Skip to main content

Sedikit Update.

Andrei Arshavin

Ada apa update pasal Arshavin ni? Dalam satu paper Daily Star, aku ada terbaca yang Arshavin ni sebenarnya mempunyai impian untuk bermain dengan kelab Barcelona. Harapan besar betol Arshavin kita ni. Dia cakap yang dia ni nak sangat main kat Spain. Entah sebab apa mamat ni nak main kat Spain? Kira sekarang ni dia macam kurang gembira la kat Emirates. Tapi, tak pe. Aku rasa yang paper ni saje je buat berita. Nak isi paper kosong yang tak de tajuk untuk ruangan sukan. Paper tu ada jugak menambah yang isteri Arshavin ni tak berape suka dengan Landon. Bini dia ni pom banyak karenah betol la. Biasala perempuan. Ada je yang tak kena. Kalau Arshavin p main kat Spain pasni, mesti dia cakap yg kota Real Madrid tu tak best.
Gembira je Arshavin. Mana ada sedih²

Ni yang aku dengar dari paper elektronik Daily Star. Pastu, aku ada gak tengok berita dalam paper lain yang mengatakan Arshavin ni gembira sangat dok kat Emirates. Macam-macam berita la paper ni. Yang tu bg kontroversi, yang tu pergi bangkang plak. Dalam paper tu, diorang siap interview lagi dengan Arshavin yang mengatakan Arshavin ni masih gembira dengan Arsenal. Cuma kat sini aku tak ambik pom teks interview tu.

Pengganti Rosicky!

Yang ni aku tak bajet pom. Nampaknya Wenger betol-betol nak rombak skuad ni untuk piala EPL musim depan. Agak-agak 3 piala ke paling kurang team kita. Berita yang aku dapat ni pasal Wenger yang hendak ambik pemain baru dan menggantikan Rosicky ni. Hari tu, Wenger ada sambung kontrak Rosicky ni, pasni, dia tak nak pulak Rosicky. Tak pom, nak lagi, cuma simpan je dalam stor Emirates tu. Tak tahu la apa plan Wenger ni. Dia skang ni nampak tengah berada dalam zon selesa, aman dan sentosa sebab pihak atasan dah bagi kewangan yang cukup untuk dia beli pemain-pemain baru.

Ambik ko Wenger. Ko licinkanlah duit-duit yang orang atasan tu bagi untuk beli pemain-pemain yang ada mutu. Jangan nak masukkan dalam poket ko plak. Ko punya duit pom dah banyak dah. Sape yang Wenger nak gantikan tempat Rosicky ni. Ura-ura mengatakan yang Wenger berminat dengan pemain dari Belanda ni. O0o0o...Rakan Van Persie. Ibrahim Afellay skang ni menjadi perhatian Wenger dengan 12juta pound. Sikit je ni. Afellay baru je umor 24 tahun. Boleh la Wenger nak beli dengan 12 juta pound tu. harga yang berbaloi la tu. Berbaloi-baloi katakan.

 Ibrahim Afellay..

Mamat ni dah ok kan nk ganti tempat Rosicky. Handsome pom lebih kurang Rosicky je kan.? Sebelom ni, Liverpool dah ada buat tawaran nak dapatkan Afellay ni. Saje je manager PSV ni buat derk je dengan tawaran Liverpool. Dia dah tahu, kalo Afellay ni pegi kat Liverpool, mesti hancur karier dia ni. Pergi kat Arsenal la Afellay, dapat jumpa Van Persie.

Steven Defour

Steven Defour. Kapten Standard Liege skang ni dan juga menjadi gosip untuk pemain yang ingin dibeli Wenger. Berita ni tak berapa popular mana. Aku pom malas gak nak update, tapi, saje nak ambik hati email inbox aku. Jadi, aku pom tulis la kat sini. Aku rasa berita ni menjadi tumpuan sikit-sikit sebab Ferguson pom dikatakan berminat nak ambik pemain ni bermain untuk Man U. Aikk??Ferguson lagi? Yang tu dah biasa dah. Ferguson ni kuat sangat bersaing nak dapatkan pemain yang diintai manager lain. Fan Man U mesti marah kalo aku tulis cam ni. Mintak maaf banyak-banyak la fan u. Aku tahu, korang mesti marah kalo ada orang kutuk team korang kan sebab yang kutuk tu semuanya hakikat. Terima je la fan Man U.

Jadi rebutan antara Ferguson dan Wenger.

Defour ni baru berumor 22 tahun dan bermain di bahagian midfield. Kalo pemain umornya dalam lingkungan 22-24, memang ramai betol manager yang nak import. Seperti yang sedia maklum la kan..? Pemain yang penuh bertenaga, walaupun tenaganya yang tak segagah Sol Campbell.  Sol Campbell ni gagah ke? Kuat ke? Nak tahu. Campbell ni. tengok kat body dia dah tahu dah yang dia ni gagah. Kalau dia kejar penyerang lawan tu, memang berdebar tak habis la pemain tu sebab aura Campbell ni memang gred A la. Haha. Yang pentingnya, aku tak sure Wenger ni betol-betol serius ke tak dengan Defour ni. Kalo, susah², dia bagi je kat Ferguson tu. Tak berkira sangat pom.

Comments

  1. Tapi rosicky pun menyerlah lah jugak kalau diberi peluang. tapi bab bab beli pemain baru dan bermutu tinggi sangat lah di alu alukan. jangan kedekut sangat nak beli player sebab player power semuanya nak injured serentak. pastu tinggal lah welcott sorang sorang. febregas pun nak blah dah :(
    arshavin jangan blah pleaseeeeee. suka sangat tgk dia main. yang patut kena tukar si lukasz fabianski tu!! buat semak arsenal je.

    ReplyDelete
  2. demam bola dah bermula jun ni.....

    ReplyDelete
  3. tu r,,,mintak sangat kat fabregas jangan pergi...masalah skang ni adalah keeper dan harap caturan wenger menjadi untuk musim depan..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google