Arsenal mesti menang!!

2 comments
Arsenal semestinya perlu memenangi match menentang Burnley pada malam ini di turf Moor untuk kembali berada di tangga ketiga liga dan juga bagi menyaingi Manchester United. Ini kerana Aston Villa telah pun menang ketika bertandang ke Sunderland awal malam tadi. Walaupun arsenal kekurangan dua perlawanan, Arsenal semestinya perlu menurunkan skuad yang terhebat pada malam ini untuk merampas kedudukan tempat ketiga daripada Aston villa sekaligus menunjukkan semangat untuk mencapai status jura liga.


Berita kecederaan yang menimpa pemain-pemain Arsenal sekarang ini belum dapat dikonfirmkan denga seratus peratus. Terbaru ialah tentang denilson dan juga Armand Traore yang masing-masing mengalami masalah sakit belakang dan juga harmstring. Ini menyebabkan kilauan untuk pemain midfield kurang menyerlah untuk menentang Burnley pada awal malam ini dan ditambah pula dengan kehilangan tonggak utama 3 permain pertahanan kiri yang sudah sedia ada. Khabar baiknya ialah, Emmanuel Eboue dapat beraksi pada perlawanan malam ini dan kemungkinan Eboue akan mengisi tempat Traore ataupun Silvestre manakala Diaby pula akan mengisi tempat Denilson. Bagi Burnley, managernya, Owen Coyle menegaskan yang teamnya tidak mempunyai sebarang masalah kecederaan yang terbaru untuk menghadapi Arsenal.


Diberitakan juga, kemungkinan Wenger akan menurunkan skuad yang sama ketika menentang Liverpool dengan menukarkan beberapa pemain di bahagian hadapan. Ramai peminat yang ingin melihat pemain untuk negara Poland ini beraksi pada malam ini bagi menggantikan Almunia yang kelihatan semakin menurun prestasi dan persembahannya akhir-akhir ini walaupun besar kemungkinan Wenger akan menurunkan Almunia sebagai penjaga gol no.1.


Arshavin sudah semestinya akan mengetuai jentera serangan selepas menunjukkan aksi yang menakjubkan pada perlawanan menetang Liverpool. Wenger kemungkinan akan menukarkan Eduardo dan Vela untuk Samir Nasri dan Theo Walcott. Seharusnya Wenger perlu bijak memilih salah satu antara Vela dan Walcott untuk memberikan kelajuan yang cukup dan juga antara Eduardo dan Samir Nasri yang merupakan pemain teknikal. Sememangnya ini sangat penting untuk menyeimbangkan antara teknikal dan juga kelajuan yang tepat seperti perlawanan menewaskan Liverpool.


Burnley sememangya sangat sukar untuk ditewaskan oleh pemain-pemain the Gunners kerana Burnley bermain di kampung halamannya sendiri dengan rekod perlawanan Burnley, 5 kali menang dari 8 perlawanan dan sekali tewas. Sekaranglah waktu untuk pemain-pemain kita berusaha bersungguh-sungguh dan memberi kemenangan pada malam ini untuk ditunjukkan kepada pengkririk bola sepak Inggeris yang Arsenal mampu untuk mencapainya.!!!

Barisan jangkaan...



Almunia

Sagna Gallas Vermaelen Silvestre

Song

Fabregas Diaby

Eboue, Arshavin, Nasri

Subs: Fabianski, Ramsey, Vela, Wilshere, Walcott, Merida, Eduardo
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. arsenal is the best..

    ReplyDelete
  2. gua pom sokong..nk tgok sgt2 eduardo score gol lawa cm dulu..
    jgn pndg sblh mata burnley,main kt tmpt dia...
    huhu..
    pe pon,nice blog..

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia