Skip to main content

Laris Kat Market

Assalamualaikum semua. Aku kat sini bukan nak story pe pe pom. Nak citer pasal marketing sikit. Marketing ni pasal marketing bloger. Bukan marketing saham, bukan marketing gula. Ehehe. Harap korang yang baca ni boleh faham la kan.

Aku kat sini cuma nak bagitau yang ada satu blog muncul kat domain blogspot.com ni. So, aku cuma nak promote je sape - sape yang nak jenguk blog dia ni. Blog baru buat. Setahun jagung pom tak sampai. Jagung kalo tanam sampai setahun..Alamak...memang tak leh hasil la..Habis dimakan oleh tikus. Tikus mondok plak tu.

Ok. Kita terus pasal blog yang laris kat marketing skang ni. Aku bukan nak heboh pasal blog ni je. Pasal tuan punya blog pom aku nak hebohkan. Maklum la. tuan blog ni sangat tuff. Kagum giler aku dibuatnyer.

Kalo korang nak tahu. Korang tekan la link ni blog tuff. Pergh..mantop la. Kalo korang tengok blog dia tu..Pergh..memang ayu la. Tapi, kalo korang tengok empunya blog..hampeh..body macam komando pecen. Haha..

Sory la kepada empunya blog nesloo tu. Saje je nak gura-gura. Lama dah tak kita berdua tak bergurau senda. Rindu la sama lu. Blog nesloo tu, blog kawan aku. Tu pasal la aku post kat sini.

Dia ni orang panggil Mr. Silent. Dia ni pom salah satu editor ubibadok pada satu masa dahulu. Aku pom tak tahu macam mana dia boleh merajuk sampai nak tarik diri dari menjadi editor. Aku pom, pujuk punya pujuk baru la dia nak still jadi editor. Tapi 2 hari bhai nak boleh dia ni makan pujuk. Satu hari setengah aku dok intai kelemahan merajuk dia. Last-last, dapat gak.

Tapi, takpe, dia still lagi jadi editor blog ubibadok walaupun dia mempunyaj blog lain. Mungkin blog tu dia nak share kehidupan peribadi dia dengan yang tersayang. TAkpe la..itu semua hak dia..ehehee,,

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-