo member aku tu pompuan..konferm je aku layan..tapi..dah berbulan dah..bila aku bukak ym..mesti dia tegor..kesian pom ada gak..

so, aku pom layan je la..padehal aku dah syak dah yang ym tu berbaur virus..kalo tegor..last2 dia akan kasi link suh kita klik..haha..aku siap printscreen lg conversation antara aku nga dia.. kalo korang tengok..jangan kata aku kejam plak bila balas ym macam tu..






so, korang kalo dapat ym yang meragu2kan..jangan dok main tekan link wei...silap2 diaorang dapat korek semua maklumat dari lappy korang..nanye tu...haha..sapa ada ym bagi aku wei..nak tambahh kenalan ni..kalo segan segan..add la ym aku : besi_buruk41@yahoo.com .

ps : jangan gelakkan english aku kat atas tu...haha
Read More

cara taubat

35 comments
ada je orang bila dia buat silap, lepas tu menyesal dan nak bertaubat...tapi dia asyik bertangguh je taubat tu sebab dia cakap kena solat taubat dulu baru dikira taubat..last2..dia tak taubat pom sebab dia cakap nak solat taubat kena bangun di awal pagi..kebetulan dia selalu je bangun lewat..

semua tu menyusahkan je..betul tak..?nak bertaubat mudah je..taubat bermula dengan penyesalan dari hati..bukan penyesalan dengan lidah..kalo dengan lidah, ramai je kan yang bertaubat..tiap2 saat ada je yang bertaubat ..sekurang kurangnya..ucapkan astaghfirullah alazim dengan penuh penyesalan..

lepas tu apa dia..?haaa..lepas tu kita kena lahirkan penyesalan kita tu dalam bentuk perbuatan..kalo sebelom ni kita adalah seorang playboy yang hebat bermain hati dengan perempuan..bila kita nak tunjukkan yang kita ni betul2 nak bertaubat..kita tunjukkan yang kita ni setia..terus masuk kahwin..jangan cinta songsang suda..
 
lepas tu..minta ampun dengan Allah sekirannya kesalahan yang kita lakukan adalah antara kita dan Allah..kalo kesalahan kita dengan manusia..minta maaf dengan manusia dulu..kalo lelaki yang boye tu..jenuh la nak minta maaf dengan ex ex dia..ehe..letih wei..korang jangan memain..dia tak maaf..tuntut akhirat nanti..

ps : aku bukan boye ye...haha
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia