Skip to main content

Training Yg Berjaya....Sukses..

Nampaknya training bola pada pagi ini amat sukses sekali. para pemain nampaknya bersemangat dan bersungguh - sungguh untuk training pada pagi ini untuk menghadapi piala Ammu Din pada pagi Sabtu yang akan datang ini. Mana tidaknya sebab hadiah yang ditawar amat lumayan sekali dan pihak penganjur telah mendapat ramai sponsor untuk kejohanan pada hari Sabtu ini. Pada hari ini, peserta yang datang dapat membentuk 2 team sahaja. Ini disebabkan peserta dari mahattoh muyyah tidak hadir sepenuhnya dan pihak rata-rata para pemain sudah mengerahui tabiat ini dan tidak begitu mengharapkan sekiranya secara total mereka tidak datang. Penulis blog untuk post pada hari ini amat berbangga kerana 2 orang wakil mahattoh moyah hadir dan memberikan lagi harapan untuk para pemain bermain dengan penuh bersemangat. Sememangya dua orang ini amat bagus sekali. Sorang tu orang panggil Am,, dan yang sorang lagi orang panggil Dik.. Tentu pembaca - pembaca sudah dapat meneka siapa sebenarnya 2 orang ini.


Pada awal pagi lagi diorang ini sudah terpacak di depan court menunggu para pemain yang lain datang biarpun pada ketika itu cuaca sangat dingin. Mereka tabah dan cekal tapi, kecekalan mereka tidak diikuti dan dijadikan contoh oleh ahli bait mereka. Sememangnya telah jelas di situ yang mereka tidak bersepakat.

Rata-rata pemain bermain dengan penuh semangat dan totally perfect dari sudut semangat kesukanan. Pemain dari mahattoh moyah nampaknya memang sepakat untuk menjadi satu team dan mereka adalah tunjang utama team mereka pada pagi ini. Mereka banyak mempamerkan aksi di luar dugaan dan banyak skil-skil yang sebelum ini belum lagi dibuat oleh pemain2 di sini. Mereka mungkin lebih bersemangat dan mahu menjuarai piala ammu din. Tak mengapa kepada team2 yang lain, kita semmereka pada pagi Sabtu ini dan dinasihatkan agar jangan berdebar-debar dengan aksi mereka ini.

Sebenarnya, piala ammu din ini sudah lama tertangguh dan salah satu sebabnya adalah para peserta tidak memberi kerjasama yang sepenuhnya. Salah satu sebabnya ialah, mereka tidak menghadirkan diri pada hari yang dipersetujui oleh orang ramai dan hal ini menyebabkan kejohanan ini ditolak dengan ua akan pakat2 menyaksikan aksi begitu sahaja. Tapi tak mengapa, sabar itu lebih baik. Betul tak..??


Jadi, kita semua pakat2 turun pada pagi Sabtu ini bagi memeriahkan lagi kejohanan ini. Diharapkan para pemain bersiap sedia dan turun lebih awal ke court dan bagi sesiapa yang selalu tidur lepas Subuh ataupun bangun lewat untuk sembahyang Subuh (takut2 ada) diminta mempersiapkan diri anda. Kita jumpa pada pagi Sabtu ini dan penulis akan cuba menyediakan laporannya kerana editor untuk blog ini ramai sekali. ok. Sekian untuk petang ini. Salam muhibbah.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google