Maradona Si Tangan Tuhan?

Leave a Comment
Istilah yang memang syirik kabir giddan2.maklumlah orang kafir punya kerja.ada ke tangan maradona yang macam tangan kita ni di katakan tangan tuhan?bodo btul orang percaya dengan semua ni.bagi kita orang islam,cukuplah kita katakan itu hanyalah ketentuan dan kehendak Allah.tiada daya dan kekuatan melainkan Allah.apalah daya manusia untuk lakukan semua perkara tanpa kehendak Allah.kehendak dan kemahuan Allah mengatasi sega-galanya.andai kehendak Allah mengatakan begini,maka begini la jawabnya.andai kehendak Allah mengatakan begitu, begitulah jawabnya.

setiap gerak geri manusia tidak terlepas daripada perancangan Allah.kalau kita katakan kita yang merancang segalanya,mengapa kita tidak tahu bila kita mati?apa yang akan terjadi dengan kita selepas ni?apa?apa?apa dan apa.semuanya kita tidak mengerti dan tak kan kita tahu melainkan kita melaluinya sendiri.apa yang kita lalui tulah yang kita panggil pengalaman.setiap pengalaman mengajar kita erti kehidupan.tidak nampak lagikah kita bahawasanya tuhan sentiasa mengajar kita?tuhan sentiasa mengajar kita bagaimana untuk hidup.mampukah kita hidup tanpa sedikit pengalaman pun?tiada manusia pun yang hidup tanpa ada pengalaman.pengalaman adalah anugerah.

sudah jauh kita melangkah.sekarang kita undur balik.haha.apa tadi?maradona?bagi ambo,maradona bukan tangan tuhan.maradona tangan syaitan.haha.amik mu maradona.ada ke main bola dgn tangan?lebih2 lagi sumbat gol dengan tangan.kalau piala khoruf pun orang dah marah main bola ngan tangan.kalau piala malaysia mesti dah kena saman maradona tu.hehei(FAM mmg suka saman orang,penyokong pun kena saman).ni kan pulak piala dunia!piala yang skuad malaysia tak pernah2 masuk sampai sekarang.haha.maradona ni memang memalukan sungguh.dah la dia tak mengaku sentuh bola tu sampai sekarang!tangan tuhan kah begitu?

Read More

Al-Sultan Muhammad al-Fatih..Sultan Yang Di Isyaratkan Rasulullah..

1 comment
Nama sebenar beliau ialah al-Sultan Muhammad al-Thani ibn al-Sultan Murad Khan al-Thani (w. 886 H). Selepas bapanya wafat, beliau menduduki takhta pemerintahan seusia 19 tahun 5 bulan pada tahun 855 H. Al-Sultan Muhammad al-Fatih seorang raja yang amat besar sumbangan jihadnya, sangat kuat keberaniannya dan sangat kuat bertawakal kepada Allah taala.
Beliau digelarkan al-Fatih kerana jasanya yang sangat besar kepada penyebaran agama Islam ke lebih dua puluh wilayah kafir serta penguasaan beliau ke atas lebih dua ratus bandar dan paling utama ialah kerana beliaulah yang dipuji oleh Rasulullah sallaLlahu alayhi wa-sallam dengan sabda baginda:

لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ وَلَنِعْمَ الأَميرُ أمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذلِكَ الْجَيْشُ
Mafhumnya: “Sesungguhnya Konstantinapol akan dibukakan. Sebaik-baik pemerintah ialah pemerintah yang membukanya dan sebaik-baik tentera ialah tentera pemerintah itu” [Diriwayatkan oleh Ahmad dalam kitabnya Musnad Ahmad dan oleh al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak dengan sanad sahih].

Sesungguhnya semua yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallaLlahu alayhi wa-sallam itu benar sama ada berkenaan perkhabaran peristiwa lampau atau peristiwa masa depan di dunia dan di akhirat, sama ada berkenaan hukum halal atau haram sebahagian perbuatan dan perkataan manusia. Antara kebenaran yang telah dikhabarkan oleh baginda ialah pembukaan Konstantinapol dan baginda memuji pemimpin dan tentera yang membuka kota tersebut.

Kota Konstantinapol ini adalah pembukaan Islam yang sangat agung kerana janji Rasulullah sallaLlahu alayhi wa-sallam tersebut. Ramai khalifah dan sultan yang telah cuba membuka kota tersebut secara bersungguh-sungguh memenuhi janji Rasulullah sallaLlahu alayhi wa-sallam itu tapi mereka tidak berjaya. Muawiyah ibn Abi Sufyan telah mengepungkan kota tersebut pada zaman pemerintahan Khilafah Sayyidina Ali radiyaLlahu anhu wa-karama wajhah, Sufyan ibn Aws telah mengepungnya pada zaman pemerintahan Muawiyah dan Maslamah ibn Abdil-Malik telah mengepungnya pada zaman pemerintahan Umar ibn Abdil Aziz. Seterusnya, kota ini pernah dikepung pada zaman pemerintahan Hisham ibn Abdil-Malik dan juga pernah dikepung oleh salah seorang panglima tentera al-Khalifah Harun al-Rashid. Sesungguhnya kota Konstantinapol ini akhirnya berjaya dibuka oleh al-Sultan Muhammad al-Thani Fatihul-Qustantiniyyah pada siang Rabu 10 Jamadil-Akhir 857 H.


Read More

Kentut Membahagiakan...

2 comments

kentut itu membahagiakan

Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila
tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru
muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal,
lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak
terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk
dan kuat sangat nih???“ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan
ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni
terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman
wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan
berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan
lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya,
namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak
terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut
mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara
tak langsung akan bertambah baik..

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik
terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin
mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman
lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda
berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana
jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda
secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan
anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan… .anda setuju???
Read More

Sumayyah..Wanita Pertama Syahid Dalam Sejarah Islam..

1 comment
.

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, “Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga.”

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat “Ahad..Ahad..” seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surah Al Ankabut, ayat 2).

Sejarah Sumaiyah tak akan luput daripada dada orang2 beriman yang mendambakan syahid demi agama tercinta.Semoga menjadi manfaat untuk semua..

Read More

Training Yg Berjaya....Sukses..

Leave a Comment
Nampaknya training bola pada pagi ini amat sukses sekali. para pemain nampaknya bersemangat dan bersungguh - sungguh untuk training pada pagi ini untuk menghadapi piala Ammu Din pada pagi Sabtu yang akan datang ini. Mana tidaknya sebab hadiah yang ditawar amat lumayan sekali dan pihak penganjur telah mendapat ramai sponsor untuk kejohanan pada hari Sabtu ini. Pada hari ini, peserta yang datang dapat membentuk 2 team sahaja. Ini disebabkan peserta dari mahattoh muyyah tidak hadir sepenuhnya dan pihak rata-rata para pemain sudah mengerahui tabiat ini dan tidak begitu mengharapkan sekiranya secara total mereka tidak datang. Penulis blog untuk post pada hari ini amat berbangga kerana 2 orang wakil mahattoh moyah hadir dan memberikan lagi harapan untuk para pemain bermain dengan penuh bersemangat. Sememangya dua orang ini amat bagus sekali. Sorang tu orang panggil Am,, dan yang sorang lagi orang panggil Dik.. Tentu pembaca - pembaca sudah dapat meneka siapa sebenarnya 2 orang ini.


Pada awal pagi lagi diorang ini sudah terpacak di depan court menunggu para pemain yang lain datang biarpun pada ketika itu cuaca sangat dingin. Mereka tabah dan cekal tapi, kecekalan mereka tidak diikuti dan dijadikan contoh oleh ahli bait mereka. Sememangnya telah jelas di situ yang mereka tidak bersepakat.

Rata-rata pemain bermain dengan penuh semangat dan totally perfect dari sudut semangat kesukanan. Pemain dari mahattoh moyah nampaknya memang sepakat untuk menjadi satu team dan mereka adalah tunjang utama team mereka pada pagi ini. Mereka banyak mempamerkan aksi di luar dugaan dan banyak skil-skil yang sebelum ini belum lagi dibuat oleh pemain2 di sini. Mereka mungkin lebih bersemangat dan mahu menjuarai piala ammu din. Tak mengapa kepada team2 yang lain, kita semmereka pada pagi Sabtu ini dan dinasihatkan agar jangan berdebar-debar dengan aksi mereka ini.

Sebenarnya, piala ammu din ini sudah lama tertangguh dan salah satu sebabnya adalah para peserta tidak memberi kerjasama yang sepenuhnya. Salah satu sebabnya ialah, mereka tidak menghadirkan diri pada hari yang dipersetujui oleh orang ramai dan hal ini menyebabkan kejohanan ini ditolak dengan ua akan pakat2 menyaksikan aksi begitu sahaja. Tapi tak mengapa, sabar itu lebih baik. Betul tak..??


Jadi, kita semua pakat2 turun pada pagi Sabtu ini bagi memeriahkan lagi kejohanan ini. Diharapkan para pemain bersiap sedia dan turun lebih awal ke court dan bagi sesiapa yang selalu tidur lepas Subuh ataupun bangun lewat untuk sembahyang Subuh (takut2 ada) diminta mempersiapkan diri anda. Kita jumpa pada pagi Sabtu ini dan penulis akan cuba menyediakan laporannya kerana editor untuk blog ini ramai sekali. ok. Sekian untuk petang ini. Salam muhibbah.
Read More

Ikhlaskah kita..?? Sama-sama kita renungkan...

Leave a Comment
BismillahirRahmanirRahim
Assalamu 'Alaikum waRahmatullahi WaBarakatuh

Salam ukhuwah... Syukur kita kepada Allah Azzawajalla kerana masih lagi hidup dalam keadaan Islam dan sememangnya itulah nikmat yang tiada tolak bandingannya daripada Allah Taala. Aku disini bukan untuk berceloteh tetapi ada sedikit catatan untuk kita sama - sama renungkan. Dalam kita bersuka ria pom, mesti juga ada peringatan ataupun tazkirah sebagai pedoman hidup. Hidup tanpa tazkirah ini ibarat kita akan hidup selama-lamanya. Mana tidaknya, setiap hari kita asyik lagho je dan seolah-olah kita tak akan mengadap Allah yang MAha Abadi. Dengan tazkirah ini, dapat juga kita menebalkan lagi iman kita yang selama ini orang lain tak tahu pom setebal mana kecuali kita sendiri yang mengetahuinya. Aku tak pandai pom nak tazkirah, sikit-sikit boleh la.. Aku pom tak tahu sama ada aku ni layak tak untuk memberi tazkirah, tetapi kita janganlah melihat siapa tuan pemberi taskirah, tetapi melihat apa isi yang hendak di sampaikan. Sekian....


Ikhlas orang awam ada 3 peringkat/ 3 bentuk:

1. Mengerjakan amal kerana Allah Ta'ala semata-mata, tetapi pada masa yang sama mengharapkan balasan syurga Allah dan segala ni'mat ukhrawii.

2. Mengerjakan amal kerana Allah Ta'ala semata-mata dan tidak pula mengharapkan syurga, tetapi terpandang dirinya yang beramal. Sebagai contoh si Zaid bersedekah kepada fakir miskin kerana Allah Ta'ala tetapi selepas bersedekah teringat bahawa dirinya yang bersedekah.

3. Mengerjakan amal kerana Allah Ta'ala semata-mata, tidak menuntut pahala syurga, tidak pula memandang dirinya yang beramal, tetapi merasai dirinya sudah ikhlas.

Ketiga-tiga peringkat atas lazim berlaku kepada orang awam, iaitu mereka yang belum berjalan menuju Allah. Pada pandangan fiqh, ketiga2 macam ikhlas itu diterima dan sah amalnya.

Walaubagaimana pun dipandang dari sudut Tasawwuf ianya belum sempurna atau masih mengandungi 'syirik khafi'.
Yang pertama kerana masih mengharapkan sesuatu disamping Allah.

Yang kedua menyekutukan Allah pada Af'alNya kerana memandang dirinya mempunyai daya upaya.

Yang ketiga kerana masih memandang keupayaan dirinya untuk menjadi ikhlas.

Menurut pandangan Ahli Ma'rifat seseorang yang dikurniai Allah Tauhid Af'al kedalam hatinya akan merasai keikhlasan sebenar kepada Allah Ta'ala. Ini serendah2 darjat ikhlas sebenar seseorang hamba Allah. Untuk memperolehinya seseorang hamba Allah perlu mujahadah sungguh2 dengan mengerjakan zikrullah dan melawan nafsu2 kejahatan dalam batinnya sehingga batinnya bercahaya-cahaya. Pada ketika itu hilanglah segala harapan hanya semata-mata mengharapkan wajah Allah, terpandang dalam dirinya tiada daya upaya melainkan Allah.


P/S : So, sama - sama kirta renungkan, apakah selama ini amalan kita betul-betul mencapai tahap ikhlas..??
Read More

Salafussoleh...

Leave a Comment

MUKADDIMAH

Kebanyakan manusia melakukan ibadat tanpa ada perasaan takut kepada Allah. Ibadah mereka seumpama kotak yang tidak berisi. Perasaan takut dan gentar hati adalah sifat orang berIman yang tulen. Firman Allah swt:

" Sesungguhnya orang-orang beriman itu hanya orang yang gementar hati mereka bila disebut nama Allah, bertambah Iman mereka bila dibacakan ayat-ayat Allah dan mereka berserah diri kepada tuhan mereka." (2 : al-Anfal)

Oleh bagi memotivasikan diri kita agar kita dapat menanam perasaan takut dan gentar kepada Allah, saya hidangkan beberapa kisah para sahabat dan ulama yang diri mereka amat takut kepada Allah.


1. SAMMAH رحمه الله

Pada suatu hari Sammah رحمه الله bermuhasabah dirinya. Dia mengira umurnya sudah menjangkau 60 tahun. Lalu dia membilang hari-hari yang telah dilaluinya , dia mendapati sudah 21 ribu hari. Lalu dia berkata:

يا ويلتى لو لم يكن في كل يوم سوى ذنب واحد لكان أمرا عظيما فكيف ولي في كل يوم عشرة ألاف ذنب؟

" Alangkah celakanya, kalau aku hanya buat satu dosa sahaja sehari dosaku sudah amat besar dan banyak dosaku. Bagaimana pula kalau aku mempunyai sehari 10,000 dosa?"

Kemudian dia terus menjerit dan jatuh pengsan. Bila orang-orang lain mengejutkannya, mendapati dirinya sudah mati.

2. MUHAMMAD BIN WASIE'

Ketika Muhammad bin wasi' رحمه الله dalam keadaan sakit tenat, ramai manusia yang menziarahinya. Ada yang berdiri dan ada yang duduk. Beliau berkata kepada seorang sahabatnya:

أخبرني ما يغني هؤلاء عني إذا أخذ بناصياتي وقدمي غدا وألقيت في النار؟ ثم تلا هذه الأية يعرف المجرمون بسيماهم فيؤخذ بالنواصي والأقدام

"Beritahu aku, apakah mereka semua ini boleh membantu aku ketika malaikat menyentap ubun2 dan kedua kaki ku dan aku dicampakkan ke dalam api neraka pada hari kiamat kelak? Kemudian beliau membaca ayat ini:

"Orang-orang yang berdosa dikenali dengan tanda-tanda yang ada pada mereka dan akan direntap ubun2 dan kaki mereka." (41 : ar-Rahman)

3. Suatu hari Abu Hurairah ra menangis ketika beliau sakit. Lalu ada orang berkata kepadanya: "Kenapa engkau menangis?" Lalu beliau menjawab:

أما إني لا أبكي على دنياكم هذه
ولكني أبكي لبعد سفري وقلة زادي وأصبحت في صعود مهبطة على جنة ونار فلا أدري إلى أيهما يسلك بي

"Adapaun aku sesungguhnya tidak menangis kerana kehilangan dunia ini, tetapi aku menangis kerana betapa jauh perjalanan ku (di akhirat) dan amat sedikit bekalan ku (amalan ku). Aku seumpama menaiki tempat yang tinggi dan akan jatuh samaada ke neraka atau ke syurga. Aku tidak tahu aku akan terjerumus ke neraka atau masuk ke syurga."

4. SAID BIN 'AMIR RA

Said bin 'Amir ra adalah seorang sahabat yang dilantik Umar ra sebagai pemerintah Syam. Penduduk syam telah mengadu kepada Umar ra tentang Sa'd. Diantaranya ialah
Sa'id selalu jatuh pengsan. Lalu Said ra menjawab:

"Sesungguhnya aku kadang-kadang pengsan adalah disebabkan aku dahulu telah melihat pembunuhan Khabib al-Ansari ra di Makkah. Orang-orang Quraisy telah memotong dagingnya hidup-hidup dan menanggungnya diatas batang pokok kurma. Ketika itu mereka bertanya kepadanya "Adakah kamu suka kalau Muhammad ditempatmu sedangkan dirimu selamat sejahtera." Beliau menjawab "

والله ما أحب أني في أهلي وولدي معي عافية الدنيا ونعيمها ويصاب رسول الله صلى الله عليه وسلم بشوكة

"Demi Allah aku sesungguhnya tidak suka bersama anak2 dan isteriku dalam keadaan sihat dan mendapat nikmat sedangkan Rasulullah saw tercucuk duri."

Setiap kali aku teringat peristiwa yang menimpa khabib yang mana ketika itu aku masih musyrik, kemudian aku teringat bahawa aku tidak menolongnya , aku gementar kerana takut dengan azab Allah sehingga aku pengsan."

5. ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Sesungguhnya Abu Bakar as-Siddiq ra ketika dirumahnya telah didatangi oleh seekor burung. Burung itu hinggap di sebatang pokok. Lalu Abu Bakar memandang burung tersebut dan berkata:

طوبى لك يا طير ما أنعمك على هذه الشجرة تأكل من هذه الثمرة ثم تموت ثم لا تكون شيئا ليتني مكانك

" Beruntunglah wahai burung terhadap nikmat pohon yang telah Allah berikan kepada mu. Engkau makan buah dari pohon ini. Kemudian engkau akan mati dan tidak dibangkitkan untuk dipertanggungjawabkan seperti manusia. Alangkah baiknya aku ditempat mu." (Hr Ibnu Abu Dunya)


KESIMPULAN

Walaupun mereka banyak melakukan amal soleh dan sebahgianya yang sudah dijamin syurga seperti Abu Bakar tetapi perasaan takut mereka melebihi segalanya. Mereka amat bimbang tidak diterima amalan mereka. Mereka begitu takut untuk berjumpa dengan tuhan. Balasan mereka adalah syurga seperti mana firman Allah swt:

ولمن خاف مقام ربه جنتان

" Dan sesiapa yang takut untuk berdiri dihadapan tuhannya pada hari kiamat mendapat dua syurga." (46 : ar-Rahman)


Rujukan: Makhawuf as-salihin min adamil qabul al-A'mal oleh Dr Muhammad 'Azzuz, Qasasus Salihin wa dumu'il Abidin oleh Haidar Muhyiddin dan at-Tahzibul Maudu'ie lihilyatul Auliya oleh Muhammad bin Abdullah.
Read More

Player Arsenal Tip-Top...

Leave a Comment




Salam manis sebagai pembuka kata untuk post hari ini. Semalam sudah berlangsung perlawanan bola sepak international dan banyak negara yang terlibat dan ini tak mengganggu aku untuk menulis blog. Hahaha. Tidak perlu untuk aku memperkatakannya negara mana yang terlibat dengan satu persatu kerana terlampau banyak. Semalam juga terdapat perlawanan kelayakan untuk ke piala dunia dan kat negara mesir ini telah menjadi riuh dan bising dengan sorokan kaum-kaum Arab Mesir apabila negaranya menang dan secara automatiknya dapat pergi ke Afrika untuk World Cup 2010 iaitu pada tahun depan. Apakah betul Mesir dapat melangkah masuk ke World Cup..?? Dalam permainan bola sepak, pasukan yang menang semestinya dianggap menang walaupun dengan hanya satu mata atau pun dengan hanya gol sendiri, ianya tetap dikira menang. Ianya mungkin disebabkan nasib yang menyebelahinya dan sudah tetu ianya ketetapan daripada Allah Taala. Sebagai contoh, pasukan Man U sering kali menang dengan gol nasib. Tapi, nak buat macam mana kan sebab menang dengan gol nasin pom masih dikira 3 mata. Yang tak tahannya, penyokong-penyokong fanatik diorang ini mengatakan yang Man U menang dengan gol lawa dan permainan pom permainan dengan corak permainan yang lawa. Tidakkah para penyokong ini menipu diri mereka sendiri..?? Aku nak buat macam mana tau kat penyokong Man U ini kerana diorang seolah-olah tidak mahu menerima hakikat yang team yang mereka sokong tu bukannya sedap sangat pom. Kadang-kadang aku bermonolog sendirian di kamarku, memikir tentang nasib perjalanan Man U dan juga para penyokongnya..??


Para penyokong Man U tidak nampak kah yang Arsenal FC mempamerkan permainan yang bermutu dan setaraf dengan pasukan bola sepak no. 1 di dunia..?? Hahaha.. tatkala membaca post ini, mesti ada debaran dan perasaan marah yang membuak-buak di dalam dada fans Man U. Tapi korang kena belajar terima hakikat yang ini bukan zaman C.Ronaldo ataupun yang dulunya dikenali dengan CR7. Kalau korang yang pernah main game master league kat PES 2010 mesti korang perasan yang Man U membeli balik CR7. Hahaha.. bukan aku nak membawa masuk fantasi ke alam realiti, tetapi ingin aku katakan yang bukan setakat di alam reliti tetapi di alam fantasi pom masih tidak puas hati dengan pemergian ronaldo dari Man U. Ternyata kepergian Ronaldo dari Man U memberi impak yang besar dan boleh juga diistilahkan dengan impak maksima. Hahaha.. Apa macam Man U..??


Berbalik kepada psukan mesir tadi, gol yang team mereka perolehi ialah hasil daripada jaringan Zaki seawal minit ke-2 dan juga gol kedua diperolehi daripada Meteb pada masa tambahan. Sememangya Arsene Wenger mengakui yang penting untuk memperolehi gol pada minit yang awal kerana ini dapat menaikkan morak dan juga motivasi pemain-pemain. Wenger amat menitik beratkan gol pertama dan tahu yang anak didiknya pasti tak bermaya sekiranya gawangnya dibolosi dahulu oleh pihak lawan.Pemain Arsenal yang berasal daripada Brazil dan bermain untuk negara Croatia menyumbangkan 2 gol pada perlawanan semalam. Bisa Eduardo sememangnya tidak pernah hilang selepas injurt selama setahun lebih saat tulang kakinya patah. Tetapi bisanya itu tidak menyinar seperti sebelum ini. Mungkin Eduardo memerlukan masa. Jadi kita sama lihat prestasi Eduardo dan sememangnya Wenger amat mengharapkan penyerang yang dianggap sebagai musang di dalam kotak. Wolf in the Box. Hahaha.. Ada ke gelaran macam itu unutk pemain Man U..??


Seorang lagi pemain Arsenal yang menyumbang gol untuk ngaranya semalam ialah pemain bek tengah yang menggantikan posisi Toure iaitu Vermaelan. Namun begitu, nama popularnya ialah Mael. Hahaha, Mael telah menyumbangkan satu gol kepada negaranya iaitu Belgium dan semestinya menambahkan lagi kepercayaan Wenger terhadapnya. Sememangnya Wenger seorang yang bijak dan profesional dalam membeli pemain ketika untuk satu-satu pasukan. Walaupun ramai yang mengulas Wenger ni kedekut dan kupik hanya dengan membeli pemain yang berbajet rendah dan tidak berprofil tinggi, namun inilah kehebatan dan keistimewaan Wenger kerana dia membeli pemain dengan harga rendah tetapi mempunyai potensi yang besar. Cuma kekurangganya ialah kurang dari segi pengalaman je. tapi tak mengapa kerana pengalaman itu boleh dicari contohnyadengan banyak berjalan kerana. Ini sesuai dengan pepatah Melayu kuno, "jauh perjalanan luas pengalaman". Ini dilakukan oleh Wenger dengan membawa pemain-pemain mudanya ketika pemain senior mempunyai perlawanan di luar stadium Emirates. Hahaha.. Ramai lagi pemain Arsenal yang ingin aku ulas, tetapi, post ini sudah panjang dan mestia da yang tak menyukai membaca posting yang panjang-panjang. Jadi, kita tunggu post lain pulak. Post lain mungkin ditulis oleh peminat Arsenal yang namanya Begah seiras dengan nama Fabregas. Jadi, kita sama -sama tunggu. Wait and see....Salam Pantai timur.


Read More

Salam...

Leave a Comment


Ku dahulukan tulisan aku pada hari ini dengan lafaz yang penuh barakah iaitu-Assalamualaikum sebagai pembuka kata. Lafaz ini juga sangat di titik beratkan dalam agama yang syumul iaitu agama Islam kerana, inilah agama hakiki daripada langit dan Rasulullah S.A.W yang menjadi penyebarnya. Memberikan salam kepada sesama Muslim adalah perkara yang sunat, akan tetapi bagi yang mendengarnyanya wajib menjawabnya. Jadi, sebelum itu, jawablah dahulu salam yang diberi sebentar tadi. Rata-rata sudah tahu yang amalan memberi salam ini sangat dituntut di dalam Islam kerana amalan memberi salam ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim yang telah sedia terbina. Pada zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat sentiasa mengamalkan salam ini, bahkan sampai ada yang seolah-olahnya bertanding untuk menyampaikan salam terlebih dahulu daripada menjawab salam. Cuba kita tengok, sampai begini sekali amalan para sahabat. Aku yang menulis ni pon belum tentu lagi memberi salam separuh masa kat aku. Mungkin juga tiada orang pun yang ingin bagi salam kat aku. Hahaha... Tapi tak mengapa, kerana tulisan ini bukan untuk dituju kepada sesiapa, tetapi tak lebih daripada mengingati diri aku sendiri.

Mungkin ramai peminat-peminat EPL selain Arsenal yang tak puas hati kat blog ini. Tapi tak mengapa, kalau tak puas hati kita sama - sama diskus. Cuba sampaikan ikut saluran yang betul. janganlah sampai ada yang mengumpat-umpat dan memboikot blog ini. Hahaha... Dan satu lagi, ada satu hadis sebagai renungan yang ingin aku sampaikan di sini sebagai tazkirah di kala pembaca-pembaca sekalian sedang dalam kelalaian.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila terdapat tiga orang, maka janganlah dua orang di antara mereka berbisik-bisik tanpa disertakan oleh seorang lagi .

Bukanlah aku alim sangat untuk menyampaikan tazkirah kat sini, tetapi aku tak nak di persoal di negeri yang kekal abadi nanti iaitu di negeri akhirat kenapa kau tidak menyampaikan ilmu walaupun sedikit kepada orang ramai dam masyarakat Islam khususnya. "Sampaikan daripada ku walaupun satu ayat". Hadis ini sudah cukup terkenal di kalangan pelajar intelek dan tidak mungkin orang yang membaca blog ini ialah orang yang kurang tahap inteleknya. Aku yakin, dan pasti yan ada dala kalangan pembaca yang terer giler tahap inteleknya dan juga begitu mahir dalam bidang IT sehingga sampai dapat menjadi hacker. Aku berharap, kebolehan yang ada pada kita ini tidak disia-siakan dengan begitu sahaja. Tidak mahukah kita memperjuangkan Islam dengan kebolehan kita..?? Kita pun sudah maklum yang kebolehan pada kita ini adalah daripada ALLAH yang MAHA ESA dan tak mahukah kita memanfaatkan nikmat itu untuk agama yang diredhai-NYA..??

Berdasarkan hadis daripada Saidina Umar al-Khattab itu, kita pun sudah jelas makna dan objektif yang ingin disampaikan oleh nabi kita. Jadi, kita sama-sama fikirlah kerana tidak rugi jika kita berfikir kerana "berfikir sesaat itu lebih baik daripada seribu tahun beribadat sunat". So, cuba kita bayangkan yang kita berasa di tempat orang ketiga dan melihat dua lagi kawan ataupun orang yang kita tak kenal sekalipun berbisik di hadapan kita. Sudah tentu ini akan menyebabkan kita tidak selesa dan mendatangkan pelbagai sangkaan buruk kepada mereka. mungkin di dalam hati kita mengatakan yang mereka sedang mengumpat kita. Dan, yang lebih pedih lagi apabila orang yang berbisik itu adalah kawan kita sendiri..?? Apakah perasaan anda..?? Pedih?? Kecewa..?? Nak buat macam mana, kerana itulah kawan yang anda sendiri tentukan.


Dan, berwaspadalah kepada orang yang menggemari melakukan perkara sedemikian kerana mungkin ramai lagi orang yang tidak puas hati terhadap anda kerana berkelakuan dengan kelakuan yang begitu jijik sekali. Oleh itu, sukacitanya aku ingin mengajak anda sekalian bramal dengan hadis ini. Bukan susah pun. Kalau kita tak tegakkan sunnah Nabi S.A.W ini, siapa lagi..?? Kita nak mengharapkan orang-orang jahil?? Tentu sekali tidak boleh diharapkan dan mustahil sekali orang kafir dapat menegakkan sunnah Nabi ini... Jadi fikir-fikirkanlah.. Tidak rugi kita mengamalkannya kerana Allah tentu membalanya dengan pahalaNya yang tiada tandingan pun dengan sebarang harta di dunia ini dan sudah tentu kita ini tergolong di dalam golongan yang mendapat syafaat nabi Muhammad S.A.W kerana menghidupkan sunnahnya. Jumpa lagi....
Read More

Ketika Cinta Bertasbih....

1 comment

Ketika Cinta Bertasbih...Tahniah kepada Habiburrahman atas karyanya yang dapat menarik pelbagai lapisan umur dalam kalangan masyarakat Melayu. Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada individu-individu yang telah pun dapat menghabiskan movie mahupun novel yang digarap oleh Habiburrahman. Secara kasarnya, cerita ini berkisarkan hal perkahwinan dalam kalangan muda - mudi dan secara khususnya dituju kepada pelajar Al-Azhar di Mesir... 'Setaro' mano kah pendapat- pendapat anda semua.?hahaha...

Salam ukhuwah daripada penulis blog...

Terlebih dahulu diminta dijauhi Allah daripada syaitan yang dilaknat, kerana syaitan ini selalu mendampingi orang-orang yang lalai dan mungkin juga kita telah pun termasuk di kalangan orang-orang yang lalai. Ambo masih lagi ingat tok guru ambo oyak...beliau mengatakan yang ketika di dalam sembahyang..syaitan akan menganggu kita ini dengan penyakit was-was dan penyakit inilah yang amat memberhaya dan Allah telah pun mengkhabarkan kita di dalam kitab -Nya di dalam surah An-Nas. Sekalipun di dalam solat kita masih teringat akan akhirat, Imam Nawawi mengatakan yang ianya masih lagi sebahagian daripada mainan was-was syaitan. Ini kerana...bacaan kita di dalam solat tidak ada kena - mengena pun dengan bab akhirat. Astaghfirullah...betapa berdosanya diri ini kerana menyedari yang sudah banyak kali sehinnga tidak terkira oleh jari yang sepuluh berapa banyak solat yang solatnya bersama mainan was-was syaitan. Ya ALLAH..ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini dan berilah hidayah untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi yang ternyata sudah milikMU.

Kalau kita lihat, betapa halusnya strategi syaitan untuk mengheret umat Nabi Muhammad S.A.W menjadi teman-teman mereka di dalam neraka jahannam kelak. Namun, bagi kita yang telah pun menyedari tipu helah syaitan ini seharusnya berusaha dengan sedaya - upaya untuk menjauhinya.

Allah telah pun memberikan tangguh kepada syaitan untuk memangjangkan lagi usahanya untuk menyesatkan bani Adam di atas muka bumi ini kerana syaitan sememangnya sudah terkenal sebagai penderhaka no.1 makhluk tuhan dam juga makhluk pertama yang menyombongkan dirinya dengan nabi Allah iaitu Nabi Adam A.s.

Sedarkah kita di dalam cerita tersebut, ianya merupakan realiti yang mana ramai anak-anak muda yang sekarang ingin berkahwin. Sememangnya berkahwin ini merupakan satu daripada sunnah nabi junjungan kita iaitu Nbi Muhammad S.A.W. Jadi, persoalan yang ingin saya tinggal di sini ialah, sudahkah kita bersedia untuk berkahwin? Dan bagi anak-anak Kelantan lelaki kat Mesir sememangnya bukan ustaah daripada rumah Kelantan yang menjadi pilihan..?? Betulkah..?? Kita kan berjumpa lagi...salam perjuangan....
Read More

BorinG.....

1 comment

Salam ukhuwwah.selawat dan salam buat insan teragung sepanjang zaman. Penghulu segala Nabi, Syafaat semesta alam, Rasulullah alaihi solatullah.

Malam ni aku boring sampai tahap tak tahu nak buat ape. Buka facebook pun, hemmm...muka same je online.Naik jemu aku. Haha...tak de pe yang aku nak tulis kat sini. Cuma aku nak korang semua tahu tahap keboringan aku.Haha...aku dah semakin suka memblog nih. Daripada boring yang sampai tak tahu nak buat pe, baik aku berkarya dalam ni. Haha..Kalau aku layan nafsu tidur aku, baik aku layan kat sini je sementara tunggu subuh. Kalau aku terus layan nafsu tido aku tuh. Emm...alamatnye subuh gajah la. tak mustahil Subuh dinasour..Hahaha...

Tidur tak kan ke mana andai solat terabai. Solat tak kan kemana andai lalai. Solat yang lalai hanya akan menempah celaka daripada ALLAH. Orang yang menempah celaka daripada Allah ialah orang yang membinasakan dirinya sendiri dan sanggup untuk diazab di dalam neraka Allah S.W.T. Andai solat kita sudah menempah kecelakaan dari ALLAH, apalah yang nak di harapkan dengan ibadah yang lain. Solat adalah segala-galanya bagi orang yang beriman dan solat adalah tunjang agama. Tiang agama. Islam berdiri atas lima perkara, dan solat adalah perkara pertama selepas ikrar akujanji kita dengan ALLAH untuk menjadi saksi bahawa DIA lah tuhan semesta alam. Lihat, betapa pentingnya solat!

Read More

Arsenal

Leave a Comment
Salam..
dh baca posting sblm ni?amcm,best x?hahhaa,wlaupn ade sindiran sikit2 tp itu sekadar gurauan 'bewok' smata2.ermm.arsenal dh menang.man u dh mampus..haha..skrg ni chelsea pn dh mengakui arsenal adalah pencabar terbesar mereka tahun ni dalam pemburuan gelar epl.haha.baru mereka tahu,apa mcm arsenal.wlpn d barisi pemain2 muda dan tak berpengalaman,arsenal tetap tangguh.dunia sudah nampak kehebatan bakat2 muda arsenal dalam pemburuan gelar tahun ini.sekarang semua dah nampak kan,skuad arsene wenger ni mcm mane.haha..

walapun dah 5 tahun arsenal tak menang 1 piala pn,aku tetap bangga dengan kerja si wenger nih.dia ni memang ada kredibialiti pengurus tahap world class.skuad yang di didik oleh dia ni asalnya budak2 hingusan yang dia kutip kat tepi2 jalan.player2 yg d reject tulah yg dia amik wat masuk kat arsenal.bajet x payah nk cakap la.murah 'mmbee'.haha.sebab tu la dia ni tak kena pecat walapun arsenal dah 5 tahun tanpa sebarang piala.piala x dtg pn.untung tetap untung.haha.aku caye lah.kemarau piala tu akan berakhir tahun ni.skuad muda arsenal sekarang dah matang dan mampu bersaing dgn kelab2 top lain dlm pemburuan gelar.asalkan diorang ni trus komited ngan kerja si wenger nih.in arsene we trust..
Read More

Setan Merah...

Leave a Comment



Salam sedih untuk peminat-peminat setan merah dan salam gembira untuk peminat - peminat singa biru khususnya untuk peminat yang berada di bumi Mesir ini. Tidak salah untuk kita bersedih sekiranya pasukan yang kita minat dan yang kita sokong sepenuh jiwa raga tumpas kepada musuh ketatnya. Tapi ingatlah yang kalah itu tetap kalah walaupun namanya Manchester United...hahaha..


Dan juga kepada penyokong fantastik MUnafik kat mahattoh muyah, salam sedih spesel dari penulis blog..haha.. Walaupun ramai penyokong man u kat sini, tetapi keputusan 1-0 tidak dapat diubah biarpom semakin ramai yang menyokong Man U. Permainan Man U dan Chelsea sudah dapat diramal dan sememangya seperti yang dijangka oleh Alex Ferguson dan Carlos Ancelotti yang permainan pada malam ini adalah satu permainan yang sangat panas. Perkataaan panas di sini dapat diterjemah dan ditafsir kepada dua iaitu, panas rentak dan irama permainan di dalam padang dan juga panas para penyokong fanatik setan merah. Biarpun sudah terang lagi bersuluh , tapi rata-rata orang masih lagi menyokong si Setan Merah ini. Team ini sememangnya sudah terkenal dengan bermain dengan permainan kotor seperti slide 'kokse kokdam'. Sebagai contoh kita ambil permainan malam ini iaitu Fletcher yang menylide 'kokse kokdam' si pemain Chelsea iaitu Carvalho. Lagi contoh yang lain ialah pemain pertahanan Setan Merah iaitu Evans yang menerajang pemain idola Chelsea iaitu Didier Drogba. Biarpun Drogba itu tak handsome,tak patut pemain MU buat macam tu. Kesian betol kat Drogba apabila mendapat kad kuning daripada insiden itu..'som' la dengan pepatah melayu"sudah jatuh ditimpa tangga"..(hahaha...)


Tapi sebelum itu, ada satu peristiwa iaitu ketika para penyokong Setan Merah dan Singa Biru sedang ghairah dan stim menonton perlawanan secara live kat mahattoh muyyah..Masa itu, permainan sememangnya betul-betul hot dan sampailah kepada minit 76 dan Chelsea dihadiahkan satu sepakan percuma oleh referee yang sememangya sudah diberi tauliah bukan macam MAZA yang tak dapat tauliah tapi nak bagi ceramah jugak. Ref ni penulis salute la sebab dia menjalankan tugas dia dengan halal pada dasar di negaranya tetapi tidak kepada MAZA apabila negara kita iaitu Malaysia ataupun sekarang ini terkenal dengan 1Malaysia kecoh dengan penahanan MAZA oleh JAIS. Pastu, ramai pula yang nak membackup penceramah yang kontroversi ni sampaikan yang ada pangkat besar pun sanggup membackup. Padahal yang membackup tu ada yang tak pernah mengikuti perkembangan ajaran si MAZA ni. Dalam kesempatan ini, penulis ingin bertanyala kalau ada sape-sape yang nak mempertikaikan tindakan JAIS. Takkanlah JAIS nak buat kerja bodoh dengan menangkap orang yang tidak bersalah?? Orang-orang yang patut kita jauhi dan lebih baik untuk dijauhi ialah orang yang bodoh dan tak tahu yang dia sebenarnya bodoh a.k.a buat kerja bodoh.
Berbalik kepada cerita kat mahattoh moyyah. Rupa-rupanya sudah jauh penulis melalut sampai kepada isu di Selangor pula. Penulis blog ni pom ramai, nak buat macam mana.. Pada minit 76...sepakan percuma oleh The Blues diambil oleh ayan tambatan pasukan, iaitu Frank Lampard. Dengan tenang lampard mengambil sepakan percuma itu dan bola itu tiba-tiba je ditanduk lembut oleh John Terry iaitu bek kebal untuk pasukan The Blues and,and,and GOLLLLLL......".tak sekko lasom". Dan ketika itulah para penyokong Chelsea yang dari tadi tak habis-habis berdebar, bersorok dengan sekuat hati dan melaung perkatan 'GOL' kepada penyorak-penyorak Man U, memang tidak dapat dinafikan yang penyokong Chelsea ini ingin melepaskan kegembiraan terhadap penyokong-penyokong Man U kerana dari start mula perlawanan lagi penyokong Chelsea dicemuh.Memang bergegarlah kota Shoubra a.k.a bandar terkotor. Tak sampai beberapa saat selepas itu, kedengaran pintu utama rumah keluarga ahli mahattoh moyyah diketuk dengan kuat. Semua yang ada di situ diam, hanya bunyi alunan angin yang keluar masuk ikut jendela, para penonton selaku penyokong kedua-dua pasukan mengambil nafas. Berdebar-berdebar. Kemudian, kedengaran lagi pintu diketuk, kali ini lebih kuat lagi dan ketika itulah seorang ahli bait rumah mahattoh moyyah berlari-lari anak memasuki bilik. Mungkin dia takut atau mungkin dia berembunyi??. Tapi, nak buat macam mana, mungkin itu reaksinya secara spontan akibat terlalu panik. Macam cerita spontan la pula. Lepas tu, bangunlah seorang jejaka yang macho,machoke?? entahlah... iaitu seorang tetamu rumah mahattoh moyah dan dengan perlahan membuka pintu. Jeng,jeng,jeng....lepas tu tersembullah muka mama(pemilik rumah) dengan muka yang garang macam arang lepas tu memarahi dengan penuh perasaan orang yang ada kat dalam rumah tu. tak tahulah apa yang dimarahinya, mungkin ada juga sikit-sikit sumpah seranah yang dia lepas. Nak buat macam mana orang yang tengah marah kan?? Haha..lepas tu mama pun keluar dan dengan cepat para fanatik EPL menutup pintu rumah. Selepas itu, berbunyilah kata-kata yang tidak puas hati.."jare-jare nok sorok mama, cekak tok leh...buke sokmo...",,ingat mama je ke yang reti marah?? Para peminat bola pun ada perasaan marah juga. Ingat marah kita untuk simpan dalam poket ke..?? Walaupun tandukan itu lembut, tetapi Van de Sar tidak dapat menyelamatkan gol kemengan Chelsea itu. Mungkin time tu Van de Sar tengah kentut kot. Tapi, biarpun begitu banyak alasan yang Van de Sar ada untuk membela dirinya, tapi semua orang sudah tahu yang Van d Sar 'setaro' tu jah..
Read More

Hari Ini Dalam Sejarah

Leave a Comment
Siapa kata aku tak boleh berblog...??sape kate..?? sekarang aku dah buktikan...
Aku mampu merealisasikan apa yang selama ini aku impikan. Baru kau tahu.
Nah..ambik kau.Rasakan dan hayatilah kehebatan aku berblog. Sekarang aku sudah bergelar 'blogger'. Sudah lama ku mengimpikan... Nantikanlah..Nantikanlah.. Sanggupkah kau menantinya..?? Persoalan itu mesti berlegar di ruang minda sang pencinta blogger yang lain.
Bab kata pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian. Satu lagi pepatah yang ingin aku ungkapkan di sini.."Gomo Kelate Gomo". Mesti di kalangan blogger memandang rendah dan mengecil-ngecilkan pepatah ini. Akan tetapi pepatah inilah yang sering membakar semangat, jiwa dan ragaku ini.

Pernahkah kau menghayati pepatah ini? Ingin ku ulang lagi sekali,pernahkah dikau menghayati.??
Ibuku selalu menasihati aku dikala aku masih kecil supaya menghayati pepatah ini. Amat besar dan mendalam maksud tang tersirat di dalamnya. Jikalaulah aku ada peluang untuk berjumpa dengan A.Samad Said, akan ku pinta kepada beliau untuk menghuraikan lebih lanjut tentang pepatah ini. Aku yakin dia akan tersenyum sambil mengeyit mata kepadaku. Tidak mungkin orang akan mencipta pepatah ini jika tidak ada apa-apa tujuan, tidak mungkin juga nenek moyang kita yang dahulunya sanggup menghabiskan masa semata-mata untuk memikir pepatah ini. Sudah tentu ianya berdasarkan pengalaman pahit dan manis yang mereka lalui,sama ada semasa Belanda menjajah, semasa English menjajah, dan juga semasa Jepun menjelajah. Sudah pasti yang nenek-moyang kita dahulu hidup dalam kesulitan, dengan hanya memakan ubi badak sehari-harian. Mungkin juga semasa diorang memakan ubi badak itu, mereka terfikir akan pepatah in,i sedangkan kita dengan senang dan sombongnya memperlikan pepatah ini. Pepatah bukan sekadar pepatah, pepatah bukan sahaja untuk berpujangga, bahkan bukan untuk pemanis bicara semata-mata tetapi untuk merungkaikan seribu erti yang tersirat dan hanya mampu difahami oleh orang-orang yang diberi akal olehnya.

Mungkin negara kita sekarang ini masih lagi bising dengan masalah-masalah politik. Tak mengapa sebab kemenangan selalunya berada di pihak yang benar. Tiada gunanya untuk menegak benang yang basah. Jadi kita sama - sama tunggulah post yang selanjutnya. Pembaca-pembaca sekalian mestilah memahami yang ini barulah testing ataupun percubaan semata-mata...peace~
Read More
Next PostNewer Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia