Skip to main content

Nasri Masam Muka

Salam semua. Salam satu Malaysia seperti yang diuar²kan oleh Najib kita. Haha..Kalo korang sokong Najib, korang jawab la salam tu. Aku bagi je salam Najib, tak cakap pom sokong ke tak si Najib tu. Jadi, undi adalah rahsia. Aku pom tahu yang aku ni tak layak lagi untuk mengundi. Malam ni pom orang dok tengah kira undi kat Sibu tu. Harap² la ada yang menang. Tak nak la ada yang seri. Wakaka..

Domenech, ko ni buta ke.? Tak nampak ke aku main bagus giler..haha

Kalo kat negara kita tu orang dok sibuk kira undi. Aku ni update sket pasal perkembangan team Arsenal kita. Aku dok perati lama dah masalah dalam kem Arsenal ni. Masalah dalaman la katakan. Masalah anak beranak. Terbaru, dikatakan yang ramai player Arsenal ni retak hubungan dengan Gallas. Kapten menangis. Korang nak tahu kenapa? Jom...ke perenggan seterosnya. saje nak buat space banyak sket...

Yang aku tahu ni pasal Nasri je..Nasri cakap dia ni terkilan + pelik + tak puas hati dengan Domenech. Dia tak puas hati ni sebab Domenench tak panggil pom dia untuk skuad World Cup kat Afrika ni. Dia ni mesti banggang betol kan. Main macam nak gila, last² coach tak panggil pom dia untuk masok dalam skuad. Kalo korang, ape yang korang rasa.? Mesti tak puas hati kan?

Tapi, Gallas ni, baik² Domenech panggil untuk jadik wakil Perancis. Aku rasa, mesti Nasri tak puas hati kan nga Gallas ni. Rasa nak cubit² je Gallas ni. Tapi, tu la, takot Domenech plak marah kat dia kalo dok main cubit Gallas. Jadi, Nasri pom buat senyap je nga Gallas ni. Tak bertegor sapa. Memang langsung tak tegor gallas. Kalo Gallas lak yang tak tegor, dia buat derk je. Haha. Orang² gaduh. Perang dingin kalo bahasa standard. Dalam Islam, tak leh macam ni...

Buat masa sekarang ni, orang dok kata ada 4 orang lagi yang dok main perang dingin ala² ABC gitu dengan Gallas ni. Jadik, kemungkinan Gallas tak akan sambung dah kontrak dia dengan Arsenal. Dia pom tak nak jugak dok dalam kelab yang orang lain dok benci je kat dia. Haha. Nasib ko la Gallas, mungkin ramai lagi kot yang benci kat ko. Tapi, kalo ko tanya aku, aku tak benci.. Wakaka..

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-