Wenger & striker baru...

Leave a Comment
Assalamualaikum..salam sejahtera dan salam azam tahun baru masihi...harap para pembaca sekalian hidup dalam keadaan yang sentiasa bahagia dan sentiasa bersabar dalam menempuh ujian dan rintangan daripada Allah Taala yang tujuaNya tidak lain adalah untuk menguji keimanan diantara kita semua... Sesungguhnya kita semua sudah tahu yang Allah Taala tidak melihat kepada bentuk fizikal kita tetapi melihat kepada ketakwaan kita..selagi mana kita bertakwa kepada Allah Taala, selagi itulah kita tak perlu takut terhadap azab Allah Taala..Amma ba'd..


Berbalik kepada posting kita,,nampaknya semakin kerap Wenger mengulangi kata-katanya untuk membeli seorang striker baru menjelang musim perpindahan tak lama lagi. Perkara sebegini sememangnya menggembirakan ramai fan-fan Arsenal tak kiralah sama ada di England mahupun di malaysia.. Tidak dapat dinafikan yang peminat yakin, Arsenal mampu menjuarai liga premier sekiranya striker baru hadir dalam skuad The Gunners.

Walaupun skuad Arsenal menang besar semalam apabila berkunjung ke Pompey, tapi Wenger masih lagi mengulang kata-katanya untuk membeli seorang penyerang. Apa macam..? Gembira tak..??haha.. Wenger juga begitu yakin mengatakan walaupun Arsenal telah menjaringkan telah mencapai 50 gol pada musim ini dengan 2 striker yang cedera,ini tidak mustahil untuk Arsenal mencari seorang lagi warga baru dalam posisi penyerang untuk skuad The Gunners.

Wenger juga mengakui yang dia sekarang ini kekurangan pilihan untuk memilih penyerang bagi bermain dalam satu - satu perlawanan. Ini kerana, Robin van Persie dan Nicklas Bendtner telah pun injurt manakala Walcott pula bergelut dengan masalah kecergasannya untuk sampai ke tahap yang tercergas. Malang pula menimpa apabila Cesc Fabregas injurt yang dijangka akan berehat dalam masa 10 hari. Begitu juga dengan Denilson yang dikatakan masalah sakit belakang dia kembali berulang.

Sekarang ini, penyerang AC Milan merupakan target Wenger yang paling besar iaitu Klaas-Jan Huntelaar . Huntellar menarik perhatian Wnger kerana dia berpotensi menjaringkan gol untuk Arsenal kerana mempunyai bakat yang menarik dari segi menyerang.

Wenger mengatakan:" Saya sedang bersedia dan para peminat pun memberitahu yang saya seharusnya membeli striker dan apa yang tahu, kami telah pun menyerang dengan bagus untuk setakat ini."

Wenger said: "I keep reading and people keep telling me we need to sign a striker but we have the best attack so I do not know."

Wenger memberitahu yang Ramsey dapat bermain di beberapa posisi." Ramsey dapat bermain di bahagian sayap kiri, bek kanan, dan juga bermain di bahagian centre midfield. dia dapat bermain di semua bahagian padang. Cesc merupakan playmaker tetapi apa yang ada pada mereka berdua ialah personaliti d padang, kebolehan untuk mendapat bola dan juga untuk mengawal rentak bola di padang."-Wenger.

Setakat ini dahulu update berita dari saya..kita akan jupa lagi jikalau para editor ubibadok menemui berita-berita yang terbaru..Assalamualaikum...sekian.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 komen:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia