Kena Jawab Tag la Plak!!ehe

Leave a Comment
Assalamualaikum.
Hari ni member aku yang paling cun telah tag aku dalam blog dia yang bernama nesloo. Kalo ada sesape yang tak pernah tengok korang tekan je link ni.

Aku dah iklan da blog dia dalam entry sebelom ni
kalo korang yang perasan mesti dah tahu macam 
mana dia ni istimewa di hati bloger ubi badok. Wakaka.

Jadi,
untuk tidak menyinggung perasaan bro yang hati 
kuntum ni, aku selaku wakil editor ubi badok menjawab la apa soalan 
mengarut yang dia nak suh jawab sangat tu. Macam budak 
pempuan lak dok main jawab tag ni.Ehe..

1. Apa yang penting dalam hidup korang?

Allah, Nabi Muhammad S.A.W dan Islam.

2.Benda terkahir yang korang beli pkai duit sendiri.

Aku beli ayam kat restoran AL BAIK. Power 
giler ayam dia. Tak nyesal habis duit aku. (murah je)

3.Dimanakah tempat yang korang ingin  melangsungkan perkahwinan
dan tema perkahwinan korang nanti?

Yang ni kena tanya bakal isteri aku la. Nak diskusi dulu dengan dia.
ehehe...

4. Adakah korang bercinta sekarang?

Ya, cinta kepada Allah dan jugak kekasihya Nabi Muhammad S.A.W.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang.

Selagi yang termampu selagi itu masih sayang, Wakakka..

6. Dimana korang selalu jumpa kekasih korang.

Kat umah dia  la. Ditemani oleh ibu kesayangan dia. Ehehe

7. Novel/Buku/Majalah terkahir yang korang beli?

Buku tu aku da tak ingat da nama dia..Tapi skang ni
tuan blog nesloo yang pinjam.Haha

8.Apakah nama penuh korang?

Asmara

9.Antara mak dengan ayah, yang mana korang lebih mesra?

Sudah tentu ayah. Anak ayah kan.haha

10. Adakah korang basuh baju sendiri?

Soalan ni cam dah takde modal da...tak perlu nak jawan lah..haha

11. Namakan nama orang yang betul - betul korang nak jumpa dalam hidup korang?

Of Course la Cesc Fabregas. WAkaka..

12. Pilih salah satu, peluk or cium? 

Mesti la cium...mmuah,,,

13. 5 benda yang korang sangat2 sayang dalam hidup korang?

1. laptop dell aku
2. nfone nokia 2300
3. Quran poket aku
4. Kasut futsal baru beli
5. Kitab2 dan buku2 yang aku beli.

14. Lagu yang korang suka dan selalu dengar

Lagu nyanyian sheeda, aku sudah tidak percaya padamu lagi.haha

15. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas.

14051991
Aku sambut dengan member aku yang skang ni body dia dah tuff da, Kitorang kongsi duit nak jamu budak - budak yang perut macam tong sampah ni makan nasik berlaukkan kambing. Nampak grand giler, maklum la, si tuff tu dah nak balik da. Tinggal lagi perut cam tong sampah ni kat Mesia. Wakaka. Kitorang ari tu sambut kat Restoran yaman yang menjadi kegemaran sifu muing. Ehehe

Haha.. siap jugak akhirnya. Punya la malas aku nak jawab soalan2 yang remeh temeh macam ni,
Kalo bagi soalan math ke, prinsip akaun ke, berbaloi gak aku 
jawab.

Ni soalan basuh baju sendiri ke, nak peluk ke nak cium, ntah apa2
punya soalan. Sape la yang start buat tag ni. Ehehe.

Soalan last saje je aku tak jawab. Dia suh tag 6 orang blogger. So, aku dah tahu, mesti buat serabut kepala bloger yang aku tag tu nak jawab.
So, kalo ada mana2 blogger yang nk suh aku tag dia, bagi tahu la kat shoutbox tu. Tak de hal la. Malu muka pom kejap je..ehehe

P/s : Semua jawapan kat atas tu adalah jawapan persendirian aku. Tidak ada kaitan dengan mana - mana editor ubibadok yang lain. Kalo editor lain nak jawab, buat entry yang lain eh. Kekeke...
Read More

Wasiat Sikit....ehe

2 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada penjenguk blog ubibadok. Ubibadok sebenarnya takde motif pom dia ditubuhkan. Tengok nama blog pom dah tahu kan. Tapi, disebabkan ubi tak de keje dan masa ada yang terluang, jadi, ubi merajinkan jari - jari ubi ini menaip dan menyusun kalimah yang tak de motif.

Hari Jumaat iaitu hari sayyidul ayyam dan ubi tak berniat untuk menceloteh perkara - perkara yang mengarut, Sekadar berkongsi apa yang ada dalam diri ubi je.

Hari ini ubi nak menyampaikan satu wasiat yang ditinggalkan oleh imam Syafie Radiallauanhu. Harap korang semua yang baca ni boleh ambik la sedikit sebanyak manfaat yang terkandung di dalamnya.

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat, maka hendaklah dia mengamalkan
sepuluh perkara. 

PERTAMA : HAK KEPADA DIRI

Hak kepada diri yang mana hak - hak tersebut terletak atas bahu kita sendiri. Ubi nak bagitahu secara detail pom tak reti gak. Ehehe.. Ubi boleh bagitau yang hak kepada diri seperti yang dimaksudkan di atas adalah mengurangkan tidur, mengurangkan makan. mengurangkan percakapan dan berpada - pada dengan rezeki.

Kita semua pakat - pakat muhasabah la diri ini yang dalam seharian kita hidup ni berapa jam kita menghabiskan masa dengan tidur. Ubi tak nak cakap orang lain. Ubi sendiri pom ngaku yang ubi ni ada jugak tidur pada waktu yang tak sepatutnya, Lepas subuh tidur, lepas zohor tidur, lepas asar tidur. Pastu, lepas isya nak tidur plak. Hah..habis, macam mana dengan usaha kita untuk berjasa kepada agama dan jugak berjasa kepada orang lain.

Mungkin ada orang cakap yang "tidur itu ibadat jugak la ubi.." Hah..ibadat pom ibadat la beb..takkan la sampai satu hari tidur 20 jam. Ubi tak pernahh dengar lagi yang ada orang mati disebabkan orang tak cukup tidur. Yang ada cuma kajian sains mengatakan seseorang manusia boleh mati jika tidak mendapat tidur yang secukupnya ataupun tidak tidur dalam tempoh 3 hari.

Itu kajian je. Korang tak yah caye la. Cuba korang tahan tido tu sampai 3 hari. Ubi jamin yang tak sampai 3 hari korang akan tidur jugak. Sebab apa? Otak dah diprogramkan yang kalo kita ngantuk sangat ni, automatik akan tidur. Dalam berdiri pom boleh tidur. Ulama dulu tak ikut sains pom, tidur tak sampai 6 jam satu hari sebab bangun qiam di waktu malam.Ehehe...

Bab tidur pom dah panjang da...mesti yang baca ni cakap yang ubi mengarut je lebih. Ehehe..Sori la bro, ubi tulis je. Sape yang nak bace la..KEke..tak nak baca komen je. Lepas pasal kurangkan makan yang salah satu antara hak kepada diri.

Korang semua pikirlah akan hakikat yang perut tu punca utama penyakit. Tak gitu eh? Sakit jantung, pasal makanan lah, sakit darah tinggi, pasal makanan lah, sakit kencing manis, pasal makanan lah, habis tu? Kat mana perginya makanan yang kita makan tu kalo tidak ke perut. Korang pikirlah, nak makan amal yang ni, makan ketika lapar dan berhenti sebelom kenyang. Ubi pom ngaku yang ubi tak ikut pom prinsip kat atas tu. Ehehe,,,kalo lapar,tibai je banyak - banyak.

Kurangkan percakapan? Yang ni mesti agak susah bagi seorang yang peramah dan 'bermulut manis'. Apa isitlah mulut manis ni? hehe,,mulut manis lebih kurang kaki bodek la. Takpom yang suka sangat puji face t0 face. Kaki pengampu!. Yang ni korang kena jugak jaga sebab dengan kata - kata kita mungkin boleh menyebab hati sahabat ataupun orang sekeliling kita terguris hati dan perasaan. Ubat untuk gurisan ini tidak mungkin bagi sesetengah orang itu cukup dengan sekadar ucapan maaf..

So, berhati - hati lah dalam menuturkan perkataan dan menterjemahkan kalimah. Pepatah melayu pom ada sebut yang terlajak bot boleh diundur, terlajak kata, parah la jawabnya. Ubi nak datangkan hadis kat sini pom... ubi tak hafal hadis. Jangan berdusta. ITu lah rule bercakap yang perlu kita berhati - hati.

Rasa cam panjang sangat da, Tapi,, nak habiskan sikit pasal berpada - pada dengan rezeki. Berpada - pada maksud di sini adalah merasa cukup dan bersyukur dengan nikmat yang Allah Taala berikan kepada kita. Janganlah kita menjadi macam Firaun, semakin banyak nikmat yang diperolehinya, semakin bongkak dan sombong dia dengan Allah YAng Khalik.

Ingatlat, jika kita menyukuri nikmat Allah Taala, nescaya ditambah lagi nikmat itu oleh Allah Taala. Kalo korang tak caye, korang try buat la. Ubi tak nak jadi orang yang mengkufurkan nikmat Allah Taala kerana tidak ada pom makhluk yang hidup tanpa nikmat dari Allah Taala. So, kalo tak kufur, kena syukur la kah? Keke...

وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ ﴿لقمان:١٢ 

Untuk wasiat seterusnya kita sambung lain kali je..Ada 9 lagi wasiat. Ok..selamat sayyidul Ayyam...ehehe

Read More

Dimalukan Lagi...Apa Nak Jadi dengan Arsenal!

2 comments
Assalamualaikum. Sory la bro-bro sekalian sebab lambat skit guwa update hari ni. Biasala, tempat guwa sekarang ni baru pagi. Jadi, guwa tak leh la nak update macam tempat bro - bro sekalian. Ehehe..

Wilshere je pling kiut berposing...wakaka


Guwa hari ni pom macam tak de mood je nak update bila tahu Arsenal kalah malam tadi. Baru je kalah dengan Totenham, kalah pulak dengan Braga. Hari tu sedap je belasah Braga 6-0 time di Emirates. Entah la Arsenal ni, tak konsisten langsung. Huahua...

Haha..takpe..musim depan dok kat Barca da...


Ok, kita detail sikit pasal  match semalam. Kita citer sikit pasal skuad yang diturunkan Wenger semalam. Kalo tengok kat skuad tu, memang dah ada kelainan dengan skuad yang diturunkan tika menentang Totenham.


bendtner

Walcott - Wilshere - Fabregas - Rosicky

Denilson

Kieran Gibbs - Djourou - Squilacci - Eboue

Fabianski

Hah, tu dia skuad yang diturunkan Wenger. Memang lain la. Yang kekal cuma Fabregas, Squilacci, Fabianski dan Denilson. Lain memang lain, tapi....yang pentingnya menang. Bukan kalah kan? Takpe la...Wenger nak cuba taktik baru kot.

Matheus..pemain Brazil..bravo la ko ni..rezeki bnyak kot

Kalo korang yang tengok match semalam ni, memang perit la sebab Braga menjaringkan kedua - dua golnya pada 7 minit terakhir. Frust beb, Apa yang guwa dapat tahu, time game tinggal 7 minit lagi, team Arsenal bermain dengan 10 orang. Pergh..memang alasan yang tak seberapa kukuh la nih.

Eboue buat -  buat terkejut la plak...haha


Dengar - dengar, Eboue dikeluarkan pada 7 minit terakhir kerana kecederaan. Guwa tak leh nak detect penyakit apa yang menima Eboue ni. Penyakit berlakon ataupun penyakit malas nak main. Time tu, ketiga - tiga pemain result telah pom diguna oleh Wenger. Chamakh menggantikan bendtner, Walcott dengan Vela dan Fabregas dengan Nasri.


Masuk 3 pemain ni bukan boleh buat apa2 pom. Bagi Eboue sakit ada la. Wakaka.. TApi, tak tahu la. Kalo Arsenal nak mara ke peringkat seterusnya, dia perlu menang satu match last dalam kumpulan H. Aku pom tak tahu pe benda nama team ni. Tapi, untuk team ni, mata diorang skang ni 0. Kalo Arsenal kalah pulak, tak tahu la guwa nak kata apa. Balik masuk liga Malaysia pom lagi bagus. Haha.

Aku bagi love ni kat Wenger,,,ehehe


Kita sekarang ni berada di kedudukan no.2 dalam  kumpulan H dan hanya mengumpul 9 mata berbanding pendahulu kumpulan iaitu Shakhtar dengan mata terkumpul 12.? Mcam mana ni Arsenal. Tergugat fan dengan penyokong Chelsit dan Man U. Haha...

Rilek bro...taktik baru..nak apply  kat aston villa plak
 
Read More

Laris Kat Market

Leave a Comment
Assalamualaikum semua. Aku kat sini bukan nak story pe pe pom. Nak citer pasal marketing sikit. Marketing ni pasal marketing bloger. Bukan marketing saham, bukan marketing gula. Ehehe. Harap korang yang baca ni boleh faham la kan.

Aku kat sini cuma nak bagitau yang ada satu blog muncul kat domain blogspot.com ni. So, aku cuma nak promote je sape - sape yang nak jenguk blog dia ni. Blog baru buat. Setahun jagung pom tak sampai. Jagung kalo tanam sampai setahun..Alamak...memang tak leh hasil la..Habis dimakan oleh tikus. Tikus mondok plak tu.

Ok. Kita terus pasal blog yang laris kat marketing skang ni. Aku bukan nak heboh pasal blog ni je. Pasal tuan punya blog pom aku nak hebohkan. Maklum la. tuan blog ni sangat tuff. Kagum giler aku dibuatnyer.

Kalo korang nak tahu. Korang tekan la link ni blog tuff. Pergh..mantop la. Kalo korang tengok blog dia tu..Pergh..memang ayu la. Tapi, kalo korang tengok empunya blog..hampeh..body macam komando pecen. Haha..

Sory la kepada empunya blog nesloo tu. Saje je nak gura-gura. Lama dah tak kita berdua tak bergurau senda. Rindu la sama lu. Blog nesloo tu, blog kawan aku. Tu pasal la aku post kat sini.

Dia ni orang panggil Mr. Silent. Dia ni pom salah satu editor ubibadok pada satu masa dahulu. Aku pom tak tahu macam mana dia boleh merajuk sampai nak tarik diri dari menjadi editor. Aku pom, pujuk punya pujuk baru la dia nak still jadi editor. Tapi 2 hari bhai nak boleh dia ni makan pujuk. Satu hari setengah aku dok intai kelemahan merajuk dia. Last-last, dapat gak.

Tapi, takpe, dia still lagi jadi editor blog ubibadok walaupun dia mempunyaj blog lain. Mungkin blog tu dia nak share kehidupan peribadi dia dengan yang tersayang. TAkpe la..itu semua hak dia..ehehee,,

Read More

Pope Bercakap Mengenai Burqa'

Leave a Comment
Assalamualaikum. Berita yang ubi nak share kat sini ubi adalah pasal isu Burqa di Perancis. Korang semua mesti pernah dengarkan yang Perancis mengharamkan perempuan dalam negaranya memakain burqa'.

Kalo korang nak tahu, burqa' ni adalah suatu alat daripada kain yang menutupi wajah perempuan ni. Kat Perancis, wanita yang memakai burqa ni adalah dari golongan wanita Islam. Kalo wanita kafir kat sana, buat apa susah - susah nak pakai burqa kan? Diorang siap dengan free hair lagi.

Pope Benedict XVI dalam ucapannya semalam mengkritik Perancis kerana membenarkan undang - undang seumpama itu di negaranya. Ubi tak paham la, kenapa Pope jugak yang mengkritik pasal isu ini. Padahal dia ni adalah seorang yang berpengaruh dalam agama Yahudi. Yahudi dan Nasrani sesekali tidak mungkin akan tunduk kepada Islam selagi Islam ini tidak tunduk kepada mereka.

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿البقرة: ١٢٠﴾ 



Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Mungkinkah Pope Benedict ni mempunyai agenda sendiri? Korang bacalah berita secara penuh. Korang klik sini. Pastu, korang pikir balik la apa niat tersembunyi ketua Yahudi ni.

Gambar kat bawah ni adalah sebahagian gambar Pope Benedict kalo korang tak kenal lagi. Aku pom baru kenal je ni..Ehehe..


 Tak tahu la bila dia nak mampus ni..



P/S : Tengok la beb, salib besar gila diaorang gantung kat leher. Mesti berat. Kalo korang tahu, diorang macam ni la yang jadi tangan ghaib dalam pertubuhan freemason. Wikipedia pasal pope. Tekan sini
Read More

Malu Di Rumah Sendiri

Leave a Comment
Assalamualaikum. Sori la pasal entri sebelom ni yang dok kutuk Redknapp selaku coach Tottenham. Hari ni baru guwa akui yang Totenham memang hebat. Tapi, menang dengan Arsenal 3 - 2 semalam tu nasib je. Jangan dok bangga sangat. Haha,, (tak nak terima hakikat). Kepada fans Arsenal tu, korang jangan sedih plak. Game kita semalam dah terbaik dah. Memang banyak dah peluang. Cuma gol je yang tak jumpa. Ehehe...sape yang tengok match semalam ni, conferm tak menyesal.

Dengan Arsenal dan Chelsit kalah semalam. Nampaknya hanya Man U la yang tersengih sebab diorang menang 2 - 0 dengan Wigan semalam dan berkongsi mata dengan Chelsit semalam. Ceh...Arsenal kena potong plak dengan Man U. Memang patut la Wenger badmood semalam. Siap baling botol air lagi. Takpe..guwa rasa tak lama je kedudukan Man U tu. Tapi, match semalam telah memecahkan rekod Totenham yang selama 17 tahun tidak pernah menang dengan Arsenal di Emirates. Perghh..lama tu beb...dah berpuluh-puluh coah dah Totenham guna untuk kalahkan Arsenal. Last-last, coach Redknap yang tiada perasaan ni yang dapat memecahkan rekod di Emirates...

Jom..kita tengok dulu skuad Arsenal kita yang beraksi semalam. Aku rasa, skuad semalam adalah skuad yang terbaik Wenger, Tapi, tak de rezeki. Kalah jugak. Sebaik-sebaik kita merancang pom, Allah jugak yang menentukan. Betul tak? So, redha je la...

Chamakh

Arshavin - FAbregas - Nasri

Denilson - Song

Sagna - Koscielny - Squilacci - Sagna

Fabianski

Wenger nampaknya menggunakan taktik 4-2-3-1 untuk game Totenham ni dengan meletakkan 2 pemain DM iaitu Song dengan Denilson. Bijak plan Wenger. Wilshere yang bermain sebagai CM terpaksa digantikan dengan Denilson untuk berganding dengan Song. Kalo korang perasan, skuad ni sama dengan skuad yang bermain dengan Everton sebelom ni,cuma tiada Wilshere dan Djourou je. Djourou terpaksa diletakkan di bangku simpanan dengan kehadiran Koscielny. 

 gembira di awal-awal minit je..

Haha..guwa tak tahu la kat mana lemahnya skuad kita ni. Pada halftime, kita dah leading dah dengan jaringan 2-0 hasil daripada Nasri dan Chamakh. Kita alpa atau kita lalai yang boleh menyebabkan totenham ni menjaringkan 3 gol utk separuh masa lagi.

Seawal minit 9 lagi Nasri telah menjaringkan gol hasil bola hantaran tinggi Fabregas. Kalo korang tengok sendiri video gol Nasri, baru korang boleh imaginekan. Ehehe..sori la..guwa tak upload video kat sini. Tapi, kat tepi blog guwa ni ada blog yang sediakan highlight. Korang rajin, korang donload la sendiri. Dalam gol ni, Gomes ada sedikit membantu usaha Nasri utk menjaringkan gol. Tak tahu la macam mana diorang berpakat.


Gol ke 2 Arsenal pulak hasil hantaran lintang Arshavin kepada Chamakh. Guwa pom pelik jugak, macam mana Chamakh boleh jaring gol dengan bola macam tu. Tak tahu la, nasib Chamakh ataupun skill Chamakh yang tinggi. Haha..Gomes pom tertipu beb....Kalo korang tengok highlight, boleh tahu la macam mana Gallas kena 'booo' oleh fan - fan Arsenal. Best jugak tengok Gallas kena 'booo'. Haha..Tapi, terbaik la Gallas ni, jadi kapten utk Totenham. Nasib baik dia tak menangis macam jadi kapten kat Arsenal tempoh hari.

 bekas kapten Arsenal ni...baik2 skit..

Game semalam dah best dah. Kedua - dua team berbalas serangan. Guwa tak tahu la macam mana Redknapp bagi suntikan kat pemain dia ni. Masuk halftime kedua, perghh..memang semangat giler diorang ni. Arsenal pom nampak cam menggigil skit. Yang aku tengok steady skit Song dan Sagna je. Haha..

Gol pembuka Totenham dijaringkan oleh Bale. GAreth Bale yang dok komen dalam entry guwa pasal Redknapp tu. Dia la yang jaringkan gol untuk Totenham. Guwa tak berapa ingat la sape yang assist. Tapi, dok rasa Van De Vaart. Bale ni memang terbaik la bagi guwa. Banyak sangat jasa dia kat Totenham. Kalo totenham power pom jasa dia je. Ehehe.. Kat sini, guwa tak puas hati dengan bek Arsenal. Guwa bengang la dengan bek ni. Tak tahu la apesal. Guwa pom tak tahu sama ada salah bek ke salah pe. Tapi, kalo Vermaelan main, memang guwa tak komplain la. Haha...



Pasal Vermaelan ni sgguh misteri. Doktor kat kem Arsenal pom beritahu guwa yang dia pom tak tahu bila Vermaelan ni akan sembuh. Misteri betol. Harap - harap tak kena sihir oleh bomoh siam. 

Gol kedua Totenham ni  la aku dok rasa gol nasib je. Diorang mendapat sepakan penalti yang diberi free je oleh pengadil. Alasan pengadil adalah kerana bola free kick terkena tangan Fabregas dalam kotak penalti. Bila guwa tengok balik video, memang sah la Fabregas dok alih tangan nak menahan bola. Haha.,tapi, Fabregas bagitahu Ref yang dia nak menahan bola dari terkena muka. Takpe la Fabregas, ref ni tak percaya kat ko. Try pada ref lain plak ye. Ehehe.. Penalti pom lawa gak dari kaki Van de Vart. Memang terpedaya terus Fabianski.

 Denilson pom tak puas hati dgn Gallas..ehe

Gol last dari Kaboul ni la yang menjadi gol kemenangan diorang. Guwa rasa Kaboul pom tak bajet nak score gol sebab lepas dia score gol tu nampak muka cam terkejut je. Bibir dia pucat semacam je. Haha. Tandukan Kaboul hasil  bola freekick Van De Vart ni lah yang  memecahkan rekod diorang menang kat Emirates. Tahniah banyak - banyak untuk Totenham sekali lagi. Sekali ni je korang menang kat Emirates. Ehehe..Minit 86 beb..Korang bayang lah, mesti frust gila team Arsenal. Dah la leading 2-0, last-last kalah dengan gol pada minit 86.Ehehe..
Read More

Lagi Amah Kena Bunuh Kat Saudi

Leave a Comment
Assalamualaikum walhamdulillah atas segala nikmat - nikmat yang diberi oleh Allah Taala. Dua nikmat yang paling besar adalah nikmat iman dan Islam. Cukuplah hanya dengan menjaga 2 nikmat ini jika nikmat - nikmat yang lain kita tidak tahu untuk menghargainya. Itu cuma pembukaan je daripada ubi. Pendek pom tak pe la..Asalkan ada pengajaran.

Ubi mendapat berita terbaru tentang pembunuhan pembantu rumah berwarga indonesia di Arab Saudi. Jadi, ubi menjangkakan yang berita ini mungkin menjadi topik hangat di berita - berita luar negara sebab sebelum ini kes penderaan amah ni semakin menjadi perhatian masyarakat. Jadi, ubi terus je bukak web yahoo news dan memang sah yang berita tersebut telah pom masuk di web yahoo, Pergh..memang laju la yahoo ni update berita.

Berita penuh klik sini

Kalo korang yang dah baca berita melalui link di atas tu, korang mesti tahu yang penderaan amah ni ada dimana - mana dan termasuk jugak di negara Arab Saudi ini sendiri. Saudi seperti yang kita tahu mempunyai dua tanah haram yakni tanah suci mekah dan juga madinah. Tempat di mana sejarah agama Islam itu bermula. Tapi, apakan daya...tempat tidak dapat untuk mengubah perilaku dan akhlak manusia itu sendiri. Tempat yang suci tidak dapat menyucikan jiwa dan peribadi seseorang itu sendiri.

Pihak indonesia memandang serius perkara ini dan Presiden Indon iaitu Susilo dijangka akan terbang ke Indon untuk membincangkan hal ini dengan pihak Arab Saudi. Ini adalah kes kedua yang berlaku di Arab Saudi yang mana kes pertama tidak melibatkan kematian. Dalam kes pertama, mangsa yang juga warga indon didera dengan begitu teruk sehingga mangsa mengalami trauma untuk beberapa hari. Mungkin di antara pembaca perasan tentang berita ini.

Mangsa dikatakan didera dengan digunting bibirnya, dilecurkan di beberapa bahagian anggota badan dan juga mengalami kecederaan retak pada jari tengah tangannya. Ubi rasa, manusia semakin hilang nilai - nilai kemanusiaan di dalam diri mereka. Walaupun mereka berada di dalam negara Islam bahkan berada di tanah suci itu sendiri, mereka masih lagi boleh melakukan perkara yang seumpama itu. Betapa dasyatnya manusia zaman sekarang. Kes kedua ni ubi tak pasti area mana kejadiannya, tapi kes kedua ni ubi dapat tahu yang mangsa bekerja di bandar madinah dan sekarang ini berada di hospital madinah.

Majikan kepada amah - amah ni macam mengambil amah untuk tempat melampiaskan amarahnya. Ibarat tubuh badan amah yang digajinya itu seperti batu yang  boleh dipukul disepak dan dibanting. Kalolah tubuh amah - amah ini sememangnya keras seperti batu tak pe la jugak nak banting ke nak terajang. Tahan la jugak kan?Ehehe...tubuh lembik macam batang pisang nak seterika macam seterika baju. Panas la kan?Haha..

Jadi, ambikla iktibar daripada peristiwa ini yang mana antara manusia dengan manusia yang lain mempunyai talian persaudaraan. Tanpa mengira bangsa dan kaum, semuanya daripada darah Adam a.s. Cuba korang bayangkan yang korang berada di tempat amah yang kena seksa tu. Bibir digunting, tubuh dijadikan papan alas untuk menggosok kain. Ape macam? Best ke tak? Ehehe...

Demontrasi dilakukan di Jakarta diluar kedutaan Arab Saudi

Read More

Redknapp Konfident beb...

2 comments
 Muka konfident giler..ehehe

Assalamualaikum. Rasanya dah lama dah blog ni sunyi daripada update tentang bola sepak dan dunia Arsenal. Aku pom tak tahu apesal editor - editor ubibadok skang ni cam down sikit dengan Arsenal. Aku rasa la, editor2 ni cam sibuk sikit nak ambik peduli tentang dunia bola sepak. Mungkin sibuk dengan karier dan kerjaya masing - masing. Apa la nak dibanding sangat dengan Arsenal kan. Arsenal ni bukan hadaf utama, cuma sampingan dikala kesunyian je. Wakaka..ayat bajet murah ni.

Aku skang ni nak post la skit pasal Arsenal yang semakin dipinggir oleh editor - editor ubibadok ni. Mungkin ada segelintir editor ni dah tergelincir dan tersokong Man United. Ehehe...

Aku skang ni rasa cam nak tergelak je bila baca berita dari skysport football nih. Ada ke tajuk berita tu cakap yang Redknapp Confident. Pergh...konfiden tu. Biasala...psikologi. Cuba korang bayang la muka Redknapp tu konfiden. Macam dia tu ada perasaan la plak kan??haha

Sedikit berita gembira yang aku dapat daripada sumber yang tak berapa sahih yang 3 orang tonggak Arsenal akan kembali untuk minggu ni. Diorang adalah Wilshere, Persie dan jugak KOscielny. Dengan kehadiran 3 pemain ni dah cukup da untuk melemahkan semangat diorang ni. Tapi, antara 3 orang ni, aku paling respect Wilshere. Permainan lawa beb. Untuk Totenham, Defoe diorang pom dah boleh main da. Tapi, Defoe tak merbahaya pom. Ehehe..

Kalo untuk game yang  lepas, korang dah tahu yang Totenham ni belasah sape eh?? Aku pom tak ingat. Tapi result dia 4-2 la. Tu yang Redknapp dok konfiden tu, Diorang ingat result minggu lepas akan sama dengan minggu ni. Sory la Redknapp, ko tu tak de perasaan. Dok senyap2 dah la. Hahaha..

Tapi, yang aku bimbang skang ni adalah pasal pemain Totenham yang baru ni. Nampak mengancam je. Handsome pom boleh tahan. Pemain tengah Belanda ni aku harap2 la yang dia ni tak menjadi esok. Boleh bola je aku nak Song rampas dari dia. Ehehe. Korang tahu tak sape pemain Belanda yang aku bagitau tu? Kalo tak tahu korang tunggu esok la. Susah la nak bagitahu semuanya kat dalam ni. Ehehe. Sory. Tapi, aku dah tahu yang ramai sangat yang tahu sape pemain yang aku maksudkan tu.

Jadi, sape yang fan Arsenal dan dok rasa2 yang Arsenal akan menang lawan dengan Totenham, korang ajakla geng2 korang yang sokong Totenham tu pergi tengok kat kedai mamak. HAha...kalo kalah, konferm korang yang kena booo...haha
Read More

feedback buwat entry yg sblom ni

Leave a Comment
uwat mase skng ni...aku rase keboringan tahap gaban..sbbnye..nth apebnda nth yg aku nk wat..kaki aku asyik dok bergedik2 ibarat seorang shffler dsebabkan ketagihan bermaen bola...lau boleh tiap2 hari aku nk maen bola..tp apakan daye dsebabkan skng ni musem kehujanan mlnda jd stadium tmpat aku bermandi peluh dtutup buwat sementara waktu...make trpksa la aku mnggu mase2 trtntu je tok bermaen futsal..tp xpe...ape pon lau dpt maen ftsal smpai berlakunye perpeluhan tahap maksima itu pon da ckop untuk mmbuatkan aku berpuas ati..waloupon sbnrnye aku bukannye TERRER men bola...

ni2..yg aku nk ckp kat sini ttg entry yg da ade sblom aku apdet ni...nth sesape nth yg apdet..kate aku cam awie ek..mueheh..mmg ko pndai ambik ati aku..aku rase cm truje pon ade gak bile bace entry ko...ok r tu..skurang2 nye ko pon ade gak  mmbuat jasa pd blog ni..ibarat ppetani yg berjasa pd tanah..ehehe....


ader gak cm muke pak ustad....
yg pasal editor yg tuff tu mmg x dea pluang r die nk apdet..mklum la..power BB kat umah amatla berkurangan...die pon aku tgk bz smacam je..ehehe...ape pon tenkiyu r..sbb apdet blgo ni...ahaha...
Read More

Selamat Eid Adha

Leave a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tak lupa juga untuk wish selamat eid adha yang mubarak dan penuh berkat. Ubi ingat nak posting entri pasal Hari Raya Haji ataupun dikenali jugak dengan Hari Raya Korban ni. Tapi, mintak maaf banyak-banyak la sebab ubi tak cukop masa nak tulis entry tu. Asyik sibuk dengan study dan studo je. Ehehe..

Kalo kita nak nilai, Hari Raya Eid Adha dan Hari Raya Eid Fitri ni masing - masing punya nilai dan kelebihan yang tersendiri. Tapi, ubi dok tengok dan dok tilik sejak semalam lagi pasal kelebihan 2 hari raya umat Islam ni. Ubi rasa yang Hari Raya Eid Adha ni lebih banyak kelebihan dan iktibar yang boleh diambil daripadanya.

Sebut saja hari raya korban, mesti dah terbayang yang lepas saja solat raya tu mesti ada bapak - bapak lembu yang kena sembelih, Budak - budak sekolah rendah pom dah boleh agak perkara macam ni mesti berlaku. Maklum la, tiap - tiap tahun memang macam tu kalo hari raya korban. Lembu tu dijadikan korban.

Tapi, budak - budak sekolah rendah ni kebanyakannya tak tahu la apesal tiap kali tiba hari raya korban ni, semua orang dok sibuk dengan lembu. (malaysia sinonim korban dengan lembu). Diorang semua ni tak tahu yang perayaan ni adalah satu sejarah yang amat bermakna buat di dalam agama Islam. Korban dan korban. Sembelih, lapah, isi plastik, bagi kat orang - orang miskin lepas tu dok umah seminggu berlaukkan daging je. Minggu lepas tu kena penyakit darah tinggi.

Eid Adha ni adalah bersempena dengan kisah Nabi Ibrahim A.S dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Dimana secara ringkasnya Allah Taala telah memerintah Nabi Ibrahim A.S ini menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail A.S. Sungguh hebat ujian untuk manusia yang bergelar Nabi ini. Kita yang waras ni sudah sah tidak sanggup untuk menyembelih anak kandung sendiri. Anak yang kita pelihara dengan penuh kasih sayang disuruh sembelih hidup - hidup, Tapi, disitulah beza antara kita dan Nabi Allah S.w.t. Kita tahu di mana taraf kita. Seorang hamba yang begitu hina di sisi Allah Taala. Dipendekkan cerita, Nabi Ibrahim A.S memberitahu tentang perintah Allah Taala itu kepada anaknya. Kalau lah kita berada di tempat Nabi Ismail A.S, susah untuk kita terima kenyataan. Seribu dalih dan seribu cara akan dicari untuk melepaskan diri daripada disembelih hidup. Orang kalo dah tahu nak mati, takkan nak dok tercegat je tunggu maut. 

Tapi, Nabi Ismail A.S tidak seperti anak - anak Melayu sekarang ini. Dia dengan sepenuh hatinya cuma pasrah dengan perintah Allah Taala yang diwahyukan kepada ayahnda nya Nabi Ibrahim A.S. Taat kepada perintah Allah Taala dan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya. Pengakhirannya kita semua dah tahu yang Allah Taala telah gantikan tempat Nabi Ismail A.S  dengan seekor kibas. Tu pom time pisau dah betul - betul berada dekat dengan leher Ismail A.S. Subhanallah..sungguh hebat dan penuh hikmah dugaan yang Allah timpakan kepada hamba - hambanya. Tidak mudah untuk masuk syurga Allah Taala tanpa diuji dengan ujian yang sepadannya. Lain orang, lain pula ujiannya. Makin seseorang itu bertakwa, makin power ujian untuknya.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).- Surah Al Baqarah. Ayat 214.

Jadi, ubi sebenarnya nak mengucapkan selamat kepada jemaah haji yang sedang mengerjakan haji di tanah suci Mekah sekarang. Harap - harap para jemaah haji kita ini mendapat haji mabrur dan segala amalan hajinya diterima oleh Allah S.w.t. Ubi mendapat tahu ramai jemaah haji yang last dok kat Mekah adalah hari ini iaitu hari Jumaat. So, kepada jemaah haji tu, perbanyakkanlah ibadah terutamanya solat di Masjidil Haram kerana Allah menjanjikan 10,000 ribu kebaikan untuk sesiapa yang bersolat di dalamnya.


Read More
Leave a Comment
Assalamualaikum semua. Lama dah agaknya blog ubibadok ni tak update. Kalo ibarat ubi la..dah lama dah buruk dalam tanah sebab tuan dia tak nak gali ambik. Kurang-kurang boleh jugak rebus makan time hujan macam ni. Kalo dok biar macam tu, silap-silap, babi hutan jugak yang kenyang. Apa macam? Betul tak? Haha..

Aku sebenarnya tak de motif pom nak update blog ni. Last sekali aku tengok entri ni pasal editor blog ni yang dapat pergi Madinah. Jadi, di kesempatan ini, aku pom nak wish selamat belajar la kat luar negara tu. Bukan calang-calang tempat tu. Madinah beb. Tanah haram lagi. Kat situ jugak ada masjid Nabawi. Oooo....Kalo aku, nak sangat la pergi belajar kat tempat macam tu. Time kepala hotak dok serabut ni, boleh pergi masjid Nabawi, ambik berkat sedikit sebanyak. Betul tak?

Jadi, kepada yang berkenaan tu, selamat belajar dan selamat pulang la. Aku tak nak sebut la nama ko kat dalam ni takut tak jadi secret pulak. Aku sebenarnya dok tunggu update daripada Ustaz kita yang skang ni dok tengah mengajar kat Tahfiz MAIK. Aku minat sangat baca tulisan dia. Simple je. Haha. Aku pom heran sangat dengan ustaz ni. Kalo tengok sekali imbas memang nampak bukan macam ustaz la. Nampak macam Awie Wings la kalo korang terpandang dia sekali imbas. Aku pom konpius time first time tengok dia. Dengan jambang dan kening dia..Fuhhh,,memang seiras la..aku nak explain kat sini pom susah. Yang aku dapat cam dia tu time dia bersuara. Aku ingat kan suara dia rock macam awie. Apa...suara macam penyanyi nasyid. Hahaha. macam tak caya la pulak. Muka cam awie, suara macam Munif Hijaz.



Siasat punya siasat...baru la aku dapat tahu yang dia ni bekas ahli nasyid sekolah. Patut la. Ahli nasyid rupanya. Ahli nasyid yang diberi anugerah oleh Allah Taala dengan mukanya yang Rockers. Kalo korang nak tahu lagi, dia ada buat rakaman album, tapi..takde satu syarikat rakaman pon yang nak publish dia punya karya. Aku pom tak tahu apesal takde syarikat yang berani ambik risiko. Untuk pengetahuan korang, rakaman yang dia buat tu hanya dalam format mp3 yang direkod dalam handfon xpress musicnya. Last sekali aku tengok handfon dia...fuhh..dasyat beb...punat dia tu..dah tak de da...Kalo dia nak balas mesej, dia tekan je atas papan litar yang kaler emas tu. Kesian betul, handfon tak de casing.

Tapi, korang jangan tengok luaran je. Selain berbakat dalam bernasyid, dia ni pandai gak bertaranum. Bab taranum ni aku rasa ada edittor lain yang nak ulas. Aku tak leh nak ulas banyak-banyak, takut dia detect pulak. Haha. kalo korang nak dengar kuliah maghrib dari dia, korang kena pergi la cari madarasah alik hulu pasir mas. Aku nak cakap nama kampung takut detail sangat. Kalo nak tahu jugak, contact facebook la ye. Ehehhe...Kalo korang dengar ceramah dia,, pergh,,,memang sangkut la..meleleh beb.

Tu baru sikit je pasal editor blog  misteri ni. Last update ialah post yang sebelum ni. Aku masih tertunggu lagi update dari dia. Tu baru citer pasal nasyid je pasal  dia. Tak masuk bab sukan dan bina badan lagi ni. Kalo aku citer pasal tips badan nak tuff macam dia ni..perghhh..korang mesti tak caya. Mudah n simple je. Jadi, aku simpan je tips badan tuff dari dia ni sementara menunggu dia update post yang baru. Bye...

malu la letak body sendiri..
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia