Bek Senegal!

Leave a Comment
Salam kekenyangan. Rasa memang sedap la kalo time² lapar, lapar yang korang peram sampai tahap nak buruk dah,  pastu pegi baham nasik boleh satu talam. Pergh..memang nikmat yang tak terhingga la. Tu memang feveret aku la. Tak leh nak ubah. Makan sampai kenyang. Jadik, aku pom bagi la salam kekenyangan kat korang semua tadi, tanda aku kongsi kekenyangan aku nga korang semua. Hehe.

Ok. Kat sini kita bukannya kita nak citer pasal bab kenyang nga bab lapar. Kalo nak citer bab tu, kita citer kat entry lain ye. Yang aku nak citer kat sini pasal team Arsenal yang sekarang ni sibok nak cari bek. Diorang bukannya nak sibuk pasal kedudukan temapt ke tiga liga ni. Kalo tengok match semalam, aku rasa kedudukan kita sebagai jaguh no.3 sedikit tercabar sebab Tottenham menang nga City semalam. Memang padan la nga muka City tu. Star ramai, tapi tak leh nak menang gak. Ambik ko Mancinni. Haha.

Pasal kita tergugat ke tak dengan tempat no.3 tu, kita tengok keputusan last liga pas² ni. Skang ni nak citer pasal bek yang orang dok citer Arsenal nak beli. Aku dengar² la, bek yang Wenger nak ni adalah bek dari Senegal. Import dari benua Afrika beb. Mesti hitam. Caya tak? Kalo tak caya nanti aku upload gambar dia. Walaupun hitam, korang ingat aku hina ke? Bukan cam tu, aku ni cam kagum la nga mat² hitam. Sebab apa? Sebab diorang ni tuff, nampak gagah and maskulin. Haha. Kalo mat² putih tu, nampak jambu je yang banyak. Tak macam tu ke?

Korang tengok la tak caye. Caye ke tak?hehe..

Pasal bek tengah ni, dia baru je berumur 25 tahun dan boleh la dikatakan berpengalaman untuk dijadikan partner Vermaelan tu. Nama pom aku tak bagi tahu lagi. Empunya nama bagi permata hitam SEnegal ni Pape Diakhate. Tengok nama la beb. Nama pom dah cukop handsome. Kalo korang nak panggil nama handsome dia ni, paggil je nama 'papan'. Haha..

Pasal perjalanan karier dia. Dia ni banyak bermain di kelab Perancis AS Nancy. Perancis ye? Biasala tu, Wenger ni suka sangat nga orang perancis sebab 1) dia tu memang warganegara PErancis 2) Awek² perancis boleh dikatakan menjadi la. Barang top.3) sebab nama dia Perancis. Lepas 'papan' ni main untuk Nancy, dia pom berhijrah la ke Dynamo Kiev. Pastu, time dok kat sana, boleh sakit la plak. Jadi, dia pom dipinjam la kek kelab St.Etienne, balik Perancis pulak la. Pastu,(banyak tol pastu), dia dijangka akan balik Senegal habis musim ni sebab orang dah tak nak dia. Nak balik Senegal la plak. Lama dah tinggal anak bini.

Jadi, dikhabarkan yang Arsenal menawarkan 10juta pound untuk dapatkan pemain ni. Murah je. Tak perlu mahal² sebab dia ni bukannya pemain bintang cam Fabregas. Entah mari kat celah mana la Wenger boleh jumpa. Kalo korang kenal nga dia ni memang aku tabik spring la. Haha..Takpom, sama² kita tabik spring.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 komen:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia