Skip to main content

MenGaruT

Assalamualaikum...
Biasa la..hujung minggu..gatal je tangan ni nak menaip..
biasanya tangan ni buat tekan keyboard utk main PES je...ehehe
Tapi, sekali sekala...nak menaip jugak kan?
Aku bukan ada benda menarik nak share pom...
Dok sini kena study je la... 
RAsa macam skit je masa yang aku ada...
Korang kira la...
Kelas aku mula petang..
pkol 1.45,,habis lak dalam kol 5.30
Kol 5.30 tu dah kira maghib la...haha..masyuk giler kelas..

Tu baru masa utk kelas..mesti korang fikir yang aku ada masa 
pada waktu pagi kan?
Tapi, biasalah..kelas petang, pagi kena spare tenaga la..
Takut tertidur je dalam kelas...
Aku dah pernah alami dah sekali...
Tu niat tak nak tido dalam kelas...Tapi..
Aku rasa macam dah hanyut da...
Mata bukak...tapi tak tahu sepatah pom apa yang diajar Syeikh..

Biasanya..kol 11 tu aku dah pergi makan da..
Makan tengah hari a.k.a Lunch...
Korang bayang lah..nak makan tu, kalo lewat skit...
Dekat sejam jugak la beratur...
Masa sejam..dibuang macam tu je...
Ni pasal sebab kupon free je...
AKu pergi biasanya nak makan kambing je...
Haha..niat nak makan skit...sampai sana...
tahulah banyak mana nasik yang aku ambik..
nak sama banyak nga mat itam..haha,,

Tu pasal la..skang ni perut dah macam naik da...
Pumping pom jarang buat...push up entah ke mana...
Niat masih ada nak buat senaman2 macam tu..tapi..biasa la..
senaman taip keyboard lg mengasyikkan..
Nak buat macam mana..laptop jarang sangat bukak...
memang menguji disiplin belajar la laptop ni...
Aku pom tak tahu nak buat macam mana...
Nasib baik boleh lg kawal skit..
Kalo tak boleh kawal..aku nak beli laptop yg pkai 
grafik kad plak..
Baru power nak jadi gamer...hahaha..

Entah la..mengarut je lebih..
minggu depan dah ada exam..sabtu ni pom da ada...
Tarikh Tasyrik..aku pom tak tahu macam mana nak jawab..
study pom tak mula lagi..haha..
study no 2 plak...main bola no.1
tapi, kena maintain la study nga main kan..
pasal apa?
Pasal duit biasiswa dah nak dapat da...
Mungkin hari sabtu ni dapat la 840 Riyal..
ALhamdulillah..rezeki dari Allah...
Kalo kita syukur,..nescaya Allah akan tambah lagi...
Kalo kita kufur..ingat lah yang Allah tu Maha Kaya..
Tak akan rugi apa2 pom kalo korang tak syukur...
OK..time utk tido..esok konferm bngun lewat subuh...hahaha...
chaw..

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google