BorinG.....

1 comment

Salam ukhuwwah.selawat dan salam buat insan teragung sepanjang zaman. Penghulu segala Nabi, Syafaat semesta alam, Rasulullah alaihi solatullah.

Malam ni aku boring sampai tahap tak tahu nak buat ape. Buka facebook pun, hemmm...muka same je online.Naik jemu aku. Haha...tak de pe yang aku nak tulis kat sini. Cuma aku nak korang semua tahu tahap keboringan aku.Haha...aku dah semakin suka memblog nih. Daripada boring yang sampai tak tahu nak buat pe, baik aku berkarya dalam ni. Haha..Kalau aku layan nafsu tidur aku, baik aku layan kat sini je sementara tunggu subuh. Kalau aku terus layan nafsu tido aku tuh. Emm...alamatnye subuh gajah la. tak mustahil Subuh dinasour..Hahaha...

Tidur tak kan ke mana andai solat terabai. Solat tak kan kemana andai lalai. Solat yang lalai hanya akan menempah celaka daripada ALLAH. Orang yang menempah celaka daripada Allah ialah orang yang membinasakan dirinya sendiri dan sanggup untuk diazab di dalam neraka Allah S.W.T. Andai solat kita sudah menempah kecelakaan dari ALLAH, apalah yang nak di harapkan dengan ibadah yang lain. Solat adalah segala-galanya bagi orang yang beriman dan solat adalah tunjang agama. Tiang agama. Islam berdiri atas lima perkara, dan solat adalah perkara pertama selepas ikrar akujanji kita dengan ALLAH untuk menjadi saksi bahawa DIA lah tuhan semesta alam. Lihat, betapa pentingnya solat!

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia