Today is Friday

Leave a Comment
Assalamualaikum semua. Salam Jumaat dan harap korang semua ceria☻ je hari ni. Korang kena ceria la sebab hari ni adalah hari raya bagi kita semua. Tak macam agama lain..sekali setahun je ada hari raya. Tapi, uniknya Islam ini adanya hari raya tiap² minggu dan sudah semestinya pada hari raya itu ada keberkatan dan liputan rahmat daripada Allah Taala. Jadi, sama² la kita beristighfar kepada Allah Taala dan memohon agar sentiasa berada di bawah keredaan Nya.

Okes...siap sedikit pembukaan di pagi Jumaat ni. Kalo korang nak suh aku bagi tazkirah yang panjang sikit lagi pom ok jugak. Boleh jugak kongsi nga korang semua kan. Tapi, tu aku bagi secebis je, tak nak bagi yang panjang berjela² takot korang plak yang boring. Kalo korang nak jugak, korang boleh je request dengan aku. Bagitahu je...acecece,..

Selamat Datang Pape Diakhate

Korang jangan ingat tajuk kecik kat atas tu tanda Arsenal dah beli bek Senegal ni. Hari ni aku nak ulas pasal Sagna yang sedia meraikan Diakahte sekiranya bek tengah Senegal tu datang ke Arsenal dan menjadi partnernya. Biasala kan, tak banyak pom paper² Eropah nak citer pasal Sagna ni. Aku pom tak mengerti kenapa paper sanggup buat macam tu? Diskriminasi ke?Kekee...

ada iras² Drogba je ni...hehe

Ulasan daripada kata²  Sagna, dia tidak tahu apa pom pasal plan Wenger pada musim panas ni. Tapi, sekiranya Diakhate dibawa masok ke Arsenal, dia reda je.(bunyi macam tak nak je) Dia bagitahu yang Diakahte ni sangat berbahaya dalam gerakan set piece. Sejauh mana kebenarannya, kita sama² search youtube. Haha..

Dari maklumat Sagna, Diakhate dibawa masuk kerana menjangkakan Gallas dan Silvestre tidak akan bertahan lama di Arsenal. Tunggu masa sikit je lagi diorang nak blah sebab beg baju Gallas pom dah siap pack dan dibawa terbang ke PErancis. Yang ada pom cuma boxer spongebob warna kuning. Cerita Gallas dan boxer Spongebob ni cerita benar. Bukan rekaan semata². Hehe.. Sama jugak dengan Campbell yang dilaporkan sedang menjadi bahan tarikan buat Celtic. Mungkin Celtic minat kot dengan pemain sasa + botak + hitam + berkilat. Haha..

I don’t know what the plan is for next year. We are all waiting to see what the manager does but Malickou he would be very welcome in our team.
He is Senegalese like me and plays for the national team. He played for Nancy in France so I played against him a few times and he is very dangerous at set-pieces.
I have met him a few times and he is a very good guy and a very good player.


Buat sekarang ni, kita yang dok jauh dari Arsenal  hanya mampu buat andaian sendiri je. Betol tak? Kena tunggu habis World Cup dan dengan startnya musim baru EPL je baru tahu sapa and siapa yang dibeli dan dijual. So, korang kena tunggu la masa itu ye. Hehe...

Nak Wilshere Lagi

Ni pasal Wilshere plak. Kita sedia maklumkan yang Wilshere menghabiskan sisa musim EPL yang lepas dengan Bolton. Disebabkab itu, manager Bolton Owen Coyle pergi jumpa senyap² dengan Wenger. Cakap jantan sama jantan mahu sambung lagi kotrak pinjaman yang Wenger beri kepadanya. Tapi, bunga tu up sikit. Wenger nak beli saham plak. Haha..

Wilshere yang dipinjam oleh Wenger kepada Bolton separuh musim lepas adalah untuk mematangkan lagi rentak permainan Wilshere. Coyle plak nampak yang Wilshere ni memberi impak yang besar kepada teamnya  dan menaikkan peratus kemenangan buat Bolton dalam setiap game. Jadik, sebab tu dia nak sambung kontrak loan Wilshere ni. Kalo la team dia ni kalah dengan acap kalinya, dia plak yang kena pecat..tu yang dia tak nak tu. Hehe..Ado konpirasi rupa²nya. Patot pom...

 Nak balik ke nak dok BOlton ni?

Itu pasal Coyle. Aku pom tak tahu paparazi mana yang pegi skodeng dia dan kantoi macam tu je bila dia buat rundingan secara sulit dengan Wenger. Cuma paparazi tu sempat ambik gambar dengan kamera handset je. Time tu kamera canon D90 tak sempat nak kuar dari beg dia. Oleh gambar pom tak lawa mana, Aku pom malas nak upload. Korang seacrh la berita yahoo..Kemungkinan besar ada berita pasal tu.

Pasal Wilshere ni, aku tak tahu la sama ada Wenger nak jual ke nak simpan budak ni. Aku rasa Wilshere ni kalo nak ganti tempat Fabregas tu, memang tak mampu seratus peratus. Tapi, kalo slow² tu, boleh la. Slow² ni, kita tak nak la..sebab Fabregas laju² pom Arsenal boleh kalah lagi. Terserahlah pada Wenger nak sambung kontrak pinjaman Wilshere ataupom nak bawak balik Wilshere balik Emirates.

Aku siap bagi  flying kiss lagi kat Wenger tu...
Read More

Today News

Leave a Comment
Salam semua..Jumpa lagi kita ye. Hari ni aku mintak maaf banyak² sebab update lewat sikit. Sebabnya Internet out of line jadi tak dapat nak publish. Hari ni pom aku tengok tak de berita yang menarik. Jadi, aku just kongsi berita² yang tak menarik untuk hari ini. Kalo korang rajin. Korang baca la. Takpom, kalo malas sangat. Sekali kerdip mata je tengok blog aku ni, pastu terus click butang 'pangkah' kat buju kanan tu. Hehe.

Arsenal tak kan jual Fabregas.

Arsenal takkan jual Fabregas? Korang mesti pelik kan? Sebab beberapa hari yang lalu aku ada bagitahu yang Wenger merelakan Fabregas blah dari Arsenal asalkan Barca ni bagi cash 80 juta pound. Putih mata la kelab Barca nak cari duit banyak tu. Baru je duit habis sebab beli Villa dari Valencia. Aku rasa sape di antara korang yang ada kenalan dengan along² jalanan tu, bagitahu la pihak pengurusan Barca sebab diorang skang ni kesuntukan sangat duit.

Pastu, kalo korang yang banyak duit tu, jangan pulak bagi kat Barca, takot dikebas Fabregas pula. Jadi, yang sebentar tadi bahagian mencarut je..Aku nak explainkan yang Arsenal tak kan jual Fabregas tu bukan kenyataan Wenger mahupom kenyataan pemilik kelab ataupon pihak pengurusan Arsenal. Yang kata sedemikian adalah bekas pemain Arsenal yang bernama Robert Pires.

Korang mesti kenal dengan Pires ni kan. Bekas pemain Arsenal yang dok di kem Arsenal selama 6 tahun. Pastu dia blah dan skang ni dok dengan Villareal. Dah lama dah dia blah ni, 4 tahun lepas. Kira sempat la dia dengan Fabregas ni. Pires tak pe la nak blah pom sebab dia dah boleh 2 piala time dok dengan Arsenal. Kira blah dengan hormatnya ikut bahasa ibunda.

dah tua dah,..ptut Wenger tak nak pom...kekeke

Kalo korang perhatikan kata² Pires ni..memang dia konfiden giler la yang Arsene Wenger tak kan jual Fabregas, Pandai² je Pires ni. Macam la dia yang jadi pengurus Arsenal. Haha. Dia kata, Fabregas ni macam imej untuk Arsenal buat sekarang ni. Imej ke kartun ke, fotografi ke, aku rasa Wenger tak kisah pom, kalo Barca sudi bayar 80 jtua pound secara cash dan bukan ansur-ansur(ansuran).

"I believe that Arsenal will not let go of Cesc,"- konfiden punya mamat Villareal ni,
"Cesc is the image of Arsenal. I'll bet that we once again see Cesc in an Arsenal shirt.
"If today we see a great Cesc, it is because Arsene Wenger has great confidence in him, so I do not see Cesc leaving Arsenal."

Bendtner pulak..


 Yang ni pasal Bendtner plak. Dalam satu emel tu, akud apat berita yang BEndtner ada meluahkan perasaan kat wartawan yang diadia suatu hari nanti akan pergi dari Arsenal dan ingin berada di 2 kelab gergasi Sepanyol. Bendtner aku anggap tak de apa² pom sebab mungkin dia saje nak buat kontroversi dan ingin mendapatkan publisiti.

Aku pom tak paham dengan Bendtner ni, kalo setakat depan gol tu dia ni jarang² je boleh finishing dengan perfect. Kalo yang kadang² tu asyik buah nasib je dia boleh finishing. Kalo jarang² tu, dia jaring gol buat muntah je. Keke...Bendtner..lambat lagi Barca nga Real nak ambik ko jadi player diorang. So, buat masa ni ko kena jadi top skorer cam Villa ke, cam Messi ke, baru ramai orang nak ambik ko jadik pemain diorang.

bajet star skang ni,,,hehe

Jadi, buat masa ni, baik ko tumpu dan fokus betol² kat Arsenal. Latih biar tajamkan sikit skil ko tu. Takpom latih biar rajin sikit kejar bola tu. NI dok makan chewing gum je atas padang, tapi bola entah ke mana. Bajet star je..kekeke..saje lepas angin kat BEndtner sebab dia ni cam nak blah dari Arsenal je tapi tak perfect mana pom. Wenger baru je nak naikkan nama dia dan rela menjual Adebayor kat City. Haha..

p/s: aku dah bagitahu yang kali ni entri tak sedap dan tak meleleh. Aku pom boleh rasa.haha..kalo korang nak komen aku ke..komen je kat entri ni.
Read More

Berita untuk Hari Ini.

Leave a Comment
Salam semua. Berita unutk hari ini yang aku akan update seringkas mungkin dan aku ingin bagitau awal² lagi yang kelmarin berita pasal Arsenal ni kurang sket. So..untuk hari ini aku update bese² je. Sekadar 2 kadar je...hehe..

Merida Sah ke Atletico Madrid

awak,.,,bye-bye ye,,,hehe

Nampak tak kat situ? Kita kehilangan sorang lagi player yang masih muda dan bergetah plus handsome. Nak buat cam ner,,,orang dah tak hingin kan. Lepas je la. Kejar pom dah tak guna bila niat dah tekad di hati. Ceewah... Aku dah bagitau akhir² ni yang Atletico Madrid ingin mendapatkan Merida dan seperti tajuk kecil di atas, Merida nampaknya membalas pelawaan Atletico Madrid tersebut untuk menjadi pemain kelabnya.

Kalo hari tu dok main gosip je yang Merida akan tinggalkan Arsenal untuk Atletico, dan aku harap korang jangan ingat apa yang aku tulis ni masih lagi gosip. Kali ini yang betol² dah. Kira yang sudah sah dan telah pom disahkan. Yang sah tu Merida dan yang mengesahkan adalah Atletido. Aku pom tak tahu apesal Merida sanggup buat Arsenal macam tu. Takpe lah..kita tak perlu kecewa dengan dia sebab dia ni kurang bernilai lagi dan jasa dia pom tak banya lagi untuk Arsenal.(ayt tutup frust).

Korang semua boleh tengok la dalam surat khabar Metro ke, Kosmo ke, takpom mungkin Berita Harian yang akan mengeluarkan berita pasal ni pagi besok. Merida mengikat kontrak dengan Atletico untuk 4 tahun. Yang ni aku tak konferm..berlaku perselisihan sikit kat sini. Ada yang kata 4 tahun dan ada yang kata 5 tahun. Yang dok kata tu tak tengok pom kontrak depan mata dia. Main hentam kromo je,.,,Yang tu tak penting. Tapi, kalo esok tu, korang jangan pergi beli akhbar Harakah plak, konferm tak ada. Hehe...

Bapak dia Sokong

Yang ni aku tak nak ulas panjang. Aku cuma nak copy paste ayat sorang bapa yang menyokong tindakan anaknya. Dia rasa dia bagi bagi support yang sepenuhnya kat anak dia walau apapom keputusan yang dibuat oleh anaknya. Bapak dia  kira main redah je ni,,Tak tahu pom mana satu yang baik. Anak buat teros bagi sokongan.

Yang ni bapak bagus sikit,,,

Korang tahu tak bapak sape yang aku citer kat atas tu. Bapak yang aku maksudkan di atas tu adalah bapak Fabregas. Seorang bapak yang open minded. Ni la bapak yang menjadi idaman anak² di masa skang ni. Takpe lah..anak dia katakan. benih dia, dia yang jaga. Suka hati dia la nak cakap apa pom...Lagipom, Fabregas gak yang dok tengah bagi duit kat dia skang ni. Hehehe..

The negotiations between Arsenal and Barcelona are going to be very long. Both parties are going to have to sit down several times because the matter is complicated.
Cesc is now focused on the Spanish national team, but he wants the signing to be closed as soon as possible. I don’t know how this is going to end up, but I think that we need to respect the decision and the will of the player.
Cesc has always responded to Arsene Wenger with his work and we are also grateful to Arsenal because they have made our son a man. We only want this to end soon.
At the moment he has a contract with Arsenal. I get the feeling the English club don’t want to sell him, but in end will allow Cesc to leave.

Per Mertesacker berminat?

Pemain German ni kerap jugak digosip dengan team Arsenal. Aku pom minat gak dengan dia ni. tubuh besar, tegap, dan sasa. Kalah la askar Malaysia yang simpan perut boroi di balik bajunya.(askar pecen,,hehe). Mertesecker menjelaskan yang dia berminat untuk berhijarah dari kelab sekarangnya iaitu Werder Breman ke kelab yang lebih efektif dan bermutu-mutu.

Nampak tak apa yang bonjol kat perut dia tu??

Korang tahu tak apa yamg dia maksudkan dengan efektif dan bermutu kat atas tu? Masudnya. dia nak hijrah ke kelab yang mempunyai rekod bermain di Champions LEagus buat beberapa tahun lamanya tapi...(tak leh piala lagi). korang tahu tak kelab mana tu? Kelab yang dimaksudkan tu kelab Arsenal la. Kalo setakat nak main dalam Liga Juara-juara tu ok je. Masalahnya nak julang trofi liga yang power ni. Jadi, kemungkinan bek ni akan memilih Arsenal untuk destinasi penghijrahannya.

Kalo dia pergi ke Arsenal, korang maklum la yang dia akan berganding dengan Mael. Yang ni bukan setakat aku je konferm based instinct aku..Korang pom boleh rasa macam tu gak kan? Kira blah la Campbell nga Gallas tu. Pastu sorang lagi yang kena blah, PakCik Silvestre. Hehehe...Jadik, kita tunggu Arsenal je, sama ada nak buat tawaran ataupom tak untuk pemain German ni.
Read More

News Update!!!

Leave a Comment
Assalamualaikum semua. Harap korang semua sihat² aje. Memang ramai la orang yang sering kali melupakan nikmat sihat yang diberi oleh Allah S.W.T. Jadi, aku nak, orang yang dok tengah baca tulisan aku ni sedar yang dia sekarang ni kena bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberi oleh Yang Maha Pemurah. Bahkan, bukan saja dengan nikmat kesihatan, tapi kesemua nikmat² yang dianugerahiNya. Kalo kita menghitung nikmat Allah Taala, bukan setakat jari kita yang tak cukup.. tapi, buih di lautan pom belom tentu akan cukup.

80 Juta Pound untuk Fabregas


Berita latest yang aku ambik daripada surat khabar The Sun edisi keluaran UK. Kalo korang nak tahu macam mana aku boleh dapat surat khabar ni, aku dah bagitau yang aku ni cam pelanggan setia diorang la. Tiap² pagi je dia akan hantar surat khabar The Sun ni. Kalo korang nak, ok je. Janji kontek aku.

Dalam berita tu, dengan tajuk header yang bukan main besar lagi 80 Juta Pound untuk Fabregas. Nah, ambik ko Barca. Kalo ko nak sangat Fabregas tu, ambik la, tapi bayar kat Arsenal ni dengan 80 Juta. Cash. Hahaha.. Botak la kepala pemilik kelab Barca tu. Nak Fabregas sangat. Jadi, Fabregas pom, kalo ko sangat nak blah dari Arsenal...pegi la...bagitau kat Guardiola tu, kalo dia nak sangat ko, suh bayar 80 Juta Pound tu.

Wenger cakap, dia ok je nak melepaskan Fabregas, tapi tu la, dengan syarat 80 Juta Pound. korang tahu la, harga 80 Juta tu sama mahal la dengan harga perpindahan C. Ronaldo ke Real Madrid. Nah..aku minat sangat la nga Wenger ni. Punya geliga otak dia. Tak sia-sia rambut dia beruban..Hehehe..

Apa kata Alex Hleb?

"Cesc...jangan buat kesalahan seperti aku... :-("..petikan tajuk dalam paper The Sun untuk edisi hari ni. Kebetulan berita dia sebelah menyebelah, jadi, aku rasa nak masuk la sekali kat sini.

korang kena baca dengan nada sedih kata Hleb kat atas tu. Memang kalo korang muka Hleb time dia ucap kata² tu..fuh..sadis gila.. Bergenang air mata dia...kelopak mata dia dah bertakung dengan air mata jernih dan mutiara jernih turun memnasahi pipinya. Hahaha..Nampak ayat berbungan kat situ. Ok. Aku bukan nak ulas pasal perasaan Hleb yang menyesal sebab dia pergi ke Barca. Yang aku nak ulas ni pasal Fabregas. Kalo Fabregas tak faham lagi dengan luahan hati Hleb ni..aku pom tak tahu ape la..

Sebab apa Hleb cakap macam tu.? Dah sah la yang dia ni menyesal tahap gaban sebab meninggalkan Arsenal. Dia ni aku masih ingat lagi..memang kamcing la dengan Fabregas. Partner dia sorang lagi Rosicky..Memang tiptop la diorang bertiga ni bergabung. Hahaha...serba menjadi orang kata. Jadi, Hleb bagitahu Fabregas suh pikir baik² sebab barca dah merosakkan kariernya dan juga mesia²kan bakatnya.

ko tak yah sedih kuat² la Hleb, Aku sedaya upaya akan mencuri masa Fabregas yang dok tengah berlatih dengan Spain tu untuk menasihatinya. Mungkin aku YM dia teros ke,,,takpom aku akan tulis kat wall Facebook dia. kekeke...

Lupakan Mamadou Sakho..

Lupakan Mamadou Sakho. Sakho ni merupakan pemain muda Perancis yang sekarang ni bermain untuk PSG. Dilaporkan yang WEnger  dah berminat pom dengan player ni dah lama dah cuma pihak PSg je yang tak nak lepas.

Scouting punya scouting..last sekali, agen Sakho suh Wenger lupakan aje Sakho ni sebab pihak PSG mungkin akan menawarkan harga yang tinggi untuk melepaskan bek tengah ni. PSG meletakkan sakho ni pada harga 25 juta pound..Aku rasa Wenger pom mesti pikir beberapa kali jgak kan sama ada nak beli ataupom tidak pemain Perancis ni.

PSG jugak beritahu yang pihaknya masih lagi menginginkan khudmat Sokho untuk musim depan. Jadi, nasihat kepada WEnger tu baik pegi cari pemain lain la. Ramai lagi kat luar sana. Aku pom putus hangin nak update hari ni. Taip punya panjang campor dengan pelbagai lagi idea aku nak tulis,,,last²,,,tutt,,,internet pulak yang DC. Jeng betol..haha..

P/S : gambar pom aku tak masukkan sbb hangin nga internet ni..sory la bro...
Read More

Arsenal News

Leave a Comment
Salam Arsenal. Maksud salam Arsenal ni cam salam ni dituju kepada fans Arsenal sebab entri aku kali ni nak mengisahkan berita pasal Arsenal. Yang ada sangkut paut dengan Arsenal je. Kalo korang yang bukan dan Arsenal yang nak baca jguak entri ni, boleh jugak, tapi takut korang pulak yang tak hangin bila baca entri ni. Tak masok jiwa kalo bahasa tang mudah faham sikit.

Hughton mahu Wilshere

Pelapis terbaik untuk skang ni...hehe


Kalo semalam aku dah update kan pasal Merida yang mahu pergi ke Atletico dan kemungkinan dia ni akan pergi dalam bulan 7. Free plak tu..Mak ai...rugi la macam ni. Betol tak. Blah dari Arsenal macam tu je..orang bagi makan cukup², last, nak blah nga free. Cam tak kenang jasa plak Merida ni. Kita tengok la dia pegi ke Atletico ni menjadi ke tak? Harap² menjadi la kan?

Kita bukan nak citer pasal Merida kat sini, hari ni kita nak citer pasal Wilshere. PEmain muda jugak..Adooii,,sikit² pemain muda. Information yang aku dapat bagitau yang manager Newcastle United nak jadikan Wilshere ni sebagai pemain dia. Korang tahu je la kan, Wilshere tu baru je umor dia 18tahun, tapi permainan dia cam orang 20 an gitu. Manager mana yang tak nak kan?

Untuk Wilshere ni, aku harap sangat² yang Wenger tak lepas macam tu je.. Pemain pelapis yang terbaik buat masa kini. kalo Wenger bg kat Newcastle tu, korang boleh cop la atas dahi Wenger tu dengan rubberstamp yang bertulis BODOH. Haha..

Wilshere is a very good young player and I think young players should get the chance to mature. They are the type of players I am looking at.
We want new players – but what we have said is that I don’t expect to be making wholesale changes.

Kat atas tu aku petik kata Chris Hughton selaku manager Newcastle United. Hehe..AKu copy paste je,,

Mahu Arteta

Arteta pom jadi la...

Yang ni aku rasa dah lama dah dok berlegar dalam internet pasal Wenger nak beli Arteta sebagai pengganti kepada Fabregas. Aku rasa ok je kalo Arteta ni pegi Arsenal sebab umor dia pom baru 28 tahun. Kira cam boleh la sebab masih lagi dalam lingkungan 20-an. Lagipom, dia ni player Spain dan dari kelab Barcelona jugak time dia muda² dulu. Aku malas la nak ulas pasal zaman muda² dia. korang search kat Wikipedia je.

Tapi, masalah sekarang ni, Arteta ni cam goreng pisang panas je sebab ramai sangat manager nak beli dia ni. Korang maklum la, salah satu manager tu Mancini, manager Manchester City. Aku masih bengang lagi nga City ni, pemain bukan main star lagi kelab dia, tapi dia ni cam memusnahkan karier pemain boal sepak yang bakatnya boleh digilap sampai bersinar. Korang semua mesti dah maklumkan pasal Robinho yang kena lempar cam tu je oleh City. Last² balik Brazil semula. Sedih..sedih...

Ni aku dengar yang dok tawar Arteta dengan 20 juta pound UK. Tak tahu la sama ada Arteta ni nak pegi ke tak ke City tu sebab City pom dok main usha gak james Milner dari Aston Villa. Kalo MIlner pom City beli, nampak cam redup je masa depan Arteta ni.

Kira sekarang ni Arsenal ada 2 list la dalam senarai nak beli midfield. Sorang Silva dan sorang lagi Arteta. Aku harap, si Man U tu, jangan dok lebih² nak usha gak Arteta ni, sebab spy aku bagitahu yang Ferguson ni main usha senyap². Nampak je Ferguson macam tu, licik jugak orangnya. Hehehe..


Jutawan Hitam mahu beli saham Arsenal

Korang tahu tak sapa Jutawan hitam kat tajuk di atas. Jutawan ni ialah warganegara Nigeria dan dia ni dalam proses nak beli saham Arsenal. Kalo la dia beli saham Arsenal ni, secara automatiknya, dia ni cam dah jadi pemilik Arsenal cuma tak sebanyak Kroenko la saham dia tu.

Ni la muka yang akan jadi warga Arsenal pasni...hehe

Aliko Dangote ni dok siap siaga nak beli 16 peratus saham milik Lady Nina Bracewell Smith. Lady Nina Bracewell Smith yang merupakan pemilik saham Arsenal sebelom ni dan dia meletakkan 160juta pound sahamnya di pasaran saham. Dia ni tak nak lagi kot pegang saham Arsenal. Mungkin juga saham Arsenal skang ni dok tengah naik, sebab tu dia nak jual. Sebab apa dia nak jual tu aku tak tahu la plak, kalo korang nak tahu, korang tanya la broker dia tu. Dengar-dengar kata ramai gak jutawan yang nak beli sahan dia ni.

Alisher Usmanov dan Stan Kroenke yang skang ni merupakan pemegang saham terbesar Arsenal nampaknya tak nak beli saham ni. Diorang ni dah kering duit kot. Tak tahu la urusan diorang. Sorang tu dah boleh digelar Raja Uzbekistan dan si Kroenke tu korang dah tahu yang dia ni businessman Amerika.
Read More

News Update

Leave a Comment
Salam dan selamat pagi semua. Macam biasa, berita latest yang aku dapat pasal Arsenal dan teros je aku kongsi kat sini. bagi korang yang dah pom tahu berita yang akan aku bgtau ni, korang tak yanh baca la...Tengok² je. Aku pom tulis cincau²  je ni.

Wenger dan Chamakh

Jadik, untuk hari ni, aku ada 2 3 berita untuk korang semua. Aku bagi extra sket sebab kelmarin aku tak update. Mungkin hari Sabtu jadual dia cuti untuk blog ni. Berita ni adalah pasal transfer pemain yang berlegar dalam kelab Arsenal. Korang dah tahu yang kelmarin Wenger dah siap bergambar dah dengan Chamakh yang memang secara sah lagi halal dah jadi pemain Arsenal. Diorang ni siap bergambar lagi dan kalo dalam gambar tu, korang boleh tengokla yang Chamakh ni pakai jersi no.29.

 No 29 ni bro...hehe

Tahu je Chamakh nak datang, habis team Nike ni berkalut ribut nak siapkan jersi berno.29 ni untuk Chamakh. Wenger dah bagitahu awal² lagi yang Chamakh akan datang jugak musim panas ni, tapi, diorang ni buat tak endah je. Tu lah akibatnya. Kena print baju Chamakh dalam keadaan kalut dan gopoh. Diorang ingat yang WEnger ni main² sebab musim lepas Wenger dah gagal untuk dapatkan Chamakh. Jadi, untuk itu, Wenger bagitahu yang dengan sahnya Chamakh ini, dia mungkin akan meneruskan lagi dengan beberapa pemain baru untuk diikat kontrak.

Masih terapacak..?Hahha

Wenger jugak memberitahu yang dia tidak lagi akan mencari penyerang kerana dia sekarang mempunyai cukup banyak penyerang untuk dibuat pilihan. So, kalo dah banyak pilihan tu, harap kena banyak la Arsenal skor gol untuk musim depan. Betol tak?Hehehe... Wenger bagitahu yang sekarang ni dia tertumpu kepada bek tengah dan jugak keeper. Pasal midfiled tu,,kita cakap pasni. Gallas dikatakan membuat demand yang tinggi pasal gajinya, dan seperti yang kita maklum, WEnger ni pantang benar kalo p;ayer yang main tak best, tapi demand gaji ynag mahal². Dan keeper aku rasa dalam 2 kemungkinan lagi sebab Wenger masih ada 2 lagi keeper muda dalam simpanan. Hehe..

We tried to buy him in the summer last year, it didn’t work but we kept in touch. In the end, [this summer] he was free, had a few clubs interested in him but he finally decided to join us because we showed our interest early on.
We have enough players up front so we will now look into other areas as up front we have what we need. We are now working very hard and we’ll get one or two more signings, that’s for sure.
Silva ganti Fabregas?

Ni untuk entri pasal midfiled kita Fabregas. Fabregas nampaknya nak jugak kuar dari Arsenal ni. Aku dapat laporan yang Fabregas ada jugak menghubungi Wenger supaya deal dia dengan Barcelona dipercepatkan sebelom World Cup ni. Tak sabar² Fabregas ni. Kalo ye pom, slow² la, Wenger banyak lagi keje lain.

Aku ke calon yang sesuai??hehe

Entah la Fabregas ni, orang suh bertahan semusim lagi, dia tak nak..Kurang² pom, bagi muka la sikit kat Wenger tu. Jadi, Wenger telah menyenaraikan Silva sebagai pemain terbaik yang dapat menggantikan tempat Fabregas. Aku pom tak tahu kenapa Wenger nak pemain Spain gak. Mungkin kualiti diorang ni tinggi dan terbukti berkualiti. Wenger menjagkakakan dapat memujuk Silva untuk pergi ke Arsenal memandagkan partner dia kat Valencia, David Villa dah pom pegi ke Barcelona. Tambah² plak, skang ni Valencia kesuntukan wang.

Plan Wenger, dia nak kuarkan 17 juta duit hasil penjualan Fabregas tu untuk membida Silva. Tapi, nampak cam ada halangan sikit nak dapatkan pemain bertahi lalat kat dagu ni. Real Madrid dan City dikatakan menaruh minat yang tinggi gak kat pemain ni. Jadik, aku rasa, Wenger kena senaraikan 2 3 orang lagi calon untuk gantikan tempat Fabregas ni.

Merida mahu Pergi?

Ni mungkin berita yang last kot untuk entri kali ni. Letih jguak aku nak taip banyak². Takpom simpan je untuk esok. Ok kan? Berita ni pasal pemain muda kita Fran Merida. MErida ni aku dok peratikan yang sejak 2 3 bulan lagi dia dan agen dia dok bising dan main ugut mengugut Wenger untuk kuar dari Arsenal.

Nak blah dah ke Merida?hehe

Jadi, untuk berita pasak diorang ni, Merida menyatakan yang dia ingin keluar dari Arsenal dan berhijrah ke Atletico Madrid yang sedia menawarkan dia kontrak. Nampaknya Merida kita ni dah tak tahan dok di Arsenal. Berasa dirinya star la tu. Hehe.. Menurut agen dia, Merida mahu keluar dari Arsenal sebanb nak dapatkan peluang bermain denganlebih kerap. Sebab tu la dia nak pergi dari Arsenal. Ini bukan soal wang ma..ini soal peluang banyak main atas padang. Lu ta de paham ka? Haha..

Merida o Merida...aku pom tak tahu nak komen apa pasal ko. Aku nak tunggu musim depan je dan tengok sama ada ko masih dok di Arsenal ataupom dah p kelab lain. Wenger tu dah baik sangat offer ko kontrak nak sambung, tapi ko tolak. Pemain muda lain yang sebaya cam ko tak de pom dok merungut nak p ke kelab lain. Rilek la bro, masih muda lagi, main sikit² dah la..Haha,,
Read More
Leave a Comment
Bolehkah Peguam Syarie Bukan Muslim?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
courthammer2.jpg
SOALAN
Selain isu pemberian lesen perjudian untuk mengendalikan perjudian sewaktu piala dunia pada bulan hadapan, isu berkait Islam yang banyak ditanyakan adalah berkaitan Perlantikan Peguam Syari'e dari kalangan bukan Islam. Apakah terdapat larangan khusus atau keharusan tentangnya di dalam Islam? Mohon ustaz mengulas.
JAWAPAN
Saya kira isu ini memerlukan perbincangan lanjut dengan lebih terperinci khususnya yang melibatkan peruntukan undang-undang dan yang berkait dengannya.
Selain itu, perkara berkait nas syarak dan juga kesan positif serta negatifnya juga perlu diteliti. Semua perlu didiskusikan bagi memperolehi satu keputusan paling konkrit dan wajar. Artikel yang saya tulis ini hanyalah sekelumit perbincangan yang berkaitan, ia ditulis dalam bentuk agak ringan untuk pembacaan awam. Ia tentunya tidak cukup untuk menetapkan pendirian terbaik namun saya kira cukup untuk memberikan sedikit jawapan dan rujukan untuk perbincangan yang lebih mendalam dan ilmiah.
Jika kita menelusuri khazanah ilmu Islam terdapat beberapa perkara boleh dijadikan rujukan iaitu:-
1.     Firman Allah swt :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Maidah : 8)
Ayat ini secara jelas mengarah umat Islam mengenakkan keadilan dan kebenaran dalam apa jua penilaian dan hukuman yang dijatuhkan. Justeru menjadi objektif Shariah, apa sahaja perkara harus (yang tiada larangan khusus) boleh mendekatkan kepada keadilan akan turut dibenarkan.
Dalam konteks ini, demi menegakkan keadilan dalam pemutusan hukum Shariah di mahkamah, tentunya Hakim mestilah seorang Muslim, malah mempunyai syarat tertentu tambahan pula. Saya kira, adalah jelas hakim di Mahkamah Syariah MESTILAH dan WAJIB seorang MUSLIM.
Namun status peguam, bagi saya mereka HANYALAH pelaksana atau bidang kuasanya terhad seperti pegawai eksekutif sahaja, bukan pemutus. Malah semua hujjahnya dalam dakwaan atau pembelaan terhadap anak guamnya belum tentu diterima oleh Hakim Syarie. Perbicaraan pula boleh dibuat secara tertutup. Justeru tidak timbul persoalan, peguam terbabit akan menyelewengkan nas Al-Quran atau hadis, kerana sebarang penyelewengan akan ditolak oleh hakim dan peguam lain. Maka dalam konteks tersebut, saya melihat tiada masalah bagi seorang peguam Syarie walau dari kalangan bukan Muslim.
Ia hampir sama dengan situasi perbankan dan kewangan Islam hari ini yang dipenuhi dengan CEO, pengurusan tertinggi serta eksekutif yang bukan beragama Islam. Namun tentunya, mereka diperlukan mempunyai beberapa kriteria dan kelayakan tertentu untuk menduduki jawatan di sektor kewangan Islam. Khususnya ilmu dan pengetahuan di dalam hal ehwal hukum Shariah di dalam bidang Fiqh Mu'amalat.
Apa yang tidak wajar atau TIDAK DIBOLEHKAN adalah bukan Muslim menjadi ahli Majlis Penasihat Shariah di mana-mana institusi kewangan Islam. Ini kerana jawatan tersebut memerlukan kriteria seperti hakim di mahkamah Shariah yang perlu menghayati Islam dalam ilmu, kehidupan dan keimanan di hati. Alhamdulillah setakat ini, masih belum ada mana-mana individu atau ilmuan bukan Islam yang dilantik menjadi ahli penasihat Shariah.
2)         Allah juga mengingatkan :-
سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَآؤُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُم أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Ertinya : Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan memberi mudarat kepadamu sedikit pun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil ( Al-Maidah : 42)
Ayat ini menunjukkan mahkamah Islam sentiasa sedia menerima mana-mana individu bukan Islam untuk mencari keadilan atau mendapatkan hukuman terbaik di atas pertikaiannya berdasarkan ketentuan hukum Shariah. Justeru, dalam konteks memberikan pembuktian, mengemukan hujjah, sudah tentulah individu bukan Islam tersebut BEBAS untuk berhujah di mahkamah (jika dia tidak diwakili oleh mana-mana peguam). Keadaan ini secara langsung menjelaskan bahawa mahkamah Islam menerima hujah dari individu bukan Islam sama ada atas nama pendakwa, tertuduh dan sekaligus peguam yang mewakili anak guamnya.
 
3.         Allah swt berfirman :
إنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللّهُ وَلاَ تَكُن لِّلْخَآئِنِينَ خَصِيمًا
Ertinya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat...(An-Nisa : 105)
Menurut para ulama, ayat ini sangat PERLU DAN WAJIB diHAYATI OLEH SEMUA PEGUAM MUSLIM, amat bertepatan dengan kerjaya peguam yang bertugas di mahkamah keadilan. Menurut mufassirin, ayat ini diturunkan ke atas kes seorang Munafiq bernama Tu'mah Ibn Abiraq.
Hasil daripada ayat tersebut, Rasulullah menarik semula hukuman ke atas Yahudi yang dituduh oleh seorang Munafiq bernama Tu'mah ibn Abiraq mencuri baju besi perang kepunyaan Qatadah Bin Nu'man. Padahal Tu'mah yang mencurinya dan menyembunyikannya di rumah lelaki Yahudi yang juga merupakan jirannya. Kes ini berakhir dengan hukuman dikenakan ke atas Yahudi, namun Allah menurunkan satu ayat menunjukkan Yahudi terbabit tidak bersalah iaitu surah An-Nisa ayat 105-109. (Tafsir Ibn Kathir, 1/552 ; Al-Durru Al-Manthur, As-Sayuti, 2/673 ;)
Imam Al-Razi berkata ketika menghuraikan ayat 105 surah an-Nisa di atas:
وكان الغرض من هذا النهي تنبيه النبي عليه الصلاة والسلام على أن طعمة كذاب وأن اليهودي برىء عن ذلك الجرم
Ertinya : Tujuan dari larangan (janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) adalah peringatan kepada Nabi s.a.w bahawa sesungguhnya Tu'mah berbohong dan Yahudi tersebut tidak bersalah atas dakwaan jenayah mencuri tersebut.(Tafsir al-Kabir, 11/28)
Ayat ini juga menjelaskan secara terang bagaimana seorang bukan Islam dari kalangan Yahudi diadili di Mahkamah Islam di zaman Rasulullah. Sebagaimana di atas, tentunya Yahudi terbabit telah diberikan peluang oleh Rasulullah untuk membela dirinya. Namun pembelaannya gagal. Pembelaan bermaksud menjalan tugas seperti peguam. Namun jelas keadilan sentiasa dijamin pemutusan hukuman dalam kes di atas ini telah dipandu oleh Allah ta'ala.
4.         Athar
Kisah perbicaraan antara Khalifah Ali k.w selaku Amirul Mukminin ketika itu dengan seorang Yahudi perihal baju besi wajar dijadikan rujukan.
Asalnya khalifah Ali kehilangan baju besinya. Tiba-tiba terlihat ia dalam barang jualan seorang Yahudi, lelaki tersebut kelihatan sedang menjualnya di pasar. Apabila dituntut oleh khalifah Ali dengan mengatakan ia adalah baju besinya yang jatuh dari untanya di malam hari, lelaki Yahudi tersebut enggan mengaku dan menegaskan ia adalah miliknya. Ali terus menuntut membawa pertikaian mereka mereka ke penghakiman hakim Muslim.
Hasil dari itu, kes mereka berdua yang berselisih dalam menentukan pemilikan terhadap baju besi tersebut dibawa ke pengadilan Qadhi Syuraih Ibn Harith Al-Kindi r.a (wafat 78 H). Lalu Syuraih bertanya kepada Ali, apakah kisahmu?
Khalifah Ali : aku mendapati baju besi milikku yang jatuh tercicir pada malam hari berada di dalam barang jualan lelaki ini.
Qadhi Syuraih : bagaimana pula kamu wahai lelaki?
Lelaki Yahudi : Ia adalah milikku dan berada dalam simpananku, aku tidak pula menuduh Ali berbohong.
Qadhi Syuraih : Wahai Ali, aku tidak syak atas kejujuranmu namun kamu mesti mempunyai dua orang saksi. Adakah kamu mempunyai bukti ia milikmu?
Jawab Khalifah Ali : Ya, kedua anakku, Hasan dan Husain menjadi saksi bahawa ia kepunyaanku.  
Qadhi Syuraih :Sesungguhnya penyaksian anak terhadap bapanya dalam kes ini tidak diterima.
Khalifah Ali : Subhanallah!. Adakah lelaki yang dijamin syurga tidak diterima penyaksiannya ( merujuk kepada Hasan dan Hussain yang disebut oleh nabi akan menjadi pemuda Syurga)
Qadhi Syuraih : bahkan wahai Amirul Mukminin, namun aku tidak boleh membenarkan penyaksian anak menyokong bapanya dalam kes ini.
Qadhi Syuraih : Wahai lelaki, ambillah, baju besi itu adalah milikmu.
Lelaki Yahudi berkata :
أمير المؤمنين قدمني إلى قاضيه! وقاضيه يقضي عليه! أشهد أن هذا الدين على الحق، وأشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً عبده ورسوله، وأن الدرع درعك يا أمير المؤمنين، سقطت منك ليلاً.
Ertinya : Amirul Mukminin Ali membawaku untuk diputuskan hukuman melalui mahkamahnya (islam) dan Qadhi pilihannya. Qadhi pilihannya memutuskan sebaliknya.! Aku bersaksi sesungguhnya agama ini adalah BENAR, lalu beliau terus mengucap dua kalimah shahadah. Kemudian, berkata : Sesungguhnya baju besi tersebut adalah milikmu wahai Amirul Mukminin, tercicir darimu di malam hari. (Hilyatul Awliya, Abu Nu'aim Al-Esfahani, 4/140 ; Tarikh al-Khulafa,  As-Sayuti, 1/185 ; Akhbar Al-Qudhah, Waki',  2/200)
Namun kemudiannya Ali terus menghadiahkannya kepada lelaki tersebut.
Jelas sekali lagi dalam kisah di atas bagaimana lelaki bukan Islam Yahudi ini dibenarkan berhujjah untuk dirinya sendiri. Menggunakan peguam adalah sama seperti berhujjah kepada diri sendiri, kerana peguam hanyalah wakil yang mewakili anak guamannya disebabkan kredibiliti, pengalaman dan pengetahuan undang-undang yang lebih baik berbanding anak guamannya.
KESIMPULAN
Hasil dari ringkasan dalil di atas, buat masa ini saya berpandangan, secara ilmiah, logik dan asalnya, tiada salah mana-mana peguam sama ada dalam kes yang melibatkan harta seperti di atas atau kes kekeluargaan dan sebagainya bertindak selaku peguam bagi anak guamannya. Tanpa mengira agama anutannya, apa yang asas adalah hujahnya mestilah menepati displin ilmu Islam yang ‘valid'.
Namun demikian, perlu saya ingatkan sekali lagi, artikel ini hanyalah ulasan ringkas menjawab soalan yang diutarakan. Justeru, beberapa persoalan lain juga perlu diambil kira khususnya dari sudut undang-undang dan pentadbiran.
Sebagaimana isu penggunaan nama Allah, pemerintah mempunyai kuasa ekslusif untuk menyekat jika diyakini ia boleh membawa mudarat tertentu. Malah jika tiada mudarat sekalipun, Allah memberikan kebebasan. Ini jelas dari ayat kedua yang saya bawakan di atas juga iaitu :
فَإِن جَآؤُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُم أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ
Ertinya : Sekiranya mereka datang kepadamu, jalankanlah proses hukuman di antara mereka atau kamu boleh berpaling
 
Imam Al-Baidhawi dan lain-lain mufassirin menjelaskan:
تخيير لرسول الله صلى الله عليه وسلم إذا تحاكموا إليه بين الحكم والإعراض
Ertinya : Ia merupakan pemberian pilihan kepada Rasulullah s.a.w apabila mereka datang meminta hukuman darinya, sama ada untuk menerima atau menolak ( Tafsir Al-Baidhawi, 2/326)
Justeru itu, pendirian Islam dalam hal ini terbuka kepada pemerintah dan hakim Syar'ie. Mereka boleh menerima kes yang melibatkan bukan Islam di dalam mahkamah mereka, atau menolak. Jika demikian, ini bermakna, menurut peruntukan yang jelas dari Allah ta'ala, Mahkamah Islam juga bebas sama ada untuk menerima peguam Syari'e bukan Islam atau menolaknya sebagaimana halnya penerimaan untuk membicarakan kes mereka atau menolaknya. Kedua-duanya dibenarkan oleh Allah ta'ala
Selain itu, pemerintah sama ada atas nama jabatan Agama Islam negeri berkenaan atau lainnya, mereka mempunyai hak untuk menyusun atur kelayakan khusus untuk sesuatu posisi dan jawatan di dalam perkhidmatan. Justeru, jika telah ditetapkan oleh mana-mana negeri, peguam syarie di negeri mereka mestilah dari kalangan mereka yang beragama Islam sahaja, maka hal tersebut adalah ‘valid' dan wajar dipatuhi.
Pada hemat saya, ia adalah undang-undang yang bersifat administrative dan bukan tegahan atas nama ‘agama' atau dari hujah agama' (kerana kelihatan tiada halangan dari sudut agama), ia adalah syarat pentadbiran, seperti mesti menjalani peperiksaan PTK untuk kenaikan pangkat, menghadiri majlis konvokesyen universiti dengan jubah khas.  Memasuki sebahagian kawasan hospital dengan pakaian khas dan sebagainya. Jika kita mampu untuk memahami sedemikian, isu pentadbiran seperti itu, tidaklah wajar diperbesarkan.
PRAKTIKALNYA
Secara praktikalnya saya juga kurang setuju bukan Muslim menjadi Peguam Syari'e, namun apa yang saya bicarakan dalam artikel di atas adalah  sebahgain aspek dari sudut hukum. Persoalan peguam ini termasuk dalam bab ‘Al-Wakalah bil Khusumah' atau ‘Al-Wakalah Fi Al-Da'wa'.

Ertinya, perlantikan seseorang terhadap peguam untuk mewakili dirinya dalam perbicaraan. Disebutkan dengan jelas oleh para ulama keharusan bukan Islam untuk mewakili orang Islam dalam apa juga kes melibatkan harta, keluarga, hak pusaka dan sebagainya.

Imam Ibn Qudamah mengatakan :

 
وإن وكل مسلم كافرا فيما يصح تصرفه فيه صح توكيله سواء كان ذميا‏,‏ أو مستأمنا لأن العدالة غير مشترطة فيه 
Ertinya : sesungguhnya jika seorang Muslim melantik wakilnya seorang akfir dalam apa jua perkara yang sah untuknya bertindak, mak sah perlantikannya sebagai wakil (dalam konteks perbincangan kita wakil bil khusumah = wakil pembela atau pendakwa), sama ada kafir itu dari kalangan kafir dzimmi, musta'min kerana keadilan itu tidak disyaratkan (berkait) padanya' ( Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah , Bab Wakalah)

Kerana itu saya katakan, dari sudut hukum Islam, bukan Islam dibenarkan mewakili muslim di mahkamah sama ada mahkamah civil atau mahkamah Syariah (dalam konteks Malaysia). Cuma ia terikat kepada undang-undang administrative yang memerlukan muslim sahaja di mahkamah syariah. Cuma artikel saya lebih kepada mengajak pembaca mendapat info hukum asal, bukan terlalu specific dan menjawab persoalan dalam konteks Malaysia secara khusus.

Adapun hal-hal dan isu seperti ‘kebenaran itu akan menutup peluang kerja muslim', ‘peguam muslim masih ramai', ‘agenda kuffar', ‘aqidah umat islam sedang lemah', ‘agenda murtad bertambah', ‘bagi betis nak peha', ‘kelak nanti memohon menjadi hakim syarie pula' dan sebagainya.
Semua itu adalah faktor-faktor mendatang (li ghayrihi), maka ia memerlukan perbincangan berasingan dan memerlukan berbukti. Maka terbukti, pemeirntah smemeangnya boleh melarang, namun larangan itu bukan atas dari larangan asal yang bersifat (li zatihi) tetapi larangan yang bersifat mendatang. (li ghayiri).
Kita perlu faham satu demi satu dimulakan dengan perspektif hukum Fiqh yang asal terlebih dahulu
   
 
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
18 Mei 2010
Read More

Jangan Salahkan Fabregas!!

Leave a Comment


Salam semua. Kita jumpa lagi untuk entri kali ni. Korang mesti perasan yang aku skang ni aku update berita sal bola tu bukan satu post untuk sehari. Harap korang semua faham² la sebab skang ni berita dok main goisp macam tu je. Gosip pom berita yang sama je..cuma tajuk je yang lain. Biasa la kan??Mainan media. Sampaikan pemain badminton negara kita pom menyalahkan media atas kekalahan mereka. Haha.. Lucu sungguh. Dah kalah, nak sabitkan media..diri sendiri tak nak ngaku..

Berbalik pasal cerita kita lak. Aku tak nak citer panjang pasal citer ni. Skang ni status Fabregas aku tak leh nak janji la yang dia akan kekal di Arsenal. kalo posting sebelom ni ada cerita kan yang dia ada minta Wenger lepaskan dia dan setlekan hal ni sebelom World Cup. Jadi, sambil² korang dok tungggu World Cup tu, korang fikir la jugak sama ada Fabregas kekal atau pun menjadi player Barca.

"Jangan Salahkan Fabregas". Ini adalah petikan kata Ian Wright yang mana merupakan pemain lagenda Arsenal. Kalo tak silap aku, dia ni berada di kedudukan no.4 dalam 50 senarai lagenda Arsenal. Jadi, kalo dia bersuara tu, memang orang respect la sikit. Kalo orang respect, mesti laju je wartawan dan juga kuncu²nya update dalam media cetak ataupun media tv / dengar (radio) mereka.

Ian kata sebegini sebab Fabregas berusaha dengan terlalu bagus dan jugak terlalu kuat untuk memastikan Arsenal berada di tempat yang terbaik, tetapi Arsenal. Ermmm.. Hampeh...Semakin kecundang. Kalo korang nak feeling lagi, pasang la lagu nyanyian Rahmat yang bertajuk Sentuhan Kecundang. Dia cakap macam ni sebab Arsenal sekarang ni semakin terkebelakang dan kelab yang dia ingin pergi skang ni (Barca) pula semakin top katakan. Piala pom dalam genggaman mereka. Tambah² lak Villa dah pom menjadi milik Barca. makin semangat Fabregas. Barca skang ni dah jadi macam skuad Sepanyol da...Haha..

Ian tahu yang mesti ramai fan tegar Arsenal ni dok caci dan jugak dok cincang dia sebab mengeluarkan kata² macam tu. Tapi, nak tahu apa yang ian cakap kat fan Arsenal ni. Dia bagitau yang dia cakap perkara yang benar dan dia tak perlu takut kat sesiapa pom. Dia ada bagitau awal² yang kalo ada sape² yang cuba mengugutnya di Fb ataupun melalui YM, dia tidak sesekali akan gentar.

" Saya tahu yang saya sekarang ni mengeluarkan kata² yang mungkin fans Arsenal akan marah. Tapi, disini awal² lagi saya ingin bagitau kepada sesiapa yang ingin mengugut saya atau pun membuat ancaman bunuh terhadap saya sama ada di YM saya ataupun di laman Facebook, saya tidak akan gentar walaupun sedikit. Berani kerana benar."

Sahla yang Ian ni memang lelaki sejati. Langsung tak takut dengan ugutan dan mainan bunuh membunuh ni. Jadik, kepada korang yang baca entri ni. jangan cuba salahkan Fabregas seratus peratus. Mungkin dia berasa dah lama dok dengan Arsenal. Tapi, pencapaian Arsenal tak seperti yagn dia kehendaki. Piala pom asyik melepas ke tangan orang lain je dalam beberapa tahun ni. Kalo pergi Barcelona tu, boleh gak balik ke kampung halaman dan umpa kawan² lama.

Tapi, aku sangat berharap yang Fabregas masih still dengan Arsenal untuk musim depan dan harap²la yang dia nibertahan di Arsenal untuk satu musim lagi. Apa pandangan korang, kalo ada pandangan nak kongsi nga aku, komen je post ni kat atas tu. Tekan je butang bubble kat atas tu. Okes...sekian.
Can you honestly blame him?. I used to get so much stick from Arsenal fans on talkSPORT when I used to say that. Obviously, with [former Arsenal chairman] David Dein going it’s no surprise that it coincided with Arsenal petering out, not doing anything.
You cannot keep players of the calibre of Cesc Fabregas when he’s got so much to do. He’s had so many injuries the last couple of years because he’s been pushed too much, he’s had too much of a burden [on him].
And then you look at Barcelona who want him. He’s looking at them winning stuff. He’s looking at them with Lionel Messi, the best player in the world in the team. He’s looking at how great they are and they want him. How can Arsenal honestly say ‘well, we’re going to do this to keep him’?
It’s not about money. It’s about the fact that he wants to get to a level where he can compete and win the greatest honours in the game. That’s why I was so disappointed when Thierry Henry went to Barcelona and he won it [the Champions League] because it seems like you have to leave Arsenal to get to the next level and that is why we’ve gone backwards.
For some reason we cannot attract the great players, that are going to keep people Cesc Fabregas there, to Arsenal anymore. How can you blame him for wanting to go?
Lagenda Arsenal dulu..Ian Wright
Read More

Fabregas Mahu Pergi..

Leave a Comment
 selamat jalan ye...hehe

Salam semua. Aku harap korang yg baca entri ni harap jangan cuba membuat andaian yang buruk² pasal Fabregas sebab entri kali ini aku dah ambil dari sumber yang sahih...Cuma yang aku dok bimbangnya,,sumber ni betol² sahih ke tak pasal bab ni.

Okey..pasal Fabregas yang mahu pergi dari kem Arsenal dan mungkin dia tidak lagi akan menyarung jersi baru Arsenal pada musim depan. Sumber yang aku dapat dari The Sun (UK) bagitahu yang Fabregas sudah bertemu 4 mata dengan Wenger dan meminta benar² agar Wenger ni melepaskan dia untuk bermain di kelab Barcelona pada musim depan.

Bingai betol la. Fabregas ni nampak cam bersungguh sangat nak kuar dari Arsenal kalo  ikut akhbar The Sun tu. Tapi, korang jangan ambik mudah selagi tiada keputusan rasmi yang Fabregas bukan lagi milik Arsenal. Korang kena ingat yang Fabregas ada kontrak dengan Arsenal ni sampai tahun 2014. Barcelona pom aku ada  dengar berita dah buat deal dengan Arsenal untuk dapatkan Fabregas ni. Dengar² 30 juta pound, tapi Arsenal up lagi 10 juta pound, biar kasi 40 juta pound. Kaptenkan, kena la mahal sikit.

Aku dok rasa yang Fabregas ni makan pujuk rayu Xavi dengan kuncu²nya la. Sebab apa? Sebab dalam 2  3 hari lepas ni, aku dok perati yang kuat sangat Xavi dok pujuk si Fabregas ni. Tambah² plak, Fabregas skang ni dok berlatih dengan skuad Sepanyol. Lagi berair hati Fabregas dok dengar pujuk rayu pemain Barca dalam kem Sepanyol.

Sebelom kita dah bising kan yang Barca bagitau Fabregas yang dia akan terima tawaran ni untuk kali terakhir ataupun pintu untuk dia jadik player Sepanyol tertutup buat selama²nya. Ni yang aku rasa Fabregas rasa tergugat ni sebab dia nak sangat main nga kelab Barca. Mana boleh tak nak main, sejak kecik lagi ayah dia hantar pergi main kat akademi Barca. Haha..Entah la Fabregas, ko buat la keputusan terbaik. Tapi, kita orang berharap sangat yang ko tak pergi dari Arsenal.

Jadik, kita engok la apa reaksi Wenger selepas ni. Fabregas mintak kat Wenger supaya urusan kontrak dia ni akan selesai sebelom World Cup. Katanya, senang sikit nak fokus kalo masalah pasal kontrak ni dah setlle. Kalo jadik, Fabregas mungkin akan jadik pemain Barca untuk musim depan dan bersama² ialah penyerang baru iaitu david Villa. Siot betol.. Fabregas dan Villa. Complete r Barca. Tip top. Huh. Bunyi²  yang diorang bersedia nak tukar Ibrahimovich kalo Arsenal setuju nk jual Fabregas. Mal oi...tak yah la Ibrahimovic tu, baik ambik yaya Toure ke..hehe..

Takpe,..kita tunggu je sebelom World Cup ni sama ada Fabregas pergi ataupun tak dari Arsenal..k.Adios..hehe
Read More

Apa kata Seaman?

Leave a Comment
Salam semua..Aku tak sure yang berita aku nak post kali ni penting ke tak penting. Tapi, sekadar nal isi posting blog, ok je aku rasa. Betol tak? Kalo korang baca and rasa tak puas hati ke, rasa nak marah aku ke, korang blh je komen kat bawah tu..Aku dengan hati terbuka je setiap masa menerima kemarahan orang.



dah tua dah..makin tua makin....


Berita ni aku ambik dari salah satu web orang putih. Korang kalo nak tahuw eb apa, korang kontek je aku. Dia bagitahu yang David Seaman, lagenda Arsenal ni konpius sama ada Arsenal ni pautu ke tak utuk membeli seorang keeper lagi. Pada mula² hari tu, aku ada baca yang Seaman bagitahu yang Arsenal ni patut beli seorang keeper yang berpengalaman. Korang rasa Almunia tu tak de pengalaman ke? Aku pom pikir macam tu gak, tapi, tu la, Almunia ni, semakin hari semakin bodoh je depan gawang gol. Tak tahu la apa nak jadik nga mamat ni. MOnopouse kot? Hehe,,

Tapi, untuk kali ni, Seaman ni macam konpius lak sama ada Arsenal ni patut mencari keeper yang berpengalaman ataupun cukop dengan keeper yang sedia ada. Aku rasa Seaman ni macam bingung gak sebab Fabianski dan Mannone ni, nampak berbakat giler. Dah la, umor pom muda. Cuma yang kurang kat pengalaman. Tu jer yang kita kureng. Tapi, yang kurang ni kita boleh baiki kan. Aku harap sangat lah yang Wenger ni pikir baik² and pikir sampai habis berpikir untuk membuat keputusan. Kalo Wenger ni Islam, aku rasa dah lama dah dia buat solat hajat dan istikharah. Hehe.


Tu baru 2 keeper je. Korang jangan lupa yang kita jugak ada keeper muda lagi. Siap dipinjam ke kelab lain lagi, Wojciech Szczesny. Korang mesti tak lupa kan. Keeper ni nampak je muda ala² jambu sikit, tapi power beb. Tergugat Fabianski dan Mannone. Tapi, tu la, seperti yamg kita dok bincang kat atas yang keeper² belia kita ni kekurangan pengalaman. Kalo pengalamn tu oleh beli, ok la jugak sebab Wenger sekarang ni tengah banyak duit. Penuh poket Wenger sekarang ni. BOleh la kalo dia main judi time World Cup tak lama nanti. Mintak dia datang Mesia jek, sebab Malaysia ni dah halalkan judi. Halal yang sememangnya sudah jelas dan terang yang judi ni perkara yang haram. Nama je negara Islam, tapi, perkara yang haram main² je dia halalkan. Korang tahu tak, kafir kalo halalkan perkara yang haram ni. Jadi, kalo sape² yang ada link dengan Najib tu, korang nasihat la baik² sebab dia la kepala yang menghalalkan judi ni.

    I don’t know. If you look at the keepers at Arsenal there is a hell of a lot of talent – but there is a hell of a lot of young talent there. Manuel Almunia is 32 so is reaching now the perfect age for a keeper. I am not too sure whether Wenger needs to buy one, maybe he just needs to bring through what we’ve got . I know Lukasz Fabianski had a bad end to the season but is still a really talented keeper. You’ve got Wojciech Szczesny and Vito Mannone, so you have young talent. I’m not sure – he may just want to bring them through.

    It’s a big question for Arsenal this summer. Does he go out a buy an all-signing, all-dancing finished article or does he stick with what he does which is buy someone you have never heard of before and make them into superstars? I think he needs to buy a couple of experienced players. The younger players need experienced players to fall back on when things aren’t going right. I don’t think he needs to buy lots of players – the squad is good – he maybe just needs one or two players – a central midfielder and a central defender.
Read More

Nasri Masam Muka

Leave a Comment
Salam semua. Salam satu Malaysia seperti yang diuar²kan oleh Najib kita. Haha..Kalo korang sokong Najib, korang jawab la salam tu. Aku bagi je salam Najib, tak cakap pom sokong ke tak si Najib tu. Jadi, undi adalah rahsia. Aku pom tahu yang aku ni tak layak lagi untuk mengundi. Malam ni pom orang dok tengah kira undi kat Sibu tu. Harap² la ada yang menang. Tak nak la ada yang seri. Wakaka..

Domenech, ko ni buta ke.? Tak nampak ke aku main bagus giler..haha

Kalo kat negara kita tu orang dok sibuk kira undi. Aku ni update sket pasal perkembangan team Arsenal kita. Aku dok perati lama dah masalah dalam kem Arsenal ni. Masalah dalaman la katakan. Masalah anak beranak. Terbaru, dikatakan yang ramai player Arsenal ni retak hubungan dengan Gallas. Kapten menangis. Korang nak tahu kenapa? Jom...ke perenggan seterosnya. saje nak buat space banyak sket...

Yang aku tahu ni pasal Nasri je..Nasri cakap dia ni terkilan + pelik + tak puas hati dengan Domenech. Dia tak puas hati ni sebab Domenench tak panggil pom dia untuk skuad World Cup kat Afrika ni. Dia ni mesti banggang betol kan. Main macam nak gila, last² coach tak panggil pom dia untuk masok dalam skuad. Kalo korang, ape yang korang rasa.? Mesti tak puas hati kan?

Tapi, Gallas ni, baik² Domenech panggil untuk jadik wakil Perancis. Aku rasa, mesti Nasri tak puas hati kan nga Gallas ni. Rasa nak cubit² je Gallas ni. Tapi, tu la, takot Domenech plak marah kat dia kalo dok main cubit Gallas. Jadi, Nasri pom buat senyap je nga Gallas ni. Tak bertegor sapa. Memang langsung tak tegor gallas. Kalo Gallas lak yang tak tegor, dia buat derk je. Haha. Orang² gaduh. Perang dingin kalo bahasa standard. Dalam Islam, tak leh macam ni...

Buat masa sekarang ni, orang dok kata ada 4 orang lagi yang dok main perang dingin ala² ABC gitu dengan Gallas ni. Jadik, kemungkinan Gallas tak akan sambung dah kontrak dia dengan Arsenal. Dia pom tak nak jugak dok dalam kelab yang orang lain dok benci je kat dia. Haha. Nasib ko la Gallas, mungkin ramai lagi kot yang benci kat ko. Tapi, kalo ko tanya aku, aku tak benci.. Wakaka..
Read More

Transfer Gosip.

Leave a Comment
Assalamualaikum untuk semua. Aku mintak maaf banyak² dahulu sebab tak update dalam 2 3 hari ni. Ada masalah skit bro. Masalah yang tak dapat aku nak elak. Sebab tu aku tak leh nak update. Jadi, mintak maaf dahulu sebelom aku posting berita terbaru ni.

Untuk hari ni, berita sensasi ialah berita pasal transfer je. Tak banyak dah akbar nak tulis dalam page diorang. Diorang sekarang ni tengah naik flight, survey tempat untuk World Cup. Arsenal sekarang ni dikatakan ingin membida keeper West Ham.Robert Green? Korang tahu kan yang Green ni dah tua dah. Rambut pom stylo. Tapi, tu la...Wenger kata, tak mustahil kalo dia nak keeper rambut berkarat dan tua asalkan ianya menjadi. Tangkap bola pom kemas cam tangan dia tu ada keserasian.

Abang green kita ni,,handsome betoi..

Sumber tu aku ambik dari SkySport. Jadi, ikut korang la nk caya ke tak berita ni. Tapi, bagi aku, sky sport ni boleh dikatakan berita yang hampir² nak betol la. Walaupon kroang tahu yang West Ham tak mungkin akan lepaskan Green ni, tapi, mungkin tergugat hati Green ni bila dengar nama Arsenal a.k.a The Gunners.


Tu untuk gosip bagi keeper. Satu lagi gosip yang aku dapat ialah pasal pemain Perancis ni. Mungkin dia ni kawan Sagna. Takpom kawan Gallas. Tapi, korang mesti konpius yang dia ni berkawan tak nga Sagna. Pemain ni namanya Yoann Gourcuff. Memang tak leh nafi dah yang Gourcuff ni main memang best la. perfect. hehe. Dia ni pom sama la nga Green, dipanggil oleh jurulatih masing² untuk World Cup bulan 6 ni.

yang ni aku memang minat..hehe
Korang tengok sendiri la jadi ke tak Wenger nak beli pemain ni. Ni pom gosip gak. Aku ambik dari Sport.co.uk. Korang bukak sendiri la kalo tak caya. Aku memang konferm, korang ni mesti ada perasaan nak bangkang gosip ni. Korang kata yang mustahil 2 pemain yang gosip ni akan pergi ke Arsenal. Jadi, awal² lagi aku bagitahu yang aku cuma sebagai penyampai. Betol ke tak tu aku tak leh nak konferm kan. Haha. Jadi, aku nak chaw dulu.
Read More

Habis..

Leave a Comment






Kita menang gak ye semalam...tak de point aku nk update...sebab cakap banyak2 pom tak de guna..no.3 liga dan kita tggu untuk musim depan lak.
Read More

Game Last!!

Leave a Comment
Salam kehormat buat korang semua. Salam kehormat tu sebab aku hormat korang yang baca blog aku ni.Blog ala kadar je ni sekadar nak habiskan masa yang tersisa ni. Sebab aku tengok ada je orang baca blog ni. Kalo dah tak de orang yang bukak blog ni, aku pom berhasrat nak tutup blog ni. Nasib bek la ada korang yang suport dengan memberikan aku semangat nak update. Hehe.

Jadi, kita teros ke entry kita untuk hari ni. Kelmarin and kelmarin yang tak update tu aku mintak maaf sangat² sebab ada masalah sikit. Masalah umat orang² tua kata. Jadi, post aku kali ni adalah pasal game last kita malam ni dan jugak last untuk musim ni. Last game kita lawan Fulham. Yang penting malam ni adalah kita nak menang ataupun seri. 2 tu je. Kalah memang kita tak nak langsung la. Sikit ibarat muncung sedih teh pom tak nak. Sebab kita nak menang ni adalah untuk mengekalkan kita sebagai no.3 liga. Kalo kita kalah dan Tottenham plak yang menang, alamat no.4 la kita. Jatuh standard la bro.

Jadi, dengan malam ni malam last bg liga premier Ingeris ni, aku berhajat yang aku nak berhenti setakat ni je. Jadi, kalo korang rasa korang masih still nak blog ni 'hidup' korang PM la aku...hehe..Mungkina akan aku pertimbangkan. Ye la, main nga update tak berbayar ni. Letih gak wei.Haha..

Untuk malam ni, aku bagi senarai pemain yang injurt dan yang konfermnye tak leh main malam ni :

1. Fabregas
2. Almunia
3. Gallas
4. Vermaelan
5. Denilson
6. Ramsey
7. Rosicky
8. Song
9. Bendtner
10. Clichy

Huh!! Ramai giler yang injurt. 10 orang tu beb. Kalo tambah lagi sorang, cukup² game untuk satu² match yg pemain ktia injurt? Jadi, boleh menang ke skuad kita untuk malam ni? Aku malas nak bet da. Yang aku bet hari tu kalah senang² je. Hehe. Jadi, game malam ni aku rasa sedikit mencabar. Tu je.

Fulham sekarang ni bukan boleh nak dibawa berunding pom. Kalo bg rasuah, dia report kat FA. Tak nak ar macam tu. Macam game kotor lak. Fulham skang ni dok di tangga no 12. Kalo diorang kalah pom ta pe,,kalo menang dapat bonus dari penaja. Jadik, mesti malam ni diorang main nga sungguh² sebab nak dapatkan bonus ni. Bodoh r kalo main game tu nak kalah. Lembu Red Bull pon bijak lagi kalo macam tu. Diorang ni mesti nak menang untuk dapatkan bonus dan boleh la diorang buat modal nak cari awek² ataupun bapok yang berpeleseran kat kota London tu. Kena Darrent Bent plak, memang konferm la kena. Hehe.

Jadi, untuk skuad yang aku dok rasa² Wenger turunkan malam ni.:

Mannone
Sagna - Campbell - Silvestre - Traore
Eboue - Diaby - Nasri - Vela
Arshavin - Persie


Jadi, ni la skuad jangkaan aku. Jangkaan je ni. Walaupun aku ada dengar yang Clichy mungkin boleh main malam ni, aku rasa Wenger tak mungkin nak letak Clichy ni dalam risiko. Haha. Bek terbaik tu, ada chance jadik penyerang. Kat ner lagi boleh cari bek macam Clichy ni, nasib bek ada satu kat EMirates ni. HEhe.  Jadi, untuk keeper tu, aku dok² rasa yang Fabianski, tapi, instinct aku rasa Mannonne akan main untuk game last. Kasi la dia peluang skit bro. Hehe. Pastu, yang lain skit, aku masukkan Vela sebagai starting malam ni. Nampak ada chance a skit sebab lawan Blackburn baru ni pom dia dah main da. Haha.

INTERVIEW BELOM MATCH

Jadi, kat sini aku letak skit conference wartawan² yang sibuk dok tanya soklan kat Wenger. Nasib bek la Wenger ni layan gak diorang. 
WEnger bagitahu, yang dia skang ni seolah² tak caye yang dia berada di situasi saspen untuk penentuan tempat ke-3. Lari bajet beb. Lu tahu ape. Hehe.

I am surprised [we are in this situation] because I thought we would make the points before now. I knew that we had difficult games and that there could be something at stake. But it’s not too bad – it’s good to have something at stake and we have an opportunity to go for third place.

I know this match comes after a few disappointing results and, of course, since we have gone out of the Champions League there was a little downer in our heads. But I think we have enough pride and quality to finish the season well and to secure the third place.

Wenger pom tahu yang lepas Arsenal kalah kat Champion League, situasi nampaknya jatuh sikit. Sikit ke banyak eh Arsenal ni down? Ah...tak petim. hehe..Yang penting game untuk malam ni. Nampak tak ayat Wenger yang last tu, dia cakap yang team Arsenal malam ni akan menang dengan penuh bermaruah. Jadik, kita tengok la maruah Wenger malam ni setakat mana.Tak habis lagi ni, aku letak gak apa yang manager Fulham dok kata kat wartawan²  yang banyak mulut ni.

If the day comes when a so-called big club wants me and I’m available then I would be happy to do it.

If the question is ‘Now you’ve reached this final are you putting yourself on the market to try to get the biggest club you can get?’ then the answer is no, I’m not.
I’ve signed a contract here. I’m happy at Fulham. Until I hear otherwise that’s where I intend to be working.

There’s always speculation about managers. The speculation is rife about me at the moment but it will be rife around someone else in the future. That’s the nature of things.

 Nampaknya, manager dia ni dok rungsing pasal masa depan dia kat Fulham. Tak tahu la, tu masalah dia, kita tak nak tumpang masalah dia. Masalah kita pom dah berlambak da. Jadi, masalah sekarang adalah untuk game malam ni. Biar malam ni baru tak de masalah. K.Wassalam.
Read More

Bek Senegal!

Leave a Comment
Salam kekenyangan. Rasa memang sedap la kalo time² lapar, lapar yang korang peram sampai tahap nak buruk dah,  pastu pegi baham nasik boleh satu talam. Pergh..memang nikmat yang tak terhingga la. Tu memang feveret aku la. Tak leh nak ubah. Makan sampai kenyang. Jadik, aku pom bagi la salam kekenyangan kat korang semua tadi, tanda aku kongsi kekenyangan aku nga korang semua. Hehe.

Ok. Kat sini kita bukannya kita nak citer pasal bab kenyang nga bab lapar. Kalo nak citer bab tu, kita citer kat entry lain ye. Yang aku nak citer kat sini pasal team Arsenal yang sekarang ni sibok nak cari bek. Diorang bukannya nak sibuk pasal kedudukan temapt ke tiga liga ni. Kalo tengok match semalam, aku rasa kedudukan kita sebagai jaguh no.3 sedikit tercabar sebab Tottenham menang nga City semalam. Memang padan la nga muka City tu. Star ramai, tapi tak leh nak menang gak. Ambik ko Mancinni. Haha.

Pasal kita tergugat ke tak dengan tempat no.3 tu, kita tengok keputusan last liga pas² ni. Skang ni nak citer pasal bek yang orang dok citer Arsenal nak beli. Aku dengar² la, bek yang Wenger nak ni adalah bek dari Senegal. Import dari benua Afrika beb. Mesti hitam. Caya tak? Kalo tak caya nanti aku upload gambar dia. Walaupun hitam, korang ingat aku hina ke? Bukan cam tu, aku ni cam kagum la nga mat² hitam. Sebab apa? Sebab diorang ni tuff, nampak gagah and maskulin. Haha. Kalo mat² putih tu, nampak jambu je yang banyak. Tak macam tu ke?

Korang tengok la tak caye. Caye ke tak?hehe..

Pasal bek tengah ni, dia baru je berumur 25 tahun dan boleh la dikatakan berpengalaman untuk dijadikan partner Vermaelan tu. Nama pom aku tak bagi tahu lagi. Empunya nama bagi permata hitam SEnegal ni Pape Diakhate. Tengok nama la beb. Nama pom dah cukop handsome. Kalo korang nak panggil nama handsome dia ni, paggil je nama 'papan'. Haha..

Pasal perjalanan karier dia. Dia ni banyak bermain di kelab Perancis AS Nancy. Perancis ye? Biasala tu, Wenger ni suka sangat nga orang perancis sebab 1) dia tu memang warganegara PErancis 2) Awek² perancis boleh dikatakan menjadi la. Barang top.3) sebab nama dia Perancis. Lepas 'papan' ni main untuk Nancy, dia pom berhijrah la ke Dynamo Kiev. Pastu, time dok kat sana, boleh sakit la plak. Jadi, dia pom dipinjam la kek kelab St.Etienne, balik Perancis pulak la. Pastu,(banyak tol pastu), dia dijangka akan balik Senegal habis musim ni sebab orang dah tak nak dia. Nak balik Senegal la plak. Lama dah tinggal anak bini.

Jadi, dikhabarkan yang Arsenal menawarkan 10juta pound untuk dapatkan pemain ni. Murah je. Tak perlu mahal² sebab dia ni bukannya pemain bintang cam Fabregas. Entah mari kat celah mana la Wenger boleh jumpa. Kalo korang kenal nga dia ni memang aku tabik spring la. Haha..Takpom, sama² kita tabik spring.
Read More

Masih Lemah

1 comment
Arsenal skang ni nampaknya makin bingai la. Orang dah bg suport giler² kat team ni, tapi..main cam siput khinzir. Panas la macam ni. Aku ingatkan match semalam kita menang nga bergaya macho. Tapi, predict aku tak menjadi. Bukan saje tak menang dengan bergaya macho..tapi hancor terus..Kalah beb. Bukan setakat seri, ni kalah teros. Mmg predict aku tak menjadi la utk minggu ni. Kalo minggu ni aku bet pe² menda, rasa²nya aku tak menang. Bet sajala, tak duit pom. Apa eh masalah team kita ni?
Gol pertama Persie..kejap je ni

Tapi, tak sedap gak, aku nak ulas kat sini pasal game kita semalam sebab aku pom tengok separuh je. Dengan skuad cam ayam goreng tak masak tu, aku dah agak da...susah Arsenal nak menang malam ni. Dalam kepala hotak aku dok bajet yang Arsenal akan seri je malam ni. Lepas tu, aku teros je balik. Tu pom Van Persie tak score gol lagi. Memang awal giler la aku balik. Korang tengokla skuad kita untuk game semalam.

Fabianski
Sagna-Campbell-Silvestre-Traore
Eboue-Samir-Diaby
Walcott-PErsie-Vela

Subs : Arshavin, Eduardo, Djourou, Mannone, Kieran Gibbs, HEnderson, Eastmond

Korang boleh tengok la berape je yang betol dengan team yang aku predict semalam. Kat bek tu, clichy yang tak de. Dalam paper aku baca, diorang dok ulas yang traore ni main cam orang kudung kaki a.k.a cacat. Diorang cakap yang bek kita kita semalam ni senang² je bagi penyerang blackburn tu masok kawasan pertahanan kita. Orang dah bg main ni, macam ni plak. Pastu, orang tak bagi main, dia cakap nak pindah la, nak pergi kat kelab lain la. Dia tak tahu yang orang tak bagi dia main ni sebab dia tak bagus la. Bangang betoi la. Haha.
Semangat kesukanan beb...hehe

Satu lagi, pasal Silvestre, aku tak puas hati betol nga bek dari Man U ni. Asyik jatuh je time game mula. Lutut ko tak cukop kemas ke nak main bola. Meh sini aku tolong skru kan? Kalo bek tengah tu pihak lawan dah nampak yang ko ni dah goyah, senang la diorang ni. Senang lagi, pastu tambah nga semangat. Umph, dengan bergabungnya dua sifat ni. Mampos ko Arsenal semalam. Aku ulas ni cam aku tengok je? Ye la, aku tengok balik tengok kat umah sebab kat stadium Blacburn tu memang low la servis dia. Wakaka.
Sukanya dia...

Kalo korang tengok kat subs kat atas tu, Gibbs dan Djourou dah ada dalam senarai. Nampak diorang ni nak pulih sepenuhnya da. Kalo masok Djourou gna Gibbs pom ok gak semalam kalo dah tahu alang² nak kalah. Pastu, Wenger letak Henderson nga Eastmond pom sebagai sub. Pemain muda kena letak senarai subs jadik la. Nak ambik hati kata kan. Pasal HENDERSON.
OK je pak cik sasa ni..hehe

Aku malas nak ulas la pasal gol ni. Kalo korang tengok, korang boleh tahu yang gol persie ni gol tandukan je. Hasil daripada corner yang diambil oleh Nasri. Bola dah ditanduk ke belekang da oleh Sagna pastu, teros je PErsie sambung nga kepala dia. Habis gaya rambut Persie. Dah tak tajam dah rambut spike dia. Hehe.


Kat atas ni video untuk gol Persie. Pastu kat bawah ni korang tahu² la gol sape kan. Gol mula² Blackburn ni Dunn yang jaringkan. Pastu, gol ke dua, gilirang mat hitam plak, Mat Samba Belacan yang skor. Hahaha..


 Kat bawah ni la gol Samba. Orang dok kata yang ramai Fabiasnki ni lembik cam coklat susu seposen 3 biji. Ni la video dia. Aku tengah badmood ni, malas nak ulas panjang². Hahaha. Samba belacan betol la mat hitam ni.



Kalo aku nak ulas lagi, konferm panjang lagi la post ni. Korang pom aku tahu, malas kalo nak baca entry yang panjang berjela-jela-jela. Kalo setakat berjela-jela tu korang baca sambil langkau kan.? Kalo yang berjela-jela-jela-jela tu, memang konferm yang korang ni just gerakan cursor mouse tu sampai kat akhir post and..tupp..korang pom pangkah site tu kan. Haha. Aku tahu la. Pengalaman beb.
Gaya biasa Wenger...hehe..

Jadi, untuk elak korang semua boring, aku bagi jadual gitu pasal maklumat match semalam. Jadual ni senang sikit nak tengok, pastu tak de yang kena baca banyak². Cam budak tahun situ gituh. Buat gambar rajah dan peta minda. 

Match Stats

Blackburn Rovers Arsenal
Shots (on Goal) 11(6) 7(3)
Fouls 20 16
Corner Kicks 5 8
Offsides 4 2
Time of Possession 30% 70%
Yellow Cards 2 2
Red Cards 0 0
Saves 2 4

Yang atas tu pasal keselurahan game semalam. Korang nilai sendiri la. Panas lagi nga Arsenal kalah ni. Kat bawah ni, aku siap bagi rating lagi.


Fabianski: 4 –Boleh la dia ni. Kalo Wenger tak beli keeper musim depan. Dia kot yang ambik tempat Almunia. Keeper yang tangan dia pendek sikit sebab nak tumbuk bola pom tak sampai. hehe

Silvestre: 4 – Kalo awek bohsia yang dok merempit ni main, lebih baguih lagi dia ni.

Hik-hik...

Campbell: 5 – Sol tubuh sasa ni tak cukup kuat nak handle bek sorang² dia. Dah tua da. Dia pom sepatutnya boleh handle bola Samba utk gol ke dua Blackburn. Takpela Sol. Janji ko ni sasa. Wakaka.

Traore: 4 –Performance tak menentu. Kadang² bagus, kadang² tak bagus.

Sagna: 5 –Sagna malam ni tak sure la yang dia ni injurt ke ape. Masalah girlfrend kot. Dia nampak slow giler malam ni. Tak pom sebab Song tak main.

Diaby: 5,5 – Tida memberi impak mana pom Diaby ni. Seperti biasala Diaby ni. Banyak je skill twist dia tu. Pastu, pasing pom banyak yang away and out...

Nasri: 3 –Orang dok bajet dia yang menonjol malam ni. Tapi, hampas kelapa, malam ni dia main cam malas je. Dok main jalan² je kat atas padang tu. Pastu, lorongan pom tak banyak dia buat kat penyerang² kita.

Walcott: 5,5 – Kerje dia asyik lari je. Berlawanan sikit nga Nasri ni. Tapi, finishing ball je dia tak jumpa malam tu.

 Walcott frust beb..hehe

Eboue: 6 – Eboue ni tinggi sikit rating dia sebab dia ni berani sikit nak bawak bola masok tempat defend lawan. Tapi, yang sedihnya, peluang gol dia buang cam tu je. Rugi². Takpe la. Percubaan untuk Eboue. Ko memang handsome la Eboue.

Nampak tak Eboue ni.cam toyol plak Eboue

van Persie: 6,5 – Jaring satu gol dan nyaris² nak skor satu lagi. Boleh la pagi tinggi skit kat Persie ni sebab dia ni baru je sembuh pastu dah boleh skor gol. Nasib dia ni baik semalam sebab selamat dari takel merbahaya Pedersen. Aku kalo tackle merbahaya ni anti menang. Rasa nak tumbuk je muka orang yang buat takel tu.

Vela: 3 – Aku pom terkejut jugak dengan rating Vela. Aku tak sangka pom rendah je rating dia ni. Aku sengaja bagi dia rating rendah sebab dia tunjuk penampilan tak bagus kat aku semalam.
(Subs)

Arshavin: 6 –Tak memberi impak mana pom dia ni. Tapi, kalo Wenger masok dia starting semalam, aku yakin la yang Arsenal boleh menang. Aku boleh tengok yang muka bek Blackburm nampak pucat je time Arshavin masok. Diorang pucat sebab Arshavin ni nampak pakai jersi Barcelona. Haha.

Eduardo: Takde Rating – Main sikit sangat. Tak tahu nak rate cam ne.
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia