Skip to main content

"Operasi Fabregas.."

Assalamualaikum semua..harap segar sentiasa di pagi jumaat ini, yang mana hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, yang mana juga merupakan hari raya pada setiap minggu bagi umat Islam. Jadi, sama - samalah kita beristighfar dan menambah baikkan mutu amalan kita kepada Allah Taala. Contohilah Nabi S.A.W kita yang mana sentiasa beristgfar kepada Allah setiap masa dan ketika bagi mengharapkan keampunan dan rahmat Allah Taala untuk merayakan hari raya kita ini. Amma ba'd..


Di sini nampaknya ubibadok ada lagi berita panas yang hendak di kongsi bersama para pembaca sekalian. Berita ini masih lagi suam - suam kuku hendak dikongsikan bersama. Begini, sedang ubibadok membeli akhbar di depan rumah tu, ubibadok ternampak satu tajuk berkaitan dengan pemain Arsenal yang disiarkan di muka belakang akhbar The Sun. Jadi, tanpa berlengah lagi ubibadk terus membeli surat khabar itu dan hanyaa tersenyum dan tersengih sendiri membaca isi berita tersebut. Mungkin para pembaca sekalian hendak mengetahui apakah isi berita itu sehingga dapat membuatkan ubibadok tersenyum sendiri..


REAL MADRID president Florentino Perez's bid to prise Cesc Fabregas away from Arsenal has been dubbed 'Operation Cesc' in Spain.


Perez and his director general Jorge Valdano have held summit talks over a £43million summer bid for the midfield ace - and how they can knock deadly rivals Barcelona out of the running.


Arsenal are desperate to hang on to their captain but might be willing to talk if Real's £25m-rated striker Gonzalo Higuain is thrown into the bargain.


Against that, Barca hope to weigh in with a straight £40m bid.


If that fails, an alternative is to offer unsettled Ivory Coast midfielder Yaya Toure, brother of former Gunners defender Kolo, plus £30m.





Barca president Joan Laporta has already promised "to fight for the kid" who played for the club as a teenager.


A Real insider revealed: "The price demanded is £43m and that is what we are basing our calculations on.


"This is 'Operation Cesc', which we hope will prove a blow to Barcelona."


Kalau kita lihat di sini, nampaknya Real Madrid bersungguh - sunguh untuk mendapatkan kapten kita, iaitu Cesc Fabregas. Jika kita membacanya sampai habis mungkin ada juga diantara kita yang akan mengalami seperti apa yang di alami oleh ubibadok.

2 gergasi Sepanyol nampak gayanya berebut untuk mendapatkan pemain Arsenal ini untuk musim panas yang akan datang. Sehinggakan Real madrid mengeluarkan satu kenyataan untuk mendapatkan Fabregas dengan satu misi iaitu "OPERASI FABREGAS". Dapat dibayangkan di sini ialah yang yang Real Madrid bersungguh - sungguh untuk bersaing dengan Barcelona.

Di sini juga kita boleh lihat taktik Perez, iaitu presiden Real Madrid dengan menawarkan £43juta bagi mendapatkan pemain yang menyarung jersi berno.4 di Arsenal ini. Real menawarkan wang sebanyak ini bagi menandingi pesaing terdekat, iatu The Catalans yang sudah terbukti tidak mampu untuk menyainginya.


Bagi Barcelona pula, mereka hanya menawarkan £40juta sahaja. Tetapi, mereka ada satu lagi taktik iaitu ingin menukarkan Fabregas dengan Yaya Toure dan ditambah pula dengan wang sebanyak £30juta. Itu taktik Barcelona. Laporta jelas tidak mahu mengalah untuk membawa balik 'budak' Barcelona yang pada ketika waktu dahulu.


Tetapi, semua itu bergantung kepada Arsenal sama ada ingin mengekalkan kapten mereka di Emirates ataupun tidak. Akhbar The Sun, seperti di atas..menyatakan yang Arsenal kemungkinan akan menimbangkan semula sama ada untuk melepaskan kapten mereka itu jika Real bersedia untuk berbincang mengenai Higuain.


Sekarang ini, Real dan Barcelona bersaing untuk mendapatkan Fabregas, manakala Arsene Wenger tersenyum sendiri..Chayyok la Wenger...

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-