Skip to main content

PFA Award

Korang tahu tak apa itu PFA Award? Kalo still ada yang tak tahu lagi, aku cuba terangkan kat sini. Aku pom tak tahu gak PFA Award ni cam ne? Pastu aku buat la research sikit kat kat wikipedia ni. Biasala, kalau tak tahu, kena la pandai-pandai tahu macam mana nak bagitau kita tahu.


PFA ni singkatan daripada Professional Football Association. Kira award ni dia bagi kat pemain-pemain bola sepak yang professional je la. Dan, markahnya dikira secara merit. Cuma yang merit tu je aku tak tahu macam mana pihak diorang ni kira. Ye la kan? Kalau kita semua tahu plak, mesti diorang tak perlu susah-susah nak pakai pekerja kan? Anugerah ini bermula pada tahun 1974 lagi dan pemenangnya pula Bobby Charlton dan Cliff Loyd. Yang ni dah bajet dah sebab time tu, Bobby je yang menonjol. Orang lain tak seberapa professioanal lagi.
Ni time muda-muda je. Besar sikit dapat plak da..

Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh la search kat wikipedia tu. Banyak lagi maklumat aku tak tulis kat sini pasal PFA Award ni. Cuma yang aku nak bagitahu kat sini pasal pemain Arsenal yang dapat anugerah ni. Semua fans dah bajet dah sape yang akan dapat anugerah PFA untuk tahun ni. Fabregas dah konferm dah dia dapat PFA ni sebab dia dah pecahkan rekod RObert Pires kat Arsenal. Dia pecahkan rekod Robert Pires sebagai midfielder top scorer, dengan 15 go untuk musim ni. Musim ni 15 gol, musim depan 50 gol kan?
Mmg masyuk la diorang ni..

Satu lagi yang terima award ni adalah Vermaelan. Bek tengah kita yang paling menjadi sebaik saja sertai Arsenal. Mael ni hanya miss satu match je sepanjang perlawanan liga sebelum dia injurt lawan totenham baru ni. Dah la mamat ni bengis giler muka dia, pastu dapat skor 7 gol plak. Memang patut la dapat award tu sebab midfielder dapat skor 15, bek dapat 7 gol. Separuh cukup la. Dah la bek main kat bawah je banyak. Aku rasa yang Mael niada chance nak jadi penyerang yang cukup berbisa.

Kat bawah ni aku senaraikan secara penuh nama-nama pemain yang dapat award tu :

GK: Joe Hart (Birmingham)
DEF: Branislav Ivanovic (Chelsea)
DEF: Richard Dunne (Aston Villa)
DEF: Thomas Vermaelen (Arsenal)
DEF: Patrice Evra (Man Utd)
MID: Darren Fletcher (Man Utd)
MID: Cesc Fabregas(Arsenal)
MID: James Milner (Aston Villa)
MID: Antonio Valencia (Man Utd)
ST: Didier Drogba (Chelsea)
ST: Wayne Rooney (Man Utd)

Dengan senarai nama kat atas tu, Mau paling ramai, aku pon heran. Kenapala diorang ni boleh pilih Fletcher. Fletcher dah la main jahat. Dia ni kuat tol main siku-siku orang. Last-last boleh award PFA. Bagi kot Song pom ok jugak kan.? Nak kata ada konspirasi tu...aku tak yakin mana. Tak pe la,,terima je yang Fletcher dapat award tu.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google