Skip to main content

Walcott dan Senderos...

























Assalamualaikum..bertemu kembali kita di blog ubibadok.haha.. Semoga sihat dan sejahtera di pagi jumaat ini. Kepada yang tak potong kuku lagi tu, blh r nk potong kuku sbb potong kuku hari jumaat ni sunat dan memotong kuku tu sunnah. Jadi, amalkan lah sunnah ini kerana sunnah dapat mendekatkan diri kita kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Berbalik kepada Walcoot dan Senderos. PErtama sekali berita pasal Walcott. Walcott dilaporkan tidak akan dapat bermain untuk perlawanan menentang Bolton hari Ahad ini. Walcott yang mengalami kecederaan rusuk ketika perlawanan menentang Aston Villa.

Ketika perlawanan menetang Arsenal dengan keputusan menang 3-o dan dimasa itu juga, Fabregas kita ponmengalami kecederaan hamstring. Walaubagaimanapun, hasil scan daripada pakar perubatan tidak dapat menemui sebarang kecederaan pada rusuk Walcott dan ini menimbulkan tanda tanya kepada staf perubatan Arsenal kerana Walcott masih lagi mengadu kesakitan. Sedikit pengetahuan, Walcott hanya bermain 4 game sahaja untuk musim ini dan menjaringkan satu gol.

Tentang Senderos pula, dia telah pun menyatakan yang dia ingin keluar dari Arsenal dan mencari team yang dapat menjadikan dia sebagai first team. Ini kerana dia perlu mendapatkan perhatian jurulatih International bagi membolehkan dia memasuki team Swiss. Senderos kita nampaknya tidak menarik perhatian Wenger untuk memberi tempat kepadanya sebagai first team kerana Arsenal telah cuba untuk mengambil Campbell sebagai bek tengah.

I want to go," Senderos told The Sun. "I need to be playing ahead of the World Cup and I don't want to play in the reserves any more. I really just want to leave."


kontrak Senderos akan tamat musim panas ini dan nampaknya Atletico madrid berminat untuk mendapat khidmat beliau. Justeru itu, editor ubiobadok mengucapkan selamat jalan dan selamat tinggal. Sayonara...haha..

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-