Akhirnya Laurent Koscielny

Leave a Comment
 Laurent Koscielny

Salam semua. Mintak maaf la semua kerana pasal player ni aku update lewat sikit. Aku cuba carik masa nak update pasal Arsenal dah berjaya dah  beli player ni, tapi, masa yang aku ada ni terhad dengan kerja-kerja yang penting skit. (bab pelajaran) Hehehe..

Player Perancis ni Wenger bawa dari kelab Lorient dan bermain sebagai pertahanan tengah. Korang boleh search la Wikipedia tentang player ni. Kat sini aku bagi link Arsenal yang dia ni dah sahih dah pergi ke Emirates. HEhe..KLIK SINI.

Laurent ni kalo korang tengok dari rupa paras ni boleh tahan jgak la kemachoaannya. Boleh la tambah koleksi pemain-pemain yang handsome kat Arsenal ni. Kekeke.. Tapi, biasanya, kalo Arsenal ni beli pemain yang ada rupa, cara bermain dia pom ok gak. Korang tengok la Mael yang dibawa dari kelab Ajax. Rupa boleh tahan je,,,,tapi, main sebagai bek power gak. Kadang-kadang tu, boleh naik jadi penyerang. Wakaka.. Laurent ni aku rasa memang cukop som la Wenger buat dia berganding dengan Vermaelan. Haha..

Apa yang aku tahu, yuran perpindahan untuk pemain berumur 24 tahun ni tak diberitahu dengan jelas dan mungkin rahsia Wenger dengan manager kelab Lorient. Mungkin gak, manager dia ni bagi free je kat Wenger. Biasala Wenger. Bijak sikit dalam bab jual beli pemain ni. Hampir semuanya undiclosed fee. hehe..

Dari laman web Arsenal.com tu aku dapat tahu yang pemain baru kita ni akan menyarung jersi bernombor 6. Yang ni aku tak tahu sama ada memang betol-betol sahih ataupun pihak Arsenal.com sengaja nak menambah cerita. Hehe. Korang tunggu la Laurent ni main time pra musim ni. Tak silap aku penghujung bulan 7 ni. Kita boleh tahu la sehebat mana Laurent ni. Hehe. Ada chance dia nak ganti tempat Gallas ni. Hehe.

p/s : kalo aku ada tersalah maklumat atau pun fakta pasal post ni, korang boleh la bagi terus komen tanpa perlu malu-malu. Keke..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 komen:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia