1 comment
Apa khabar anda semua. Harap sihat dan happy di samping orang orang yang tersayang. Bagi orang yang sudah tiada orang tersayang di sisinya, masih belum terlambat untuk mencari orang baru dan cuba untuk menyayanginya. Salam satu mesia.

Ape macam? Mesti kat mesia sekarang ni tengah panas dengan pasukan Harimau Malaya menang dengan Indonesia. Aku balik kelas je baru tahu fasal berita ni. Tak de feeling la nak sorak macam orang lain yang tengok live. Tapi, tahniah la buat skuad K.Rajagopal. menang dengan agregat 4-2 tu kira dah boleh berbangga la tu. Betul tak?

Yang kita tak leh nak berbangga sangat adalah carca merba yang sering dilemparkan oleh penyokong penyokong yang terlalu fanatik. Ni kelemahan yang perlu di atasi. Aku dah tengok kat facebook tu, bermacam-macam sumpah seranah dilempar ke atas para penyokong. Tak kira la sama ada penyokong tu penyokong indon atau pun mesia. Yang aku hairannya, penonton ini la yang lebih2…muahaha… biasalah, team dah kalah memang macam tu kalo nak mengikut adat. Yang baru ni pom diaorang bagitau yang penonton kita ni bagi pancaran laser kat pemain2 diorang. Lantak diorang la kan. Menang tetap menang.

Buat korang yang minat bola sepak tu, jangan terlalu fanatik sehingga fanatik yang boleh menjerumus ke kancah dosa. Kita tak nak la kan kalo kita nak berseronok tetapi dalam keadaan berdosa kepada saudara kita sendiri. Ingat, dosa dengan Tuhan senang je nak mintak ampun, kalo dosa dengan manusia? Mintak ampun dengan tuan dia dlu baru mintak ampun dengan Allah Taala. Faham? Takut ada yang buat2 tak faham je la…ehehe…

Yang mesia tu dah lepas, so, kita fokus untuk match arsenal malam ni plak. Aku rasa cam arsenal boleh menang je lawan wigan malam ni. Sebab tempoh hari, Arsenal dah bantai dah Chelsea ari tu. Haha..tazkiah untuk komando 69 sebab team dia dah kalah kat emirates untuk musim ni. Kalo la aku ada kat mesia skang ni, nescaya aku kuar pergi lepak kat kedai yang ada skrin layar tu. Sambil2 tu pakai baju arsenal home yang telah dihadiakan oleh seseorang…wakaka..mesti syok kan…sambil2 itu juga dok borak2 dengan orang panji, orang kg badak..wakakka..best…tnggu la..lebih kurang 6 bulan je lagi….
Read More

saje je

Leave a Comment
Salam dari Madinah iaitu bumi yang pernah berkat dan tersimpan seribu kisah yang sudah terungkai dan juga belum terungkai. Agaknya dah lama diri ini tidak menceburkan diri dalam bidang pengeposan entry untuk blog ubibadok. Post yang sebelum ni pom aku tidak tahu sape yang rajin mengepostkan. Aku baca pom naik pening gak ayat dia. Haha

Aku tak de ape yang menarik untuk diceritakan dan juga untuk dikongsi. Sekadar cerita untuk diri aku sendiri je. Aku yakin, kalo sesape yang dengar pom, diorang tak akan rasa seperti apa yang aku rasakan. Melainkan….haha..saspen..dia yang baca ni je terasa sape yang aku tujukan…haha.

Biasa la. Kalo aku menaip ni, maknanya aku free la kan.? Nak kata free tu, tak lah jugak sebab esok ada sehari lagi kuliah yang perlu aku pergi sebelum cuti minggu. Cuti minggu tu mmg nikmat sangat la…dapat main bola. Haha..Seperti aku bagi tahu, kat sini, cutinya adalah hari khamis dan hari Jumaat. Kalo rajin, pose sunat ye…

So, aku pom kena membiasakan diri dengan cuti kat saudi ni. Masuk kandang kambing kena mengembek..masuk kandang lembu…? Aku dalam dok free ni, masih ada tugasan yang kena buat ni. Maklum la, minggu depan adalah minggu yang last sebelum cuti untuk final exam bagi semester ni. Haha..tak sangka sungguh..dah dekat 2 bulan aku dok kat sini. Tak terasa pom… Pasal apa? Sebab sibuk sangat dengan study..haha.. bajet study je…aha



Hari ni, sempat jugak aku siapkan dan hantar bahas untuk madah Feqh bertajuk biadota imam 4 mazhab. Betapa aku bertungkus-lumus utk siapkan bahas ni. Sejak minggu lepas lg, maklum la…nak kena buat research dulu. Kalo pelajar saudi tu lain la…aku tengok diorang pakai taip komuputer je..pas tu print…senang je keje. Ala..ingat aku tak tahu ke yang diorang tu pakai kopi paste je..wakaka.. saje je..nak sangka buruk kat diorang. Haha.. tapi, tu yang aku dengar dari mulut – mulut diorang sendiri. Diorang kata, kalo syeikh bagi pilihan sama ada nak exam atau nak buat bahas, diorang lebih suka untuk memilih bahas. Haha.. saudi o saudi. Korang tahu tak yang dinamakan dengan saudi tu pasal apa? Sebab Muhammad bin saud adalah pengasas untuk negara Arab Saudi ni sendiri ataupun dengan nama yang kelas skit, Kingdom Saudi Arabia. Haha…



Dalam minggu ni memang sibuk giler, exam usul feqh pom hari ni jugak. Tu pom tahu dekat last2 minit. Punyalah kelam kabut diriku ini. Maklum la… bahas tak siap lagi, pastu, dapat berita yang ada exam usul feqh, so, bahas aku yang last2 tu, dengan cincai je aku buat. Haha.. tak bertanggungjawab langsung kan. Haha.. nasib baik bahas tu tulisan dia lawa. Haha…

Aku sekarang ni masih di awan awangan lagi. Tak tahu yang aku ni masih ada 2 bahas dan 2 exam utk minggu depan. Tapi, asyik dok dengan facebook je. Haha…sungguh hebat penangan facebook. Tu la, facebook ni…sugguh hebat si Yahudi ni. Aku pom tak ingat sape yang cipta. Facebook aku ada satu part bahagian mesej seseorang yang aku tak reply dan seseorang yang masih lagi belom reply mesej aku. Mestila aku tertunggu tunggu dia tu balas mesej dan someone tu mesti tertunggu aku balas mesej dia. Haha… sama2 rasa bila tak dibalas dan membalas mesej. Ok.. aku chaw dlu… nak study untuk sirah dan juga nahu. Haha…


Read More

Rintihan

Leave a Comment

Kelu dan kesah dalam beberapa hari kebelakangan ini. Dia dalam keadaan mood yang resah dan gelisah. Di luar nampak ceria dan happy je. Sape tahu kat dalam ni macam mana rupanya. Kat luar nampak sinar bahagia je, kat dalam..? mendung bersama ribut taufan. Tapi, itu tak bermaksud yang dia mengalah dan putus semangat. Perjalanan masih lagi jauh. Tujuan utama masih lagi kabur kabur dibawa angin ribut tadi.

Dia tahu yang untuk menggapai impian tadi, perlu diketepikan segala gangguan yang kecil kecilan. Tidak mahu hanya masalah yang kecil boleh menyebabkan impian sebesar gunung hancur berderai. Tak sanggup untuk dia sekali lagi menjadi puncanya. First, dia perlu detect masalah kecil itu dengan sehalus mungkin. Tak mustahil masalah sekecil lubang jarum boleh merebak dan membesar sebesar lubang biawak. Kalau lubang biawak, mungkin untuk menanganinya masih lagi tidak sesukar menangani masalah sebesar lubang hempasan batu meteor. Mencegah lebih baik dari mengubati. So, lubang yang kecik itu perlu ditampal dengan segera. Tak usah dan tak perlu menunggu sehingga lubang itu merebak menjadi semakin parah. Ingat, lubang yang besar itu, ada kemungkinan ianya dalam. Mungkin tidak tertuga dengan akal fikiran kita.

Masalah yang dapat dikesan perlu segera diatasi dan dineutralkan. Penawar perlu segera dicari. Usah mengharap penawar dari orang lain terlebih dahulu. Si dia tahu yang dia mampu mengubati penyakit masalah yang dihidapinya. Tenang dan fikirkan dengan akal yang berpandukan Al Quran dan As Sunah untuk penawar yang paling mujarab. Penawar bagi masalah zahir dan batin. Sudah sah dan sudah dibuktikan yang akal yang sihat sememangnya dapat menerima apa yang termaktub dalam Al Quran dan As Sunnah. Usah mencari penawar lain andai diri ini masih lagi goyah dengan dua tunjang ini. Ketahuilah yang masalah paling besar dan paling kritikal adalah meninggalkan dua wasiat Nabi S.a.w kita ini. Segera dan perlu dengan segera. Ayuh, dan bangkit atasi masalah ini!!!

Read More

MenGaruT

1 comment
Assalamualaikum...
Biasa la..hujung minggu..gatal je tangan ni nak menaip..
biasanya tangan ni buat tekan keyboard utk main PES je...ehehe
Tapi, sekali sekala...nak menaip jugak kan?
Aku bukan ada benda menarik nak share pom...
Dok sini kena study je la... 
RAsa macam skit je masa yang aku ada...
Korang kira la...
Kelas aku mula petang..
pkol 1.45,,habis lak dalam kol 5.30
Kol 5.30 tu dah kira maghib la...haha..masyuk giler kelas..

Tu baru masa utk kelas..mesti korang fikir yang aku ada masa 
pada waktu pagi kan?
Tapi, biasalah..kelas petang, pagi kena spare tenaga la..
Takut tertidur je dalam kelas...
Aku dah pernah alami dah sekali...
Tu niat tak nak tido dalam kelas...Tapi..
Aku rasa macam dah hanyut da...
Mata bukak...tapi tak tahu sepatah pom apa yang diajar Syeikh..

Biasanya..kol 11 tu aku dah pergi makan da..
Makan tengah hari a.k.a Lunch...
Korang bayang lah..nak makan tu, kalo lewat skit...
Dekat sejam jugak la beratur...
Masa sejam..dibuang macam tu je...
Ni pasal sebab kupon free je...
AKu pergi biasanya nak makan kambing je...
Haha..niat nak makan skit...sampai sana...
tahulah banyak mana nasik yang aku ambik..
nak sama banyak nga mat itam..haha,,

Tu pasal la..skang ni perut dah macam naik da...
Pumping pom jarang buat...push up entah ke mana...
Niat masih ada nak buat senaman2 macam tu..tapi..biasa la..
senaman taip keyboard lg mengasyikkan..
Nak buat macam mana..laptop jarang sangat bukak...
memang menguji disiplin belajar la laptop ni...
Aku pom tak tahu nak buat macam mana...
Nasib baik boleh lg kawal skit..
Kalo tak boleh kawal..aku nak beli laptop yg pkai 
grafik kad plak..
Baru power nak jadi gamer...hahaha..

Entah la..mengarut je lebih..
minggu depan dah ada exam..sabtu ni pom da ada...
Tarikh Tasyrik..aku pom tak tahu macam mana nak jawab..
study pom tak mula lagi..haha..
study no 2 plak...main bola no.1
tapi, kena maintain la study nga main kan..
pasal apa?
Pasal duit biasiswa dah nak dapat da...
Mungkin hari sabtu ni dapat la 840 Riyal..
ALhamdulillah..rezeki dari Allah...
Kalo kita syukur,..nescaya Allah akan tambah lagi...
Kalo kita kufur..ingat lah yang Allah tu Maha Kaya..
Tak akan rugi apa2 pom kalo korang tak syukur...
OK..time utk tido..esok konferm bngun lewat subuh...hahaha...
chaw..
Read More

Hari Sabtu..

Leave a Comment
Assalamualaikum..senyum la skit.. Tak rugi kalo senyum. Aku pom nak senyum ni pasal Arsenal menang dengan Fulham malam ni. 2-1. Haha..Korang yang tak sokong Arsenal ataupun tak tahu apa2 pom pasal Arsenal sama ada dari segi lughoh atau istilah, just tumpang gembira aku je. Tolong senyum bersama - sama dengan aku. Kekeke..Aku tahu yang bloger nesloo kat sana pom senyum tersipu - sipu.

Aku tak nak pom update pasal game semalam. Kalo nak tahu lebih detail pasal game semalam ni, try pergi kat blog Atikah. Ada dalam list Team bola yang aku telah listkan tu...Kalo aku update pasal game semalam pom same je dengan yang Atikah update.So, senang-senang, bukak je blog Atikah tu.

Aku hari ni kelas dah mula start lewat da. Pkol 1.45 petang. 45 minit lewat dari biasa. Haha. Aku pom tak tahu pasai ape pentadbiran kat sini buat macam tu. Saje nak seksa jiwa kot. Kalo start lewat, habis pom mesti lewatkan? So, kalo kira2 dengan waktu sini, kelas habis kat maghrib. Kol 5.30.

Kelas o kelas. Aku pom tak tahu macam mana nak ulas. Tak paham tu satu pasal la. Syeikh kat sini cakap bukan main laju. Arab + laju = blurrr.. Haha..aku je la yang blur. pe benda syeikh cakap tu bukan 100 peratus aku dapat scan dan terjemahkan dalam BM. Tapi, still ada la satu dua yang boleh aku ambik. Ambik buat point time bukak balik buku malam nanti. Haha. Penat weh. da lama da aku tak study macam ni.

Nasib la kelas kat sini wajib. Kalo tak, da lama dah aku ponteng. DOk bilik lagi syok. Dah la bilik aircond. Suhu plak 10celcius. Memang tergoda la iman. Kalo aku ni memang iman nipis macam kulit biawak, da lama dah aku ponteng. Dok bilik, bukak laptop, main pes. Masyuk beb....HAha

Tu la...aku bersyukur kerana akal yang diberikan oleh Allah Taala ni masih waras. Dapat memikirkan mana yang baik dan mana yang kurang elok. Itu semua nafsu je...Kalo ikutkan nafsu, sampai bila pom takkan habis? Betul tak? Kalo tak betul mari jumpa aku. Aku  kasi betulkan..Tu pom tak leh nak terima. Hakikat tu...hakikat fitrah manusia.

So, esok pom still kelas, rasa cam kejap je cuti hujung minggu aku. Haha.Cuti khamis nga Jumaat. Aku pom tak tahu, apesal time cuti je rasa masa ni cam cepat sangat. Sedar - sedar dah ari sabtu. Ehehe.. Penat betul. Tapi tak pe, orang yang menuntut ilmu di jalan Allah itu ibarat sedang keluar berjihad di jalan Allah Taala. So, aku harap sangat yang aku termasuk dalam golongan tersebut. Kekeke
Read More

BloG iTu BerLaRi

2 comments
Assalamualaikum...
Skang ni aku rasa member aku yg dok kat mesia tu dah makin ketagih dah nga blog ni.. Entry dia dalam blog pom aku tak sempat nak follow. 
Memang aku dah agak dah yang dia ni power kalo bab 
karang mengarang. Maklumla..anak kesayangan cikgu BM.
Mintak maaf la Abe Ji. Mintak maaf banyak - banyak la sebab tak sempat nk baca blog nesloo tu.
Ko pom tahu kan yang aku selalu je support ko kat belakang. Ikut la suport dengan apa sekali pun. Kalo aku dok belah ko skang ni pom, aku suport gak ko kat belakang...tapi dengan jadi penunggang moto kamen rider ko la...Eehehe

Serius la abe ji. Aku tak reti nak buat tag2 ni. Yang aku pandai hanya taip entry blog je. Entah apa nak jadi kalo aku memandai buat tag. So, ni aku nak tiru cara ko la ji buat tag...Jangan marah la bro...ehehe..
Junior nak belajar dengan senior...

Aku pom tak tahu nak tag pe menda. Tapi..aku tengok..member aku ni letak banner bloglarian ni. Aku tiru je la...

1. Link kan alamat ni lepas letak banner tersebut...http://bloglarian.blogspot.com/ 

2. Lengkapkan slogan yang saya suka berblog walking kerana..( kerana aku boring sampai tak tahu bak buat ape da dengan internet dok depan mata ni...)

3. yAng terakhir aku tengok dia tag 3 orang..semuanya yang aku kenal..Jadi, aku tak nak tag sape2 pom...Kalo aku tag pom..tag orang yang sama gak.
Lantakla dia nak kata apa pom. Janji tak susahkan orang..KEkeke...

Read More

Celoteh...

1 comment
Assalamualaikum...
Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Aku pom rasa hidup ini makin tidak menentu.
Kadang - kadang kita gembira, kadang - kadang kita sedih.
Ehehe..
Tahukah kamu yang bila kita sedih senang je kita ingat kepada Allah.
Bila kita senang, cepat saja kita nak enjoy.

Tengok macam aku la...
bila line laju je, cepat2 nak bukak mangastream...
pasal apa?
Nak baca komik la..one piece, naruto, bleach, etc...
Bila time internet slow..mula la nk donwload ceramah, kitab2..
ehehe..manusia..mudah lupa..
tapi susah nak baikinya...

Manusia...boleh duit skit, cepat nak shoping...
Beli apa? Banyak sangat la...
tak terkira...
Baju, seluar, aksesori etc...banyak sangat...
Tak sedar yang nikmat duit itu...
perlu diguna untuk beribadat kepada Allah..
Beli baju pom nak tutup aurat la...
Ehehe...
Bagus la kalo macam tu...
Kalo baju tu nampak dada..?
Nampak lurah la kan? Pergi balik kat kedai tu,
mintak tukar...

Kalo time tak de duit...laju je solat..
Pasal apa?
Nak cepat berdoa...nak mintak murah rezeki...
Doa panjang giler...
Tak salahkan doa? Tak salahkan?
Betul la..memang tak salah..doa la..lagi panjang..lagi bagus..
Ehehe...
Manusia..Aku la tu...

Manusia...kawan depan mata..buat bodoh je..
Tak hargai langsung...
Pasal apa? Pasal kawan dia ramai sangat...
Time senang  memang la kan...
Kawan tu memang tak terkira..time susah...
Rasa sendiri la kan...
Tak pernah rasa? Tunggu masa je...
Lambat cepat boleh rasa la tu...

Tu je la..aku nak kasi ingat sikit..
kasi ingat tu kat aku sendiri gak..tak tuju kat sape2 pom..
Bila rasa senang tu...mangastream kena layan...
Rugi..amat rugi..tapi rugi dunia je la...
Rugi dunia tak de hal...Tapi kalo rugi akhirat...
Menangis air mata merah pekat pom tak berguna...
Pasal apa?
Pasal dah tak boleh nak balik ke dunia..Nak doa itu la,
nak doa ini la..nak solat itu la..nak solat ini la...
Jadi, time ada nikmat kesihatan ni..
solat banyak2...tak banyak pom tak pe.
Jaga yang 5 waktu pom dah ok.

Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia