Skip to main content

Update!!!

Assalamualaikum semua. Mula-mula aku nak mintak maaf dlu la nga korang sebab cukop seminggu aku tak update blog ni. Seperti entry sebelom ni kan yang aku nak tahu sama ada blog aku ni ada orang baca ke tak. Tu je.Keke...Jadi, selepas aku teliti beberapa komen dan juga laungan korang kat shoutbox tu...aku pom buat keputusan nak update balik blog ni. Sori la atas angin aku tu.Hehe..

Yoann Gourcuff

Cerita pasal Gourcuff dulu. Yang ni aku tak nak update panjang-panjang. Cukop skeadar kongsi yang penting-penting je. Pasal pemain Perancis yang memang cun + handsome + kacak (cam sukorno kat shoutbox), akhbar Inggeris ada membuat gosip yang Arsenal ingin mendapatkan khidmatnya sebagai pengganti Fabregas.

o0o0..Gourcoff..ko ni cam sukarno la...kekeke

Aku rasa memang masuk dan matching la tempat Fabregas ni diganti dengan Gourcuff. Tapi, yang masalahnya, Arsenal tak pernah pom membida untuk mendapatkan pemain ni. Cuma main cakap ikut mulut je nak dapatkan Gourcuff ni. Dia ingat boleh ke nak beli Gourcuff ni dengan air liur. Kekeke

Perkara ni ditegaskan sendiri oleh Presiden Bordeux yang Arsenal tak pernah membuat kenyataan rasmi ingin mendapatkan Gourcuff. Aku rasa Presiden Bordeux ni cam perit dah dengan ramai sangat pemain dia yang pergi lari ke Arsenal. Terbaru tahu-tahu la. Penyerang Morocco bernama Chamakh baru je menempah jersi 29 kat Arsenal. Haha. Antara pemain yang pernah lari dari Bordeux ke Arsnenal adalah Sylvain Wiltord. Sebab tu dia bimbang tu..

Dia sendiri tegaskan yang bertapa sukar dan mencabarnya nak dapatkan Gourcuff time dia dok kat Ac Milan dulu. Ish-ish...tak patot la, dulu susah-susah nak dapatkan Gourcuff pastu senang je dia pergi. Kalo nak lepaskan pom, mesti harga pom susah kan?

I’m not going to comment on anything from the English newspapers.
Today, I have received no offer for Gourcuff or anybody else for that matter. We know what the English tabloids are like.
Fabregas was going to Barcelona, everything was done, and I just saw (Arsenal boss Arsene) Wenger say that Fabregas will stay in London. I will not be drawn into this game.

Cesc Fabregas.

Dalam seminggu ni mesti korang dah dengar berita pasal Arsenal yang menolak tawaran Barca yang ingin mendapatkan Fabregas dengan harga 33 juta pound. Haha..Padan muka dengan Barca ni. Hari dah terang-terang Wenger bagitahu yang harga Fabregas ni 80 juta pound. Kalo nak kasi tinggi lagi dari tu ok jugak. Keke.. Bagi bonus la orang katakan.

tnggu 2015 la kalo ko nak pkai jersi ni lg ek...kekeke

Dan sekali lagi, maksud Arsenal yang ingin menjual Fabregas dengan 80 juta tu ada maknanya. Makna yang cukop jelas iaitu Arsenal tak mahu menjual Fabregas kat sape-sape. Tunggu kontrak habis la derr kalo nak jugak Fabregas ni. Tunggu sampai tahun 2015. Ambik la kalo nak. Kekeke...

Walcott

Ni cerita pasal Walcott plak. Aku sedih jugak bila Capello buat keputusan yang dia tak nak pom Walcott masok dalam team dia walaupom tempat Gareth Bary kosong disebabkan kecederaan. Sampai hati punya Capello. Tak nak pom ambek player Arsenal. Haha.. Bajet bak marah Capello. Tapi, bila dengar alasan Capello tu, nampak cam boleh pakai jer. Keke..

Nak tahu alasan dia. Dia cakap yang Walcott sekarang ni dah tak macam dulu dah. Memang betol la apa yang dia cakap sebab Walcott skang ni lebih matured. Betol tak. Tengok jambang la. Sentiasa trim. Biasalakan, bila ada awek cun, mesti penampilan kena jaga. Pastu, yang sama macam dulu ialah style rambut dia jer yang tak ubah-ubah. Hahaha..

Yang kat atas tu mengarut jer, yang sebenarnya, Capello merasakan Walcott ni tak seperti dulu dah performancenya sejak bahu dia injurt time lawan Stoke City. KEsian kat Walcott. KEcederaan bahunya memberi kesan sampai kat World Cup. Dah 18 bulan dah bahu dia mengalami injurt. Lama dah tu, setahun lebih. Takkan tak pulih sepenuhnya. Takpom saje je Capello nak cari alasan ni. Hahaha...

Kesiannyer kat Walcott ni...hehe

Jadi, sekarang ni Capello menegaskan yang dia hanya memilih player terbaik je buat masa kini. Jadi, Walcott tak terbaik buat masa kini. Teros je dia tak pilih. Jangan sedih ye Walcott, nak buat camner..dia yang jadik boss kan? Hahaha... Dia cakap mungkin ko akan tip top time EURO nanti. Takpe la...kita tengok la sejauh mana tip top Walcott ni. Kekeke..

Comments

  1. mase bile gourcoff tu main kt ac milan??

    ReplyDelete
  2. dia main utk ac milan bg tahun 2006-2009...sebelom dia p ke bordeux...kekeke

    ReplyDelete
  3. haha.. update pon..
    ko rse fabregas perlu ke g barca?
    sbb gourcuff pon ok ape..

    ReplyDelete
  4. tu yg musykil tu...gourcuff tkot diorang tak nak lepas je...pastu takot susah skit nk masok nga game arsenal...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google