PEDIH!!! Arsenal Seri 1-1 Dengan Burnley..

3 comments
"Jika kamu ingin memenangi liga EPL kita mesti balik dari Burnley dengan kemenagan". Itulah kata-kata Wenger sebelum perlawanan menentang Burnley di turf Moor pada malam ini. Tetapi, kata-kata Wenger ibarat debu ditiup angin kerana ianya hanyalah sia-sia kerana Arsenal pulang dari Turf Moor dengan membawa satu mata sahaja. Kekecewaan jelas terpampang di wajah pemain-pemain Arsenal termasuk sekali dengan Pak Wenger kita dan juga para peminat sekalian. Akibat daripada seri ini menyebabkan Arsenal terpaksa berkongsi mata dengan Aston Villa dan sedikit terancan kedudukannya kerana hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan gol walaupun masih lagi kekurangan satu match.

Wenger menurunkan skuad pada malam ini seperti berikut:


Arsenal

* 01 Almunia
* 03 Sagna
* 05 Vermaelen
* 10 Gallas
* 18 Silvestre
* 02 Diaby
* 04 Fabregas (Ramsey 43)
* 08 Nasri
* 14 Walcott (Eduardo 63)
* 17 Song Billong
* 23 Arshavin

Substitutes

* 21 Fabianski,
* 27 Eboue,
* 16 Ramsey,
* 19 Wilshere,
* 38 Emmanuel-Thomas,
* 09 Eduardo,
* 12 Vela

Tonggak Arsenal iaitu fabregas nampaknya mengalami kecederaan pada separuh masa pertama dan golnya pada minit ke-7 juga merupakan gol sulung untuk perlawanan malam ini untuk Arsenal. Kapten Arsenal nampaknya berjalan dengan berhati-hati menuju garisan keluar untuk digantikan oleh Ramsey. Kehilangan Fabregas di atas p-adang menyebabkan para pemain yang lain menemui jalan buntu untuk menjaringkan gol pada masa kedua kerana kurangya tercipta peluang keemasan. Manuel Almunia masih lagi sebagai penjaga gol harapan Pak Wenger kita dan Silvestre menggantikan Traore yang cedera hamstring. harapan Arsenal untuk menang musnah pada minit ke-28 apabila Graham Alexander menjaringkan gol penalti disebabkan oleh foul yang dilakukan oleh Vermaelan terhadap Andrey Bikey.


Walaupun separuh masa kedua tanpa kehadiran Fabregas, Arsenal mapu lagi menyentak Burnley dengan pelbagai peluang di hadapan gol tetapi peluang hanya peluang dan tidak membuahkan apa-apa gol. Pada malam ini juga, Eduardo nampaknya beraksi dengan menggantikan Theo Walcott pada minit 63 dan juga kelihatan Wenger menyenarai Jay Emmanuel-Thomas sebagai sub yang merupakan kapten untuk Youth Cup.


Diharapkan Pak Wenger kita akan mencari idea yang konkrit untuk merampas takhta liga daripada Chelsea dan seterusnya menuju kepada juara Liga musim 2009/2010.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. fabregas,,don leave us..

    ReplyDelete
  2. guano sep kito xdop luck nih.. x taje supo awl season dh..

    ReplyDelete
  3. brona2...
    mulo2 jah sdak,xrok..

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia