Skip to main content

Wenger Batle Plan.

Ni berita terbaru yang aku dapat daripada internet. Kalo korang malas nak baca apa yang aku tulis ni, korang cari la sendiri kat internet tu. Berita tu adalah pasal plan Wenger untuk bertempur pada musim depan. Biasala tu, orang panggil plan baru berzama dengan azam yang lama- azam nak julang trofi EPL. Kita tengok apa yang Wenger dok rancang.


Pertamanya, Wenger masih lagi mahukan khidmat Gallas untuk musim depan dan sangat-sangat berharap yang Gallas ni sambung kontrak dia dengan Arsenal. Untuk itu, Wenger telah pun reject tawaran daripada AS ROMA dan juga Paris Saint -German yang beringin sangat nakkan Gallas ni. Diorang tak tahu yang Gallas ni masih disayangi oleh Wenger walaupun dia ni kuat mudah sangat nak nangis. Selain itu, untuk defend, Wenger telah pun mengenal pasti dua lagi pemain yang berada dalam senarai untuk menggunakan khidmat mereka.


Silvestre dan Sol Campbell, yang ni memang aku pom tak minat sejak dia masok team Arsenal. Kekuda tua. Masuk Arsenal tapi, hasil yang kurang memuaskan. Tak best la macam ni. Baik cari pemain yang betul-betul memberikan manfaat. Dijangkakan Wenger tidak akan membaharui ontrak defend tua kita ni. Kontrak diorang ni akan expired habis je musim 2009/2010 ni. Selepas game last tu, diorang ni boleh diambil free je oleh mana-mana kelab yang berminat. Aku rasa, Campbell ni terus je balik rumah. Dah takde orang yang nakkan dia. Kesian kat dia. Tapi, okey juga sebab boleh bagi dia rehat sikit kat umah. Dah tua sangat da. Bagi urat-urat tu rehat sikit.

 Hangeland

 Boateng

Untuk plannya, samada tida orang bek kira, Gallas, Silvestre dan Gallas keluar dari Arsenal dan dua orang bek baru menyertai Arsenal ataupun, dua orang bek keluar kecuali Gallas dan sorang bek baru dibawa masuk ke dalam Arsenal. Itu plan awal Wenger untuk defend. Nampak lain kan manager. Plan tu memang tiptop la.

Wenger sekarang ni dikatakan berminat sangat dengan bek Fulham ni. Brede Hangeland. Aku rasa, Hangeland ni okey la dari Silvestre dan Campbell tu. Dia shoot pom nampak power. Biasala, orang muda, tenaga pom banyak lagi. Aku sokong sangat la kalau Wenger nak beli bek Fulham ni. Selain bek ni, Wenger juga memasukkan Jerome Boateng dan juga David Luiz sebagai pemain plan dia untuk musim depan. David Luiz ni pemain Benfica ye, kalau korang tak kenal la. Boateng tu dah femes dah. Tak perlu aku bagitau.



Sekarang ni, striker baru dah conferm dah? Sape.? Sape lagi kan kalo bukan Chamakh. Habis je musim ni, Chamakh secara automatiknya akan menjadi pemain Arsenal secara free. Nasib baik la kontrak dia dah habis. Jimat sikit duit perbelanjaan Wenger. Sekarang ni masalah keeper pulak. Wenger kata dia minat sangat kat keeper Bayer Leverkusen ni. Murah je. Dalam 10 juta pound. Dalam pertimbangan sama ada nak beli tak Rene Adler ni. Keeper ni aku rasa pom okey jugak. Baru berumur 25 tahun. Still fresh lagi.
Keeper, Adler dalam senarai Wenger

MEngikut media Itali, Juventus tahu yang Wenger sekarang ni tengah mencari keeper baru. Jadi, Juventus pasang umpan dengan menawarkan Buffon dan Melo untuk pertukaran dengan Robin Van Persie. Ingat senang ke beb nak dapatkan penyerang kita ni. Baru je sembuh injurt. Mudah-mudah ye nak RVP.

Wenger dengan tegasnya menempis umpan JUventus tu kat tepi. Dia kata yang RVP ni pemain yang bertaraf antarabangsa dan tak semudah tu dia nak lepaskan. Jadi, dia akan mempertahankan pujukan, rayuan dan rengekan Juventus untuk mendapatkan RVP ni sepeti dia mempertahankan Fabregas dan CLichy daripada Barcalona. Nampak cam Wenger ni bapa yang penyanyang pulak.

Walaupun Wenger nampak goyah sikit sebab Juventus ni meletakkan Buffon sebagai umpan. Umpan terbaik ni beb. Kalo kat kedai tu, umpan yang gred paling A plus la. Kalo letak je dalam laut, konferm ikan makan. Tapi, Wenger ingin memberikan peluang kepada keeper muda, Wojciech Szczesny sebagai keeper utama. Nama pom susah nak sebut. Keeper ni sekarang dok kat Brentford secara pinjaman sampai habis musim ni, Masok bulan ni, dah lima bulan dah dia dok kat Brentford. Cari pengalaman orang kata.

Jadi tu je plan Wenger. Nampak cam ada harapan sikit nak bagi team Arsenal ni julang piala musim depan. Takpela, Wenger bagi kita semua harapan dan juga sedikit umpan kat kita. Sabar je la untuk tggu habis musim depan.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google