Skip to main content

Match antara German nga Uruguay

Salam sejahtera semua. Korang perasan tak. Start je posting aku ni mesti ada salam kat depan tu. Ni biasala, salah satu amalan orang Muslim yang sentiasa menyebarkan salam sesama Muslim. Jadi, kalo korang rasa yang korang ni seMuslim nga aku, Jawab la salam yang aku bagi tu. Hehe. Bukan aku saje-saje je bagi salam kat korang tu, mesti la nak suh jawab kan? Umum pom dah tahu yang bagi ni sunat dan wajib untuk menjawabnya. Hehe..

Kita teruskan je untuk tajuk entry kita ni. Bincang serba sedikit tentang match malam ni. Aku pom bengap sangat. Dah tahu yang match akan start dalam 2-3 jam lagi, tapi still update tentang match malam ni. Biasa je perkara-perkara macam ni. Perkara last-last minit kan. Aku saje je nak merapu sebelom match menentu sape yang akan dapat tempat ketiga ni.

Germany lawan Uruguay kan? Korang perasan tak ramai yang dok jangka Germany yang akan pergi ke final dan akan beraksi dengan Belanda esok. Tapi nak buat macam mana, Allah dah tetapkan sape and team mana yang akan pergi ke Final. Kita hanya mampu merancang je, hanya Tuhan je yang menentukan, Korang mesti pernah dengar ayat ni kan? Ayat yang memang famous dalam citer-citer Mesia ni. Tambah-tambah pulak dalam drama berjiwang. Wakaka.

So, kalo Germany lawan nga URuguay ni, aku dok berasa yang Germany akan menang. Keke. Aku pom tak tahu apesal aku nak Germany menang ni. Mungkin sebab team diorang ni bermain nga baik sekali. Tambah pulak keadaan fizikal diorang yang sememangnya menyukarkan pihak lawan. Tapi, Uruguay pom tak kurang jugak kehebatannya. Dah la dia melalui liku-liku yang berselekoh patah untuk mara ke peringkat akhir ni. Lawan nga team-team yang pakar bola sepak dok bajet akan pergi ke final. Wakaka. Kita just tengok je malam ni, tengok sama ada match dia ni bosan ke boring. Kekeke.

Uruguay ni aku dengar yang dia terpaksa mainkan tonggak diorang iaitu Forlan biarpom time tu dia memang tak fit pom. Bukan setakat tak fit, sakit lagi. Aku rasa, Forlan ni ibarat pencetus semangat diorang la. Dalam sakit pom masih dapat jaringkan gol untuk Uruguay time match dengan Belanda hari tu. Keke. Kalo Germany, team diorang ni mungkin ada alasan dengan mengatakan penyerang diorang, iaitu Muller tak leh diturunkan dalam match menentang Spain kerana kad merah. Kalo tak, diorang ni mesti menang kan? Haha,,mana boleh kira macam tu, kira nasib la sape yang boleh n sape yang tak leh main kan?Keke. Mungkin Germany ni nak puas hati sebab diorang ni kalah 0-1 je.

Aku chaw dlu la. Kalo korang nak tambah ape yang aku dok bebel kat atas tu, korang tambah la. Sory la, takde yang bremanfaat pom kat atas tu. Isi aku cincau je yang aku tulis kat atas tu. Hehehe

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-