Skip to main content

Salam...



Ku dahulukan tulisan aku pada hari ini dengan lafaz yang penuh barakah iaitu-Assalamualaikum sebagai pembuka kata. Lafaz ini juga sangat di titik beratkan dalam agama yang syumul iaitu agama Islam kerana, inilah agama hakiki daripada langit dan Rasulullah S.A.W yang menjadi penyebarnya. Memberikan salam kepada sesama Muslim adalah perkara yang sunat, akan tetapi bagi yang mendengarnyanya wajib menjawabnya. Jadi, sebelum itu, jawablah dahulu salam yang diberi sebentar tadi. Rata-rata sudah tahu yang amalan memberi salam ini sangat dituntut di dalam Islam kerana amalan memberi salam ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim yang telah sedia terbina. Pada zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat sentiasa mengamalkan salam ini, bahkan sampai ada yang seolah-olahnya bertanding untuk menyampaikan salam terlebih dahulu daripada menjawab salam. Cuba kita tengok, sampai begini sekali amalan para sahabat. Aku yang menulis ni pon belum tentu lagi memberi salam separuh masa kat aku. Mungkin juga tiada orang pun yang ingin bagi salam kat aku. Hahaha... Tapi tak mengapa, kerana tulisan ini bukan untuk dituju kepada sesiapa, tetapi tak lebih daripada mengingati diri aku sendiri.

Mungkin ramai peminat-peminat EPL selain Arsenal yang tak puas hati kat blog ini. Tapi tak mengapa, kalau tak puas hati kita sama - sama diskus. Cuba sampaikan ikut saluran yang betul. janganlah sampai ada yang mengumpat-umpat dan memboikot blog ini. Hahaha... Dan satu lagi, ada satu hadis sebagai renungan yang ingin aku sampaikan di sini sebagai tazkirah di kala pembaca-pembaca sekalian sedang dalam kelalaian.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila terdapat tiga orang, maka janganlah dua orang di antara mereka berbisik-bisik tanpa disertakan oleh seorang lagi .

Bukanlah aku alim sangat untuk menyampaikan tazkirah kat sini, tetapi aku tak nak di persoal di negeri yang kekal abadi nanti iaitu di negeri akhirat kenapa kau tidak menyampaikan ilmu walaupun sedikit kepada orang ramai dam masyarakat Islam khususnya. "Sampaikan daripada ku walaupun satu ayat". Hadis ini sudah cukup terkenal di kalangan pelajar intelek dan tidak mungkin orang yang membaca blog ini ialah orang yang kurang tahap inteleknya. Aku yakin, dan pasti yan ada dala kalangan pembaca yang terer giler tahap inteleknya dan juga begitu mahir dalam bidang IT sehingga sampai dapat menjadi hacker. Aku berharap, kebolehan yang ada pada kita ini tidak disia-siakan dengan begitu sahaja. Tidak mahukah kita memperjuangkan Islam dengan kebolehan kita..?? Kita pun sudah maklum yang kebolehan pada kita ini adalah daripada ALLAH yang MAHA ESA dan tak mahukah kita memanfaatkan nikmat itu untuk agama yang diredhai-NYA..??

Berdasarkan hadis daripada Saidina Umar al-Khattab itu, kita pun sudah jelas makna dan objektif yang ingin disampaikan oleh nabi kita. Jadi, kita sama-sama fikirlah kerana tidak rugi jika kita berfikir kerana "berfikir sesaat itu lebih baik daripada seribu tahun beribadat sunat". So, cuba kita bayangkan yang kita berasa di tempat orang ketiga dan melihat dua lagi kawan ataupun orang yang kita tak kenal sekalipun berbisik di hadapan kita. Sudah tentu ini akan menyebabkan kita tidak selesa dan mendatangkan pelbagai sangkaan buruk kepada mereka. mungkin di dalam hati kita mengatakan yang mereka sedang mengumpat kita. Dan, yang lebih pedih lagi apabila orang yang berbisik itu adalah kawan kita sendiri..?? Apakah perasaan anda..?? Pedih?? Kecewa..?? Nak buat macam mana, kerana itulah kawan yang anda sendiri tentukan.


Dan, berwaspadalah kepada orang yang menggemari melakukan perkara sedemikian kerana mungkin ramai lagi orang yang tidak puas hati terhadap anda kerana berkelakuan dengan kelakuan yang begitu jijik sekali. Oleh itu, sukacitanya aku ingin mengajak anda sekalian bramal dengan hadis ini. Bukan susah pun. Kalau kita tak tegakkan sunnah Nabi S.A.W ini, siapa lagi..?? Kita nak mengharapkan orang-orang jahil?? Tentu sekali tidak boleh diharapkan dan mustahil sekali orang kafir dapat menegakkan sunnah Nabi ini... Jadi fikir-fikirkanlah.. Tidak rugi kita mengamalkannya kerana Allah tentu membalanya dengan pahalaNya yang tiada tandingan pun dengan sebarang harta di dunia ini dan sudah tentu kita ini tergolong di dalam golongan yang mendapat syafaat nabi Muhammad S.A.W kerana menghidupkan sunnahnya. Jumpa lagi....

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-