Skip to main content

Redknapp Konfident beb...

 Muka konfident giler..ehehe

Assalamualaikum. Rasanya dah lama dah blog ni sunyi daripada update tentang bola sepak dan dunia Arsenal. Aku pom tak tahu apesal editor - editor ubibadok skang ni cam down sikit dengan Arsenal. Aku rasa la, editor2 ni cam sibuk sikit nak ambik peduli tentang dunia bola sepak. Mungkin sibuk dengan karier dan kerjaya masing - masing. Apa la nak dibanding sangat dengan Arsenal kan. Arsenal ni bukan hadaf utama, cuma sampingan dikala kesunyian je. Wakaka..ayat bajet murah ni.

Aku skang ni nak post la skit pasal Arsenal yang semakin dipinggir oleh editor - editor ubibadok ni. Mungkin ada segelintir editor ni dah tergelincir dan tersokong Man United. Ehehe...

Aku skang ni rasa cam nak tergelak je bila baca berita dari skysport football nih. Ada ke tajuk berita tu cakap yang Redknapp Confident. Pergh...konfiden tu. Biasala...psikologi. Cuba korang bayang la muka Redknapp tu konfiden. Macam dia tu ada perasaan la plak kan??haha

Sedikit berita gembira yang aku dapat daripada sumber yang tak berapa sahih yang 3 orang tonggak Arsenal akan kembali untuk minggu ni. Diorang adalah Wilshere, Persie dan jugak KOscielny. Dengan kehadiran 3 pemain ni dah cukup da untuk melemahkan semangat diorang ni. Tapi, antara 3 orang ni, aku paling respect Wilshere. Permainan lawa beb. Untuk Totenham, Defoe diorang pom dah boleh main da. Tapi, Defoe tak merbahaya pom. Ehehe..

Kalo untuk game yang  lepas, korang dah tahu yang Totenham ni belasah sape eh?? Aku pom tak ingat. Tapi result dia 4-2 la. Tu yang Redknapp dok konfiden tu, Diorang ingat result minggu lepas akan sama dengan minggu ni. Sory la Redknapp, ko tu tak de perasaan. Dok senyap2 dah la. Hahaha..

Tapi, yang aku bimbang skang ni adalah pasal pemain Totenham yang baru ni. Nampak mengancam je. Handsome pom boleh tahan. Pemain tengah Belanda ni aku harap2 la yang dia ni tak menjadi esok. Boleh bola je aku nak Song rampas dari dia. Ehehe. Korang tahu tak sape pemain Belanda yang aku bagitau tu? Kalo tak tahu korang tunggu esok la. Susah la nak bagitahu semuanya kat dalam ni. Ehehe. Sory. Tapi, aku dah tahu yang ramai sangat yang tahu sape pemain yang aku maksudkan tu.

Jadi, sape yang fan Arsenal dan dok rasa2 yang Arsenal akan menang lawan dengan Totenham, korang ajakla geng2 korang yang sokong Totenham tu pergi tengok kat kedai mamak. HAha...kalo kalah, konferm korang yang kena booo...haha

Comments

  1. haha arsengal. loser kot team ni. wenger asyik2 bagi alasan team dia semua pemain muda. tak cukup pengalaman sebab tu tak menang piala dah bertahun-tahun. Tahun ni dah masuk pemain2 kuda tua dah. Tak menang apa-apa piala tu nak bagi alasan apa plak ye wenger? mungkin alasan lepas ni arsenal dah xada henry utk bawak piala untuk arsengal. sadis tol

    ReplyDelete
  2. haha...ok je arsene wenger.dia tak nak pom bagi alasan yang team Arsenal takleh piala sebab pemain muda. tapi, tu la..orang atasan dalam Arsenal suh bagitahu macam tu. Wenger dah da yang dia boleh menang dngan team muda dia ni..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-