Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Maradona Si Tangan Tuhan?

Istilah yang memang syirik kabir giddan2.maklumlah orang kafir punya kerja.ada ke tangan maradona yang macam tangan kita ni di katakan tangan tuhan?bodo btul orang percaya dengan semua ni.bagi kita orang islam,cukuplah kita katakan itu hanyalah ketentuan dan kehendak Allah.tiada daya dan kekuatan melainkan Allah.apalah daya manusia untuk lakukan semua perkara tanpa kehendak Allah.kehendak dan kemahuan Allah mengatasi sega-galanya.andai kehendak Allah mengatakan begini,maka begini la jawabnya.andai kehendak Allah mengatakan begitu, begitulah jawabnya. setiap gerak geri manusia tidak terlepas daripada perancangan Allah.kalau kita katakan kita yang merancang segalanya,mengapa kita tidak tahu bila kita mati?apa yang akan terjadi dengan kita selepas ni?apa?apa?apa dan apa.semuanya kita tidak mengerti dan tak kan kita tahu melainkan kita melaluinya sendiri.apa yang kita lalui tulah yang kita panggil pengalaman.setiap pengalaman mengajar kita erti kehidupan.tidak nampak lagikah kita bahawasa

Al-Sultan Muhammad al-Fatih..Sultan Yang Di Isyaratkan Rasulullah..

Nama sebenar beliau ialah al-Sultan Muhammad al-Thani ibn al-Sultan Murad Khan al-Thani (w. 886 H). Selepas bapanya wafat, beliau menduduki takhta pemerintahan seusia 19 tahun 5 bulan pada tahun 855 H. Al-Sultan Muhammad al-Fatih seorang raja yang amat besar sumbangan jihadnya, sangat kuat keberaniannya dan sangat kuat bertawakal kepada Allah taala. Beliau digelarkan al-Fatih kerana jasanya yang sangat besar kepada penyebaran agama Islam ke lebih dua puluh wilayah kafir serta penguasaan beliau ke atas lebih dua ratus bandar dan paling utama ialah kerana beliaulah yang dipuji oleh Rasulullah sall aLlahu alayhi wa-sallam dengan sabda baginda: لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ وَلَنِعْمَ الأَميرُ أمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذلِكَ الْجَيْشُ Mafhumnya: “ Sesungguhnya Konstantinapol akan dibukakan. Sebaik-baik pemerintah ialah pemerintah yang membukanya dan sebaik-baik tentera ialah tentera pemerintah itu ” [Diriwayatkan oleh Ahmad dalam kitabnya Mus nad Ahmad dan oleh al-Hakim dalam

Kentut Membahagiakan...

kentut itu membahagiakan Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???“ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria. Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka. Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terken

Sumayyah..Wanita Pertama Syahid Dalam Sejarah Islam..

. Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman. Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum. Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam. Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langs

Training Yg Berjaya....Sukses..

Nampaknya training bola pada pagi ini amat sukses sekali. para pemain nampaknya bersemangat dan bersungguh - sungguh untuk training pada pagi ini untuk menghadapi piala Ammu Din pada pagi Sabtu yang akan datang ini. Mana tidaknya sebab hadiah yang ditawar amat lumayan sekali dan pihak penganjur telah mendapat ramai sponsor untuk kejohanan pada hari Sabtu ini. Pada hari ini, peserta yang datang dapat membentuk 2 team sahaja. Ini disebabkan peserta dari mahattoh muyyah tidak hadir sepenuhnya dan pihak rata-rata para pemain sudah mengerahui tabiat ini dan tidak begitu mengharapkan sekiranya secara total mereka tidak datang. Penulis blog untuk post pada hari ini amat berbangga kerana 2 orang wakil mahattoh moyah hadir dan memberikan lagi harapan untuk para pemain bermain dengan penuh bersemangat. Sememangya dua orang ini amat bagus sekali. Sorang tu orang panggil Am,, dan yang sorang lagi orang panggil Dik.. Tentu pembaca - pembaca sudah dapat meneka siapa sebenarnya 2 orang ini. Pada awal

Ikhlaskah kita..?? Sama-sama kita renungkan...

BismillahirRahmanirRahim Assalamu 'Alaikum waRahmatullahi WaBarakatuh Salam ukhuwah... Syukur kita kepada Allah Azzawajalla kerana masih lagi hidup dalam keadaan Islam dan sememangnya itulah nikmat yang tiada tolak bandingannya daripada Allah Taala. Aku disini bukan untuk berceloteh tetapi ada sedikit catatan untuk kita sama - sama renungkan. Dalam kita bersuka ria pom, mesti juga ada peringatan ataupun tazkirah sebagai pedoman hidup. Hidup tanpa tazkirah ini ibarat kita akan hidup selama-lamanya. Mana tidaknya, setiap hari kita asyik lagho je dan seolah-olah kita tak akan mengadap Allah yang MAha Abadi. Dengan tazkirah ini, dapat juga kita menebalkan lagi iman kita yang selama ini orang lain tak tahu pom setebal mana kecuali kita sendiri yang mengetahuinya. Aku tak pandai pom nak tazkirah, sikit-sikit boleh la.. Aku pom tak tahu sama ada aku ni layak tak untuk memberi tazkirah, tetapi kita janganlah melihat siapa tuan pemberi taskirah, tetapi melihat apa isi yang hendak di sampaik

Salafussoleh...

MUKADDIMAH Kebanyakan manusia melakukan ibadat tanpa ada perasaan takut kepada Allah. Ibadah mereka seumpama kotak yang tidak berisi. Perasaan takut dan gentar hati adalah sifat orang berIman yang tulen. Firman Allah swt: " Sesungguhnya orang-orang beriman itu hanya orang yang gementar hati mereka bila disebut nama Allah, bertambah Iman mereka bila dibacakan ayat-ayat Allah dan mereka berserah diri kepada tuhan mereka." (2 : al-Anfal) Oleh bagi memotivasikan diri kita agar kita dapat menanam perasaan takut dan gentar kepada Allah, saya hidangkan beberapa kisah para sahabat dan ulama yang diri mereka amat takut kepada Allah. 1. SAMMAH رحمه الله Pada suatu hari Sammah رحمه الله bermuhasabah dirinya. Dia mengira umurnya sudah menjangkau 60 tahun. Lalu dia membilang hari-hari yang telah dilaluinya , dia mendapati sudah 21 ribu hari. Lalu dia berkata: يا ويلتى لو لم يكن في كل يوم سوى ذنب واحد لكان أمرا عظيما فكيف ولي في كل يوم عشرة ألاف ذنب؟ "

Player Arsenal Tip-Top...

Salam manis sebagai pembuka kata untuk post hari ini. Semalam sudah berlangsung perlawanan bola sepak international dan banyak negara yang terlibat dan ini tak mengganggu aku untuk menulis blog. Hahaha. Tidak perlu untuk aku memperkatakannya negara mana yang terlibat dengan satu persatu kerana terlampau banyak. Semalam juga terdapat perlawanan kelayakan untuk ke piala dunia dan kat negara mesir ini telah menjadi riuh dan bising dengan sorokan kaum-kaum Arab Mesir apabila negaranya menang dan secara automatiknya dapat pergi ke Afrika untuk World Cup 2010 iaitu pada tahun depan. Apakah betul Mesir dapat melangkah masuk ke World Cup..?? Dalam permainan bola sepak, pasukan yang menang semestinya dianggap menang walaupun dengan hanya satu mata atau pun dengan hanya gol sendiri, ianya tetap dikira menang. Ianya mungkin disebabkan nasib yang menyebela hinya dan sudah tetu ianya ketetapan daripada Allah Taala. Sebagai contoh, pasukan Man U sering kali menang dengan gol nasib. Tapi, nak buat

Salam...

Ku dahulukan tulisan aku pada hari ini dengan lafaz yang penuh barakah iaitu-Assalamualaikum sebagai pembuka kata. Lafaz ini juga sangat di titik beratkan dalam agama yang syumul iaitu agama Islam kerana, inilah agama hakiki daripada langit dan Rasulullah S.A.W yang menjadi penyebarnya. Memberikan salam kepada sesama Muslim adalah perkara yang sunat, akan tetapi bagi yang mendengarnyanya wajib menjawabnya. Jadi, sebelum itu, jawablah dahulu salam yang diberi sebentar tadi. Rata-rata sudah tahu yang amalan memberi salam ini sangat dituntut di dalam Islam kerana amalan memberi salam ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim yang telah sedia terbina. Pada zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat sentiasa mengamalkan salam ini, bahkan sampai ada yang seolah-olahnya bertanding untuk menyampaikan salam terlebih dahulu daripada menjawab salam. Cuba kita tengok, sampai begini sekali amalan para sahabat. Aku yang menulis ni pon belum tentu lagi memberi salam separuh masa kat aku. Mungkin juga t

Ketika Cinta Bertasbih....

Ketika Cinta Bertasbih...Tahniah kepada Habiburrahman atas karyanya yang dapat menarik pelbagai lapisan umur dalam kalangan masyarakat Melayu. Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada individu-individu yang telah pun dapat menghabiskan movie mahupun novel yang digarap oleh Habiburrahman. Secara kasarnya, cerita ini berkisarkan hal perkahwinan dalam kalangan muda - mudi dan secara khususnya dituju kepada pelajar Al-Azhar di Mesir... 'Setaro' mano kah pendapat- pendapat anda semua.?hahaha... Salam ukhuwah daripada penulis blog... Terlebih dahulu diminta dijauhi Allah daripada syaitan yang dilaknat, kerana syaitan ini selalu mendampingi orang-orang yang lalai dan mungkin juga kita telah pun termasuk di kalangan orang-orang yang lalai. Ambo masih lagi ingat tok guru ambo oyak...beliau mengatakan yang ketika di dalam sembahyang..syaitan akan menganggu kita ini dengan penyakit was-was dan penyakit inilah yang amat memberhaya dan Allah telah pun mengkhabarkan kita di dalam kitab -Nya

BorinG.....

Salam ukhuwwah.selawat dan salam buat insan teragung sepanjang zaman. Penghulu segala Nabi, Syafaat semesta alam, Rasulullah alaihi solatullah. Malam ni aku boring sampai tahap tak tahu nak buat ape. Buka facebook pun, hemmm...muka same je online.Naik jemu aku. Haha...tak de pe yang aku nak tulis kat sini. Cuma aku nak korang semua tahu tahap keboringan aku.Haha...aku dah semakin suka memblog nih. Daripada boring yang sampai tak tahu nak buat pe, baik aku berkarya dalam ni. Haha..Kalau aku layan nafsu tidur aku, baik aku layan kat sini je sementara tunggu subuh. Kalau aku terus layan nafsu tido aku tuh. Emm...alamatnye subuh gajah la. tak mustahil Subuh dinasour..Hahaha... Tidur tak kan ke mana andai solat terabai. Solat tak kan kemana andai lalai. Solat yang lalai hanya akan menempah celaka daripada ALLAH . Orang yang menempah celaka daripada Allah ialah orang yang membinasakan dirinya sendiri dan sanggup untuk diazab di dalam neraka Allah S.W.T. Andai solat kita sudah menempah kecel

Arsenal

Salam.. dh baca posting sblm ni?amcm,best x?hahhaa,wlaupn ade sindiran sikit2 tp itu sekadar gurauan 'bewok' smata2.ermm.arsenal dh menang.man u dh mampus..haha..skrg ni chelsea pn dh mengakui arsenal adalah pencabar terbesar mereka tahun ni dalam pemburuan gelar epl.haha.baru mereka tahu,apa mcm arsenal.wlpn d barisi pemain2 muda dan tak berpengalaman,arsenal tetap tangguh.dunia sudah nampak kehebatan bakat2 muda arsenal dalam pemburuan gelar tahun ini.sekarang semua dah nampak kan,skuad arsene wenger ni mcm mane.haha.. walapun dah 5 tahun arsenal tak menang 1 piala pn,aku tetap bangga dengan kerja si wenger nih.dia ni memang ada kredibialiti pengurus tahap world class.skuad yang di didik oleh dia ni asalnya budak2 hingusan yang dia kutip kat tepi2 jalan.player2 yg d reject tulah yg dia amik wat masuk kat arsenal.bajet x payah nk cakap la.murah 'mmbee'.haha.sebab tu la dia ni tak kena pecat walapun arsenal dah 5 tahun tanpa sebarang piala.piala x dtg pn.untung tetap u

Setan Merah...

Salam sedih untuk peminat-peminat setan merah dan salam gembira untuk peminat - peminat singa biru khususnya untuk peminat yang berada di bumi Mesir ini. Tidak salah untuk kita bersedih sekiranya pasukan yang kita minat dan yang kita sokong sepenuh jiwa raga tumpas kepada musuh ketatnya. Tapi ingatlah yang kalah itu tetap kalah walaupun namanya Manchester United...hahaha.. Dan juga kepada penyokong fantastik MUnafik kat mahattoh muyah, salam sedih spesel dari penulis blog..haha.. Walaupun ramai penyokong man u kat sini, tetapi keputusan 1-0 tidak dapat diubah biarpom semakin ramai yang menyokong Man U. Permainan Man U dan Chelsea sudah dapat diramal dan sememangya seperti yang dijangka oleh Alex Ferguson dan Carlos Ancelotti yang permainan pada malam ini adalah satu permainan yang sangat panas. Perkataaan panas di sini dapat diterjemah dan ditafsir kepada dua iaitu, panas rentak dan irama permainan di dalam padang dan juga panas para penyokong fanatik setan merah. Biarpun sudah terang

Hari Ini Dalam Sejarah

Siapa kata aku tak boleh berblog...??sape kate..?? sekarang aku dah buktikan... Aku mampu merealisasikan apa yang selama ini aku impikan. Baru kau tahu. Nah..ambik kau.Rasakan dan hayatilah kehebatan aku berblog. Sekarang aku sudah bergelar 'blogger'. Sudah lama ku mengimpikan... Nantikanlah..Nantikanlah.. Sanggupkah kau menantinya..?? Persoalan itu mesti berlegar di ruang minda sang pencinta blogger yang lain. Bab kata pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian. Satu lagi pepatah yang ingin aku ungkapkan di sini.."Gomo Kelate Gomo". Mesti di kalangan blogger memandang rendah dan mengecil-ngecilkan pepatah ini. Akan tetapi pepatah inilah yang sering membakar semangat, jiwa dan ragaku ini. Pernahkah kau menghayati pepatah ini? Ingin ku ulang lagi sekali,pernahkah dikau menghayati.?? Ibuku selalu menasihati aku dikala aku masih kecil supaya menghayati pepatah ini. Amat besar dan mendalam maksud tang tersirat di dalamnya. Jikalaulah aku ada peluang untuk be