Ketika Cinta Bertasbih....

1 comment

Ketika Cinta Bertasbih...Tahniah kepada Habiburrahman atas karyanya yang dapat menarik pelbagai lapisan umur dalam kalangan masyarakat Melayu. Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada individu-individu yang telah pun dapat menghabiskan movie mahupun novel yang digarap oleh Habiburrahman. Secara kasarnya, cerita ini berkisarkan hal perkahwinan dalam kalangan muda - mudi dan secara khususnya dituju kepada pelajar Al-Azhar di Mesir... 'Setaro' mano kah pendapat- pendapat anda semua.?hahaha...

Salam ukhuwah daripada penulis blog...

Terlebih dahulu diminta dijauhi Allah daripada syaitan yang dilaknat, kerana syaitan ini selalu mendampingi orang-orang yang lalai dan mungkin juga kita telah pun termasuk di kalangan orang-orang yang lalai. Ambo masih lagi ingat tok guru ambo oyak...beliau mengatakan yang ketika di dalam sembahyang..syaitan akan menganggu kita ini dengan penyakit was-was dan penyakit inilah yang amat memberhaya dan Allah telah pun mengkhabarkan kita di dalam kitab -Nya di dalam surah An-Nas. Sekalipun di dalam solat kita masih teringat akan akhirat, Imam Nawawi mengatakan yang ianya masih lagi sebahagian daripada mainan was-was syaitan. Ini kerana...bacaan kita di dalam solat tidak ada kena - mengena pun dengan bab akhirat. Astaghfirullah...betapa berdosanya diri ini kerana menyedari yang sudah banyak kali sehinnga tidak terkira oleh jari yang sepuluh berapa banyak solat yang solatnya bersama mainan was-was syaitan. Ya ALLAH..ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini dan berilah hidayah untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi yang ternyata sudah milikMU.

Kalau kita lihat, betapa halusnya strategi syaitan untuk mengheret umat Nabi Muhammad S.A.W menjadi teman-teman mereka di dalam neraka jahannam kelak. Namun, bagi kita yang telah pun menyedari tipu helah syaitan ini seharusnya berusaha dengan sedaya - upaya untuk menjauhinya.

Allah telah pun memberikan tangguh kepada syaitan untuk memangjangkan lagi usahanya untuk menyesatkan bani Adam di atas muka bumi ini kerana syaitan sememangnya sudah terkenal sebagai penderhaka no.1 makhluk tuhan dam juga makhluk pertama yang menyombongkan dirinya dengan nabi Allah iaitu Nabi Adam A.s.

Sedarkah kita di dalam cerita tersebut, ianya merupakan realiti yang mana ramai anak-anak muda yang sekarang ingin berkahwin. Sememangnya berkahwin ini merupakan satu daripada sunnah nabi junjungan kita iaitu Nbi Muhammad S.A.W. Jadi, persoalan yang ingin saya tinggal di sini ialah, sudahkah kita bersedia untuk berkahwin? Dan bagi anak-anak Kelantan lelaki kat Mesir sememangnya bukan ustaah daripada rumah Kelantan yang menjadi pilihan..?? Betulkah..?? Kita kan berjumpa lagi...salam perjuangan....
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. aku suka tengok cite ni.. islamik.. cite pertama yg aku tengok .. memang best r

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia