Sembang-sembang.

4 comments
Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu, untuk entri kali ini, aku nak ucap terima kasih banyak kat sukarno dan parjo yang datang dok meriah blog ni. Keke..Pastu tak lupa gak kat Razuba, cuma aku je yang tak sempat nak lawat blog Razuba. Yang terbaru aku lawat blog Razuba ni pasal dia dok main nga CCTV. Entah pe kebenda dia dok pintal situ, pintal sini. Hehe..Saje je Razuba, nak kasi ceria skit. Kekeke.ok kan?

Aku hari ni tak de berita pom nak update. Berita tu tetap ada, cuma yang ada pom berita yang langsung tak menarik perhatian. Orang putes cakap tak de feel. Jadi, sebab tu aku malas nak update pasal berita yang bukan-bukan ni sebab kesahihan dia belom pom terjamin. Jadi. just nak sembang-sembang biasa je kali ni.

 Joe Cole

ko serius ke ni nak dtg p Arsenal...??hehe

Sambil sembang-sembang tu, aku selit la sikit pasal gosip transfer. Yang menarik sikit pom pasal Joe Cole la. Entah angin dari kutub mana yang datang bertiup membawa berita  yang Joe Cole ingin ke Arsenal. Angin tu kira bawa fullpakej  pasal Joe Cole ni. Siap dengan huraian lagi pasal masalah Joe Cole ni. Entah-entah ni angin yang macam dengan awan guling Son Goku. Kekeke..

Berita yang aku ambik dari Mirror.uk.co ni bagitau yang Joe Cole mempunyai masalah dengan Chelsea. Kira cam krisis dalaman la. Aku pom kurang mengerti nga masalah Joe Cole ni. Cuma kat sini aku bagitau berdasarkan pemahaman aku je. Kalo ada yang betol tu, ok la. Kalo berita tu salah, korang semua kena yakin gak yang aku bagitau tu betol.. Baru syok bacakan? Hahaha..

Chelsea dikatakan tidak ingin menyambung kontrak Joe Cole dengan Chelsea pada bulan lepas. Mungkin Ancelotti tak nak da nga Joe Cole. Biasala, pengurus baru kan, mesti ada pemain yang menjadi fevret diorang dan juga pemain yang dia rasa kurang selesa. Cam jijik gituh. Kalo tengok tu cam menyampah je. Tapi, kesian la kat Joe Cole ni sebab dah 7 taun da dia dengan Chelsea.

Joe Cole dikatakan akan mengikat kontrak dengan Arsenal selama 4 tahun dengan yuran perpindahan yang kosong. Free agent la. Sebab tu tak de yuran perpindahan, dan dijangka gaji dia sama macam Sol Campbell iaitu sebanyak 100 ribu pound. Yang ni aku tak sure seminggu ke untuk setahun. Kalo untuk setahun tu cam tak logik plak kan. Haha.. Sebab lain yang Joe Cole nak pindah adalah sebab dia rasa dia ni kurang dihargai. Dia nak cakap tak dihargai langsung tu cam dia plak yang tak de maruah. Jadi, dia bagitau la yang dia tu kurang dihargai dan juga kurang  kasih sayang yang dicurahkan kepada dia. Ni kes dia mintak naik gaji cam pemain star lain, tapi, pihak Chelsea ni buat derk je. Cam lembu kenyang makan pizza hut guna delivery. Haha..Yang ni kita tengok la sejauh mana kebenaran dia. Sama-sama kita rungkaikan.

Haish,,cam terlebih panjang lak entri ni. Aku dah agak dah mesti ramai yang langkau -langkau perenggan time baca sebab banyak sangat kan? Hehe..aku pom sengaja buat perenggan sikit² utk memudahkan korang semua baca tu, dengan melangkau-langkau. Kekeke...Selamat melangkau ye...

Cuma, sebelom akhir ni, aku cam nak tahu je sape yang datang asal Mesia tu dok kunjung blog aku. Sebab  acap kali jugak la aku dok tengok pelawat dari USA, dari Norway, Mexico yang dok tengok blog aku. Bajet popular. Haha,,, Jadi, kalo ada diantara korang semua yang datang dari overc dok view blog aku, inform la.. sebab aku pom dok kat overc. KEke..just nk tahu je...k.adios.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. haha.. aku rse wenger kot yg slalu review blog ko ni. haha..
    ko overc mne?

    ReplyDelete
  2. bagus tue kalau Jo Cole masuk....aku setuju sgat2

    ReplyDelete
  3. tu la...kena tgok plak la wenger nk ke tak joe cole ni...

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia